Nota Emas HidayatAfiqah
384 subscribers
992 photos
24 videos
3 files
795 links
Hidayat & Afiqah merupakan Dealer Public Gold yang telah berkecimpung dalam dunia emas sejak tahun 2015
Download Telegram
Sewaktu mula belajar tentang emas, sifu saya pernah bercerita.

Katanya "Syukor.. jika orang tahu ilmu emas, maka cara dia melihat dunia akan berubah sama sekali"

"Kenapa sifu cakap begitu?" balas saya.

"Jika orang tak belajar ilmu emas, mereka cuma kenal duit RM.

"Salah satu fungsi duit adalah alat mengukur nilai"

Contohnya... awak beli rumah pada tahun 2010 dengan nilai RM110,000. Setelah 10 tahun, bagaimana awak mengukur nilai rumah tersebut? Awak akan pakai RM juga kan?

Katakan tahun ini rumah tersebut bernilai RM250,000.

Jadi awak akan cakap "Setelah 10 tahun, harga rumah ini meningkat sebanyak 127.27%".

Kesimpulan: Harga rumah yang diukur dalam RM, ia meningkat 127.27%

KEHEBATAN EMAS.

"Syukor, untuk pengetahuan awak, kita juga boleh ukur nilai sesuatu dengan berat emas" Ujar sifu saya.

"Sebagai contoh, pada tahun 2010, harga emas sekitar RM135 segram. Jadi rumah yang berharga RM110,000 itu adalah bersamaan 814.81 gram emas" Ujar sifu saya (RM110,000 bahagi RM135)

"Dengan kata lain, jika awak nak beli rumah ini, maka awak perlukan 814.81 gram"

Sekarang, tahun 2020, berapa nilai rumah jika kita ukur dalam berat emas?

Harga rumah RM250,000. Manakala harga emas hari ini adalah RM269 segram (19/12/2020)

Nilai rumah ini dalam berat emas adalah adalah 929.36 gram. (RM250,000 bahagi RM269)

Jadi, di dalam berat emas:

Tahun 2010 = 814.81 gram boleh beli rumah ini
Tahun 2020 = 929.36 gram boleh beli rumah ini

Kenaikan harga rumah ini, diukur dalam berat emas, hanya naik 14% dalam masa 10 tahun.

Syukor. you nampak tak? Jika diukur dengan nilai RM, maka kenaikan harga rumah adalah purata naik 12.727% setahun.

Jika kita ukur dalam berat emas, rumah ini cuma naik 1.4% setahun. Awak nampak tak jauh benar bezanya?

Sebenarnya bukan salah rumah tu. Tapi salah kayu pengukur. Sebab kayu pengukur dalam RM adalah lemah.

In fact, apa sahaja kayu pengukur dalam duit kertas adalah lemah. Sebab duit kertas ini direka untuk jatuh nilainya dalam jangka masa panjang.

Sebab itu orang yang dapat gaji dalam RM akan sengsara. Sebab kenaikan gaji mereka tak mampu mengejar kenaikan harga rumah dan harga barang-barang.

Awak tengok zaman datuk nenek dan ayah awak.

Datuk ajer yang perlu bekerja. Nenek tak perlu.
Ayah aja yang perlu bekerja, mak tak perlu kerja.
Duit gaji cukup dan boleh sara satu keluarga.

Tapi tengok zaman sekarang.

Kalau suami aja yang kerja, alamat sesaklah kewangan keluarga tersebut. Kenapa? Sebab nilai RM merosot teruk. Pendapatan seorang kerja tak mampu nak tampung kos sara hidup yang tinggi.

Sebab itu, jika awak tahu ilmu emas, ia akan mengubah hidup awak. Awak akan ukur nilai dengan berat emas.

Kemudian awak dapati apa-apa sahaja benda yang diukur dalam berat emas, sama ada harga dia stabil atau ia jadi lagi murah.

Itulah kelebihan emas.

Gais.

Ilmu ini telah mengubah hidup saya selama-lamanya.

Ia bukan sekadar simpanan dan pelaburan, malah ia boleh membantu menukar cara anda melihat kehidupan :)

Silakan share jika bermanfaat.
#NotaEmasSyukorHashim
potensi harga emas naik akibat perang perang perdagangan US vs China.

China telah mengancam untuk bertindakbalas terhadap US, atas penyahsenaraian 3 syarikat China daripada NYSE.

Ancaman ini sudah tentu meningkatkan risiko ketidakstabilan pasaran. Ia juga menghangatkan pergeseran antara 2 kuasa dunia.

Apa respon emas?

Harga emas mencanak naik sebaik sahaja market dibuka 6 pagi tadi. Ia melepasi harga psikologi 1900 USD dengan begitu mudah.

Wahai US dan China. Kalau korang terus bergaduh, kami investor emas senyum sambil makan popcorn.

#NotaEmasSyukorHashim
Gold jatuh disebabkan pelabur-pelabur di US menukar portfolio pelaburan.

Kenaikan pulangan dalam 10 tahun US Treasury melebihi 1.1% menyebabkan pelabur-pelabur besar menjual emas (aset yang tidak memberikan pulangan) .

Mereka (pelabur dan institusi besar) kemudiannya membeli US Treasury (aset yang memberikan pulangan, walaupun ciput).

Penukaran portfolio ini menyebabkan harga emas dan perak jatuh banyak.

Namun untuk pelabur-pelabur di Timur, kejatuhan harga emas menyebabkan kita berpeluang membeli emas fizikal pada harga diskaun πŸ‘

Setiap kejatuhan besar seperti ini adalah peluang membeli emas.

Ia bukan datang setiap hari.

#NotaEmasSyukorHashim
Ada 2 perkembangan menarik berlaku hari ini.

Pertama:
President Trump mengistiharkan darurat untuk negeri Washington bermula hari ini sehingga 24 Januari 2021.

Ini berpunca daripada rusuhan yang dicetuskan oleh penyokong Trump. Mereka telah menceroboh ke dalam bangunan US Capitol Rabu minggu lepas. Dalam insiden berkenaan 5 orang telah kehilangan nyawa.

Kemudian FBI memaklumkan bahawa ada ancaman serangan bersenjata akan berlaku ketika majlis angkat sumpah president Joe Biden.

Ancaman serangan bersenjata dan pencerobohan US Capitol mengakibatkan darurat diisytiharkan untuk negeri Washington DC.

Situasi kacau bilau dan tidak menentu menjadi faktor emas naik. Ini kerana pada waktu ini emas dilihat sebagai aset selamat.

Jika situasi kacau bilau berlarutan di US maka harga emas akan terus menaik.

Saya membayangkan jika serangan bersenjata berlaku besar-besaran di US maka kacau bilau yang luar biasa akan berlaku. US akan huru-hara.

Kita tidak tahu apakah tragedi yang akan berlaku mulai sekarang sehingga hari angkat sumpah Joe Biden pada 20/1/2021 nanti.

Jadi kita hanya boleh lihat dari jauh.

Kedua:
Kerajaan Malaysia turut mengumumkan perintah Darurat hari ini.

Namun ia disebabkan ancaman Covid-19. Kesan daripada pengumuman darurat ini, pasaran saham Malaysia jatuh dan nilai RM jatuh berbanding USD.

Bila nilai RM jatuh berbanding USD, maka secara tidak langsung harga emas akan meningkat.

Ini kerana harga emas dunia disebut dalam US Dollar.

Kelemahan dalam nilai Ringgit menyebabkan kita memerlukan lebih banyak ringgit untuk membeli USD.

Kedua dua insiden ini menyebabkan harga emas naik.

Jadi untuk pelabur dan penyimpan emas, 2021 saya lihat sebagai tahun dimana emas masih dalam trend menaik.

Masih ada faktor-faktor fundamental yang menyokong kenaikan harga emas.

Jadi, simpanlah emas dengan senyuman 😁

#NotaEmasSyukorHashim
Semalam harga emas mencatatkan penurunan sehingga USD1785.

Penurunan yang ketara ini berlaku ketika sesi dagangan New York.

Apakah faktor yang mendorong penurunan harga emas semalam?

Jawapan. Sentimen positif terhadap ekonomi US asbab data ekonomi yang kukuh.

Semalam ada 2 laporan penting dikeluarkan semalam iaitu:

1) 9.30 malam waktu US: Unemployment claims
2) 11.00 malam waktu US: Order untuk kilang.

Kedua-dua data ini menunjukkan perkembangan positif.

Sebagai contoh, unemployment claim dianggarkan akan berada pada paras 828 ribu orang. Namun data sebenar menunjukkan hanya 779 ribu orang yang buat unemployment claim.

Data ini menggambarkan peluang pekerjaan naik.

Data order kilang pula menggambarkan jumlah tempahan yang diterima oleh kilang-kilang US. Jika berlaku peningkatan oder bermaksud kegiatan ekonomi rancak dan berkembang.

Jika order kilang jatuh, ia menggambarkan ekonomi kurang bagus.

Penganalisis berpendapat order kilang akan berkembang 0.7% namun data sebenar menunjukkan pertumbuhan 1%.

Sentimen positif seperti ini menyebabkan pelabur rasa yakin dengan ekonomi US. Jadi USD menaik, stok market naik dan aset selamat seperti emas dan perak jatuh.

Itu dia sebabnya.

Baik, adakah harga emas boleh jatuh lagi atau akan naik? Well malam ini akan ada data yang sangat penting akan keluar iaitu Non Farm Payroll (9.30 malam waktu US). Laporan ini dikeluarkan setiap Jumaat minggu pertama setiap bulan.

Laporan ini menunjukkan penciptaan pekerjaan pada sektor-sektor lain selain perladangan. Ia akan memberikan gambaran samada ekonomi US semakin kukuh atau tidak.

Jika pekerjaan meningkat melebihi jangkaan, maka itu menggambarkan ekonomi US semakin kuat. Harga emas boleh jatuh.

Jika pekerjaan kurang daripada jangkaan, maka itu menggambarkan ekonomi tak berapa ok. Harga emas boleh naik.

Sila tunggu news malam ini dengan pop corn :)

#NotaEmasSyukorHashim
Gais,

Semalam (16/6/2021), harga emas yang pada mulanya stabil di sekitar 1861 USD, tiba-tiba mula bergerak turun mulai jam 2.00 pagi waktu Malaysia.

Apakah sebab harga emas turun semalam sehingga hari ini?

Atau lebih tepat lagi "siapa yang menyebabkan harga emas turun semalam?"

Baik, di sini saya nak berkongsi ilmu dengan anda, tentang faktor-faktor yang boleh menggerakkan harga emas.

First sekali, harga emas boleh bergerak apabila keluar data ekonomi seperti data pekerjaan, data gaji pekerja, data inflasi, perubahan kadar faedah di US, kekuatan USD.

Sekiranya data-data ekonomi yang keluar "membayangkan" perubahan positif dalam sektor pekerjaan, pemulihan ekonomi US atau perkembangan positif dalam ekonomi, maka umumnya harga emas akan jatuh.

Jika data-data ekonomi berbentuk negatif, contohnya pengangguran meningkat, inflasi naik, interest rate jatuh, USD dollar lemah berbanding matawang lain, maka umumnya harga emas akan meningkat.

Ini kerana pelabur melihat emas sebagai aset selamat ketika situasi tidak menentu.

Namun jika pelabur merasakan ekonomi akan pulih maka mereka akan melaburkan duit ke tempat lain contohnya saham dan bon, menyebabkan harga emas akan jatuh.

Faktor kedua yang boleh menggerakkan harga emas dan seluruh pasaran adalah ucapan daripada orang-orang yang penting dan berkuasa besar di US.

Ada 3 orang yang penting dan berkuasa di US iaitu:

1. Presiden US, Joe Biden
2. Setiausaha Perbendaharaan US, Janet Yellen
3. Pengerusi US Federal Reserve, Jerome Powell

Sekiranya ucapan mereka ini memberi bayangan terhadap situasi ekonomi (semasa atau akan datang) perubahan dasar ekonomi dan dasar kewangan US, maka ia boleh menggerakkan pasaran.

Ok, kalau dah faham 2 perkara di atas, sekarang kita tengok apakah faktor yang menggerakkan harga emas dan juga pasaran saham semalam.

Semalam, Jerome Powell, Pengerusi US Federal Reserve telah membuat satu sidang media selepas mempengurusikan mesyuarat FOMC (Federal Open Market Committee).

Komiti FOMC ini bertanggungjawab untuk merumuskan polisi yang bertujuan menstabilkan harga dan meningkatkan pertumbuhan ekonomi US.

Ucapan Jerome sangat ditunggu-tunggu kerana ia menggambarkan pandangan FOMC terhadap situasi ekonomi semasa US.

Dalam ucapan beliau, pandangan pertama FOMC adalah, mereka meramalkan kadar inflasi naik tinggi pada tahun ini (2021)

Kedua, FOMC bercadang untuk mengekalkan kadar faedah yang rendah sekarang iaitu hampir 0% (iaitu 0.25%)

NAMUN!

FOMC memberi bayangan bahawa ada kemungkinan berlaku DUA KALI KENAIKAN kadar faedah pada tahun 2023!

Untuk pengetahuan anda, sebelum ini Fed memberikan gambaran bahawa mereka tidak ada sebarang rancangan untuk menaikkan kada faedah sehingga tahun 2023.

Wow! Ini adalah berita yang paling tidak disangka-sangka oleh pasaran. Ia menyebabkan pasaran saham jatuh dan emas turun jatuh teruk.

Kenapa? Sebab bila kadar faedah naik, maka pelabur akan cenderung untuk menyimpan duit dalam bank, akaun semasa dan produk-produk kewangan yang berkait rapat dengan kadar faedah.

Jadi pelaburan saham (yang dilihat berisiko tinggi) dan juga emas (yang dilihat tidak memberikan pulangan dalam bentuk interest) akan hilang tarikan.

Itulah yang ditafsirkan oleh pelabur.

Walau pun kemudiannya Jerome Powell berkata kenaikan kadar faedah ini belum pasti lagi, namun ucapan awal beliau telah menggerakkan pasaran dan menjatuhkan harga emas.

Jadi, itulah kuasa ucapan pengerusi US Fed. Ia boleh menggerakkan pasaran termasuklah emas.

Sudah faham sekarang? Jika anda faham kenapa harga emas jatuh semalam sehingga hari ini, mohon komen, YA, saya dah faham.

At least saya tahu anda rajin baca penulisan saya yang panjang-panjang nie :)
Syukor Hashim
17/6/2021

#NotaEmasSyukorHashim
Gais.

Ini adalah quick update tentang harga emas hujung minggu.

Sila tengok graf harga emas (gambar).

Harga emas hujung minggu ditutup pada 1763.08 usd/Oz. Ini adalah harga yang sangat cantik kerana ia berada pada harga support 1 pada time frame Daily (sila tengok gambar).

RSI pula berada di bawah 30 (27.30).
π‘Šβ„Žπ‘Žπ‘‘ 𝐼𝑠 π‘‘β„Žπ‘’ π‘…π‘’π‘™π‘Žπ‘‘π‘–π‘£π‘’ π‘†π‘‘π‘Ÿπ‘’π‘›π‘”π‘‘β„Ž 𝐼𝑛𝑑𝑒π‘₯ (𝑅𝑆𝐼)?
π‘‡β„Žπ‘’ π‘Ÿπ‘’π‘™π‘Žπ‘‘π‘–π‘£π‘’ π‘ π‘‘π‘Ÿπ‘’π‘›π‘”π‘‘β„Ž 𝑖𝑛𝑑𝑒π‘₯ (𝑅𝑆𝐼) 𝑖𝑠 π‘Ž π‘šπ‘œπ‘šπ‘’π‘›π‘‘π‘’π‘š π‘–π‘›π‘‘π‘–π‘π‘Žπ‘‘π‘œπ‘Ÿ 𝑒𝑠𝑒𝑑 𝑖𝑛 π‘‘π‘’π‘β„Žπ‘›π‘–π‘π‘Žπ‘™ π‘Žπ‘›π‘Žπ‘™π‘¦π‘ π‘–π‘  π‘‘β„Žπ‘Žπ‘‘ π‘šπ‘’π‘Žπ‘ π‘’π‘Ÿπ‘’π‘  π‘‘β„Žπ‘’ π‘šπ‘Žπ‘”π‘›π‘–π‘‘π‘’π‘‘π‘’ π‘œπ‘“ π‘Ÿπ‘’π‘π‘’π‘›π‘‘ π‘π‘Ÿπ‘–π‘π‘’ π‘β„Žπ‘Žπ‘›π‘”π‘’π‘  π‘‘π‘œ π‘’π‘£π‘Žπ‘™π‘’π‘Žπ‘‘π‘’ π‘œπ‘£π‘’π‘Ÿπ‘π‘œπ‘’π‘”β„Žπ‘‘ π‘œπ‘Ÿ π‘œπ‘£π‘’π‘Ÿπ‘ π‘œπ‘™π‘‘ π‘π‘œπ‘›π‘‘π‘–π‘‘π‘–π‘œπ‘›π‘  𝑖𝑛 π‘‘β„Žπ‘’ π‘π‘Ÿπ‘–π‘π‘’ π‘œπ‘“ π‘Ž π‘ π‘‘π‘œπ‘π‘˜ π‘œπ‘Ÿ π‘œπ‘‘β„Žπ‘’π‘Ÿ π‘Žπ‘ π‘ π‘’π‘‘.

Pada pendapat saya berdasarkan analisis teknikal, ini adalah harga yang sangat baik untuk beli/topup akaun GAP anda.

Ia sudah berada depan hidung anda.

Harga ini akan kekal sehingga Isnin 6.00 pagi.

Dipersilakan share dengan rakan-rakan anda. Kot-kot mereka nak beli emas.

My 2 cents.

#NotaEmasSyukorHashim
Gais.

Harga emas merudum sebanyak USD30.70 / Oz malam ini. Banyak juga tu!

Apa sebabnya gais?

Biar saya jelaskan.

Jawapan: jam 8.30 malam tadi telah keluar satu laporan data Jualan Runcit US (Retail Sales) untuk bulan Ogos 2021.

Laporan ini menunjukkan peningkatan jualan runcit di US sebanyak 0.7% untuk Ogos 2021.

Peningkatan 0.7% ini sebenarnya sangatlah sedikit, tetapi kenapa harga emas boleh jatuh teruk?

Agensi statistik US (Census Bureau) menjangkakan peningkatan kes COVID-19 di US akan memberi kesan terhadap rantaian bekalan (supply chain) di US.

Mereka menjangkakan jualan runcit Ogos 2021 di US akan merosot 0.8%

Namun kejutan berlaku apabila data jualan runcit Ogos 2021 meningkat kepada 0.7%

Ini seolah-olah memberi bayangan bahawa ekonomi US adalah kuat dan mampu menghadapi risiko covid 19.

Gais,

Apabila data ekonomi menunjukkan kekuatan/peningkatan seperti ini maka harga emas akan jatuh.

Ini kerana emas dilihat sebagai aset selamat ketika situasi ketidaktentuan dan emas hilang daya tarikan ketika ekonomi dilihat sedang pulih.

Itulah sebab kenapa emas jatuh banyak malam ini gais.

Dipersilakan share jika bermanfaat.

#NotaEmasSyukorHashim

16/9/2021 Khamis.

.
Bayangkan situasi ini.

Bulan lepas, anda simpan duit sebanyak RM1,000 dalam akaun bank.

Tiba-tiba bulan ini, anda dapati nilai duit anda jatuh sebanyak 60%!

Nilai RM1000 boleh beli barang bernilai RM400 sahaja. Harga barang dan perkhidmatan meningkat dengan giler. Inflasi menggila di sekeliling anda dalam masa sebulan sahaja.

Bagaimana kalau orang yang kerja makan gaji?

Bayangkan anda menerima gaji RM2000 sebulan tetapi asbab barang-barang naik harga, maka gaji anda cuma boleh beli barangan bernilai RM800 sahaja.

Kuasa beli RM1200 lagi hilang! Anda jatuh miskin dalam masa sebulan sahaja.

Ini cerita benar yang berlaku di Myanmar! (tengok komen pertama)

Apa sebabnya?

Untuk pengetahuan anda di Myanmar berlaku rampasan kuasa oleh tentera pada bulan Februari 2021. Pihak tentera telah menggulingkan kerajaan demokrasi pimpinan Aung San Suu Kyi.

Semenjak tarikh itu, situasi politik di Myanmar tidak stabil Berlaku rusuhan dan pertempuran diantara rakyat dan junta tentera.

Bila politik tidak stabil, maka ekonomi tidak stabil dan apabila kedua dua perkara ini terjejas maka ia memberi kesan langsung keatas nilai duit negara Myanmar iaitu kyat.

Rakyat Myanmar sekarang sedang menderita. Ini kerana ketidakstabilan ini menjejaskan nilai duit seterusnya menjejaskan aktiviti harian mereka.

Gais. Ini contoh sebenar bagaimana situasi yang ekstreme boleh menjatuhkan nilai wang kertas.

Jika anda jutawan duit di Myanmar, maka dalam masa sebulan kekayaan anda hilang 60%.

Buat masa ini tidak ada tanda-tanda sinar harapan di Myanmar.

Untuk pengetahuan anda, dalam situasi ini emas bukan lagi simpanan dan pelaburan.

Emas akan jadi talian hayat hidup anda!

Sebab itu anda perlu simpan10% daripada kekayaan anda dalam bentuk emas fizikal (minima, tapi kalau anda simpan lebih lagi bagus)

Emas adalah insuran untuk anda jika berlaku malapetaka. Kita minta dijauhkan daripada tragedi seperti ini. Namun jika ia berlaku, maka anda telah bersedia.

Sila share jika bermanfaat.

#NotaEmasSyukorHashim
Kenapa anda perlu menyimpan emas?

Anda perlukan emas untuk melindungi kekayaan anda.

Wang kertas walaupun berharga, namun di dalam jangka masa panjang nilainya makin menurun.

Kuasa beli duit kertas semakin merosot.

Apa yang anda boleh beli tahun lepas, tidak sama dengan apa yang anda boleh beli hari ini (ehem ehem.. tengok kes roti gardenia dan kedai eko 2.20)

Di USA, mereka menghadapi masalah inflasi yang sangat tinggi sehingga data daripada Labour Bureau mendapati nilai dollar merosot hampir 1% setiap 30 hari.

Jadi, untuk melindung kekayaan anda, maka alihkan sebahagian daripada tunai anda ke dalam bentuk emas.

Lepas tu.. anda boleh perhatikan…

Sebagai contoh, tahun 2008 saya beli emas dengan harga sekitar RM100 segram.

Sekarang harga emas sekitar RM263 segram untuk

Ini adalah kenaikan 163% dalam tempoh 13 tahun.

Jadi, kalaulah inflasi 163% kat Malaysia dalam tempoh 13 tahun, maka kekayaan saya terlindung 😁

Haa.. macam tu 😁

#NotaEmasSyukorHashim
Gais.

Hari ini, seorang suri rumah yang buat bisnes kecil-kecilan tanpa income yang tetap telah menghubungi saya.

Katanya dia nak beli 100gram emas.

Yang lawaknya adalah dialog beliau sebelum beli emas.

β€œDik.. berapa harga gold bar 100g sekarang?”

β€œDalam RM27,500++ macam tu kak” balas saya.

β€œFuh! Mahal juga harga emas sekarang nie ye. Dulu akak beli kat awak murah lagi kan? (Merujuk kepada belian dia tahun lepas 100g).

β€œMahal pun akak nak beli lah seketul 100g” cakap kakak tersebut.

β€œBoleh… boleh… nanti kita jumpa” balas saya.

Sejam kemudian, saya pun jumpa dia… lepas tu kitorang borak borak…

β€œSyukor… akak nie teringin nak bebas hutanglah… sekarang akak ada hutang rumah RM190k lebih dan hutang kereta RMxx lebih”

β€œBoleh tak akak simpan emas… pastu kalau harga dah naik banyak, akak jual emas dan bayar hutang?”

Saya cakap.. β€œya boleh. Kalau akak ada untung bisnes, simpan sebahagian dalam bentuk emas.

Kemudian bila harga naik, akak jual emas tu dan settlekan hutang. Takde masalah”

Kalau harga emas belum naik dan akak nak pakai duit sementara, maka akak boleh gadaikan sekejap di Arrahnu” balas saya.

β€œ Saya ada pengalaman gadaikan 1kg emas sebab nak pakai duit (100g x 10 keping)”

β€œSaya juga ada pengalaman gadaikan emas sehari sahaja sebab nak pakai cash kejap” balas saya.

β€œPerlu ke akak tukar semua duit simpanan akak jadi emas?” Tanya akak.

β€œEh.. tak perlu… akak pun kena standby cash jugak. Kot-kot ada emergency malam-malam buta” balas saya.

β€œOklah… nanti harga emas naik, akak contact awak semula ya” balas akak.

β€œHaah.. boleh-boleh… jual ajer balik kat saya semua tu. Saya beli”. Balas saya.

β€œOk, bak sini 100gram tu. Akak transfer duit sekarang” balas akak.

Lepas tu saya pun bagi 100gram BungaMas kat dia. Happy member πŸ₯°

Gais.

Sebenarnya, saya pun terkejut dengan kemampuan akak yang buat bisnes kecil-kecilan kat rumah, tapi mampu beli 200g emas (100g tahun lepas dan 100g hari ini).

Akak nie sangat low profile.

Dia pakai beg tangan As-salihin, bukan beg tangan ribu riban masa jumpa saya (syarikat As-salihin yang buat wasiat dan perancangan harta pusaka tu) Itu pun saya rasa dia dapat beg free, sebab dia tak promote As-salihin kat saya πŸ€£β€

Semasa kami jumpa, dia cakap yang dia mai dengan grab car ajer.

Dia sangat simple.. sangat low profile.

Tetapi emas dia beratus gram gais πŸ₯°

#NotaEmasSyukorHashim
Gais,

Saya pasti ramai orang yang ambil peluang untuk mengeluarkan RM10,000 daripada KWSP kan?

Jadi ada orang tanya. Buat beli emas bagus ke tak?

Well, saya ada pengalaman mengeluarkan duit dividen dan bonus ASB untuk tujuan beli emas fizikal 100 gram.

Tahun 2009, saya dapat dividen dan bonus ASB berjumlah RM15,457 (tengok gambar)

Tanpa berfikir panjang saya keluarkan semua duit ini dan beli emas fizikal 100gram.

Untuk pengetahuan anda, tahun 2009, harga emas 100gram 999.9 hanyalah sekitar RM12,000.

Kenapa saya keluarkan duit ini dan beli emas fizikal?

Salah satu sebabnya adalah emas fizikal nie seronok bila boleh pegang di tangan.

Rasa teruja dia lain macam berbanding tengok nombor dalam statement ASB. Nombor nie kita seronok tengok sahaja tapi emas fizikal kita seronok tengok dan pegang.

Keseronokan memegang emas fizikal inilah yang mendorong saya mengumpul emas sedikit-demi sedikit sampai jadi banyak.

Jadi, kalau anda nak keluarkan duit KWSP dan beli emas fizikal. Yes saya boleh syorkan, sebab saya ada pengalaman tu.

Sayangilah duit anda. Jangan dihanguskan sesuka hati. Sebab sekali duit hangus memang akan menyesal di kemudian hari.

Namun kalau anda gunakan untuk beli aset fizikal seperti emas dan perak, nescaya dalam jangka masa panjang anda akan tersenyum :)

Sebagai contoh, emas 100 gram yang berharga RM12,000 pada tahun 2009 kini telah berharga RM27,700 pada tahun 2022.

Ini adalah kenaikan 130.83% . Alhamdulillah.

Sekian perkongsian pengalaman saya :)

#NotaEmasSyukorHashim