Nota Emas HidayatAfiqah
384 subscribers
992 photos
24 videos
3 files
795 links
Hidayat & Afiqah merupakan Dealer Public Gold yang telah berkecimpung dalam dunia emas sejak tahun 2015
Download Telegram
BARANG KEMAS 'RUGI' SEBAGAI PELABURAN
--------------------------------------
.
Kalau nak beli emas untuk tujuan simpanan atau pelaburan, beli gold bar atau dinar sahaja sebab ia dikeluarkan khas dengan ciri-ciri yang tujuannya memang untuk PELABURAN;
.
1. Harga rendah
2. Spread rendah
3. Bentuknya yang simple supaya mudah disimpan
4. Tiada kos upah
.
Sebaliknya, barang kemas ia dikeluarkan khas untuk tujuan PERHIASAN. Maka emasnya memang dibuat dengan ciri-ciri yang bagus untuk perhiasan:
.
1. Pembuatan yang halus & cantik
2. Ketahanan dari mudah bengkok & putus
3. Reputasi jenamanya
.
Kesemua ciri-ciri itu menelan KOS YANG TAK SEPATUTNYA seterusnya menjejaskan potensi bagi tujuan pelaburan. Sebab itu kedai-kedai emas hanya paparkan SATU HARGA sahaja, iaitu harga mereka jual sahaja. Harga beli balik tak penting sebab keutamaan pembelian barang kemas bukanlah keuntungan, tetapi sebagai PERHIASAN, kecantikan, nilai sentimental dan kebanggaan pemakainya.
.
Maka sebab itu barang kemas tak sesuai dibeli kalau tujuannya untuk pelaburan.
.
#tipspelaburanemas #tipsbarangkemas