Nota Emas DeellDahlia #GolDeell
56 subscribers
1.06K photos
49 videos
3 files
361 links
Download Telegram
KENAPA HARGA EMAS MELONJAK SEMULA?

Setiap Jumaat minggu pertama, akan keluar laporan data pekerjaan US yang dipanggil Non Farm Payroll (NFP)

Data ini akan memberitahu kita, berapa banyak peluang pekerjaan yang dicipta pada bulan lepas di US

Data ini sangat kritikal kerana ia menggambarkan kekuatan ekonomi US. Apabila ekonomi beransur pulih, maka peluang pekerjaan akan meningkat manakala jika ekonomi belum pulih maka peluang pekerjaan akan merosot.

Laporan dari Jabatan Buruh US yang dikeluarkan semalam memaparkan hanya 559,000 peluang pekerjaan dicipta berbanding jangkaan 675,000 pekerjaan.

Dengan kata lain, bilangan pekerjaan sebenar tersasar dari jangkaan. Ini jelas menunjukkan ekonomi US tidak berkembang seperti yang diharapkan.

Untuk pengetahuan kita semua, data NFP adalah data ekonomi yang kritikal. Data ini mampu menggerakkan harga emas.

Oleh itu kita melihat harga emas melonjak naik pada malam tadi hampir 25 USD/oz

#NotaEmasMentor

Artikel penuh:

https://www.kitco.com/news/2021-06-04/Gold-sees-price-bump-on-U-S-non-farm-payrolls-downside-miss.html


Penyimpan emas yang konsisten tenang-tenang sahaja.
Harga emas naik kita gembira sebab nilai simpanan kita bertambah dengan sendirinya.
Harga emas turun kita lebih gembira sebab boleh tambah gram emas pada harga diskaun. Kan? 😄