Nota Emas DeellDahlia #GolDeell
56 subscribers
1.06K photos
49 videos
3 files
361 links
Download Telegram
3 GOLONGAN DAPAT MANFAAT BESAR DARI SIMPANAN EMAS

Tak semua orang perlu simpan emas. Bahkan ada juga kes, saya tak sarankan seseorang tu simpan emas. Letak duit dia dalam Tabung Haji atau ASB lebih baik.

Tapi berdasarkan pengalaman saya sejak 2010, saya perhatikan ada 3 golongan yang dapat manfaat besar daripada simpanan emas. Iaitu golongan yang;

1. Tak boleh menabung

Kerja bertahun-tahun tapi tak ada tabungan. Dah cuba macam-macam teknik, tapi menabung selalu bocor juga.

#GAPAutoDebit penyelesaian terbaik untuk mereka.

2. Dapat menabung dengan baik, tapi tabungan hanya dalam ASB dan Tabung Haji.

Mereka tak sedar tabungan mereka dicuri oleh inflasi dan kejatuhan ringgit.

Solusinya, tukarkan duit simpanan jangka panjang (untuk simpanan 2 tahun ke atas) kepada emas.

Tinggalkan duit simpanan kecemasan 3 bulan gaji dan yang nak digunakan dalam masa terdekat sahaja dalam ASB atau Tabung Haji tu.

3. Kaya raya, tapi tak ada tabungan emas.