Nota Emas DeellDahlia #GolDeell
56 subscribers
1.06K photos
49 videos
3 files
361 links
Download Telegram
PENYIMPAN EMAS TAK AKAN RUGI

Mereka yang simpan emas tak akan rugi.

Kalau tak tahu nak melabur di mana, selain dari ASB atau Tabung Haji, saya syorkan simpanlah emas fizikal. Ia jauh lebih selamat daripada melabur sana-sini yang akhirnya duit lebur gara-gara melabur.

Hasil pemerhatian kenapa simpan emas tak akan rugi;

1. Harga emas confirm naik dalam jangka panjang.

Ini disebabkan kuasa beli duit semakin menurun. Harga turun naik dalam jangka pendek itu perkara biasa.

Penyimpan emas berilmu, dia akan beli emas menggunkan duit simpanan jangka panjang, sekurang-kurangnya untuk jangka waktu 2 tahun ke atas.

Sejarah 20 tahun membuktikan harga emas naik secara purata 10% setahun.

2. Emas adalah duit tunai juga

Kalau perlukan duit tunai, dia boleh jual emas atau pajak sahaja dulu di ar-rahnu untuk dapat duit on-the-spot!

Siapa ada emas, maksudnya dia ada duit! Tak perlu bimbang pasal duit bila ada emas…

3. Harga barang naik, harga emas turut sama naik.

Harga barang naik itu petanda kuasa beli duit kertas menurun. Kita perlu bayar duit yang lebih banyak untuk dapat barang yang sama.

Siapa simpan emas, kekayaan dia selamat dari dimakan oleh inflasi atau risiko kejatuhan ringgit dalam jangka panjang.

4. Harga emas tak ada risiko jatuh lingkup macam saham.

Emas satu-satunya aset kewangan yang nilainya tak akan jatuh KOSONG. Belum pernah ada dalam sejarah orang bankrap sebab simpan emas, tapi terlalu banyak sejarah orang bankrap atau kekayaan dia dibekukan sebab simpan duit kertas atau aset-aset lain.

Selagi emas ada di tangan, kekayaan kita selamat. In Syaa Allah.

Tapi pokok pangkalnya, kena ada ilmu. Bukan emas membuatkan kita kaya, tapi ilmu.

Orang yang tak ada ilmu, dia takut beli emas. Sedangkan orang ada ilmu, dia takut tidak memiliki emas. Sebab dia tahu kekayaan dia lebih terjamin kalau disimpan dalam bentuk emas! In Syaa Allah…

#TipKayaDenganEmas #BukuWangEmas

Nak sy bantu simpan emas?
Jom wasap 0193310103
Rasa macam tak adil. Kita kerja kuat-kuat, menabung duit banyak-banyak, rupa-rupanya nilai kekayaan kita sentiasa turun naik.

Kalau naik, kita happy. Tapi selalunya nilainya makin turun dari tahun ke tahun.

Nilai RM50 dua puluh tahun dulu jauh bezanya dengan sekarang.

Dulu, kalau bawa RM50, boleh shopping penuh satu trolley. Tapi sekarang cuma dapat barang satu plastik.

Ke mana hilangnya barang-barang satu trolley tu?

Jawabnya dia dirompak oleh inflasi dan dikikis oleh kejatuhan nilai ringgit dalam jangka panjang.

Walaupun nombor masih sama, tapi nilainya sudah hilang. Rupa-rupanya kita tertipu dengan nombor!

Bila saya faham pasal perkara ni, duit simpanan jangka panjang saya tukarkan semuanya kepada emas.

Zaman Nabi s.a.w dulu, 1 dinar (syiling emas 4.25 gram, ketulenan 999.9) boleh beli seekor kambing. Sekarang pun 1 dinar (nilai sekitar RM1,400) pun masih boleh beli seekor kambing.

Lepas 1400 tahun, kuasa beli emas masih bertahan. Tak terjejas langsung!

Tapi nilai duit kertas, jangan bincang pasal nilainya bertahan selama 1,400 tahun. Tempoh 10 tahun pun kejatuhan nilainya sudah jauh bezanya...

Nombor masih sama, tapi kita makin miskin...

Nak simpan duit dalam jangka panjang, simpanlah emas. Duit yang nak pakai dalam jangka masa terdekat, biarkan dalam ASB atau Tabung Haji tak ada masalah...

#BukuWangEmas
TERKEJUT MAMPU MENABUNG SAMPAI RATUSAN RIBU

Dah 14 tahun saya menabung emas, boleh dikatakan setiap tahun mesti akan dengar berita "harga tertinggi dalam sejarah".

Setiap tahun mesti capai puncak harga baru.

Saya tak pernah dengar istilah "harga terendah" (new low) yang baru. Walaupun setiap tahun memang akan ada harga terendah pada sesuatu tahun, tapi harga rendah tahun ni tak sama dengan harga rendah tahun-tahun sebelumnya.

Ia tetap lebih tinggi dari tahun-tahun sebelumnya.

Jadi bila menabung emas, saya dah tak kisah pasal harga. Asalkan beli dengan duit untuk simpanan jangka panjang (sekurang-kurangnya 2 tahun ke atas), bila-bila masa pun sesuai.

Yang paling penting, jumlah kepingan emas yang saya ada sentiasa bertambah dari bulan ke bulan. Itulah yang saya sentiasa fokus. Bukan pasal harga...

Walaupun hampir setiap tahun emas capai harga puncak tertinggi dalam sejarah, saya tak pernah fikir nak jual. Cuma beli, beli dan beli sahaja...

Siapa rasa susah nak capai jumlah tabungan ratusan ribu ringgit, cubalah menabung emas (dengan ilmu).

Saya yakin beberapa tahun akan datang, dia sendiri akan terkejut jumlah tabungan emas dia mencecah 1 kilogram pertama yang nilainya dah lebih RM330,000!

Bahkan tabungan emas tu nanti akan terus bertambah sampai nilainya lebih RM500,000 bahkan RM1 juta! Jutawan emas!... InsyaAllah.

Sebab tu saya sentiasa ingatkan, bila menabung emas, jangan sibuk nak monitor harga.

Dah 14 tahun didik masyarakat menabung emas, saya belum terima walaupun satu feedback; penyimpan emas yang kaya raya hasil monitor harga. Belum pernah...

Yang sibuk monitor harga selalunya berakhir dengan emas tak ada, duit pun habis!...

Menabung emas fizikal bukan macam melabur dalam saham. Emas tu kita pegang aset fizikal. Selagi emas fizikal ada di tangan kita, kita langsung tak ada risiko jatuh lingkup atau perlu "cut loss" macam main saham.

Beli, beli, beli sahaja...

Ada emas lebih banyak, confirm kita lebih kaya. Harga cuma persoalan masa sahaja.

Sejarah harga emas selama 20 tahun dah membuktikan purata kenaikan harga emas sekitar 10% setahun, lebih baik daripada ASB dan Tabung Haji.

Itulah sebabnya kenapa mereka yang ada ilmu pasal emas, mereka tak sibuk monitor harga.

Bila ada duit simpanan jangka panjang, mereka beli, beli, beli sahaja. Confirm dia semakin kaya. InsyaAllah.

Berita baiknya, menabung emas sekarang tak susah macam zaman saya bermula 14 tahun dulu. Sekarang sesiapa pun mampu menabung emas pakai mobile apps dengan bajet serendah RM100 melalui #AkaunEmasGAP Public Gold.

Pendek kata, sambil baring pun boleh menabung emas! Dan Public Gold pula ada servis penghantaran emas berinsuran. Kita cuma tunggu emas sampai ke rumah dengan senyuman...

Now everyone can buy gold! Alhamdulillah...

#TipSimpananEmas #BukuWangEmas