Nota Emas Kak Ina Public Gold
3.4K subscribers
5.16K photos
654 videos
84 files
1.77K links
Saya MAZLIFAH @ KAK INA PG034720 Master Dealer dan Officer Speaker akan berkongsi ilmu tentang emas, Public Gold dan tips kewangan.

Sebarang persoalan boleh pm di @mazlifahomar
Download Telegram
Yang berminat dengan rantai tangan Biskut MANISSSS ni nantikan FB LIVE SPECIAL mami pagi ni pukul 11am untuk dapat harga diskaun. Potongan sehingga RM160 dengan isi code INA031... tungguuuuu
Photo from Mazlifah@Kak Ina PG034720
HANYA SURI RUMAH TAPI KERANA EMAS MAK BERJAYA ADA TANAH SENDIRI
.
Sahabat semua pernah melancong di Langkawi? Tempatnya cantik, pantainya indah, coklat dan barangan pinggan mangkuk berjenama juga murah.
.
Jadi dengan sebab ini juga hartanah Langkawi memang boleh dikatakan sangat-sangat menjadi pilihan orang yang nak menyimpan aset hartanah tapi nak memiliki tanah di sana tidak mudah sebab masing-masing ada keturunan memegang geran yang dimiliki seluruh ahli keluarga, adik beradik dan semuanya pakai sukatan "relong" . 1 relong = 0.711 ekar
.
Mak Mertua saya berjaya mendapatkan 2 relong tanah hasil peninggalan arwah bapanya.
.
Bukan dengan cara mewarisi tetapi mak kena beli dari adik-beradik yang lain.
.
Kisahnya, mak dan adik beradik beliau mewarisi peninggalan tanah ini dari arwah bapanya.
.
Mak ada 12 orang adik beradik, jadi tanah tersebut adalah hak milik 12 orang adik beradik.
.
Satu hari adik beradik mak nak jual bahagian masing-masing kepada mak sebab mereka tidak tinggal di langkawi.
.
Untuk membeli 11 bahagian tersebut mak perlu membayar setiap seorang RM5000 ( harga ini dalam 7 tahun yang lepas)
.
Mujurla mak ada sedikit simpanan sebab mak suka menabung tapi masih tak cukup juga nak cover semua sekali maklumla mak suri rumah jer mana ada income tiap bulan.
.
Akhirnya mak teringat loket dan rantai leher emas yg dia simpan, jadi mak terus ke bank rakyat dan gadaikan rantai tangan tersebut untuk dapat tunai dan bayar kepada bahagian adik-beradik yang lain.
.
Maka dapatlah mak tanah 2 relong, tapi cerita ni belum habis, tanah tersebut rupanya banyak tanah merah utk kegunaan membuat simen.
.
Syarikat membeli tanah merah pun mintak nak beli dan korek tanah merah di situ, apa lagi memang mak jual sebab senang nanti tanah dah siap diratakan, duit pun dapat.
.
Bila saya dan suami pulang ke Langkawi baru-baru ni terdapat batu-batan yang sangat besar setelah semua tanah merah dikorek, tiba-tiba datang pula syarikat yang nak beli batu batan ni dan ada teknologi khas untuk memecahkannya.
.
Boleh tengok dalm gambar, bahagian hujung sekali macam bukit tu ialah batu-batan yang sungguh besar yg perlu dipecahkan supaya tanah menjadi rata.
.
perghhh macam-macam rezeki mak atas tanah yg dibeli ni
Mak pesan, ada duit jangan hora-hora( maksudnya joli) simpan dan beli emas, masa terdesak banyak gunanya.
.
Mak kata menabung bukan tunggu ada duit, masa takde duitlah kena belajar menabung.
.
Kesimpulannya “Dengarla Cakap Mami, beli emas” 😁😁😁
Goldbar 100gram.
Boleh dibeli dengan 3kaedah.

1 - Beli full payment. Hari ni harga RM28273.

2 - Boleh Beli dengan kaedah ansuran 10 kali bayar dalam 10 bulan. Sebulan dalam RM2828.

3 - Kaedah GAP. Kumpul sikit-sikit ikut kemampuan

Simpanan yang tak akan merugikan anda. In SyaaAllab. Simpanan jangkamasa panjang.

#SembangEmasBersamaMami
#kakinaPublicGold
#KITeam
Harga emas naik ke, turun ke kak ina beli aje . Yang penting simpanan tak bocor. Ini matlamat mami.

Kalau sekiranya perlu wang tunai, kak ina ada dua pilihan sama ada nak jual semula di Public Gold atau gadai di Ar-Rahnu. Biasanya kak Ina gadaikan.

Nanti dah dapat semula duit, tebus semula. Ibarat kad kredit, tapi yang ini bayar habis dapat balik emas dalam tangan.

Emas adalah aset paling mudah dibeli dan paling senang dijual semula. 4 bulan morotorium kali ini pun siap-siap alih dalam bentuk emas.

Ada baki lagi 2 bulan. Boleh cover simpanan 6 bulan gaji dah.

Tak buat macamni nanti saat-saat memerlukan baru la nak menyesal itu ini. Lain orang, lain matlamat. Sendiri buat, sendiri dapat.

Begitu ye.
Lagi lama nak buat keputusan,
Lagi harga emas naik, kawan.
Cara Pajak Emas Di Ar-Rahnu

Antara kelebihan simpan emas ni ialah ‘pelaburan’ kita tak beku. Walaupun kita melabur, hakikatnya ‘duit’ tu ada di tangan kita sebab emas tu kita pegang sendiri. Kita yang control 100%. Kalau simpan dalam Tabung Haji ataupun ASB, duit kita dipegang oleh bank. Dan banklah yang gunakan duit tu untuk buat investment lain dan gandakan keuntungan mereka. Bila dapat untung, sebahagian kecil dia agihkan kepada kita (penyimpan) dalam bentuk dividen. Kalau keluarkan duit lebih awal in case nak pakai duit sekejap, kita akan rugi dividen hujung tahun.

Tapi berbeza dengan emas.

Kalau nak pakai duit SEKEJAP untuk hal mustahak, emas tu tak perlu dijual. Pajak sahaja emas tu di ar-rahnu untuk dapatkan pinjaman bercagar dengan kadar SEGERA. Duit pinjaman akan dapat on-the-spot. Selesai jer urusan, tebus balik emas tu. Macam tu lah yang dibuat oleh makcik-makcik di Pasar Siti Khadijah (Kota Bharu). Gelang yang mereka pakai penuh sampai ke lengan tu sebenarnya modal pusingan mereka. Bila nak modal berniaga, mereka pajak emas tu. Lepas selesai urusniaga, mereka tebus balik dan duit untung hasil urusniaga tu dah boleh cover kos upah ar-rahnu.

Cara pajak di ar-rahnu ni mudah jer. Di bawah ni saya bagi panduannya secara umum:

Di mana tempat pajak emas???

Pajak di mana-mana ar-rahnu (halal), bukan kedai pajak (haram), dan bukan juga di bank sebab bukan semua cawangan bank ada fasiliti ar-rahnu. Hanya bank tertentu dan cawangan tertentu sahaja yang sediakan fasiliti ar-rahnu. Di bawah ni saya senaraikan antara ar-rahnu yang ada di Malaysia:

Ar-Rahn PKB
Ar-Rahnu Bank Rakyat
Ar-Rahnu Exchange (francais Bank Rakyat)
Ar-Rahnu Agrobank
Ar-Rahnu Pos Malaysia
Ar-Rahnu Koperasi Tentera
Ar-Rahnu YAPEIM
Ar-Rahnu Express (Habib Jewel)
Ar-Rahnu Bank Islam (Kelantan sahaja)
Ar-Rahnu KPMNJ (Johor sahaja)
Ar-Rahnu YBU (Perak sahaja)
Ar-Rahnu MAIDAM (Terengganu sahaja)

Ada lagi tak? Kalau ada lagi, sila bagi tahu kak Ina

Apa yang anda perlu tahu, polisi setiap ar-rahnu berbeza-beza. Berapa nilai emas, apa dokumen yang diperlukan, berapa banyak pinjaman yang diberikan, berapa lama tempoh pinjaman, memang berbeza antara setiap ar-rahnu. Di bawah ni Kak Ina cuma bagi panduan umum sahaja.

Apa yang perlu di bawa?
1 - Emas
2 - sijil ketulenan (kalau ada)
3 - resit belian asal. Sesetengah ar-rahnu tak perlukan resit belian.

Apa jenis emas yang diterima ar-rahnu?
1- Barang kemas solid (tanpa permata),
2 - gold bar,
3 - dinar, atau syiling emas. Asalkan ianya emas dan ianya tulen.
Sesetengah ar-rahnu hanya terima barang kemas sahaja. Gold bar, dinar & syiling emas tak diterima.

Berapa banyak pinjaman akan diberi?
65% atas nilai emas yang dipajak. Sesetengah ar-rahnu bagi sehingga 75% daripada nilai emas. Apa yang anda perlu tahu, nilai emas bukan berdasarkan harga emas yang dijual oleh pengeluar emas seperti Kijang Emas, Dinar Kelantan ataupun Public Gold, tapi berdasarkan harga semasa yang ditetapkan oleh ar-rahnu itu sendiri. Dan harga setiap ar-rahnu pastinya berbeza.
Anda perlu call ar-rahnu untuk tahu harga semasa mereka sebab kebanyakkan ar-rahnu tak publish harga semasa mereka di website.

Densimeter – alat penimbang & menguji ketulenan emas

Untuk menentukan berapakah nilai emas anda, ar-rahnu akan timbang berat dan test ketulenan menggunakan alat densimeter. Kalau ketulenannya berbeza daripada apa yang tertera dalam sijil ketulenan, samada
(1) anda ditipu oleh penjual, atau
(2) mesin densimeter tu ‘problem’. Kalau nak kepastian, bawa emas tu ke ar-rahnu cawangan lain.

Berapakah caj yang dikenakan?
Caj pajakan ar-rahnu dinamakan “upah simpan” seolah-olah kita bayar caj ar-rahnu simpankan emas kita. Tapi hakikatnya ia adalah caj pinjaman, cuma kaedahnya dibuat supaya patuh syariah. Secara umumnya, caj dikenakan sekitar RM0.70 sebulan atas setiap RM100 nilai emas yang dipajak (istilahnya “marhun”), BUKAN atas nilai pinjaman.
Apa yang anda perlu tahu, caj adalah tetap sebagaimana tertera pada surat pajak walaupun harga emas turun naik dalam tempoh pajakan. Dan anda bebas untuk bayar upah simpan tu pada bila-bil
a masa samada dalam tempoh pajakan ataupun sekaligus masa tebus emas tu nanti.

Berapa lama tempoh pinjaman?
Tempoh standard ialah 6 bulan. Sesetengah ar-rahnu bagi ‘extended-period’ sehingga 9 – 12 bulan. Habis tempoh pinjaman, anda kena tebus balik emas tu ataupun emas tu kena lelong! Kalau nak sambung lagi pajakan, kena renew surat pajak.

Dan jangan lupa, anda bebas untuk tebus emas tu pada bila-bila masa walaupun tempoh pajakan belum tamat. Kalau tebus dalam masa sebulan, maka caj pajakan cuma dikenakan untuk sebulan sahaja.

Bagaimana cara sambung pajakan bila tamat tempoh?
Sebelum habis tempoh pajakan, datang ke ar-rahnu dan settlekan kos upah sahaja. Kemudian emas tu akan dinilaikan semula mengikut harga semasa. Katakanlah dulu nilai emas RM10,000, tapi masa renew surat pajak (untuk sambung pajakan), nilai emas naik menjadi RM12,000, maka jumlah pinjaman baru akan diberi sebanyak 65% atas RM12,000 (bersamaan RM7,800) dan caj pajakan (“upah simpan”) juga dikenakan atas nilai RM12,000 (bersamaan RM84 sebulan).

Berdasarkan carta di atas, bila renew surat pajak, ar-rahnu akan tambah lagi pinjaman sebanyak RM1,300. Tapi apa akan berlaku kalau sebaliknya (harga emas turun)? Maka kita kena top-up (bayar) RM1,300 baru boleh sambung pajakan! Haa… Kat sinilah ramai pemajak tegar tersangkut pada tahun 2012 bila harga emas bergerak mendatar!
Itulah panduan asas cara pajak emas di ar-rahnu. Tapi sebelum anda mula memajak emas, ada 9 tips penting yang anda perlu tahu. Moga bermanfaat,
insyaAllah.

#SembangEmasBersamaMami
Dia macam ni. Memang harga emas tengah tinggi sekarang.

Tapi setakat nak beli satu gram atau satu dinar emas untuk dijadikan simpanan, pejam mata dan beli saja.

Jangan cuba-cuba bukak mata. Seram!!

Kalau memang jenis suka untung besar, kenalah beli item besar-besar, 50 gram dan ke atas.

Bayangkan ada satu gram saja. Harga emas naik RM 100/gram pun untung banyak tu saja la.

Kalau ada 50 gram? 100 gram? 1000 gram?

Haaa barulah masyukkk.

Siapa bajet kecil, fokus pada pertambahan gram emas saja. Sebab.. At the end, gold saver always win!!
Jadi, terus mula je. Serendah RM100. Lekas wasap klik link di pinned message...🌹
TIP MENJADI ORANG YANG MENARIK.

Tips ini semua di ambil dan dikumpul dari posting Puan Ainon setiap pagi. Kalau hampa boleh baca sampai habis, hampa memang MENARIK.😂😍

1 - Suka bercakap baik dan berbuat baik kepada sesiapa yang kebetulan ada di depannya.

2 - Menggunakan media sosial sebagai tempat menjalin hubungan baik, bukan tempat merungut dan marah-marah.

3 - Pandai menggembirakan hati orang yang menolong biarpun pertolongan itu amat kecil.

4 - Suka memuji kebaikan dan kelebihan orang lain di belakang mereka.

5 - Mudah setuju dengan pendapat dan pandangan rakan bual. Pandai bercakap ikut flow perbualan.

6 - Pura-pura macam tidak pernah nampak salah silap dan kelemahan orang lain. Cakap hal baik-baik saja.

7 - Apabila berbual-bual, bibir kita berfungsi serupa 'feel good channel'.

8 - Apabila berterima kasih, sebut ayat lengkap. Contoh: "Terima kasih sebab ingat saya yang sedang demam."

9 - Sentiasa mahu mengucapkan kata-kata booster yang sedap didengar.

10 - Tidak suka merungut. Tidak suka komplen. Tidak suka tengok salah silap orang.

11 - Suka senyum, ini cerita lain.
Suka membuat orang tersenyum, ini cerita lain.

12 - Semasa menulis posting, kita senyum. Biasakan sambil menaip, sambil senyum. Begitulah gaya selebriti.

13 - Peminat kita mahu membaca kata-kata boosters yang membuat mereka hepi.

14 - Apabila menulis posting, bayangkan semua orang yang membaca posting kita adalah peminat kita.

15 - Apabila menulis di FB, bayangkan kita seorang selebriti yang mahu menulis untuk bacaan peminat kita.

Contoh boomerang effect:

Dia kata, "Wah! Awak makin cantik!" Kita balas, "Awak pun apa kurangnya. Sejak dulu tetap cantik."

16 - Lakukan boomerang effect. Apabila orang mengkomplimen kita, kita komplimen dia pula!

17 - Apabila kita tengok orang itu macam down, ucapkan kata-kata booster kepadanya.

18 - Contoh kata-kata boosters: "Bagusnya.", "Sedapnya.", "Eloknya.", "Seronoknya.", "Saya suka."

19 - Apabila setuju, cakaplah kita setuju. Apabila tidak setuju, simpan dalam hati. Jaga hubungan baik.

20 - Ucapkan kata-kata yang berfungsi macam pil booster. Orang yang mendengar rasa hepi dan naik semangat!

21 - Apabila berbual tiada keluh-kesah, tiada komplen, tiada merungut-rungut.

22 - Kepada orang yang tak berapa rapat, beri komplimen setahun sekali sudah cukup.

23 - Ucapkan komplimen secara private, yakni tidak ada orang lain yang mendengar.

24 - Belajar mengucapkan kata-kata komplimen, iaitu pujian kecil.

25 - Pilih kata-kata kita. Bercakap dengan menggunakan kata-kata yang orang suka mendengarnya.

26 - Tidak semua orang tampan dan cantik. Tapi semua orang boleh menjadi orang yang menarik.

27 - Orang itu anggap kita rakan bual yang interesting. (Kita pula anggap dia rakan bual amat boring, asyik cerita hal dirinya saja!)

28 - Manusia berminat dengan dirinya sendiri. Berilah dia peluang bercerita tentang dirinya sendiri.

29 - Kita boleh menjadi orang yang interesting. Cuma bezanya apakah percakapan kita interesting, itu saja.

30 - Fitrah manusia, dia suka mendengar bunyi yang keluar dari mulutnya sendiri! Kikiki....

31 - Kita jangan bercerita seputar diri kita. Kita dorong orang itu supaya dia bercerita tentang dirinya.

32 - Kita jangan banyak bercakap. Kita mesti pandai dorong orang itu supaya dia yang banyak bercakap.

33 - Dalam menjalin hubungan baik, menjadi orang yang interesting itu lebih penting daripada menjadi orang yang handsome.

34 - Perkenalkan kawan kita kepada kepada kawan kita supaya mereka berkenalan dan mendapat manfaat.

35 - Apabila mendengar ucapan, kita menjadi orang pertama memberi tepukan.

Jika ianya bermanfaat sila klik LIKE dan SHARE

Dikumpul oleh MAZLIFAH @ KAK INA

#SenyumPastiAndaAkanNampakMenarik
#kakinaPublicGold
Audio
Audio from Mazlifah@Kak Ina PG034720
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Video from Mazlifah@Kak Ina PG034720