Nota Emas DeellDahlia #GolDeell
56 subscribers
1.06K photos
49 videos
3 files
361 links
Download Telegram
3 JENIS TAKUT NAK SIMPAN EMAS

https://vt.tiktok.com/ZS8C69Ppd/

1. TAKUT KENA BAYAR ZAKAT.
Seharusnya kita berbangga dgn diri
sendiri jika kita dpt simpan EMAS
sampai kena bayar ZAKAT. Krn kita
mampu bantu orang lain sesama
Islam. Mungkin duit kita tu boleh
menjadi amal jariah yg memberi
pahala berpanjangan. Kita hanya
perlu bayar zakat sekiranya ckup
nisab 85gram dan cukup haul
setahun.

2. TAKUT SEBAB HARGA EMAS MAHAL
Emas tak pernah MURAH! Logam ini
sangat berharga. Selagi tuan/puan
tidak mula kan simpan emas, tuan/
puan tak akan dpt compare harga
Emas itu murah @ mahal
sebenarnya. Saat kali pertama
tuan/puan beli/simpan emas akan
menjadi benchmark harga untuk
dibandingkan kemudian hari.

3. TAKUT KENA CURI/ HILANG/TAK
INGAT SIMPAN DI MANA
Semua benda ada risiko untuk hilang
jika kita tak jaga dengan baik.
Kalau takut nak simpan sendiri,
boleh simpan dalam akaun emas
GAP. TIADA caj dikenakan. Simpan
lah selama mana pun. Jika dah
bersedia nak pegang/simpan sendiri
emas fizikal tersebut, boleh arahkan
sistem pos berinsurans untuk
hantarkan ke alamat yg
dikehendaki.

Nak saya bimbing simpan emas?
Klik link di bio. Daftar PERCUMA!

#emas
#emas999
#publicgold
#ilmuemas
#tipskewangan
#jongkongemas
#dinar
#akaunemasgap
PILIHAN DI TANGAN SENDIRI

Faktor utama mader menabung di SSPN untuk anak-anak ialah PELEPASAN CUKAI. Up to RM8000. Mestilah 1 langkah bijak. Selain itu? Mader tabungkan EMAS.

Tapi......

Keputusan gomen mengecualikan cukai SSPN selepas tahun 2024 membuatkan mader berfikir tentang 'PILIHAN YANG LEBIH BAIK'

Simpanan SSPN sebagai sebahagian dana pendidikan. Mader alihkan kpd simpan EMAS.

Dana pendidikan anak-anak merupakan simpanan jangka masa panjang. Amat sesuai mader pilih utk simpan dalam bentuk EMAS kerana nilainya yg mmg akan naik dlm jangka masa panjang ( 3 tahun ke atas).

Ada juga sbb lain yg mmbuatkan mader pilih EMAS.

Nilai wang kertas yg jatuh. Inflasi lagi.

Pengagihan dividen ASB & Tabung Haji berkurangan

Jadi, kita ada pilihan. Pilihlah yang kita rasa TERBAIK buat keluarga kita sndiri.

Simpan EMAS dengan ILMU. Tambah ilmu EMAS dgn download ebook ini secara PERCUMA. Ilmu bermanfaat di bulan Ramadan
https://publicgold.me/deelldahlia/ebook

#inspirasiramadan
#emas
#emas999
#publicgold
#AkaunEmasGAP
#dinar
#Jongkongemas
MAHAL JE MEMANJANG.

Harga emas mmg tak pernah MURAH. Nak2 bagi mereka yg asyik tengok harga aje tp tak mulakan simpanan EMAS.

Emas merupakan penyimpan nilai yg baik. 20+++ tahun dulu semasa harganya RM40/gram pun org kata mahal apatah lagi sekarang sudah mencecah RM305/gram.

Adakah kita masih nk menunggu sehingga harga mencecah RM500/gram baru nk sedar dan mula?

Fokus pada gram emas dan bukan harganya. Harga emas mmg akn naik dan turun dlm jangka masa pendek.

Kita akn rasa rugi simpan emas jika
beli hari ni,jual balik esok...minggu dpn...6 bulan lagi...
pajak emas tapi x boleh tebus dlm masa yg ditetapkan.

Belajar simpan EMAS dgn ILMU.

Simpan EMAS jgn sampai LEMAS.

Beli EMAS mesti dpt EMAS.

Pastikan introducer berikan ilmu menyimpan EMAS yg betul.

'Emas awak punye, sy tunjuk ajar saje'

Nak sy bimbing simpan EMAS?👇
https://publicgold.me/deelldahlia
Daftar akaun emas secara PERCUMA

Your Introducer,
deelldahlia
PG00090935

#emas
#emas999
#publicgold
#akaunemasgap
#inspirasiramadan
#dinar
#jongkongemas
Setiap ibu dan bapa pasti mencari platform simpanan yang terbaik untuk anak-anak.

Tabung Haji antara platform simpanan terbaik kerana setiap dividen yang diberikan telah dikira dan ditolak zakat.

Sebagai Umat Islam, semestinya kita telah ‘terlepas’ di soal ‘di sana’ kelak.

Itu dari sudut Positive.

Dari sudut lain, sebenarnya kita rugi tanpa sedar.

Dividen yang diberikan sekitar 3.10% tetapi inflasi sehingga 3.30%. Ini bermaksud setiap penyimpan rugi tanpa sedar sekitar 0.20%.

Bukan salah sesiapa tetapi ini antara kesan daripada virus Inflasi.

Tiada siapa dapat mengawal inflasi tetapi siapa yang simpan emas terhalang dari virus inflasi.

Ini antara hakikat yang sukar ditelan.😊

Introducer
deelldahlia
PG00090935

#emas
#emas999
#publicgold
#akaunemasgap
#PG1M
Yuhuuuu....

Cerita tentang evolusi Dinar Emas Public Gold.

Versi pertama adalah dinar emas 22k local minted pada tahun 2008.

Kemudian Public Gold menggunakan Nadir Metal Refinery (LBMA accredited refinery) untuk mencetak dinar emas 24k pada tahun 2014.

Waktu nie zaman perlaksanaan GST.

Untuk mengelakkan daripada dinar emas kena GST, maka penjual emas pelaburan perlu menggunakan emas yang dicetak oleh kilang yang berstatus LBMA accredited refinery.

Kemudian, kerajaan Malaysia telah bertukar selepas pilihanraya dan kerajaan baharu telah memansuhkan GST.

Jadi Public Gold telah mencetak sendiri dinar emas 24k kerana lebih efisyen. Dinar ini boleh dibuka sarungnya (tahun 2020)

Kemudian, pada bulan 5 tahun 2023, Public Gold telah mengeluarkan design terbaru untuk dinar emas iaitu laminated gold dengan design kambing.

Ini kerana Public Gold membuat keputusan untuk follow standard packaging LBMA sebelum ini.

Namun begitu, Dato’ Wira Louis Ng memberikan jaminan Public Gold akan membeli dinar emas ini pada harga yang sama seperti yang tertera di dalam website, walaupun sarungnya dibuka, dinar ini calar dan bengkok.

Ini menjamin ketenangan fikiran untuk kesemua pembeli dinar emas Public Gold 😊

Inilah cerita evolusi Dinar Emas Public Gold.

Nak sy bimbing simpan emas? Daftar percuma akaun emas👇
https://publicgold.com.my/index.php?route=dealer/page&pgcode=PG00090935&lang=ms
#emas
#emas999
#publicgold
#akaunemasgap

Kredit
#NotaEmasSyukorHashim
DUIT & INFLASI

Nilai duit 20 tahun dulu takkan sama dgn hari ini.

Kenaikan harga barang saban tahun memberikan impak kepada kos sara hidup.

Sebagai contoh;
50 sen boleh beli kuih+ nasi lemak/mee goreng pada zaman 90-an

Sekarang? 50 sen boleh beli seketul karipap sahaja.

Kita rasa simpan duit banyak2 akan meningkatkan simpanan dan kekayaan. Anda silap! Inflasi akn memberi kesan kpd nilai duit.

Simpan RM10k kemudian guna dividen simpanan utk beli itu ini...bayar itu ini...simpanan tersebut masih sama malah nilainya semakin turun setiap tahun. Maksudnya di sini nilainya mungkin sudah jadi RM8.5k sahaja. Sebab apa? INFLASI

Oleh itu, alihkan sebahagian simpanan tuan/puan ke dlm bentuk EMAS kerana EMAS KALIS INFLASI!

1 DINAR boleh beli seekor kambing sejak zaman Rasulullah dulu sehingga kini. Sudah 1400+++ tahun hijrah

1 DIRHAM boleh beli seekor ayam.

Emas penyimpan nilai yg BAIK!

Nak sy bimbing simpan EMAS? Klik link di bawah. Daftar PERCUMA!

https://publicgold.com.my/index.php?route=dealer/page&pgcode=PG00090935&lang=ms

#emas
#emas999
#publicgold
#goldeell
#goldbar
#ilmuemas
#ilmukewangan
#akaunemasgap
Tips: 3 perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum anda membeli emas.

Uols, antara kesalahan newbie dalam pelaburan emas adalah "𝒃𝒆𝒍𝒊 𝒅𝒂𝒉𝒖𝒍𝒖 𝒇𝒊𝒌𝒊𝒓 𝒌𝒆𝒎𝒖𝒅𝒊𝒂𝒏"

Jadi saya nak berikan 3 tips yang penting yang perlu anda pertimbangkan sebelum membeli emas.

𝗣𝗘𝗥𝗧𝗔𝗠𝗔: 𝗞𝗮𝘁 𝗺𝗮𝗻𝗮 𝗻𝗮𝗸 𝗷𝘂𝗮𝗹 𝗯𝗮𝗹𝗶𝗸 𝗲𝗺𝗮𝘀 𝗶𝗻𝗶?

Uols, keuntungan daripada pelaburan emas adalah apabila anda menjual balik emas. Jadi anda perlu bertanya kepada penjual emas tersebut "Kat mana saya boleh jual balik emas ini nanti?"

Dalam kebanyakan kes, biasanya anda akan jual balik emas kepada syarikat penjual emas tersebut.

Contohnya, jika anda beli emas Public Gold maka anda boleh jual balik kat mana-mana branch Public Gold.

Jika anda beli Kijang Emas daripada Maybank, maka anda akan jual balik kat cawangan Maybank yang menjual Kijang Emas (bukan semua cawangan Maybank ye)

Kemudian, jika anda membuat pelaburan melalui akaun simpanan, tanya dealer emas tersebut tentang bagaimana proses penjualan semula. Di Public Gold kita panggil ' dealer' kerana mereka tak jual emas, tapi mereka sbg pemudah cara/membimbing anda untuk simpan emas dgn cara yg betul.

Saya nak bagitau, ada syarikat yang menawarkan pelaburan emas melalui akaun simpanan emas. Mereka menawarkan kemudahan untuk mengeluarkan emas fizikal daripada akaun simpanan emas ini.

NAMUN, sekiranya anda mengeluarkan emas fizikal daripada akaun simpanan emas mereka, maka mereka TIDAK MENERIMA jualan emas fizikal. Mereka hanya menerima jualan balik gram emas dalam akaun sahaja.

Ohohohohoiiii.. jadi kalau anda tak tahu perkara ini, memang naya lah jawabnya.

𝗞𝗘𝗗𝗨𝗔: 𝗕𝗲𝗿𝗮𝗽𝗮 𝘀𝗽𝗿𝗲𝗮𝗱(perbezaan harga jual dan beli) 𝗲𝗺𝗮𝘀 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝘀𝗮𝘆𝗮 𝗯𝗲𝗹𝗶 𝗶𝗻𝗶?

Spread adalah perbezaan di antara harga belian dan jualan emas.

Biasanya ia diukur dalam bentuk %. Sila lihat gambar. Saya letakkan gambar spread untuk emas Public Gold.

Biasanya semakin berat emas yang anda beli maka spreadnya makin kecil.

𝗞𝗘𝗧𝗜𝗚𝗔: 𝗔𝗱𝗮 𝘁𝗮𝗸 𝘀𝘆𝗮𝗿𝗮𝘁-𝘀𝘆𝗮𝗿𝗮𝘁 𝗷𝘂𝗮𝗹 𝗯𝗲𝗹𝗶 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗹𝗮𝗶𝗻 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗽𝗲𝗿𝗹𝘂 𝘀𝗮𝘆𝗮 𝘁𝗮𝗵𝘂?

Contohnya: Adakah syarikat menerima balik emas tersebut sekiranya sijil ketulenan hilang? atau plastik laminate emas dibuka atau emas tersebut calar, tergores atau bengkok? (kalau Public Gold, ya mereka terima balik, jaminan harga buyback tinggi walaupun terbuka seal dll)

Ada syarikat yang menolak untuk membeli balik emas sekiranya ada calar, gores dan bengkok. Contohnya, Kijang Emas. Ada juga yg mngenakan spread yg tinggi hampir 20% jika tercalar sperti Habib.

Alasannya ialah nanti Maybank tak boleh jual balik kepada pembeli baru jika emas tersebut calar, gores atau bengkok.

Kenapa emas boleh terbuka plastik? tercalar, gores dan bengkok?

Jawapannya, ia boleh berlaku semasa proses Ar-Rahnu. Sebab ada arrahnu yang meminta anda buka plastik laminate untuk mereka uji emas tersebut.

Semasa ujian densimeter (timbang berat dan timbang dalam air), mereka akan sepit emas tersebut dengan penyepit besi dan menggoncang emas tersebut di dalam air. Ia boleh mencalarkan emas anda (kalau emas 999.9)

Saya pun pernah kena uols 😤. Emas saya tercalar semasa ar-rahnu. Perghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh... calar hati ku 😜

Emas anda boleh kemek kalau terjatuh. Saya pun pernah kena uols. Perghhhhhhhhhhhhhh.. kemek hati ku 😛

Ok uols, sila share tips ini dengan rakan-rakan anda.

Semoga bermanfaat.

Introducer
Deelldahlia
PG00090935

Nak sy bimbing simpan emas?
Tekan link dan isi details berkaitan. Sy akn hubungi anda dalam masa 24jam.
https://publicgold.com.my/index.php?route=dealer/page&pgcode=PG00090935&lang=ms

#emas
#emas999
#publicgold
#akaunemasgap
#1gram1bulan

Rujukan:
NotaEmasSyukorHashim
BENARKAH TEKNIK AR-RAHNU BOLEH GANDAKAN JUMLAH SIMPANAN EMAS?

Ini jawapan jujur saya berdasarkan 13 tahun pengalaman sebagai dealer dan penyimpan emas:

1. Teknik pajak ar-rahnu tak boleh tambah gram emas. Pajak tu maksudnya tambah hutang.

2. Nak tambah gram emas, kena tambah ilmu, menabung secara konsisten, dan tingkatkan pendapatan supaya dapat tingkatkan jumlah tabungan.

3. Kos pajakan tu mahal. Sekitar 14% setahun. Ia tak berbaloi. Ia murah sikit berbanding caj kad kredit yang dikenakan oleh bank.

4. Kalau teknik pajak gadai benar-benar dapat membuatkan semua penyimpan emas kaya raya, dah lama saya ajarkan kepada semua. Sebab saya pun nak penyimpan-penyimpan emas di bawah saya kaya dengan emas.

5. Teknik pajak gadai selalu dimanipulasi oleh peniaga-peniaga emas supaya mereka dapat jual emas lebih banyak kepada kita. Akhir sekali kita bukan dapat emas lebih baik, sebaliknya menanggung hutang lebih banyak.

6. Kalau dia orang tu ada 1 kilo emas dalam ar-rahnu, sebenarnya emas yang sempurna milik dia tak sampai 300 gram pun. Lagi 700 gram tu dia terhutang dengan ar-rahnu.

7. Teknik manipulasi emas dengan pajakan ar-rahnu memang ada, tapi risiko rugi lebih besar daripada potensi untung. Kalau untung, untunya cuma secupak. Tapi kalau rugi, ruginya segantang!

Jadi baik beli emas gunakan kaedah biasa sahaja. Konsisten sahaja menabung emas, khususnya melalui #AkaunEmasGAP. Dan kalau nak lebih konsisten, menabung secara GAP Auto-Debit.

#TipKayaDenganEmas

Sumber: Mohd Zulkifli Shafie
Tujuan #AkaunEmasGAP bukan untuk kita simpan emas banyak-banyak dengan Public Gold.

Tapi bagi memudahkan kita memiliki dan simpan emas fizikal kita sendiri.

Akaun cuma tempat transit sementara cukup gram dan ready untuk simpan sendiri.

Ingat! Emas yang terbaik adalah emas yang kita pegang sendiri🥰

Nak sy bimbing simpan emas? Klik link di bawah. Daftar Percuma!
https://publicgold.com.my/index.php?route=dealer/page&pgcode=PG00090935&lang=ms
JANGAN PEDULI HARGA EMAS,
SIMPAN SAMPAI 1 KILO DULU

Bila nak menabung emas fizikal, jangan peduli pasal harga tinggi rendah. Yg penting, konsisten menabung emas. Beli, beli dan beli saja.

Sejak dulu lagi, setiap tahun pun orang cakap harga emas sekarang mahal. Tapi lepas beberapa tahun, orang masih cakap perkara sama. Harga emas mahal berbanding tahun sebelumnya.

Kalau tunggu harga rendah, alamat sampai ke sudah kita tak menabung emas.

Mereka yang tahu pasal emas, harga tinggi dia beli, harga rendah dia beli lebih banyak!

Macam mana nak tahu harga tinggi ataupun rendah?

Sebenarnya siapa dah pernah beli emas sebelum ni (dengan ilmu), dia mesti sangat peka tentang harga. Sebab dia dah ada benchmark tersendiri.

Dia faham; harga rendah tahun ni tak akan sama dengan harga rendah tahun lepas. Dia sangat realistik tentang harga.

Mereka yang belum faham (pasal emas), dia sibuk sangat dengan harga tinggi rendah. Dia takut terbeli harga mahal…

Sebenarnya bukan sahaja takut harga mahal, harga turun pun dia takut. Harga naik takut, harga turun lagi dia takut!

Dia sentiasa dalam ketakutan...

Akhir sekali, emas tak ada, duit simpanan pun habis!

Dia fikir emas ini sama macam saham (atau aset kertas lain) - yang cuma ada nombor dan kertas sahaja.

Padahal emas sangat berbeza. Emas ni aset fizikal. Nilainya terletak pada berat dan ketulenan emas itu sendiri. Selagi emas itu ada di tangan kita, selagi tu kita tak akan rugi (bahkan kekal kaya).

Belum pernah ada dalam sejarah mereka yang jatuh lingkup sebab simpan berkeping-keping emas. Belum pernah.

Tapi banyak berlaku dalam sejarah, orang simpan duit kertas yang banyak, tapi jatuh lingkup walaupun (duit) kertas itu masih di tangan dia…

Jadi jangan peduli harga emas. Apa yang lebih penting, letak target simpan 1keluarga1kilogramEmas dulu. Menabunglah secara KONSISTEN. Itu yang lebih penting.

Bila ada emas, maksudnya kita ada duit. Bila ada emas yang banyak, confirmlah kita lebih kaya. In Syaa Allah.

Sebaliknya mereka yang bimbang sangat dengan harga, akhir sekali tak ke mana-mana juga. Emas dia takut nak beli, duit simpanan pun habis juga!

Sekarang, tak perlu modal besar untuk beli emas. Kita boleh menabung emas dengan bajet RM100 sahaja melalui #AkaunEmasGAP Public Gold.

Nak ada gold bar 100 gram (nilai sekarang lebih RM30k), tak perlu tunggu ada duit RM30k baru boleh beli. Tapi boleh start menabung sikit-sikit. Bila cukup gram, keluarkan kepingan-kepingan emas ikut pilihan kita.

Sekarang bukan lagi waktunya hanya orang banyak duit sahaja boleh beli emas.

Dengan #PublicGold, now everyone can buy gold!

#TipKayaDenganEmas

Kredit: Tuan Zulkifli Shafie
Dividen ASB 2023.

Bersih 2.75% lepas tolak zakat 2.5% (5.25 - 2.5 = 2.75%).

Sebelum sentuh dividen, pastikan potong bahagian zakat dulu. Selebihnya reinvest (kalau nak kaya). Jangan tarah (belanjakan) dividen tu.

Kalau tarah, sebenarnya kita semakin miskin. Walaupun nombor bertambah, tapi lepas tolak kadar inflasi 2.5% - 4.0%, sebenarnya kekayaan kita tak bertambah pun.

Duit dividen tu, beli emas melalui #AkaunEmasGAP untuk simpanan jangka panjang. Sejarah 20 tahun menunjukkan harga emas secara puratanya naik sekitar 10% setahun.

#TipKayaDenganEmas
TERKEJUT MAMPU MENABUNG SAMPAI RATUSAN RIBU

Dah 14 tahun saya menabung emas, boleh dikatakan setiap tahun mesti akan dengar berita "harga tertinggi dalam sejarah".

Setiap tahun mesti capai puncak harga baru.

Saya tak pernah dengar istilah "harga terendah" (new low) yang baru. Walaupun setiap tahun memang akan ada harga terendah pada sesuatu tahun, tapi harga rendah tahun ni tak sama dengan harga rendah tahun-tahun sebelumnya.

Ia tetap lebih tinggi dari tahun-tahun sebelumnya.

Jadi bila menabung emas, saya dah tak kisah pasal harga. Asalkan beli dengan duit untuk simpanan jangka panjang (sekurang-kurangnya 2 tahun ke atas), bila-bila masa pun sesuai.

Yang paling penting, jumlah kepingan emas yang saya ada sentiasa bertambah dari bulan ke bulan. Itulah yang saya sentiasa fokus. Bukan pasal harga...

Walaupun hampir setiap tahun emas capai harga puncak tertinggi dalam sejarah, saya tak pernah fikir nak jual. Cuma beli, beli dan beli sahaja...

Siapa rasa susah nak capai jumlah tabungan ratusan ribu ringgit, cubalah menabung emas (dengan ilmu).

Saya yakin beberapa tahun akan datang, dia sendiri akan terkejut jumlah tabungan emas dia mencecah 1 kilogram pertama yang nilainya dah lebih RM330,000!

Bahkan tabungan emas tu nanti akan terus bertambah sampai nilainya lebih RM500,000 bahkan RM1 juta! Jutawan emas!... InsyaAllah.

Sebab tu saya sentiasa ingatkan, bila menabung emas, jangan sibuk nak monitor harga.

Dah 14 tahun didik masyarakat menabung emas, saya belum terima walaupun satu feedback; penyimpan emas yang kaya raya hasil monitor harga. Belum pernah...

Yang sibuk monitor harga selalunya berakhir dengan emas tak ada, duit pun habis!...

Menabung emas fizikal bukan macam melabur dalam saham. Emas tu kita pegang aset fizikal. Selagi emas fizikal ada di tangan kita, kita langsung tak ada risiko jatuh lingkup atau perlu "cut loss" macam main saham.

Beli, beli, beli sahaja...

Ada emas lebih banyak, confirm kita lebih kaya. Harga cuma persoalan masa sahaja.

Sejarah harga emas selama 20 tahun dah membuktikan purata kenaikan harga emas sekitar 10% setahun, lebih baik daripada ASB dan Tabung Haji.

Itulah sebabnya kenapa mereka yang ada ilmu pasal emas, mereka tak sibuk monitor harga.

Bila ada duit simpanan jangka panjang, mereka beli, beli, beli sahaja. Confirm dia semakin kaya. InsyaAllah.

Berita baiknya, menabung emas sekarang tak susah macam zaman saya bermula 14 tahun dulu. Sekarang sesiapa pun mampu menabung emas pakai mobile apps dengan bajet serendah RM100 melalui #AkaunEmasGAP Public Gold.

Pendek kata, sambil baring pun boleh menabung emas! Dan Public Gold pula ada servis penghantaran emas berinsuran. Kita cuma tunggu emas sampai ke rumah dengan senyuman...

Now everyone can buy gold! Alhamdulillah...

#TipSimpananEmas #BukuWangEmas
2 perkara PENTING yang kita perlu ada untuk simpanan emas

1️⃣ Duit
2️⃣ Ilmu

✅️Kenapa duit?
Sebab nak simpan/ beli emas perlu dibayar dengan duit. Waktu TERBAIK kita beli emas adalah ketika kita ada duit. Kalau asyik monitor harga tapi tak mula-mula simpan emas, keadaan ini akan mencalarkan emosi sendiri dan membuang masa. Kita sendiri yang akan rugi. Sementara tunggu harga turun, duit yang nak disimpan dah terguna, terbelanja. Dah turun, nak tunggu turun lagi. Akhirnya masa harga betul-betul jatuh, tiada duit untuk beli emas. Menunggu punya pasal. #ish

Solusi? Waktu ada duit lebihan yang tak nak digunakan dalam waktu terdekat, terus simpan. Pejam mata jangan fokus harga. Yang penting, kita tahu posisi kita sebagai penyimpan emas. FOKUS PADA PERTAMBAHAN GRAM BUKANNYA HARGA!

✅️ Kenapa ilmu?
Penyimpan emas yang berilmu, maklum simpanan emas ini adalah simpanan jangka masa panjang. Atas 2 tahun. Lagi lama peram lagi bagus. Konsisten menambah gram supaya simpanan bertambah. Penyimpan emas tak kan jual emas dalam jangka masa pendek. Contoh: beli hari ini, jual esok @ minggu depan @ tahun depan. Mereka dah set matlamat awal-awal seperti dana kahwin 3 tahun lagi, dana haji 5 tahun lagi, dana persaraan 20 tahun lagi, dana pendidikan anak 18 tahun lagi, down payment rumah 4 tahun lagi dan dana travel 3 tahun lagi. Jadi, mereka dapat maksimakan keuntungan dalam jangka masa tersebut. Harga emas naik pun senyum kerana nilai simpanan dah bertambah. Harga turun pun senyum kerana boleh borong dan tambah gram emas lebih daripada biasa

📌Nak jadi penyimpan emas, kena ada 2 perkara penting ini. Jika anda kata tak cukup duit untuk simpan emas, boleh tambah pendapatan. Buat side income. Pastikan ada simpanan sekurang-kurangnya RM100 dalam bentuk emas. Dapat sekitar 0.25g++ emas. Public Gold ada menyediakan 1 platform simpanan emas yang mudah, murah dan patuh shariah serendah RM100. Kumpul gram di Gold Accumulation Programme(GAP) dan bila cukup gram yang kita nak, boleh keluarkan emas fizikal bila-bila masa dan simpan sendiri.

📌Jika anda kata macam mana nak dapatkan ilmu emas yang betul? Anda perlu belajar dan berguru. Semuanya di hujung jari. Tambahkan ilmu melalui pembacaan buku-buku kewangan dan simpanan emas. Saya sebagai introducer boleh membimbing anda untuk menyimpan emas dengan ilmu yang betul. Pilih introducer seperti pilih jodoh. Pilih betul-betul kerana sekali dah pilih kena setia selamanya. #gitew

❗️Paling susah nak lakukan adalah MULA. sekali dah mula, In Syaa Allah akan dapat auranya. Dulu ketagih SHOPPING, sekarang ketagih MENYIMPAN. (saya lah tu😊)

Nak mulakan simpanan emas? Tekan link di bawah. Daftar PERCUMA. BIMBINGAN saya pun PERCUMA.
https://bit.ly/deelldahlia

Love💛
deelldahlia

#publicgold
#AkaunEmasGAP
#1gram1bulan
#emas
DAPAT HIDAYAH!

Seawal pagi ada ex-student wasap nak mulakan simpanan emas. Dia dah lama kerja. Dah kenal Public Gold since tahun 2021 masa lepas sekolah. Cikgu banyak ingatkan student supaya menyimpan dari muda. Nanti tak banyak nak menanggung hutang dan sebagainya. Hidup tenang-tenang sahaja.

Mula-mula dia kurang percaya dengan simpanan emas di Public Gold. Takut scammer! #ish. Tapi, apa yang dilihat, cikgu tak henti-henti menyampaikan ilmu emas. Sehingga, beliau DAPAT HIDAYAH dan mulakan simpanan emas. Memang cikgu akui, perkara paling berat adalah nak mulakan simpanan pertama. In Syaa Allah... sekali dah mula... akan konsisten menambah gram. Dia terharu dapat mulakan simpanan emas akhirnya. Emas ini ada aura tersendiri. Simpan dengan matlamat, lagi cepat kita berusaha untuk mencapainya.#gitew

Cikgu doakan awak berjaya & konsisten simpan emas. Student kelas Ekonomi, Ekonomi Perniagaan, Perniagaan memang ramai yang membuka mata tentang simpanan emas sebab mereka belajar dan lihat sendiri bagaimana menyusutnya nilai mata wang fiat.

Apabila ada kesedaran, jangan bertangguh lagi. Mulakan simpanan. Usaha takkan mengkhianati hasil!

Daftar akaun emas PERCUMA di sini👇
https://publicgold.me/deelldahlia

#deelldahlia
#emas
#publicgold
#AkaunEmasGAP
#1gram1bulan
#PG1M
𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐌𝐔𝐌𝐀𝐍

To all gold saver...

Hari ini 01.08.2024 syarat perlu tinggalkan baki 1 gram dalam #AkaunEmasGAP telah di mansuhkan.

Boleh keluarkan semua gram emas transaksi Akaun GAP tanpa perlu tinggalkan baki dalam akaun.

1. Pengeluaran Emas Fizikal
2. Penjualan Emas GAP
3. Arrahnu Online GAP

Buat masa ini perlu guna website. www.publicgold.com.my sahaja.

Untuk yang guna Apps akan diberitahu kemudian.

Menabung emas dengan senyuman.