Nota Emas DeellDahlia #GolDeell
56 subscribers
1.06K photos
49 videos
3 files
361 links
Download Telegram
EMAS PALSU

Bukan mudah kita yang orang awam ni nak kenal #emaspalsu.

Semakin banyak emas palsu atau klon wujud dengan kebanyakannya dibuat menggunakan logam tungsten

Kebanyakan pemilik emas palsu ini mendakwa mereka beli emas dari pihak ketiga yang menawarkan emas pada harga murah.

FYI, logam tungsten adalah logam popular digunakan bagi 'penyamaran' emas kerana boleh menaikkan lagi berat barang emas.

Logam tungsten atau tembaga sering digunakan sebab ketumpatannya hampir sama dengan emas tulen.

Ada syarikat emas juga menawarkan dua cincin percuma sebagai hadiah pembelian rantai palsu.

Bagi menguatkan lagi 'penyamaran' emas palsu ini, emas akan disalut dengan warna emas sebenar.

Jadi untuk elak terbeli emas palsu, saya sarankan orang ramai supaya beli terus dari syarikat yang punyai reputasi yang baik seperti #PublicGold.

Bukan dari tangan penjual individu.

#TipSimpananEmas
TERKEJUT MAMPU MENABUNG SAMPAI RATUSAN RIBU

Dah 14 tahun saya menabung emas, boleh dikatakan setiap tahun mesti akan dengar berita "harga tertinggi dalam sejarah".

Setiap tahun mesti capai puncak harga baru.

Saya tak pernah dengar istilah "harga terendah" (new low) yang baru. Walaupun setiap tahun memang akan ada harga terendah pada sesuatu tahun, tapi harga rendah tahun ni tak sama dengan harga rendah tahun-tahun sebelumnya.

Ia tetap lebih tinggi dari tahun-tahun sebelumnya.

Jadi bila menabung emas, saya dah tak kisah pasal harga. Asalkan beli dengan duit untuk simpanan jangka panjang (sekurang-kurangnya 2 tahun ke atas), bila-bila masa pun sesuai.

Yang paling penting, jumlah kepingan emas yang saya ada sentiasa bertambah dari bulan ke bulan. Itulah yang saya sentiasa fokus. Bukan pasal harga...

Walaupun hampir setiap tahun emas capai harga puncak tertinggi dalam sejarah, saya tak pernah fikir nak jual. Cuma beli, beli dan beli sahaja...

Siapa rasa susah nak capai jumlah tabungan ratusan ribu ringgit, cubalah menabung emas (dengan ilmu).

Saya yakin beberapa tahun akan datang, dia sendiri akan terkejut jumlah tabungan emas dia mencecah 1 kilogram pertama yang nilainya dah lebih RM330,000!

Bahkan tabungan emas tu nanti akan terus bertambah sampai nilainya lebih RM500,000 bahkan RM1 juta! Jutawan emas!... InsyaAllah.

Sebab tu saya sentiasa ingatkan, bila menabung emas, jangan sibuk nak monitor harga.

Dah 14 tahun didik masyarakat menabung emas, saya belum terima walaupun satu feedback; penyimpan emas yang kaya raya hasil monitor harga. Belum pernah...

Yang sibuk monitor harga selalunya berakhir dengan emas tak ada, duit pun habis!...

Menabung emas fizikal bukan macam melabur dalam saham. Emas tu kita pegang aset fizikal. Selagi emas fizikal ada di tangan kita, kita langsung tak ada risiko jatuh lingkup atau perlu "cut loss" macam main saham.

Beli, beli, beli sahaja...

Ada emas lebih banyak, confirm kita lebih kaya. Harga cuma persoalan masa sahaja.

Sejarah harga emas selama 20 tahun dah membuktikan purata kenaikan harga emas sekitar 10% setahun, lebih baik daripada ASB dan Tabung Haji.

Itulah sebabnya kenapa mereka yang ada ilmu pasal emas, mereka tak sibuk monitor harga.

Bila ada duit simpanan jangka panjang, mereka beli, beli, beli sahaja. Confirm dia semakin kaya. InsyaAllah.

Berita baiknya, menabung emas sekarang tak susah macam zaman saya bermula 14 tahun dulu. Sekarang sesiapa pun mampu menabung emas pakai mobile apps dengan bajet serendah RM100 melalui #AkaunEmasGAP Public Gold.

Pendek kata, sambil baring pun boleh menabung emas! Dan Public Gold pula ada servis penghantaran emas berinsuran. Kita cuma tunggu emas sampai ke rumah dengan senyuman...

Now everyone can buy gold! Alhamdulillah...

#TipSimpananEmas #BukuWangEmas