Nota Emas Kak Ina Public Gold
3.4K subscribers
5.15K photos
654 videos
84 files
1.77K links
Saya MAZLIFAH @ KAK INA PG034720 Master Dealer dan Officer Speaker akan berkongsi ilmu tentang emas, Public Gold dan tips kewangan.

Sebarang persoalan boleh pm di @mazlifahomar
Download Telegram
Jom lock sekarang. Tengah murah ni!! Boleh epp10
1. Seorang pembaca telah menghantar grafik berikut kepada saya.

2. Saya terpaksa menahan ketawa membaca komen hamba Allah di dalam grafik ini (saya tidak mengenali siapa penulis kerana identiti beliau disembunyikan). Beliau membuat 2 komen, dan kedua-duanya silap! Worse, dia mentertawakan orang walhal dia sendiri yang silap!

3. Jadi pada pandangan penulis, sesiapa yang membeli emas sekarang silap besar kerana harga emas jatuh. Ini adalah pelik kerana harga emas – seperti harga kebanyakan saham, unit amanah dan crypto – naik turun setiap minit! Takkanlah kerana harga emas jatuh $1, $10 atau $100, pelaburnya silap?

Next, kita melabur bukan bergantung kepada prestasi harga seminit, sehari atau sebulan. Kita melabur bergantung kepada prestasi harga long term (2 tahun atau lebih) dan lebih utamanya, prospek pelaburan tersebut di masa hadapan. Dan mengikut sejarah, emas telah memberikan pulangan 9.5+% setahun (total return lebih 560%) dalam masa 20 tahun kebelakangan. Walaupun tidak ada gerenti yang emas akan memberikan prestasi yang sama di masa depan, peluang untuk harga emas meningkat lagi dihari-hari akan datang adalah tinggi.

Jadi langkah untuk melabur dalam emas hari ini adalah langkah yang baik dan bijak.

4. Apa yang lebih lawaknya, penulis menyatakan yang USD disandarkan dengan emas! Sebenarnya, hubungan USD dan emas telah diputuskan oleh Presiden Richard Nixon pada tahun 1971 – 51 tahun yang lalu! Jika fakta ini pun penulis tidak tahu, besar kemungkinan banyak lagi maklumat yang beliau kongsikan di medsos juga silap.

5. Jadi saya rasa sipenulis perlu menambahkan ilmu tentang wang, ekonomi, financial planning dan sejarah sebelum beliau meneruskan syarahan beliau tentang subjek ini.

6. Apa pendapat anda?

Azizi Ali
Duit pisang ini adalah matawang di negara kita pada tahun 1942-45 sewaktu Malaya dan kawasan2 yang sewaktu dengannya diperintah oleh tentera Jepun. Mereka telah mencetak terlalu banyak matawang ini sehinggakan nilainya jatuh merudum. Datuk nenek kita terpaksa membayar jumlah wang yang berkoyan hanya untuk membeli secawan kopi!

Inilah risiko yang boleh berlaku jika kerajaan mencetak terlalu banyak wang kertas.

Ini lagi satu sebab mengapa saya melabur dalam emas!
#TabungEmas

SIMPAN EMAS JANGAN SAMPAI LEMAS?

1. Jika kita percaya bahawa sistem kewangan kita dalam keadaan baik, maka jangan menyimpan emas.

2. Jika kita masih yakin dengan nilai matawang kita, sistem bank bagus, pihak kerajaan bagus dan stabil dan derivatif adalah produk terbaik. Maka anda sedang buang masa menyimpan emas.

3. Saya tetap berpegang pada emas bukannya pelaburan yang baik melainkan penyimpan nilai yang baik. Ketika duit kita semakin tidak bernilai, kita ada emas yang bernilai untuk ditukarkan.

4. Ketika duit kita hilang nilai, kita ada emas yang boleh ditukarkan pada nilai semasa untuk dapatkan satu nilai yang sama dengan mana mana negara yang kita kunjungi.

5. Asas kepada belian emas, mestilah dapat emas. Ya, dapat emas fizikal. Boleh gigit dan tokak!

Bukan dapat buku akaun bank, bukan dapat saham emas pada saya. Emas mesti bersifat fizikal. Kita boleh sentuh pegang dan kawal.

6. Bila kita beli emas fizikal, kita ada kawalan sepenuhnya pada emas tersebut. Kita simpan, kita jaga dan kalau hilang padan muka (risiko). Tetapi itulah asas emas, kita tukarkan duit kertas menjadi emas.

7. Jika kita berminat dengan saham emas dan akaun emas, ia tidak memberi 'nilai' emas sebenar untuk kita tukarkan matawang kita kepada aset berharga. Kita hanya ada aset kertas.

"Dalam akaun saya nie ada RM100,000 bang. Tapi dalam akaun la bang bukan sekarang".

Berbanding,

"Saya ada 10 keping 10 dinar sekarang, boleh tukar dengan matawang asing"

8. Emas tidak beri pulangn dividen seperti instrument lain. Maka jika kita mengharapkan pulangan dividen dan keuntungan emas. Kita dah salah masuk rumah. Banyak instrument pelaburan lain yang lagi baik dari emas.

9. Sifat paling baik bagi emas adalah penyimpan nilai duit kita. Kita bawa 10 dinar ke Indonesia atau Amerika, dia akan bayar pada nilai yang sama disana.

10. Emas pelaburan jangka 'sangat panjang' pada saya, bukan hanya panjang. Ada nilai nilai yang ditolak waktu kita nak jual atau pajak. Maka jangan mudah teruja dengan peratusan naik turunnya emas. Pedulikan sahaja selagi niat kita penyimpan nilai bukan pelaburan.

11. Penyimpan emas tidak peduli sangat naik turunnya emas sebab matlamat mereka menyimpan nilai emas. Harga turun mereka beli simpan, harga naik mereka beli simpan juga untuk lindungi nilai duit mereka.

"Tapi bang, ada ramai orang promote gila gila masuk skim emas macam macam sekarang?"

Begini dik, tukang promote mungkin memang ikhlas nak bagi kesedaran pada kau, kau sejak dulu kerja sampai sekarang asik beli kereta. Lebih baik simpan emas pula.

Satu lagi, mereka bersungguh sungguh promote sebab dapat komisyen tiap kali kau beli dik. Sebab itu banyak hari ini misleading bab pelaburan emas nie dik.

Jika ada orang buat macam macam skim nama pelik pelik, singkatan pelik pelik, manipulasi pelik pelik bagi dapat emas dan sebagainya.

Percayalah, kalau kau masuk. Kiamat dah makin dekat dik.

Beli emas jangan sampai lemas.

Dari kau masuk skim pelik peling, baik kau beli gelang tangan buat bini lagi baik.

Azizul Azli Ahmad
Labur Emas Jangan Sampai Lemas

#Dulu ada skim ETA, (estimated time of arrival) tunggu punya tunggu emas tak wujud sebenarnya.
Di Public Gold ada dua App yang penting untuk download.

1. Public Gold
2. PG Mall

2. Sekarang di PG Mall

Download App PG Mall

Android :
https://play.google.com/store/apps/details?id=com.pgmall.prod

Iphone :
https://apps.apple.com/my/app/pg-mall-shop-share/id1298973748

Boleh log in gunakan ID Public Gold anda ya. Kalau tak boleh, boleh cuba daftar dekat sini ya.

https://pgmall.my/register?referralPgCode=haikalawok@gmail.com

3. Sekarang Public Gold sudah ada apps terbaru untuk download.

Boleh download sini ya :
Android : https://play.google.com/store/apps/details?id=com.pgmapp.publicgold

Iphone :
https://apps.apple.com/my/app/public-gold/id1591580964
Harga sedang menaik..
Bagi yang nak top up GAP, top up sekarang sebab nanti lepas pukul 12 tengah malam harga akan naik dari rm277/gram akan jadi RM280 atau rm281
https://vt.tiktok.com/ZSdQTQAJ8/

Jom live bersama Kak Ina di TIK tok
Forwarded from Mazlifah Kak Ina
Weekly Meeting team MyPG

Hari : Selasa

Tarikh : 24/5/2022

Masa: 9.00pm

Tajuk : PG MALL NEW FINANCIAL YEAR

Speaker: Ahmad Azlin Ariffin

Book Sharing : Nina Hanan

Jangan ketinggalan ya. Join semua.


Tempat : zoom meeting

https://us02web.zoom.us/j/81018477224?pwd=RmJvVXlGSzZGVFpka0xqdFN5U0JkZz09

Anda semua dari team MyPG dijemput hadir. Semoga kehadiran anda diberkati dan mendapat manfaat dariNYA.

Buka video dan kalau boleh gunakan back ground yang di sediakan. Buka video upaya anda menghormati orang yang nak menyampaikan ilmu, supaya kita lebih fokus dan in syaaAllah ada keberkatan ilmu.


Terima kasih
Forwarded from Mazlifah omar
Ramai tak tahu bahawa dengan shopping di PG Mall pun mereka boleh dapat trip 5 Bintang ke Hokkaido Japan 😱🇯🇵


Jom saya bongkarkan bagaimana anda sebagai ahli PG Group dapat menjana 3 jenis pendapatan pasif setiap bulan dan mendapat percutian percuma ke Hokkaido 🎉🎉🎉

Sertai kami malam ini untuk MYPG Weekly Meeting dan fahami Plan Pemasaran baru PG Mall bagi tahun 2022/23 ini.
Asas untuk pastikan gaji kita berkembang , amalkan 4 perkara ini setiap kali gaji.

1. Simpan

Buat simpanan paling minimum 10% gaji.
Jika masih bujang dan kurang komitmen , simpan 35% gaji.

Menyimpan ialah satu tabiat , jika selalu buat pasti mudah.

Contoh gaji RM 3000 , simpan 300/sebulan.
Hujung tahun patutnya sudah ada 3600.

Jika tak cukup 3600 kena semak balik , kita buat menyimpan atau hanya isi masa lapang ?

Jika menyimpan duit kurang berjaya, saya rekemenkan simpan emas .

2. Labur

Laburkan gaji kita agar ' wang pula bekerja untuk kita '. Bukan kita bekerja untuk wang sepanjang zaman.

Laburlah pada tempat yang betul dengan ilmu yang betul. Insya Allah baik hasilnya nanti.

3. Infaq

Keluarkan sebahagian duit gaji kita pada mereka yang memerlukan. Kerna kita tahu bahawa setiap rezeki yang kita dapat ada hak orang lain juga.

Belanja makan, sedekah , beri pada ibu bapa dan banyak lagi perkara yang kita boleh buat.

Hal ini akan berikan kita satu ketenangan dan tenteram hati ini. Percayalah.

4. Belanja

Ya , akhir sekali barulah belanja. Ini bahagian akhir sekali. Lakukan yang tiga atas dulu , baru hidup kita senang dan aman.

Ulang formula ini setiap bulan pasti kita lebih kacak daripada abang Bangla kedai karpet nanti.