Nota Emas HidayatAfiqah
384 subscribers
992 photos
24 videos
3 files
795 links
Hidayat & Afiqah merupakan Dealer Public Gold yang telah berkecimpung dalam dunia emas sejak tahun 2015
Download Telegram
Pembayaran ketika belian dikira cash (tunai). Pembeli emas tidak berhutang dengan penjual emas. Pembeli hanya berhutang dengan pengeluar kad kredit.

#emasdansyariah
#celikemas
#publicgold

#NOTAEDS28

Emas juga harus hukumnya jika dibeli menggunakan wang dari pembiayaan peribadi (personal loan/financing) atau hutang dari sesiapa pun.

Pembeli tidak berhutang dengan penjual emas. Pembeli berhutang dari sumber yang lain.

#emasdansyariah
#celikemas
#publicgold

#NOTAEDS29

Walaupun pada asasnya jual beli emas itu tidak boleh secara tertangguh (samada emas atau bayaran), tetapi dengan sedikit modifikasi, ia mungkin boleh dijadikan patuh Syariah.

Sebagai contoh, pembelian secara ansuran. Asal hukumnya adalah tidak boleh.

Tetapi, mungkin jika akad jual beli berlaku hanya setelah semua bayaran selesai, ia boleh jadi patuh Syariah.

#emasdansyariah
#publicgold
#celikemas

#NOTAEDS30

Kadang-kadang Public Gold ada menawarkan item emas melalui kaedah pre-order. Apakah hukum pre-order?

Sebenarnya tiada beza kaedah pre-order dengan kaedah belian biasa yang melibatkan kunci harga, bayaran dan kemudiannya akad jual beli ketika barang sudah tiba di cawangan untuk diambil.

Cuma pre-order adalah kaedah manual manakala belian biasa menggunakan platform website Public Gold.

Jadi, akad pre-order hanya berlaku ketika pembeli mengambil item emasnya di mana-mana cawangan Public Gold.

#emasdansyariah
#publicgold
#celikemas

#NOTAEDS31

Public Gold menerima semua jenis gold bar dan barang kemas (kebiasaannya dengan ketulenan 916 atau 999) jenama syarikat lain untuk ditukarkan dengan emas jenama Public Gold.

Ada 2 cara yang digunapakai oleh Public Gold :

1. Pelanggan terus menjual emas miliknya kepada Public Gold dan membeli emas baru keluaran Public Gold.

2. Pelanggan "trade in" emas miliknya dengan emas baru keluaran Public Gold menggunakan kaedah X-Plan.

Bagi cara yang pertama, hukumnya adalah harus.

Bagi cara yang kedua, ia lebih cenderung kepada tidak patuh Syariah kerana menggunakan kaedah trade in seperti kebiasaan iaitu menukar emas lama dengan emas baru dengan sedikit penambahan tunai.

#emasdansyariah
#celikemas
#publicgold

#NOTAEDS32

Trade in ialah proses menukar emas lama dengan emas baru. Jika ia adalah pertukaran emas yang sama ketulenan dan sama berat, maka ia boleh ditukar secara begitu sahaja (straight forward).

Jika trade in itu melibatkan samada ketulenan yang berlainan atau berat yang berlainan, maka ia perlu melalui proses jual beli seperti biasa.

#emasdansyariah
#publicgold
#celikemas

#NOTAEDS33

Trade in sebenarnya melibatkan 2 proses jual beli :

1. Jual beli emas lama antara pemilik emas lama dengan kedai emas.

2. Jual beli emas baru antara kedai emas dengan pemilik emas lama.

2 syarat asas emas jual beli emas mesti diselesaikan dalam proses pertama sebelum boleh berpindah ke proses kedua.

Kebiasaanya, 2 syarat asas jual beli emas tidak selesai dalam proses pertama bagi urusniaga trade in. Pemilik emas lama hanya menyerahkan emas lama miliknya kepada kedai emas. Kedai emas tidak pula membayar harga emas lama itu kepada pemiliknya, sedangkan emas dan harga mesti bertukar ketika akad jual beli.

Sebab itulah trade in tidak patuh Syariah.
Jika kita serahkan sejumlah wang dengan mengharapkan keuntungan, itu bukan akad jual beli. Itu kita panggil akad pelaburan (mudharabah).

Dalam akad mudharabah, jika untung dibahagi mengikut persetujuan. Jika rugi, ia mesti ditanggung oleh pemodal.

Akad pelaburan, modal dan keuntungan tidak boleh dijamin. Kalau dijamin, maka tidak sah dan haram.

Macam kita melabur dalam skim cepat kaya emas, siap dengan jadual keuntungan bulanan, itu semua haram dan tidak sah. Ia adalah riba!

#emasdansyariah
#publicgold
#celikemas

#NOTAEDS8

Beli emas dengan Public Gold ini ada 2 cara saja :

1. Belian biasa ikut item.
2. Belian GAP ikut gram.

Bagi belian biasa, proses pertama ialah kunci harga. Kunci harga ini menggunakan akad janji (wa'ad) iaitu kita berjanji dengan Public Gold untuk membeli item emas tertentu pada harga tertentu.

Apa saja jadi selepas itu dengan harga emas, naik atau turun, kita tetap akan membeli dengan harga yang kita kunci.

Kunci harga bukan akad jual beli. Ia cuma janji. Jadi pada ketika itu tidak perlu risau tentang 2 syarat khusus ketika akad jual beli tu.

#emasdansyariah
#publicgold
#celikemas

#NOTAEDS9

Bila kita faham bahawa kunci harga hanyalah janji pembeli untuk membeli item emas tertentu pada harga tertentu, maka kita faham ia adalah bukan akad jual beli.

Janji boleh dibatalkan oleh pembeli. Tapi biasanya bila mungkir janji, penalti akan dikenakan. Hukumnya harus atas dasar memberi pengajaran supaya tidak sewenang-wenangnya kunci harga sana, kunci harga sini, kemudian batal kunci harga sana, batal kunci harga sini.

Di pihak Public Gold, apabila pembeli mula kunci harga, pihak pengurusan Public Gold sudah mula mengambil langkah-langkah perlu bagi menyediakan emas yang akan dibeli oleh pembeli.

#emasdansyariah
#celikemas
#publicgold

#NOTAEDS10

Kalau ikut procedure biasa selepas kunci harga, pembeli akan bank in duit kepada akaun Public Gold. Jumlah duit tersebut sama dengan harga emas yang dikunci.

Adakah perbuatan memasukkan duit itu menandakan ia adalah akad jual beli?

Memasukkan duit itu procedure biasa sebagai menunjukkan kesungguhan pembeli emas untuk berurusniaga dengan Public Gold. Ia bukan lagi akad jual beli.

Zaman sekarang orang bukan beli emas harga puluh atau ratus ringgit. Ia boleh mencecah jutaan ringgit. Pelanggan Public Gold pula bukan seorang dua yang mengunci harga dengan Public Gold. Mereka sangat ramai.

Jika tiada procedure sebegini, maka sangat sukar untuk Public Gold menyelaraskan antara kunci harga dan penyediaan emas bagi orang yang benar-benar genuine untuk membeli emas.

#publicgold
#emasdansyariah
#celikemas

#NOTAEDS11

Lepas kunci harga, pembeli akan memasukkan duit ke akaun Public Gold. Akad yang digunakan ialah wadiah (simpanan dengan jaminan).

Pada bila-bila masa jika pembeli membatalkan kunci harga, Public Gold mesti memulangkan balik duit yang telah dimasukkan tadi.

Bayaran penalti kerana mungkir janji setelah mengunci harga boleh ditolak dari duit yang telah dimasukkan tadi.

#emasdansyariah
#celikemas
#publicgold

#NOTAEDS12

Bila emas yang dikunci harga telah sedia untuk diambil di mana-mana cawangan Public Gold, pembeli akan pergi bersama bukti duit (slip payment dll) yang telah dimasukkan ke akaun Public Gold.

Pada ketika itulah baru akan berlaku akad jual beli. Emas telah sedia, slip payment sebagai bukti duit dalam akaun Public Gold pun sudah ada.

Maka berakad jual beli lah antara pembeli dengan Public Gold yang berwakilkan staf di cawangan.

Emas dan harga pada ketika itu akan bertukar secara lani atau spot. Pemilikan emas pula bertukar secara sebenar (actual possession) daripada Public Gold kepada pembeli.

Bukti akad diterjemahkan dalam bentuk dokumen yang ditandatangani oleh pembeli dan juga staf Public Gold.

Alhamdulillah. Selesailah akad jual beli emas secara patuh Syariah.

Kadang-kadang ada pembeli emas Public Gold yang mewakilkan kepada introducernya untuk mengambil emas di cawangan Public Gold.

Akad yang digunakan ialah akad wakalah (agency).