Nota Emas Kak Ina Public Gold
3.4K subscribers
5.13K photos
654 videos
84 files
1.76K links
Saya MAZLIFAH @ KAK INA PG034720 Master Dealer dan Officer Speaker akan berkongsi ilmu tentang emas, Public Gold dan tips kewangan.

Sebarang persoalan boleh pm di @mazlifahomar
Download Telegram
Forwarded from Value for your money & Barang Kemas 916 (Mazlifah Kak Ina)
Berminat mai wasap kak ina laju2 di www.wasap.my/+60134506989

Nak lock bagi

Nama:
Ic no:
Email:
Fon no:
Code Item:
Berat:
Size :
Alamat:
Ansuran atau Full payment:
Forwarded from Value for your money & Barang Kemas 916 (Mazlifah Kak Ina)
Pulut dakap

15-16.5cm 6.5-7g +/- RM2099
17-18.5cm 7-7.5g +/- RM2249
19-20.5cm 7.5-8g +/- RM2399
Audio
Audio from Mazlifah@Kak Ina PG034720
SIMPANAN SUKA BOCOR

1 - Antara yang susah kita nak buat adalah meyimpan duit.

2 - Jadi perlu ada PAKSAAN DLAM MENYIMPAN.

3 - Alhamdullillah dah berjaya simpan tapi bila keluar shopping habis semua duit itu dikeluarkannya sekali.

4 - Sebabnya nafsu mengawal diri.. mana boleh tahan beb!!..baju lawa-lawa , tudung pun cun-cun.. kasut pun cantik.

5 - Dah setiap bulan dok simpan apa salahnya kita rewardkan diri sendiri sikit kan...

6 - 😄😄tapi sebenarnya bukannya sedikit tapi habis simpanan selama 6 bulan yang berjaya dia PAKSAKAN DIRI untuk menyimpan digunakan untuk bershopping..

7 - Itulah diri KAK INA dulu..😉

8 - Tapi lani alhamdullillah sejak mengumpul EMAS dan paksa diri mengumpul EMAS, dah berubah.. dari sebulan 1gram meningkat ke sebulan 2 gram dan terus jadi seronok menyimpan bertambah lagi sebulan 3gram dan sekarang alhamdullillah sebulan dah dapat meyimpan 5 gram tanpa terbabas.

9 - Dan bila dah tahu kepentingan EMAS sekarang asal DUIT aja pasti akan bertukar menjadi EMAS.

10 - Dan letakkan matlamat mengapa kita menyimpan emas didepan kita. Contoh matlamat kak ina adalah untuk menukarkannya menjadi ASET yang lebih besar iaitu rumah dan ingin menunaikan haji.

11 - Duit simpanan selalu BOCOR, Cubalah buat simpanan emas ni melalui GAP. Tak perlu banyak pun cukuplah sekadar hanya 1 gram dah memadai.

12 - Cuba dulu dan lihat hasilnya . Memang tip top simpanan kita nnnti.

#kakinaPublicGold
#MamiLipLap
#KITeam
Ada offer 1dinar dan 10gram buat ansuran 10 ya..
Nota santai dari mentor...
.
Saya akan rasa teruja apabila terjumpa dengan duit syiling berusia tua.

Contohnya syiling 20 sen yang ditempa pada tahun 1976 (usia 44 tahun)

Sekiranya syiling ini boleh berkata-kata, sudah pasti dia boleh cerita kat kita, betapa besarnya kuasa beli dirinya 44 tahun yang lalu.

“Dulu nilai aku boleh beli sebiji nasi lemak, telur ayam separuh. Sekarang... perg... semua benda naik harga. Aku dah takder value macam dulu”

Arwah Datuk saya pernah bagitau, dulu kuasa beli duit tinggi, sebab duit susah dapat.

Sekarang zaman duit senang dapat.

Duit kertas dicetak semakin banyak, lepas tu orang senang buat loan, hutang kad kredit (easy access to money).

Sebab itu kuasa beli duit semakin kecil.

Berbeza dengan simpan emas, nilainya makin naik, kuasa beli makin naik.

Waktu saya beli rantai tangan, tahun 2001, harga emas RM46 segram (emas 916)

Waktu saya mula membeli emas 999.9, tahun 2008 harganya RM101 segram.

Waktu saya tulis perenggan ini, harga emas RM269 segram.

Emas, hartanah dan tanah bagus untuk pelaburan jangka masa panjang, tapi kalau modal ciput, simpan ajer emas terlebih dahulu.

Sebab emas anda boleh simpan serendah RM100. Lepas tu simpanlah secara konsisten.

Biar muka kau tak hensem bro; asalkan emas kau ada berkilo-kilo 😄
Untuk EPP10 untuk 10gram sebulan dalam RM270 dan untuk 1dinar dalam RM115 sebulan
*Matematik EMAS 🆚 Matematik DUIT*

1999 = RM1 juta ↭ 25 kg emas
2010 = RM1 juta ↭ 7 kg emas
2015 = RM1 juta ↭ 6 kg emas

2020 = RM1 juta - 3.7kg emas saja.

*_Bandingkan_*

1999 = 25 kg emas ↭ RM1 juta

2010 = 25 kg emas ↭ RM3.5 juta

2015 = 25 kg emas ↭ RM4.2 juta

2020 = 25 kg emas = RM6.6 juta

*Dapat sesuatu?* 😉

EMAS SIMPANAN JANGKAMASA PANJANG....
Gais,

Seorang sahabat saya pernah berkongsi tips.

Dia kata “SEMUA TARGET yang BESAR boleh dipecah-pecah kepada matlamat-matlamat kecil”

“Contohnya, RM100 boleh dipecahkan kepada RM1.00 x 100 kali”

“RM1.00 pula boleh dipecahkan kepada 10 sen x 10 kali”

Jadi, kalau kita nak target matlamat yang besar dan nampak berat,

kita kena pecahkan target ini ke dalam bentuk target-target yang kecil.

Dengan memfokuskan kepada target-target kecil yang lebih mudah dicapai, maka secara tak langsung kita akan capai target yang besar.

Saya bagi satu contoh.

Jika anda target untuk memiliki 250gram jongkong emas bernilai RM66,287 (harga semasa)

Ia akan terasa berat kepada setiap orang.

Tapi ia boleh dipecahkan kepada 1 gram x 250 kali.

Fokus 1 gram x 250 kali.
Fokus 1 gram x 250 kali.
Fokus 1 gram x 250 kali.

Apa caranya? Gunakan akaun simpanan emas GAP Public Gold. Ia mudah, murah dan patuh syariah.

InsyaAllah, dengan target kecil TAPI KONSISTEN, nescaya anda akan capai target besar.

Bak kata pepatah “Perjalanan 10,000 langkah bermula dengan langkah pertama”

Saya doakan agar anda berjaya simpan emas 250 gram ini.

Sila lihat videonya untuk inspirasi 🥳🥳🥳
Forwarded from Mazlifah Kak Ina
EPP DAPAT DISIPLINKAN DIRI UNTUK MENYIMPAN EMAS

Public Gold ada kaedah pembelian emas secara Easy Payment Purchase (EPP). Secara mudahnya, ia pembelian emas secara ansuran yang patuh syariah.

Kaedah EPP ni bermanfaat bagi sesiapa nak DISIPLINKAN DIRI menyimpan emas. Kaedah tu untuk PAKSA diri sendiri bayar emas yang kita tempah tu setiap bulan. Lepas habis bayar ansuran selama 4 bulan atau 10 bulan, baru dapat emas.Terbaik untuk yang susah disiplin menyimpan melalui kaedah GAP. Sebab kalau guna kaedah GAP kita tak dipaksa untuk disilplin. Tapi kaedah EPP kita dipaksa.

Kadang-kadang orang mudah untuk bayar hutang tapi susah untuk buat simpanan. kan....

Ia juga seolah-olah beli emas pada masa depan dengan harga hari ini.

PUBLIC GOLD SESUAI UNTUK SEMUA LAPISAN UMUR DAN SEMUA GOLONGAN.

Pilih aja kaedah yang sesuai dengan kita.

#kakinaPublicGold
#KITeam
Forwarded from Mazlifah Kak Ina
Dari catatat sifuku.

KENAPA DIKATAKAN "SAVERS ARE LOSERS"?
[Memahami Konsep Kuasa Beli]
---------------------------------------
.
"Harga" ialah apa yang kita bayar. "Nilai" ialah apa yang kita dapat.
.
Tahun 80-an dulu, sebiji karipap harganya cuma 10 sen. Sekarang harga paling murah pun 50 sen (untuk dapat karipap yang saiznya sama). Harga yang kita perlu bayar ialah 5 kali ganda untuk dapat NILAI yang sama berbanding 30 tahun dahulu.
.
Adakah peniaga karipap zaman sekarang lebih kaya berbanding dulu disebabkan harga karipap sudah meningkat 5 kali ganda? Jawapannya "tidak".
.
Walaupun duit yang dia dapat lebih banyak, tetapi KUASA BELI duit sekarang lebih kecil berbanding dulu. Duit 10 sen sudah tidak lagi mampu beli sebiji karipap. 50 sen sekarang sama kuasa belinya dengan 10 sen dulu.
.
Disebabkan kuasa beli duit kertas yang confirm merosot dalam jangka panjang, maka sebab itulah Robert Kiyosaki gelarkan "SAVERS ARE LOSERS". Orang yang simpan kekayaan dalam bentuk duit (di bank) secara 'berlebihan' akan mengalami kerugian disebabkan duit itu sendiri tidak mampu menyimpan NILAI. Kita hanya 'psyco' dengan pertambahan nombor sedangkan ia hanyalah illusi semata-semata...
.
Sebaliknya dengan emas. Walaupun emas tiada pendapatan seperti dividen tahunan sebagaimana simpanan di bank, tetapi ia menyimpan NILAI yang ampuh sebagaimana teori 1 dinar seekor kambing. Nilainya dipegang kuat oleh BERAT & KETULENANNYA sendiri tanpa perlu jaminan daripada mana-mana pihak. Ia satu-satunya aset kewangan yang nilainya berdiri dengan sendiri.

#1DinarSeekorKambingSelamanya
#NilaiEmasTakKanBerubah
#kakinaPublicGold
Audio
Audio from Mazlifah@Kak Ina PG034720
Ramai yang tanya antara barang kemas dan goldbar mana yang terbaik untuk di beli.

Bagi pendapat kak ina, mudah aja, dua-dua terbaik untuk di beli, yang tak baiknya orang yang tahu tentang kelebihan emas tapi tak beli-beli.. hihihi.

Belilah barang kemas sebagai hiasan diri, wahai wanita. Si suami beli lah barang kemas pada si isteri untuk membeli jiwa mereka sebagai penghargaan pada isteri anda. Pasti si isteri tersenyum lebar. Boleh dijadikan hiasan dan juga simpanan mas depan.

Barang kemas ni ada kekurang dan ada kelebihannya. Barang kemas ni, pakai la sampai lunyai pun ia tetap berharga dan bernilai. Memang la beli ada upah tukangnya dan susutnilai lebih tinggi sikit tapi berbaloi la dengan apa yang kita dapat. Kepuasan, kecantikan dan aura emas itu sendiri melekat terus kat kita.

Beli barang kemas ni bermakna kita memaksimumkan kegunaan emas itu. Beli mahal-mahal, tak kan nak simpan aja, pakai la sampai lunyai. Suatu kepuasan yang kita dapat, yang tidak dapat difahami kaum adam, sebab depa tak leh pakai. Hihihi.

Dari segi zakat pulak, barang kemas ni ada uruf mengikut negeri masing-masing. Jadi pakai la selagi tak melebihi uruf, kita tidak dikenakan zakat. Orang di negeri che siti wan kembang, beli la banyak mana pun barang kemas dan pakailah banyak mana pun, mereka tetap tidak dikenakan zakat. Negeri Kelantan tiada uruf barang kemas.

Dari segi gadaian pulak, barang kemas lebih mudah di pajak di arrahnu sebab lebih banyak arrahnu yang terima barang kemas berbanding goldbar. Begitu juga dari segi nak jual balik, lebih banyak kedai emas yang mudah menerima barang kemas berbanding goldbar. Kata orang mudah beli, mudah pajak dan mudah jual. Haaa gitu...

Kekurangannya adalah harganya lebih tinggi, susut nilai lebih tinggi dan ada upah tukang. Tapi kalau bijak membeli , pasti kita dapat dengan harga rendah, upah tukang rendah dan susutnilai rendah.

Apa-apa pun kena ada ilmu dan bijak. Ok la next posting kak ina tulis tentang kelebihan goldbar ya..

#BicaraMamiLipLap
#kakinaPublicGold
#KITeam