Nota Emas HidayatAfiqah
380 subscribers
992 photos
24 videos
3 files
795 links
Hidayat & Afiqah merupakan Dealer Public Gold yang telah berkecimpung dalam dunia emas sejak tahun 2015
Download Telegram
December 13, 2020
December 15, 2020
December 23, 2020
December 23, 2020
December 29, 2020
January 3, 2021
January 12, 2021
January 14, 2021
January 24, 2021
February 3, 2021
February 24, 2021
April 25, 2021
June 1, 2021
ORANG BIASA SIMPAN NOMBOR, TAPI ORANG KAYA SIMPAN NILAI

Simpan emas maksudnya kita simpan NILAI.

Nilai emas melekat pada berat dan ketulenannya sendiri, tanpa perlu jaminan daripada sesiapa. Dan kuasa belinya kekal sepanjang zaman.

1400 tahun dulu 1 dinar boleh beli seekor kambing. Hari ini pun masih boleh beli seekor kambing.

Tapi simpan duit dalam akaun macam Tabung Haji dan ASB tu, maksudnya kita cuma simpan NOMBOR.

Nilainya bukan pada nombor ataupun kertasnya, tapi pada jaminan kerajaan. Walaupun nombornya masih kekal, tetapi nilainya itu confirm akan semakin merosot dalam jangka panjang.

Itulah sebab kenapa guru kewangan Robert T. Kiyosaki mengatakan β€œsavers are losers”. Orang yang menyimpan (duit kertas dalam jangka panjang) adalah orang yang rugi.

Walaupun nombornya kekal, tapi nilainya semakin merosot dalam jangka panjang.

Simpanan duit di bank tak sesuai untuk jangka panjang. Ia hanya sesuai untuk simpanan jangka pendek, dan simpanan kecemasan berjumlah 3 bulan gaji sahaja.

Untuk jangka panjang, jangan simpan duit yang banyak di bank.

Orang kaya-kaya di dunia tak simpan kekayaan mereka dalam bentuk duit yang banyak di bank. Sebaliknya mereka menyimpan kekayaan mereka dalam bentuk harta yang boleh bertahan nilainya dalam jangka panjang, macam emas, perak, hartanah, tanah atau bisnes yang berkembang.

Kalau bajet besar, simpanlah dalam bentuk hartanah yang boleh disewakan, atau tanah yang boleh diusahakan.

Tapi kalau bajet kecil, simpanlah dalam bentuk emas (dan perak). Kita boleh simpan sedikit-sedikit, sekecil #1gram1bulan.

Bahkan sekarang, kita boleh simpan serendah RM100 melalui #AkaunEmasGAP di #PublicGold. wasap segera di www.wasap.my/60132154954/NakMulaSimpanEmas

Inilah cara termudah dan termurah untuk simpan emas di Malaysia.

Kredit kepada guru kewangan saya: En.Zulkifli Shafie, penulis buku Wang Emas dan buku Misi Bebas Hutang
June 23, 2021
August 26, 2021
TIADA SIMPANAN, BUKAN SEBAB GAJI TAK CUKUP.

Dulu fikir, tak dapat menyimpan sebab duit gaji tak cukup. Tapi bila dah kenal emas, ada saja duit untuk beli emas. Sebab cara fikir sudah berubah.

Dulu bila ada duit saja, otak mula ligat nak berbelanja. Tapi sekarang, fikir nak tambah lagi koleksi simpanan emas, lagi dan lagi! Itu pengalaman biasa penyimpan emas yang berilmu.
Emas ada auranya tersendiri. Kena mula simpan dulu, nanti baru akan faham. InsyaAllah.

Sekarang, kita boleh mula simpan emas dengan bajet serendah RM100 melalui #AkaunEmasGAP. Itu cara simpan emas paling mudah dan paling murah di Malaysia.

5 PERKARA PENTING YANG PERLU DIFAHAMI TENTANG AKAUN EMAS GAP (GOLD ACCUMULATION PROGRAM):

1. Boleh mula minima RM100
2. Tiada yuran pendaftaran
3. Tiada caj simpanan emas
4. Boleh beli, jual atau gadai secara online
5. Boleh keluarkan emas fizikal bila-bila masa

Jom saya bantu anda daftar akaun emas GAP Public Gold secara percuma. Saya akan bantu sebaiknya.

Lekas klik www.wasap.my/60132154954/sayanaksimpanemas
November 6, 2021
Hari ni hari gaji.

Salah satu hari paling menggembirakan bagi yang makan gaji.

Untuk kekalkan kegembiraan tu sepanjang bulan.

Bila terima duit gaji, alihkan sebahagian duit tu sebagai simpanan paksa dan lupa.

Selebihnya baru dibelanjakan.

Elakkan tunggu duit lebih baru nak menyimpan. Sebab memang tak akan ada duit lebih sampai bila-bila.

Apa yang kita belanjakan, itu membuatkan orang lain lebih kaya.

Sebaliknya apa yang kita simpan, itu yang menambah kekayaan kita.

Jadi nak kaya setiap kali gaji, bayar diri sendiri dulu sebelum membayar orang lain.

Guru-guru kewangan sarankan sekurang-kurangnya 10% daripada gaji perlu disimpan sebagai;

1. Dana kecemasan
2. Pelaburan masa depan
3. Perbelanjaan penting masa depan

Bagi penyimpan emas, sebahagian daripada 10% itu boleh digunakan untuk simpan emas melalui #AkaunEmasGAP Public Gold, #1gram1bulan.

Disiplinkan yang itu dulu.

Selebihnya terpulanglah nak letak dalam Tabung Haji atau ASB.

Nanti sedar-sedar hujung tahun, kita dah ada 12 gram.

Itu bukan sahaja simpanan kalis inflasi, paling penting, ia akan jadi simpanan kalis boros!

Dah fahamkan?

Berminat nak mula simpan emas, klik link ni www.wasap.my/60132154954/NakSimpanEmas100.
November 25, 2021
Saya suka dengan satu pesan mentor emas saya.

"Jangan peduli pasal harga emas tinggi rendah, simpanan sampai 1 Kilo dulu."

Beli, beli dan beli saja. Harga tinggi kita beli, harga rendah kita beli lebih banyak!

Macam mana nak tahu harga tinggi ataupun rendah?

Saya bagi satu tips paling mudah. Iaitu siapa dah pernah beli emas sebelum ini, dia mesti sangat peka tentang harga emas.

Sebab dia sudah ada benchmark sendiri.

Siapa yang dah pernah beli emas (dengan ilmu), dia tahu harga rendah tahun ini tak akan sama dengan harga rendah tahun lepas.

Jadi dia sangat realistik dengan harga emas.

Orang yang belum faham ilmu emas, dia sibuk sangat dengan harga emas tinggi rendah sebab dia takut beli emas harga mahal.

Dia fikir emas ini sama macam saham atau aset kertas yang hanya ada nombor dan kertas sahaja. Padahal nilai emas terletak pada berat dan ketulenannya sendiri.

Selagi emas itu ada dalam milikan kita, selagi itu kita tak akan rugi bahkan kekal kaya. Saya belum pernah jumpa orang yang jatuh miskin sebab simpan emas yang banyak.

Ya,belum pernah.

Jadi pada saya, jangan peduli harga emas itu dulu. Apa yang penting, letak target #1keluarga1kilogramEmas dulu.

Bila jumlah emas yang kita kumpul dah banyak nanti, confirm kaya.

Sebaliknya orang yang yang sibuk dengan harga, akhirnya tak kemana-mana juga.

Emas pun takut nak beli, duit simpanan pun tak ada.

Itulah apa yang saya perhati sejak terlibat dalam jual beli emas tahun 2015 yang lalu.

Jadi mulakan simpan emas dengan target sekurang-kurangnya #1gram1bulan. Sejak adanya kaedah belian #AkaunEmasGAP, semua orang mampu simpan emas. Walaupun cuma dengan bajet serendah RM100 sebulan.

Now everyone can buy gold!

Berminat nak mula simpan emas, klik link ni www.wasap.my/60132154954/NakSimpanEmas. Saya bantu sebaiknya.

#TipSimpanEmas #AkaunEmasGAP
December 18, 2021
April 26, 2022
May 14, 2022