Nota Emas HidayatAfiqah
384 subscribers
992 photos
24 videos
3 files
795 links
Hidayat & Afiqah merupakan Dealer Public Gold yang telah berkecimpung dalam dunia emas sejak tahun 2015
Download Telegram
PELUANG KEDUA.

1 - Sebenarnya kan... Tak perlu tunggu ekonomi suram atau ancaman COVID-19 baru nak perbaiki kewangan. Terkial-kial nak buat tindakan.

2 - Sepatutnya sejak gaji pertama dah mula menabung minima,15% hingga lebih 50% setiap bulan. Biar tidak ada hiburan asalkan ada simpanan. Bukannya dah sesak baru menggelabah.

3 - Sepatutnya sejak tahun pertama bekerja setiap weekend adalah masa menjana wang. Hingga pendapatan part time capai minima 50% gaji hakiki bulanan. Ambik peluang sementara muda dan ada tenaga.

4 - Sepatutnya tidak ada emosi pada setiap hartanah. Beli rumah lawa bertahun-tahun biar kosong tak nak sewakan. Bayar guna wang part time geli-geli tak pe la jugak. Ini bayar guna duit gaji, rumah terbiar kosong pembaziran jadi tempat hantu tinggal. Ada hartanah tapi kekayaan tidak bertambah. #apeni?

5 - Sepatutnya sebelum tambah setiap kali anak buat plan dulu. Memanglah setiap anak adalah rezeki tapi bela anak bukan bela itik. Setakat bagi makan minum, kalau boleh nak juga buat sedikit perancangan dana pendidikan juga kesihatan. Rancang baik-baik bukan setiap tahun dapat kembar awal dan hujung tahun.

6 - Sepatutnya hidup di bawah kemampuan setiap kali gaji naik. Elak asalkan gaji naik, gaya hidup pun naik. Bukan bila dah terdesak baru nak belajar berjimat. Kita gaji eksekutif cabuk lifestle jangan samakan dengan gaji Director kilang.

7 - Sepatutnya tak perlu pun kereta mahal melebihi 12 bulan gaji. Asalkan hujan tak basah dan balik kampung tak tersadai di tepi jalan dah okay dah. Biar orang pandang kita tak bergaya asalkan kekayaan diam-diam dalam poket kita.

8 - Sepatutnya masa harga emas 15 atau 10 tahun lepas dah mula sasarkan simpanan kalis inflasi minimum 200 gram - 500 gram pertama seberapa segera. Bagi yang otai, simpan berkilo-kilo emas bukanlah luarbiasa. Sepatutnya kita tidak saban tahun asyik mengeluh harga emas mahal sampai tak pernah mula satu gram pertama.

9 - Banyak la perkara sepatutnya kita buat dulu.... Bertahun-tahun dulu kita buat Tapi bila kawan tulis posting kewangan kita kecam. Kawan ajak menabung kita cakap, mana ada duit? Kita lebih suka hentam penulisan bermanfaat berbanding ikut. Macam AJL juga, kita gagal bagi diri PELUANG KEDUA

10 - Kenapa tahun ini baru semua orang bercakap tentang berjimat, tingkatkan pendapatan dan rancang kewangan? Sepatutnya ini adalah cara hidup sejak gaji pertama agar bila hujan menimpa, kita ada payung dan tidak basah? Why sudah terhantuk baru gelabah? #apeni?

11 - Yang lepas jangan dikenang. Masa dah berlalu. Hari ini segala yang lepas jadikan pengajaran. Mulai sekarang, berhenti bagi alasan. Tambahkan ilmu dan capai impian.

Salam sayang

Kredit : Puan Marliya Ramli