Nota Emas Kak Ina Public Gold
3.4K subscribers
5.15K photos
654 videos
84 files
1.77K links
Saya MAZLIFAH @ KAK INA PG034720 Master Dealer dan Officer Speaker akan berkongsi ilmu tentang emas, Public Gold dan tips kewangan.

Sebarang persoalan boleh pm di @mazlifahomar
Download Telegram
Ramai yang tanya kat Kak Ina beli emas ni untuk apa ya selain beli harga rendah dan jual harga tinggi?

Kak Ina dah pernah buat posting ni tapi masih ramai yang bertanya jadi kak in buat siaran ulangan ya. Tak kan astro aja yang buat siaran ulangan kan..

Jom kita buat ulangkaji.

1 - Banyak fungsi simpanan emas ni bukan sekadar beli harga rendah jual harga tinggi.

2 - Utk mengelakkan kebocoran duit. Setengah orang jenis yang tak boleh simpan duit, ada aja duit, habis digunakan jadi jalan terbaik untuk penyakit boros ni adalah dengan menyimpan emas. Jadi dia dapat mengurangkan sikap borosnya dan lama kelamaan hilang penyakit borosnya.

3 - Simpan kekayaan dia dari terus dimakan inflasi atau kejatuhan nilai ringgit. Memamg kita nampak dan rasa simpan duit di bank selamat dari segi nombornya tapi dari segi nilainya tidak. Sebab duit kita semakin lama semakin susut nilainya. RM10k hari ni tak akan sama dengan RM10k 10tahun akan datang. Barang yang kita boleh beli dengan nilai 10k hari ni kita tak dapat beli 10 tahun akan datang.

4 - Duit kita pernah jatuh nilainya sebanyak 50% pada tahun 1998 . Tapi ini belum pernah berlaku pada emas. Kalau emas jatuh nilai pun sekurang kurangnya emas ada di tangan kita dan selagi kita tak jual, kita tak akan mengalami kerugian.

5 - Sebelum menyimpan emas kita wajib ada dana kecemasan selama 3-6 bulan gaji. Jadi bila ada kecemasan kita tak perlu jual emas kita sebelum masanya dan kita boleh simpan dalam jangka masa yang lebih panjang.

6 - Sebagai wang antarabangsa - jika kita ke Mekah atau ke negara2 lain boleh aja bawa emas dan jual di sana, sebab emas diterima di seluruh dunia, bawa la ke manapun emas laku. Ada juga yang ke Mekah jual emas di sana dan dia kata lebih menguntungkan dari dia dia tukar duit kita ke rial..

7 - Jika apa berlaku di negara kita, sekurang2nya kita ada emas di tangan dan boleh di bawa lari. Cth macam orang2 Vietnam lari ke negara lain, mereka bawa emas utk menampung kehidupan mereka di negara lain. Jika bawa buku TH atau duit kita memang tak laku di negara lain. Jadi simpanlah kekayaan kita sekurang2nya 10% dalam bentuk emas. Bukannya suruh simpan semua kekayaan kita dalam bentuk emas. ( Tapi kak ina simpan lebih sebab kak ina lebih yakin emas berbanding RM - biarlah tak ada deviden pun tapi aku ada aset) Negara-negara yang pernah mengalami peperangan mereka memang tak percaya pada sistem pembankkan mereka.

8 - Jika kita nak jadi pelabur iaitu beli harga rendah dan jual harga tiinggi, kita perlu ada kemahiran analisis teknikal harga iaitu membaca kenaikan harga. Jadi dia tahu bila masa terbaik utk beli dan bila masa terbaik untuk jual. Tapi silapnya kita, bila masa terbaik untuk jual, kita p beli sebab beli secara ikut -ikutan, bila orang kata untung beli emas sebab emas sedang naik dan naik, kita pun turun beli, tiba2 harga jatuh merudum, terus kita bgtau semua orang yang beli emas rugi sebab harga tak naik2.. sedangkan itu adalah kesilapan kita sendiri.

9 - Tapi kesilapan itu sebenarnya boleh dibetulkan dengan membeli lebih banyak emas ketika harga merudum utk buat pemurataan. Tapi kita dah serik dan tak nak beli lagi sebab kita kurang ilmu sebenarnya.

10 - Emas seeloknya kita beli sikit -sikit setiap bulan secara istiqamah. Contoh: sebulan segram atau sebulan 1dinar sebab macam ni senang kita nak buat kos pemurataan berbanding beli 10grm lepas tu setahun tak beli dah.

11- Emas amat bermakna untuk mereka yang diistiharkan muflis. Sebab kadang -kadang kita diistiharkan muflis bukan disebabkan kita tapi disebabkan kita jadi guarantor..
Bila diistiharkan muflis semua duit di bank, tanah, rumah dan harta2 yg lain dibekukan kecuali EMAS. Jadi ini juga salah satu sebab kenapa kita kena simpan emas.

12 - Emas juga tak ada dalam mana-mana sistem kewangan kita, jadi tiada siapa yang tahu tentang kekayaan kita jika kita menyimpan emas. Bagi orang-orang kaya depa memang suka simpan emas untuk lari dari pentafsiran harta kekayaan mereka.

13 - Tentang zakat, bayar aja sebab janji Allah pasti 1 yang kita beri 10 yang Allah ganti.
Sebenarnya banyak lagi fungsi emas ni.Tapi kalau Kak Ina tulis panjang -panjang pun, hampa bukannya baca sampai habis kan..hihihi.

#SimpananEmasUntukMasaDepan
#PriaMachoPastiSimpanEmas

#kakinaPublicGold
Malam ni Cikjun akan berikan sedikit preview berkenaan seminar yang bakal dilaksanakan pada 15/1/2022 di Setia City Convention Centre berkenaan Consumerchant PGMall, Buat Duit dengan Shopping Online
ini adalah masa dimana anda mengubah paradigma shopping yang selalunya dianggap perabis duit kepada
1. shopping untuk membina income
2. shopping untuk membina network perniagaan
3. shopping untuk membina pasif income
3 perkara ini cuma ada dalam consumerchant PGMall!
lets do it together!

https://www.facebook.com/groups/220569319183571

Jonaina Nordin
Forwarded from Value for your money & Barang Kemas 916 (Mazlifah omar)
Join Seminar pagi ni di page fb Public Gold International pukul 10.30 am.

Join Tau terutama untuk orang baru yg nak tahu macammana nak beli, product apa yag ada, jom join ya
Kepentingan Emas Dalam Kewangan

Kalau nak dikelaskan, emas boleh dikelaskan sebagai SIMPANAN, ia bukan PELABURAN dalam erti kata sebenar. Ia tak membuatkan kekayaan kita BERKEMBANG. Fungsi utamanya melindungi kekayaan kita daripada hilang disebabkan ketidaktentuan ekonomi dan politik (dan juga gangguan emosi).

Dalam merancang kewangan, ada duit yang perlu disimpan, dan ada bahagian yang perlu dilaburkan supaya berkembang nilainya. Bukan semua duit perlu dilaburkan. Walaupun nampak lebih bijak kalau semua duit lebihan digunakan untuk “PELABURAN” tetapi kita juga berhadapan risiko PELEBURAN!

Tujuan utama Kak Ina simpan emas untuk SELAMATKAN nilainya. Biar tak berkembang pun tak apa simpanan itu, yang penting, kuasa belinya tak hilang sebagaimana duit kertas. Untuk kembangkan nilai, Kak Ina gunakan duit lain yang dikhaskan untuk pelaburan lain. Sebelum kita bercakap KEMBANGKAN nilai, bukankah lebih bijak kita adakan bahagian yang boleh SELAMATKAN nilainya dahulu?

Berapa Banyak Perlu Simpan Emas?

Cadangan Kak Ina selepas cukupkan simpanan kecemasan 3 bulan pendapatan dalam bentuk tunai di bank seperti Tabung Haji atau ASB, emas boleh dijadikan simpanan tambahan untuk mencukupkan menjadi 6 bulan pendapatan atau lebih. Duit dalam Tabung Haji atau ASB itu terjamin dari sudut NOMBORNYA, tetapi simpanan EMAS terjamin dari sudut NILAINYA dalam jangka panjang.

Simpanan emas ada risiko HARGA naik turun, tetapi Tabung Haji dan ASB juga ada risiko NILAINYA naik turun. Kekadang kita rasa simpan duit dalam Tabung Haji dan ASB lebih selamat dan tak ada risiko, tetapi sebenarnya itu silap. Duit Tabung Haji dan ASB pun menyusut juga (walaupun nombornya kekal) terutamanya disebabkan inflasi dan kejatuhan ringgit. RM10,000 hari ini pastinya tak sama nilainya berbanding 10 tahun akan datang. Ia makin mengecil.

Jadi Kak Ina berpegang kepada nasihat pakar kewangan Tuan Azizi Ali, 5% – 10% kekayaan kita perlu disimpan dalam bentuk emas pada setiap masa. Kalau kekayaan kita RM100,000, maksudnya RM10,000 perlu disimpan dalam bentuk emas. Duit selebihnya, laburlah ditempat lain yang kita mempunyai ilmu tentangnya untuk tujuan KEMBANGKAN kekayaan itu.

Menyimpan emas mungkin tak membuatkan kita kaya raya, tetapi yang pastinya, emas melindungi kita dari jatuh miskin!

Simpan la emas demi menjamin masa depan anak -anak anda..

#kakinaPublicGold
Sejujurnya, saya tak berminat nak kumpul gold bar jenis kad macam ni.
Saya lebih cenderung untuk mengumpul syiling emas dinar.

Tau tak, apa yang membuatkan fikiran saya berubah dan mula mengumpul gold bar 1 gram ni?

Ini adalah kerana harganya jauh lagi murah sekiranya saya withdraw/tebus dari tabung emas GAP.

Contoh, sekeping gold bar 1 gram ni berharga Rm350 tau dekat pasaran.
Tetapi saya harga bayar Rm15 untuk gold premium dan Rm10 untuk postage insurans. Total Rm25 sahaja untuk saya miliki sekeping gold bar ni dari tabung emas GAP saya.

Ofkos lah 1 gram akan ditolak dari tabung emas GAP tu.
Siapa nak bagi free kan?🙈

Sangat berbaloi kan? Oleh sebab itu, saya mula menambah/men- top up tabung emas saya sedikit demi sedikit supaya bila ada design cun-cun saya dapat keluarkan ia dengan laju-laju😚

Jom lah mula menabung emas.
Insha Allah ia akan menolong kita disaat kita memerlulan cash segera.

Wasap saya laju-laju ok, saya bantu :

http://kakinapublicgold.wasap.my/
#TabungEmas

BAIK BELA KAMBING?

Dapat RM10,000 tambah sikit RM1196 jadi RM11,196 dah dapat 10 dinar emas.

Ia sama macam kita bela 10 ekor kambing . Nilai seekor kambing adalah 1 dinnar sejak dulu lagi.

Tak payah menyusu, bagi makan biarkan duit KWSP dalam bentuk 10 dinnar ini.

Lepas 3-5 tahun lihat kembali nilainya. Tak percaya boleh cuba.

Harga emas tengah jatuh sekarang ini kawan kawan.

Bagi penyimpan emas, mereka kumpul emas untuk sejahterakan keluarga mereka.

Simpan Emas Jangan Sampai Lemas

Kredit : Azizul Azli Ahmad
#Dinar #emas #emas916 #emas999
#AuraSimpanan

Jika anda seorang yang boros, simpanan terbaik untuk anda adalah simpanan paksa diri. Simpanan paksa diri pun kena simpan dalam bentuk yang susah untuk bocor. Sebab bagi orang yang boros, selalunya simpanan mereka pastinya mudah bocor. Simpan, simpan kemudian tekan balik untuk keluarkan dan akhirnya simpanan memang tak lekat.

Jadi simpanan yang terbaik untuk mereka adalah simpanan emas sebab emas memang susah untuk bocor. Selalunya yang boros ni bila mula dengan simpanan emas pastinya simpanan mereka lekat dan pastinya bertambah setiap bulan. Dengan emas, kita tak akan menjualnya semata-mata hanya untuk menukar sport rim atau shopping jubah atau tudung. Kita hanya akan jual atau pajak emas kita bila betul-betul terdesak sahaja. Kannn..

Nak simpan emas ni pun kita wajib tahu emas yang bagaimana kita nak simpan. Seeloknya bukalah "Akaun Simpanan Emas" atau dinamakan GAP oleh Public Gold. Kita boleh bermula hanya seminimum RM100 sahaja. Kita boleh keluarkan emas fizikal bila-bila masa, janji kena ada minimum balance 1gram. Boleh keluarkan dalam bentuk goldbar atau dinar, ikut pilihan hati.

Lagi cantik kalau dapat buat potongan gaji menerusi bank setiap bulan. Buat arahan sekali sahaja, akan dipotong setiap bulan untuk di masukkan dalam akaun GAP ni. Sangat mudah.

Dari emas tukarkan ianya menjadi sebagai deposit rumah, baru la si gadis terpikat dengan teruna yang ada wawasan dan si teruna pulak tergoda dengan gadis yang bijak.

Yang nak tahu lebih lanjut boleh la wasap kak di www.wasap.my/+60134506989/GAP

Kak bantu sampai berjaya.

#kakinaPublicGold
#MyPG
Harga hari ni