Nota Emas Kak Ina Public Gold
3.41K subscribers
5.13K photos
654 videos
84 files
1.76K links
Saya MAZLIFAH @ KAK INA PG034720 Master Dealer dan Officer Speaker akan berkongsi ilmu tentang emas, Public Gold dan tips kewangan.

Sebarang persoalan boleh pm di @mazlifahomar
Download Telegram
DINAR UNTUK JELITAWAN YANG BIJAKSANA

Jika anda seorang gadis yang jelita dan rupawan serta bijaksana dan bijaksini, ikut la petua -petua yang Kak Ina nak bagi ni. Khas buat yang belum kahwin ya.

Adik -adik beli dinar, tak kisah la beli melalui retail atau EPP atau GAP.
Janji beli dan dapatkan dinar. Dan simpan sampai masa nak kahwin dalam masa 6 bulan lagi ka, setahun ka, 3 tahun ka atau 5 tahun lagi ka, tak kisah.Lagi lama , lagi bagus..😄

Tiba masa nak kahwin tu, jual dinar tu pada bakal suami untuk dia jadikan maskahwin pada adik. Jual dengan nilai semasa.

Kan UNTUNG, dinar dapat, duit pun dapat, pahala sunnah pun dapat, suami.....pun dapat, kan....

#kakinaPublicGold
Berminat wasap direct dwngan Kak Ina ya. Harga rm300 sekeping
6 Keistimewaan Emas Sebagai Simpanan

Harga emas dah naik sedikit berbanding 2, 3 bulan lepas. Sesiapa yang nak ambil keuntungan, dah boleh jual sekarang. Siapa beli emas 3 bulan lepas, kalau jual hari ni, saya anggarkan keuntungan bersih at least 3% (dalam tempoh 3 bulan). Ia lebih untung dari simpan dalam Tabung Haji atau ASB (untuk situasi ini). Walaupun harga dah naik, saya tetap macam dulu. Saya tak jual emas-emas saya. Saya ialah “penyimpan emas”, saya bukan “trader”. Harga emas naik, saya happy. Harga emas turun, saya lagi happy. Yang saya tak happy hanya bila kepingan-kepingan emas saya tak bertambah dari tahun ke tahun.

Ramai orang tanya saya, kalau beli emas tapi tak jual-jual, mana untungnya? Saya tanya orang tu balik, kalau simpan duit banyak-banyak dalam bank tu, apa untungnya? Dapat dividen? Betul dapat dividen, tapi dengan risiko inflasi dan kemerosotan ringgit, bagi saya dividen tu tak berbaloi. Lebih baik saya simpan emas kalau untuk simpanan jangka panjang.

Itulah jawapan saya kenapa golongan “penyimpan emas” tak jual emas-emas mereka. Mereka jadikan emas sebagai salah satu bentuk SIMPANAN jangka panjang. Bila kita sebut “simpanan”, tujuannya untuk (1) digunakan ketika kecemasan atau (2) pelaburan masa depan. Selagi tak ada keperluan untuk digunakan, lebih baik simpan jer emas-emas tu.

Untuk simpanan jangka panjang, saya secara peribadi lebih suka simpan emas berbanding membiarkan dalam bentuk tunai di bank, sebab:

Emas kalis inflasi
Mudah dicairkan – emas adalah tunai
Kekayaan di tangan kita
Boleh dijadikan modal pusingan
Ia aset mudah alih – mobile
Kekayaan bertahan lama

#1 – Emas Kali Inflasi

Zaman Nabi dulu, 1 dinar (emas 4.25 gram) boleh beli seekor kambing. Sekarang ni, harga 1 dinar sekitar RM670. Secara relatifnya, ia masih mampu beli seekor kambing. Kalau 30 tahun dulu, budak-budak sekolah boleh bawa duit 50 sen sehari, cukup untuk mereka makan kenyang. Tapi hari ni, 50 sen tu hanya mampu untuk beli segelas air sirap sahaja. Maksudnya hari ni, kebulur la anak-anak kalau kita masih berikan duit sekolah 50 sen sehari. Nampak tak kesan inflasi ke atas emas berbanding duit kertas?

2 – Senang Ditukar Kepada Tunai

Emas senang ditukar kepada tunai. Bagi saya, emas macam duit tunai juga. Ia aset fizikal yang paling mudah dicairkan. Bila simpan emas, kita tak perlu risau kalau nak pakai duit. Emas tu boleh dijual pada bila-bila masa, dan di mana sahaja. Kalau bawa emas tu ke oversea pun, ia tetap laku sebab ia emas. Ia “international money” yang diterima sejak zaman berzaman. Kalau sayang nak jual emas tu, boleh pajak di ar-rahnu untuk dapatkan pinjaman. Lepas tu cari balik duit untuk tebus emas tu.

3 – Kekayaan Di Tangan Kita

Bila simpan emas, hakikatnya kekayaan tu ada ditangan kita sendiri. Apa pun berlaku di luar sana, selagi emas tu ada di tangan kita, pendek kata, kekayaan tu memang ada dengan kita sendiri sebab nilai emas terletak pada BERAT DAN KETULENAN emas tu sendiri. Berbeza dengan duit kertas. NILAI SEBENAR duit kertas bukan pada kertasnya, tapi ia terletak pada jaminan kerajaan, kestabilan ekonomi dan politik negara.
Masih ingat tak duit syiling seinggit dulu? Bank Negara dah buat penetapan, ianya tak lagi sah untuk digunakan sebagai duit hari ini. Ia hanya sekeping logam yang tidak lagi bernilai. Siapa yang masih simpan duit seringgit lama tu, hari ni dah tak laku lagi dah.
Lagi satu peristiwa, masih ingat lagi tak Ringgit Malaysia pernah jatuh nilainya sebanyak 50% setahun lepas krisis kewangan 1997? Sejak krisis itu, Ringgit Malaysia telahpun mengalami KEJATUHAN KEKAL sebanyak 30% berbanding US Dollar. Jadi kalau simpan duit banyak-banyak, hakikatnya kita memiliki kekayaan secara ‘maya’. Ia bukan duit yang sebenar, hinggakan Robert Kiyosaki dalam bukunya gelarkan duit kertas sebagai “funny money”. Ianya dianggap “funny” sebab ia dikeluarkan tanpa dibackup dengan apa-apa aset fizikal. Duit yang meyimpan nilai sebenar antaranya ialah emas.

4 – Boleh Dijadikan Modal Pusingan

Bila simpan duit di bank, sebenarnya duit kita dipusing oleh bank dengan bagi pinjaman kepada orang lain
(atau kepada kita sendiri!) dengan caj keuntungan yang tinggi. Bank-bank ada target mereka sendiri. Mereka mesti pinjamankan duit tu untuk menjana keuntungan. Sebab tu bank pun ada “sales person” sendiri untuk ‘jual’ pinjaman-pinjaman mereka. Mereka mesti pusingkan duit yang kita simpan tu.
Berbeza dengan emas. Kita boleh pusing kekayaan kita sendiri. Kalau orang berniaga, emas tu boleh dijadikan modal pusingan. Bila perlukan duit untuk rolling, pajak jer emas tu di ar-rahnu untuk dapatkan pinjaman. Bila dah selesai urusniaga, tebus balik emas tu. Akhir sekali, kita masih ada emas (yang dijadikan modal pusingan) dan keuntungan tunai (hasil bisnes). Dan yang paling penting, duit modal kita tak akan bocor. Kita tak berpeluang ‘curi’ duit bisnes seratus dua untuk berbelanja kegunaan peribadi (ingat, duit bisnes bukan duit peribadi) sebagaimana duit tunai. Jadi modal bisnes kita tu akan lebih selamat dalam bentuk emas.
emas pasar siti khadijahEmas-emas yang di pakai oleh akak peniaga Pasar Siti Khadijah (Kota Bharu) tu ialah simpanan dan modal pusingan mereka. Ia bukan sekadar perhiasan.

5 – Emas Aset Mudah Alih

Emas ialah aset fizikal yang paling mudah alih (i.e. mobile). Kalau beli tanah atau rumah-rumah sewa, ia memang tak boleh dialihkan. Kalau nak jual pun, ia memakan masa untuk jual. Paling cepat pun proses jual beli akan selesai dalam tempoh 6 – 9 bulan. Ia berbeza dengan emas. Katakanlah kita bertugas di pedalaman Sabah, tiba-tiba dapat pindah balik ke Semenanjung, kita boleh bawa balik emas-emas tu. Kalau berpindah lagi, kita boleh bawa emas tu ke mana sahaja.
Masa peperangan panjang antara US dan Vietnam, ramai rakyat Vietnam lari meninggalkan negara dan jadi pelarian. Mereka jual segala harta yang ada dan ditukarkan kepada kepingan-kepingan emas yang dinamakan Vietnam Kim Thant. Kepingan emas tu bentuknya nipis. Mereka boleh sorokkan dalam jahitan baju. Bila sampai ke negara lain, mereka boleh memulakan hidup baru bermodalkan emas yang mereka bawa. Di saat peperangan begitu, pastinya duit kertas tak lagi bernilai.
emas kim than vietnamEmas menyelamatkan kekayaan pelarian Vietnam zaman peperangan dulu.

6 – Kekayaan Bertahan Lama

Antara sebab kenapa pentingnya simpan emas ialah kekayaan kita akan bertahan lebih lama. Sejak mula-mula beli emas tahun 2010 dulu, saya tak pernah jual emas-emas saya. Dan saya sendiri tak kira berapa banyak emas yang saya dah beli. Saya beli dan ‘campakkan’ jer dalam safe deposit box. (Saya tak perlu kira setiap tahun sebab emas tu juga saya jadikan stok pusingan bisnes emas saya. Sebagai peniaga emas, saya membayar zakat perniagaan emas, bukan zakat simpanan emas).
Kenapa saya tak kira berapa banyak emas yang saya ada? Salah satu sebabnya, emas saya jadikan sebagai “simpanan untuk dilupakan”. Simpan dan lupa. Dari sudut kewangan, kita kena adakan “simpanan untuk dilupakan”. Kalau asyik ingat-ingat simpanan tu, simpanan tu tak bertahan lama. Nanti asyik rasa nak belanjakan jer duit simpanan tu.
suka kumpul simpan emasKesan psikologi berbeza bila simpan emas.
Dari sudut psikologi, bila simpan emas, kita rasa sayang nak jual. Naluri manusia sejak zaman berzaman memang suka kumpul emas sebab ianya cantik. Berbeza dengan duit kertas. Seronoknya emas pada mengumpul dan menyimpannya, tapi seronoknya duit ialah pada membelanjakannya. Tak ada orang simpan emas yang fikir nak belanjakan emas mereka, tapi orang yang simpan duit mesti terfikir-fikir, di mana nak dibelanjakan duit itu! Jadi itulah sebab kenapa bila simpan emas, kekayaan kita lebih bertahan lama. InsyaAllah.
Photo from Mazlifah@Kak Ina PG034720
Forwarded from Nota Emas Syawal Ameron
Forwarded from Mazlifah Kak Ina
Video cara kita nak lock item melalui website PG. Samaada melalui epp atau full payment ya.
Tapi jangan dok suka-suka LOCK ya nanti kalau cancel akan kena penalty 5% dari jumlah kita lock tu ya..
Audio
Audio from Mazlifah@Kak Ina PG034720
Forwarded from Mazlifah Kak Ina
Photo from Mazlifah@Kak Ina PG034720
Harga berdesup naik ke RM266/ gram. Harga tertinggi buat masa ni. Jangan dok nganga.. mula kan sekarang. Kalau bukan sekarang, bila lagi???
5 Tips Simpan Emas 1 gram 1 bulan

Tips 1
Target simpan emas1 gram 1 bulan sebagai "forgotten saving" (simpanan untuk dilupakan). Simpan, dan lupakan. Duit simpanan lain boleh disimpan di tempat lain seperti Tabung Haji atau ASB.

Tips 2
Setiap kali dapat gaji, terus beli1 gram emas. Jangan tunggu duit Iebih baru nak menyimpan sebab memang tak akan ada duit Iebih. Disiplin menyimpan yang betul; "simpan dulu belanja selebihnya" bukan "belanja dulu simpan selebihnya".

Tips 3
Jangan tunggu harga terbaik. Kalau tunggu pun selalunya tak berbaloi dengan risiko duit itu bocor. Takut-takut nanti, bila harga dah rendah, duit pula yang habis!

Tips 4
Beli emas melalui kaedah Akaun Emas GAP (Gold Accumulation Program) Public Gold. Itu kaedah termudah dan termurah di Malaysia buat masa ini bagi sesiapa nak simpan1 gram1 bulan.

Tips 5
Bila cukup 6 gram, keluarkan gold bar 5 gram sekeping dan simpan dalam dompet! Guru emas saya En. Syukor Hashim cadangkan buat begini supaya terasa aura dan keseronokkan simpan emas! Memang "feel" akan berbeza. la
mempengaruhi minda separa sedar supaya kumpul lebih banyak kepingan emas! InsyaAllah.

#kakinaPublicGold
#MamiLipLap
#KITeam
Soal jawab emas: Gadaian emas
=======================

Soalan: Bilakah masa yg sesuai utk menggadai emas? Waktu harga emas tinggi atau rendah?

Jawapan: Gadaian bermaksud anda berhutang dengan mencagarkan emas.
.
Bila membuat gadaian, anda sebagai penggadai akan menanggung kos upah
simpan.

Biasanya upah simpan adalah 0.80 sen utk setiap RM100 nilai emas. Pinjaman biasanya 75% dari nilai emas.

Sebagai contoh, dengan menggadaikan emas bernilai RM10,000; Anda dapat pinjaman RM7500 dan kos upah simpan yang anda akan tanggung ialah RM ringgit setiap bulan.

Jadi, bagi menjawab soalan tersebut. Anda kena paham konsep berhutang.

Bila masa terbaik untuk anda berhutang?

Jawapan: Jangan berhutang jika TIDAK PERLU.

Sebab anda kena tanggung upah simpan + bayar balik nilai pinjaman.

Jika anda saja-saja nak buat hutang sebab anda ada emas. Itu bukanlah perkara yang baik.

Namun, jika anda terpaksa juga buat hutang, pastikan anda betul-betul dalam situasi tersepit.

Contoh, emergency sakit demam, kemalangan dan kematian.

Ataupun anda seorang businessman yg memerlukan pusingan modal utk jangkamasa pendek (kurang dari 6 bulan). Pusingan modal tu boleh menjana keuntungan.

Dalam situasi itu, bolehlah consider buat gadaian/pinjaman Ar-Rahnu.

Dalam situasi bukan kecemasan, tak payah berhutang.

Samada harga emas tinggi atau rendah, anda tak perlu buat hutang dengan Ar-Rahnu.

Sekian jawapan dari sifuku.

#kakinaPublicGold
Nak beli emas dengan Public Gold kena ada introducer.

Nak cari introducer bukannya cari yang dekat dengan kita tapi kena cari yang aktif dan yang boleh bimbing kita ke jalan yang lurusss menuju kejayaan.

Kalau dapat yang boleh ajar kita menuju ke syurga lagi bagus..😍

Kalau introducer tu jauh dari kita pun tak apa, sebab semua di hujung jari sekarang ni. Wasap ada, telegram ada, fb ada, zoom in ada, apa lagi.. semua ada.

Janji kita tengok introducer tu aktif dan betul-betul serius dengan Public Gold.

Ini kononnya nak cari yang dekat dengan kita, senang boleh bimbing la konon, tapi akhirnya tak mendapat bimbingan yang betul dan kita sendiri yang rugi, terumbang ambing..

Alhamdullillah.. ,Kak ada group telegram, wasap, dan fb untuk bimbing semua customer dan dealer di bawah rangkaian #KITeam. Bukan sekadar ajar bagaimana nak membeli tapi siap ajar bagaimana nak jadi dealer yang berjaya lagi.. in syaaAllah.

Tips, kaedah dan strategi semua di berikan. Alhamdullillah setakat ni semua dealer dari rangkaian KITeam ada di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak, Brunei, Singapura dan di Jordan dan China pun ada.

Jom sertai kami dari rangkaian #KITeam yang ya Aziz, ya Jabbar, ya Mutakkabbir, ya Qahhar..😍😍

Jangan lupa wasap Kak Ina ya..

#KITeam
#kakinaPublicGold
#MamiLipLap