#TabungB40
PERANGKAP ORANG MUDA B40?
Wasalam dik, bagus adik antara manusia yang baik dan cepat sedar diri mohon tunjuk ajar.
Sedikit panduan dari abang dik agar tak silap pilih jalan. Bukan sebab abang pandai, tapi abang juga pernah silap dan belajar dari orang.
1. Jangan kalut nak beli kereta bila tamat belajar, naik motor sahaja bukan dosa. Bila 'perlu', bukan 'mampu' baru beli kereta.
2. Jangan kalut nak balas jasa ibubapa, membalas jasa ini sepanjang zaman tanggujawab kita. Elakkan buat loan buat sesiapa.
3. Jangan jadi penjamin sesiapa, atau bagi nama untuk gabung berniaga. Jangan dulu dik, biar nama bersih dan cantik.
4, Jangan terburu nak beli rumah, belajar sewa bilik dulu juga tak mengapa. Tapi mesti ada impian nak beli rumah dimasa depan.
5. Tiada jalan untuk 'cepat kaya', jangan masuk dan percaya apa apa pelaburan yang untung berganda. Buka akaun ASB dan Tabung Haji (TH) segera.
6. Bayaran balik PTPTN wajib agar hidup adik sejahtera.
7. Jika susah disiplin menabung, buat potongan gaji setiap bulan masuk ASB dan TH. Jika nak untung lebih sikit buatlah ASBf
8. Belajar bina aset waktu muda bukan liabiliti.
9. Jangan buat hutang beli i-phone, beli TV, langgan TV berbayar, penapis air mahal. Semua itu nampak kecil bila dihimpun jadi besar.
10. Jika masih bujang ushakan buat simpanan 20%-30% dari gaji masukkan ASB. Biarkan ia berkambang disitu.
11. Semua pelaburan itu nampak indah dan baik selagi tak dibuktikan sebaliknya. Unit Trust (UT) nampak macam untung gila tapi sebelum bayar yuran ejen, lepas bayar rasa macam tak padan sahaja.
12. Jangan bergantung pada satu sumber pendapatan. Sebagai B40 kita kena ada 2-3 pendapatan sampingan. Waktu muda jangan goyang telor dulu, telur mahal!
13. Reward Diri tak semestinya beli barang mahal, buat simpanan dan pelaburan banyak itu 'Reward Diri' juga dik.
14. Berkawan dengan orang yang bagus pemikirannya bukan toksik. Campur dengan M40 dan T20 tanya bagaimana mereka mengubah hidup, asalnya mereka juga B40 macam kita.
15. Cepat kenal pasti 'sesuatu' itu benar atau tipu? Adik mula masuk 'Dunia Tipu Tipu'. Cepat jadi rasional dan jangan emosi.
16.Jangan percaya bila ada iklan, "Jom ubah nasib", "Takkan nak hadap jem tiap hari", "Tak nak hantar mak ayah pergi umrah haji", "Tak ensem tak apa janji muka B40". Semua ini guna emosi nak telan duit adik sahaja. Mulakan dengan baca buku asas kehidupan dan pelaburan dulu. Dah ada asas baru masuk seminar mahal!
17. Bila kena tinggal oleh awek sebab kita B40, jangan terlalu lama sedih dan buat benda bodoh. Bangkit untuk baiki nasib bukan nak buktikan pada awek dan buat video Tik Tok. Itu emosi namanya!
18. Kurangkan gaya dalam hidup adik, ia telan banyak gaji dan simpanan yang ada. Tak perlu buktikan kita 'kaya', B40 tetap nampak 'kaya' cara B40. Jadilah diri sendiri. Ramai pakai 'H' tapi simpanan B40 sahaja dik!
19. Jika dah kahwin nanti, rancang jumlah anak jangan terlalu banyak. Utamakan pendidikan mereka agar lebih berjaya dari kita.
20. Banyakkan baca buku bila ada masa terluang. Ramai orang berubah dengan hanya membaca. Pendidikan senjata paling ampuh untuk keluar dari kemiskinan.
Panjang pulak dik, moga adik berjaya doa kami semua.
Dari: Dr Azizul