Nota Emas HidayatAfiqah
380 subscribers
992 photos
24 videos
3 files
795 links
Hidayat & Afiqah merupakan Dealer Public Gold yang telah berkecimpung dalam dunia emas sejak tahun 2015
Download Telegram
Ini ada tips bagi penyimpan emas.

Tips, Nak GAGAL atau Nak BERJAYA dengan EMAS?

Untuk berjaya dalam simpanan/pelaburan emas, kita perlu kenalpasti 2 faktor kegagalan dalam simpanan/pelaburan emas.

Sepanjang hampir 9 tahun lebih berkecimpung dalam bidang emas, saya dapat kenalpasti 2 sebab berikut:

1. TIDAK KONSISTEN

Bagi orang yang modalnya kecil, kemampuan menyimpan cuma #1gram atau kurang.

Mereka mulakan simpanan emas dengan semangat berkobar-kobar, namun akhirnya hangat-hangat tahi ayam.

Selepas 3-4 bulan, semangat nak simpan emas pudar sebab terlalu banyak distraction. Lost focus! Sebab tak nampak 'hasil'.

Penyelesaian:

Mesti set dalam minda. Simpanan emas adalah untuk jangka masa panjang. Gunanya adalah untuk beli rumah, beli tanah, pergi umrah, anak nak masuk IPT, dan lain-lain.

Mesti beli emas secara konsisten!

2: BELI EMAS DENGAN MINDSET BERJUDI

Maksudnya, kita beli emas sekali dan berharap harga naik.

Saya pernah jumpa orang yang beli emas sekali sahaja. Bila harga naik, dia jual dan untung. Lepas tu dah takut nak beli emas sebab harga dah tinggi.

Ini dinamakan pembeli emas dengan mindset berjudi (gamble).

Bagaimana kalau harga emas turun? Dia tidak berbuat apa-apa? Tidak ambil peluang tambah emas dan dapat mengurangkan kos purata harga emas.

Orang yang gamble macam ni, risikonya tinggi. Dia boleh rugi.

Untuk menang dalam simpanan/pelaburan emas, kita mesti konsisten.
"Cannot" hangat-hangat tahu ayam!

Dalam jangka masa panjang, kita yang konsisten akan menang.