Nota Emas Kak Ina Public Gold
3.42K subscribers
5.09K photos
653 videos
83 files
1.75K links
Saya MAZLIFAH @ KAK INA PG034720 Master Dealer dan Officer Speaker akan berkongsi ilmu tentang emas, Public Gold dan tips kewangan.

Sebarang persoalan boleh pm di @mazlifahomar
Download Telegram
Penyimpan emas yang ada ilmu, mereka tidak kisah kepada NAIK atau TURUN harga emas. Salah satu Sebabnya, mereka mempunyai matlamat yang jelas. Contohnya,

+ Nak capai 10gram pertama dalam masa 3 bulan.
+ Nak capai 20gram pertama dalam masa 5 bulan.
+ Nak capai 50gram pertama dalam masa Setahun.
+ Nak capai 100gram pertama dalam masa 2 Tahun.

Ini adalah contoh tangga- tangga target yang diimpikan oleh semua penyimpan emas. Mereka mendaki serta mengharungi kepayahan serta kesusahan bagi mencapai Target mereka. Target mereka jelas.

Tetapi bagi orang yang masih belum bermula, mereka masih berkira-kira untuk bermula. Mereka mengambil keputusan terlalu lama untuk fikir.

Harga emas tidak pernah murah. Ada ketikanya, kita terlalu menunggu harga yang tidak masuk akal.

Jika hari esok harga emas jatuh sehingga RM250 segram, pasti kita masih teragak-agak untuk bermula.

Jika hari esok harga emas jatuh sehingga RM220 segram, pasti kita masih teragak-agak untuk bermula.

Jika hari esok hari harga emas jatuh sehingga RM200 segram, pasti kita masih teragak-agak untuk bermula.

Sebabnya, dalam fikiran kita terlalu memikirkan soal harga sehingga ianya menghalang kita untuk mengumpul GRAM emas.

Percayalah, siapa yang fokus kepada Harga emas, beliau akan berhenti membeli. Harga NAIK Resah. Harga TURUN Gelisah.

Tetapi bagi penyimpan emas yang ada ilmu, mereka fokus kepada GRAM emas. Harga NAIK atau TURUN bukanlah menjadi persoalannya sebab mereka ada Target dan misi yang mahu dicapainya.

Dapat sesuatu? Moga bermanfaat ya 😊

#kakinaPublicGold
#KITeam
#SembangEmasBersamaMami
KELUARKANLAH ZAKAT,
ALLAH AKAN LAPANGKAN REZEKI

Bila aku sarankan simpan emas, selalu ada yang berpesan, "simpan emas tu jangan lupa bayar zakat!"

Aku nak share sedikit ni.

Pengalaman aku sejak aku mula mengajak orang menyimpan emas ni sejak 6 tahun yang lalu, aku boleh katakan penyimpan emas lebih ingat tentang zakat berbanding mereka yang tak simpan emas.

Orang simpan emas, baru beli 1 dinar (4.25 gram) emas pun dah sibuk fikir dan tanya tentang zakat. Walhal, 85 gram (bersamaan 20 dinar) barulah diwajibkan zakat.

Sedangkan orang simpan duit dalam akaun bank, kita boleh katakan lebih banyak yang lupa bayar zakat walaupun duit simpanan di bank pun sebenarnya kena zakat sama macam zakat emas juga.

Sepatutnya orang yang tak simpan emas tu kena selalu diingatkan, "simpan duit dalam bank tu jangan lupa bayar zakat!".

Tak gitu?

Ada pula sebahagian orang yang teragak-agak untuk beli emas sebab takut kena zakat.Aduhhhh.....

Lagi satu tip penting aku nak share.

Zakat hanya dikenakan kepada orang kaya. Orang miskin tak dikenakan zakat.

Siapa takut bayar zakat, dia susah jadi kaya.

Siapa pasang cita-cita nak bayar lebih banyak zakat, insyaAllah, Allah akan lorongkan lebih banyak jalan kekayaan.

Pernah beberapa orang penyimpan emas share kepada kat aku, alang-alang beli emas, biarlah jumlah emas yang disimpan itu cukup untuk mewajibkan dia bayar zakat. Dia sungguh senang hati untuk membayar zakat.

Dan memang benar, aku lihat, penyimpan emas tersebut tidak ada masalah kewangan walaupun aku kira pendapatannya tidaklah besar. Kehidupannya serba serbi cukup. Alhamdulillah.

Aku percaya, Allah berikannya keberkataan atas kesungguhannya mahu membayar zakat. Ingat, setiap bahagian harta yang kita keluarkan kerana Allah, Allah akan gantikannya sekurang-kurangnya 10 kali ganda daripada apa yang kita keluarkan. Itu janji Allah.

Tidak ada yang lebih menepati janji selain Allah, pemilik segala kekayaan di langit dan di bumi.

Begitulah...

Selamat malam dan in syaaAllah kita jumpa lagi esok.😍

#TazkirahDiri
#kakinaPublicGold
#KITeam