Nota Emas Kak Ina Public Gold
3.4K subscribers
5.15K photos
654 videos
84 files
1.77K links
Saya MAZLIFAH @ KAK INA PG034720 Master Dealer dan Officer Speaker akan berkongsi ilmu tentang emas, Public Gold dan tips kewangan.

Sebarang persoalan boleh pm di @mazlifahomar
Download Telegram
Untuk kita terus bahagia dan berjaya di tahun 2020, kita wajib buat goal setting atau matlamat yang ingin kita capai.

Dari pengkongsian tuan Afnan Rosli yang kak ina follow, matlamat yang kita ingin capai tu perlu dibahagi ke 8 aspek untuk kita fokus.

Kalau masa dan duit bukan penghalang, apa yang kita inginkan dalam hidup kita. Tulis semuanya secara detail.

1 - Kerohanian atau Spiritual.
Kerohanian itu wajib letak di atas sekali dan diberikan keutamaan yang paling tinggi. Setkan apa yang kita ingin capai. Contoh kita tetapkan matlamat untuk solat di awal waktu setiap kali waktu solat, mrngaji alQuran sehari 5 mukasurat. Wajib bangun tahajud, solat taubat dan hajat, solat dhuha,sedekah, zikir dan sebagainya. Tulis secara detail satu persatu.

2 - Keluarga.
Tetapkan macammana hubungan keluarga kita, hubungan dengan pasangan, anak, ibubapa. Tulis secara detail juga, berapa kerap kita balik kampung, cal mak ayah. Apa yang kita wajib buat untuk perbaiki hubungan dengan pasangan, hadiah untuk pasangan dan sebagainya. Ini juga sangat penting selepas kerohanian.

No 1'dan no 2 ni sangat penting dan wajib diberi perhatian penuh.

3 - Kesihatan.
Tulis tahap kesihatan yang kita ingini. Berat badan, senaman, pemakanan, dan semua yang kita inginkan tentang kesihatan kita. Kesihatan itu pun amat penting untuk kita jalankan aktiviti kita.

4 - Kewangan.
Tahap kewangan yang kita inginkan.Adakah kita mempunyai target untuk tingkatkan pendapatan? Atau pun kita target mahu mencipta pendapatan sampingan kedua.... ketiga.... contohnya dengan cari bisnes kedua.

5 - Kerjaya.
Apa yang kita nak dalam kerjaya kita. Kena ada pemikiran yang besar. Nak jadi seseorang yang luar biasa.

6 - Personal Education.
Tetapkan berapa banyak training yang kita ingin hadiri pada tahun itu. Nak capai ilmu apa untuk kita capai sesuatu yang lebih baik. Buku apa yang kita nak baca dan berapa banya buku yang kita nak baca.

7 - Rekreasi / hobi - Adakah anda mempunyai impian untuk mengunjungi tempat-tempat tertentu? Negara-negara tertentu? Mungkin tiba masanya untuk take it seriously. Letakkan matlamat untuk pergi ke sana dan tetapkan tarikhnya.

8 - Fizikal environment.
Macammana perwatakan kita, kereta kita, rumah kita, penampilan dan pakaian kita. Semua ni perlu diberikan perhatian.

Semua di atas ni wajib kita buat sekarang dan amalkan 90 hari sebelum datangnya tahun 2020, kata tuan Afnan Rosli.Semua ni kak ina dapat dari Tuan AR. Kak ina cuma tulis dan kongsikan.

Jika ianya bermanfaan sila la klik SHARE, agar lebih ramai yang mendapat manfaatnya.
Hari ni kak ina nak share sikit, offer yang ada di PG Mall. Banyak barang yang murah hari ni. Yang paling dapat sambutan adalah MILO 2kg hanya RM19. 90 sahaja. Postage hanya RM5.
Sorang hanya boleh beli 2pek sahaja.

Yang berminat boleh daftar di link di bawah ni
https://pgmall.my/register?referralPgCode=mazlifahomar@gmail.com

Kemudian klik kat hotsales dan pilih la apa yang anda nak beli, memang murah giler... Dan berbaloi..

Yang dah ada pg code, boleh terus klik kat bawah ni.

https://pgmall.my/hotsales

Sebarang pertanyaan boleh wasap kak ina ya di www.wasap.my/+60134506989

Milo 2kg hanya RM19. 90 sahaja
Emas Ideal Sebagai Simpanan

Emas aset yang ideal untuk SIMPANAN jangka panjang yang mudah dicairkan.

Bagi Kak ina, emas adalah duit. Simpan emas seolah-olah kita simpan duit tunai dalam bentuk yang lebih selamat nilainya.

Bila-bila nak pakai duit, kita boleh cagarkan di ar-rahnu untuk dapatkan pinjaman segera, atau terus jual untuk dapat duit on-the-spot.

#PagiSemua
#SalamMenjemputRezeki
#kakinaPublicGold
Emas Idea Sebagai Simpanan

Emas boleh dibeli walaupun modal kecil.
Emas aset yang bagus bagi sesiapa yang pekerjaannya sentiasa berpindah randah dan belum bersedia untuk membeli rumah i.e. tinggal menetap di sesuatu tempat.

#kakinaPublicGold
Analisis harga emas 12/9/2019

Sepanjang minggu lepas harga emas berada dalam trend menurun.

Ia menurun daripada USD1556 kepada USD1485 (penurunan 71 USD)

Penurunan ini banyak didorong oleh sentimen positif dalam isu trade war US-China. Ini kerana pertemuan diantara pegawai kanan daripada kedua belah pihak dijangka akan diadakan pada awal bulan Oktober.

Perbincangan ini dijangka akan memberikan petunjuk kepada halatuju perang perdagangan US-China. Sementara menunggu pertemuan ini kedua-dua belah pihak turut mengadakan beberapa perbincangan kecil sebelum pertemuan Oktober ini.

Market memerlukan berita seperti ini bagi meningkatkan sentimen positif. Jika tidak stock market asyik jatuh ajer. Mana boleh tahan beb.

Baik, sedikit analisis teknikal harga emas minggu lepas sehingga hari ini (12/9/2019)

Harga emas tertinggi minggu lepas sekitar USD1555 (resistance - harga syiling)

Harga emas jatuh sehingga USD1485 (support - harga lantai)

Ada resistance pasa USD1497 (harga ketika posting ini ditulis).

Kemana arah harga emas?

1. Jika harga tidak boleh melepasi resistance USD1497 maka harga emas boleh jatuh balik. Kalau jatuh pun tak banyak sebab ada support yang kuat kat USD1485

2. Sekiranya harga emas boleh memecahkan USD1497, contohnya menjadi USD1500 (psiko level) maka harga emas boleh menaik balik.

3. Indikator RSI (Relative Strength Index pada sela masa H1 dan H4 (satu jam dan 4 jam) menunjukkan peningkatan (pointing up)

Kalau tanya saya. Boleh beli ke?
Ye boleh.

#NotaEmasSyukorHashim
Semua yg lock terus jadi DEALER
Name:
IC No:
Email:
H/P:
Introducer:
Type:
Length:
Payment : Cash / EPP 6x
Address :
Strategi 1 gram 1 bulan.

Bagi sesiapa yg mula hendak menyimpan emas sebagai "forgotten saving". Antara cara yg berkesan adalah mulakan dulu 1 gram.
Kemudian istiqamah setiap bulan dengan 1 gram sebulan.

Tak perlu banyak. Bila dah dapat disiplin sebulan 1gram selama setahun, tingkatkan kepada 2 gram sebulan pulak.

Boleh gitu.. tak cuba, tak tau kan....

#kakinaPublicGold
📱0134506989
6 TIPS CARA SEMPOI SIMPAN EMAS DENGAN BERGAYA DAN PRO.

1. Jangan ambil pusing harga naik dan turun.
Harga naik anda cool beli emas dan harga turun anda happy beli lebih emas.

2. Jangan dengar cakap-cakap orang.
Orang yang cakap itu belum tentu beli emas dan beri nasihat yang baik. Buat dek jer beli konsisten beli emas setiap bulan.

3. Fokus dengan objektif beli emas.
Kalau kuasa membeli dipengaruhi harga memang matilah anda tak akan beli. Fokus anda nak tambah gram dan gram.

4. Labur ilmu pada diri sendiri.
Bab ini penting. Bila berilmu anda beli emas dengan BERILMU tanpa dipengaruhi.

5. Berwawasan beli emas.
Capai 5 gram keluarkan dan simpan dalam dompet. Bila nampak hasil anda menyimpan tentu lebih bersemangat nak simpan lebih banyak gram dan lebih lama.

6. Betulkan pemikiran.
Kalau sebelum ini anda simpan duit. Apa salahnya anda tukar duit yang simpan dalam bentuk emas. Simpan emas juga adalah menyimpan.

MAZLIFAH @ KAK INA
PG034720
0134506989

#publicgold
#kakinaPublicGold
#dealerpublicgold
Membina kekayaan dengan emas.

Semua pakar kewangan bersetuju dengan satu perkara.

Asas untuk anda membina kekayaan bermula dengan menyimpan. Bacalah apa sahaja buku kewangan, semuanya senada seirama.

Mereka cakap anda kena ada dana kecemasan 3 bulan gaji, 6 bulan gaji dan ada pakar yang sarankan anda simpan setahun gaji sebagai dana kecemasan.

Gais, itu baru simpanan untuk dana kecemasan. Belum masuk simpanan untuk pelaburan, percutian, pergi Mekah, pergi Umrah. Pergh! Jauh lagi perjalanan tu.

Apabila anda mempunyai simpanan yang banyak maka ia membuka lebih peluang untuk anda melabur dan menambah kekayaan.

Jika anda tiada ilmu emas. Apakah bentuk simpanan yang datang dalam otak anda?

Sudah tentu simpan duit bukan?

Salah kelebihan duit adalah keupayaannya untuk membelikan anda apa sahaja yang anda inginkan - Itu juga adalah kelemahan duit. Ia senang terguna, terbelanja, terpakai, terbagi kat orang pinjam.

Sebab itu simpan duit nie cakap senang buat susah.

Apa yang ada dalam buku tidak sama dengan apa yang kita buat. Apa sebabnya? Sebab berseronok itu adalah fitrah manusia. Simpan duit untuk digunakan pada masa hadapan bunyinya macam boring.

Gais, Inilah peranan emas. Untuk simpanan jangka panjang anda alihkan simpanan ke dalam bentuk emas. Bila anda tengok emas berketul-ketul depan mata, otak anda tiada rasa nak guna atau terbelanja. Sebab otak manusia tidak boleh kaitkan emas dengan belanja.

Apa yang otak kita kaitkan dengan duit RM10,000? Wah! boleh beli itu dan ini. Lepas tu otak mula bagi suggestion "nak beli barang apa?" Selagi tak beli, jiwa kacau.

Bila anda tukar RM10,000 jadi sekeping jongkong emas 50 gram, apakah yang berlaku kat otak anda? Otak anda akan cakap emas ini cantik, mahal dan kena simpan elok-elok takut hilang.

Otak tak boleh kaitkan emas dengan beli barang.

Sebab itu menyimpan emas lebih mudah daripada menyimpan duit. Sebab otak anda kaitkan emas = kena simpan elok-elok.

Dengan faham konsep ini maka mudahlah untuk anda membuat simpanan.

Jika anda orang baru. Mulakan dengan hanya 10%. Kalau anda nak tahu, simpanan emas boleh dimulakan dengan hanya RM100. Rendah kan?

Ya! 10% sahaja duit anda ditukar dalam bentuk emas. Bila dah dapat rentak dan keserasian, barulah tambah % simpanan emas ikut keserasian. Selamat mencuba.

#NotaEmasSyukorHashim
Emas akan naik tak lama lagi disebabkan permintaan yg tinggi sekarang. Faktor peperangan yg akan berlaku seperti India dan Pakistan yang tengah bergolak akibat kashmir. Mereka ada kekuatan nuklear. Perkara ini menyebabkan kerisauan oleh pelabur pelabur di seluruh dunia. Mereka akan beralih ke aset emas dan menjual saham /bon/hartanah yg mereka simpan. Mereka Alihkan portfolio pelaburan mereka dan membeli emas. Apabila trend emas menaik akibat permintaan yang tinggi akan mendorong lebih ramai yg lain ikut jejak. Selain tu juga faktor Saudi dan Iran yang tengah bergolak sekarang di timur tengah adalah pemangkin lagi kenaikan harga emas. Jadi suasana panik Ini menyebabkan permintaan emas di seluruh dunia meningkat. Wallahua'lam. Semoga bermanfaat

Pakistan is ready for war with India over Kashmir, says president
https://m.yenisafak.com/en/world/pakistanis-readyforwar-with-india-over-kashmir-says-president-3501280
Berita baik!

Tuan Syukor Hashim akan buat FBlive dengan tajuk special “Teknik dan strategi mengumpul emas”

Hari Khamis (esok) jam 10.30 pagi di page Syukor Hashim & Jonaina Nordin

Bukan setakat belajar teknik dan strategi kumpul emas, promosi dan cabutan bertuah juga menanti anda.

Jangan lepaskan peluang keemasan ini.
😁

Jumpa nanti gais 😍
*Sapa yang nak lock goldbar atau dinar buat ansuran 10 kali get ready ya..*

*Boleh bagitau kak ina siap2 sekarang..malam ni kita lock aja terus..*
https://www.facebook.com/syukorjonaina/videos/460961431166223/

Fblive Syukor Hashim: Teknik dan strategi mengumpul Emas 26/9/19
*Nak LOCK bagitau dealer masing-masing atau direct wasap kak ina satgi ya*
Reminder: Ansuran EPP10 (10 kali bayar) bermula sekarang - 30 Sept 2019 (5 hari)!

Item yang dapat buat EPP10:
1 dinar (+- RM90 sebulan)
5 dinar (+- RM450 sebulan)
10 dinar (+- RM910 sebulan)
10 gram (+- RM215 sebulan)
20 gram (+- RM425 sebulan)
50 gram (+- RM1,060 sebulan)
100 gram (+- RM2,100 sebulan)

Nota tambahan:

*Bayaran bulanan melebihi RM500 ke atas, dapat upgrade Normal Dealer dengan komisen 1% atas belian sendiri dan orang yang kita introduce.*

*Bayaran bulanan melebihi RM1,000 ke atas, dapat upgrade Priority Dealer dengan komisen 1.5% atas belian sendiri dan orang yang kita introduce.*

Yang dah ada PG code cuma hantar format ni: *[Khas untuk customer kak ina dan rangkaian kak ina sahaja]*

PG Code: PG000xxxx
Item: 1 Dinar x 1 pc (contoh)
Branch collect: Ampang (contoh)

Wasap kat nombor kak ina ya!
www.wasap.my/60134506989/nak+EPP

Dalam masa 24 jam staff Public Gold akan hantarkan invoice ke email anda untuk jadual pembayaran.