Nota Emas DeellDahlia #GolDeell
56 subscribers
1.06K photos
49 videos
3 files
361 links
Download Telegram
Sistem zakat di dalam Islam berbeza dengan sistem cukai yang diamalkan hari ini.

KETETAPAN
Zakat adalah ketetapan daripada Allah, manakala sistem cukai pula adalah ketetapan daripada kerajaan.

MUSLIM & NON MUSLIM
Di dalam Islam, zakat dikenakan ke atas orang Islam sahaja. Manakala jizyah (cukai kepada non-muslim) pula dikenakan kepada orang bukan Islam. Muslim wajib membayar zakat, makanala non muslim pula wajib membayar jizyah.

Cukai pula dikenakan ke atas semua rakyat tanpa kira muslim atau tidak.

PEMBAYAR
Zakat hanya dikenakan kepada orang yg kaya dan berharta sahaja. Hanya orang kaya yang wajib membayar zakat, seperti zakat harta, zakat emas perak, zakat perniagaan, zakat pertanian dan zakat fitrah,

Manakala di dalam sistem cukai, orang kaya dan orang miskin tetap dikenakan cukai melalui pelbagai jenis cukai; cukai pendapatan, cukai pintu, cukai jalan, cukai perniagaan dan yang terkini cukai GST.

KUTIPAN DAN PENGAGIHAN
Zakat dikutip daripada orang kaya untuk diagihkan kembali kepada orang miskin dan fakir serta asnaf zakat yang lain. Asnaf zakat, selain orang miskin dan orang fakir ialah amil, fisabilillah, orang berhutang, anak yatim dan muallaf.

Manakala cukai pula dikutip daripada rakyat dan digunakan oleh negara untuk pembangunan negara seperti membuat pembangunan, membuat jalan raya, membayar gaji menteri dan sebagainya.

KEWAJIPAN
Zakat diwajibkan ke atas orang yang berharta apabila cukup haul dan nisab tanpa sebarang pengecualian.

Manakala di dalam sistem cukai, orang kaya dan berharta mempunyai banyak cara tertentu untuk mengelak cukai secara sah.

Tahukah anda, pembayaran zakat melayakkan kita mendapat revate dan mengurangkan jumlah cukai yang perlu dibayar?

Sebenarnya ada banyak cara lagi untuk kita boleh kurangkan sehingga 50% ke 70% pembayaran cukai, secara sah dan patuh undang-undang!

Kredit: Tn. Afyan Mat Rawi
KENAPA HARGA EMAS MELONJAK SEMULA?

Setiap Jumaat minggu pertama, akan keluar laporan data pekerjaan US yang dipanggil Non Farm Payroll (NFP)

Data ini akan memberitahu kita, berapa banyak peluang pekerjaan yang dicipta pada bulan lepas di US

Data ini sangat kritikal kerana ia menggambarkan kekuatan ekonomi US. Apabila ekonomi beransur pulih, maka peluang pekerjaan akan meningkat manakala jika ekonomi belum pulih maka peluang pekerjaan akan merosot.

Laporan dari Jabatan Buruh US yang dikeluarkan semalam memaparkan hanya 559,000 peluang pekerjaan dicipta berbanding jangkaan 675,000 pekerjaan.

Dengan kata lain, bilangan pekerjaan sebenar tersasar dari jangkaan. Ini jelas menunjukkan ekonomi US tidak berkembang seperti yang diharapkan.

Untuk pengetahuan kita semua, data NFP adalah data ekonomi yang kritikal. Data ini mampu menggerakkan harga emas.

Oleh itu kita melihat harga emas melonjak naik pada malam tadi hampir 25 USD/oz

#NotaEmasMentor

Artikel penuh:

https://www.kitco.com/news/2021-06-04/Gold-sees-price-bump-on-U-S-non-farm-payrolls-downside-miss.html


Penyimpan emas yang konsisten tenang-tenang sahaja.
Harga emas naik kita gembira sebab nilai simpanan kita bertambah dengan sendirinya.
Harga emas turun kita lebih gembira sebab boleh tambah gram emas pada harga diskaun. Kan? 😄
📣YAHOOOO, PG JEWEL ADA BUAT SALE DUDUK RUMAH !!🎉

Demi memenuhi permintaan kakak sayang cantik jelita semua, kami ada buat PROMOSI BESAR
untuk BARANG BEST SELLER yang jarang-jarang berlaku ni! 🔥🔥

Masa terbaik untuk beli barang kemas
Masa terbaik untuk belikan orang tersayang barang kemas
Masa terbaik untuk grab barang kemas yang kita idamkan haritu, masa tu..eh!

Duduk rumah pon kena cantik-cantik kan? Tentu rasa lega bila dapat pakai barang yang kita idamkan tu! 🥰
*Dapatkan sementara masih ada stock*

Daftar PG CODE...trus boleh menyopping sana...di PGMALL...Klik di PG JEWEL ok😍

Daftar PG CODE dgn saya dan dapat semua item di bawah secara PERCUMA
1. Buku Travelog Emas
2. Voucher emas RM10
3. Voucher silver RM20
4. Rebate RM10


wasap.my/60193310103/daftarpgcode