Cikgu Fadli Online | Matematik | Info Pendidikan
2.47K subscribers
4.32K photos
383 videos
17 files
3.43K links
🌐 Cikgu Fadli Online
https://cikgufadli.com/links/
Download Telegram
JADUAL PROGRAM TV PENDIDIKAN DI TV
30 Januari 2024

TV OKEY boleh ditonton secara percuma menerusi saluran 110 MyFreeview TV, menerusi saluran 146 di ASTRO dan ASTRO NJOI dan di https://myklik.rtm.gov.my, ASTRO TUTOR TV di saluran 601 dan 603.

Sumber: KPM

T.me/EbookCikguFadli
Pegawai aduan PPD Gombak dah hubungi sekolah saya pasal LIVE semalam.

Inilah dia sistem pendidikan kita tuan puan. Disekat kebebasan nak lontarkan pandangan dan pendapat, kena angguk, patuh, dan setuju belaka.

Kalau tak setuju, cukup tak redha dalam hati. Dan kesan akhirnya, anak-anak kita jadi mangsa.

Oh Malaysiaku.

T.me/mohdfadlisalleh
Yang report semestinya dia duduk dalam bidang pendidikan juga. Bila dia report, menandakan dia tak setuju apa yang saya katakan, tak setuju dengan pandangan saya, dan dia ada pandangan dia yang dia percaya lebih tepat.

Jadi saya dengan rendah diri ini menjemput pegawai tersebut untuk kita berdiskusi secara LIVE tentang apa yang tuan tak setuju dengan LIVE saya semalam.

Mungkin tentang PISA, mungkin tentang PBD, mungkin tentang exam oriented, mungkin tentang kelas yang padat, mungkin sebab subjek yang banyak, mungkin sebab merudumnya sistem pendidikan kita.

Benda di atas antara perkara yang saya ulas semalam. Part mana tuan tak setuju? Jom diskusi secara matang penuh ilmiah secara LIVE di Tiktok dan FB.

Saya terbuka menerima jemputan tuan.

T.me/mohdfadlisalleh
Saya baru lepas call Pegawai Aduan PPD Gombak bertanya tentang aduan. Secara ringkasnya begini :

1. Ada satu aduan dari pegawai daerah lain mengenai LIVE tersebut.

2. Pegawai tersebut beri link LIVE di Tiktok sebab beliau tonton di Tiktok.

3. Pegawai aduan panjangkan kat GB saya link tersebut, namun bila mereka cuba tonton LIVE telah tamat. Jadi mereka pun tak tahu apa aduan sebenar.

4. Saya dah bagitahu pegawai aduan bahawa LIVE tersebut masih ada di wall FB saya kerana saya LIVE di dua platform.

5. Saya minta pegawai aduan tonton balik LIVE semalam dan listkan apa kesalahan yang saya buat dan apa tindakan perlu saya buat (surat tunjuk sebab, etc)

6. Setakat ni alhamdulillah, pegawai aduan PPD Gombak sangat terbuka dan mesra. Terima kasih puan.

7. So saya akan tunggu laporan lanjut dari pegawai PPD tentang apa jenis kesalahan dan part mana yang menjadi kesalahan dalam LIVE semalam. Jika ada saya ingin mempertahankan diri saya. Jika tiada NFA je la kot.

Sekian makluman.
Malam ni, InsyaAllah. Jom sama2 terutama yang ada anak bakal melangkah ke Tahun 1 sesi 2024.

Platform : Facebook dan Tiktok

T.me/mohdfadlisalleh
Siapa ada anak tahun 1 dan belum pergi Hari Orientasi Tahun 1, berikut beberapa perkara yang kalian kena ambil maklum.

1. Jika anak menangis masa hantar ke kelas, tinggalkan. Jangan tunggu. Mak ayah yang tak sampai hati tengok anak menangis hanya buat raungan anak makin kuat. Tinggalkan, pandai la cikgu urus. Mengintai pun tak payah. Dia akan okey bila kena tinggal.

2. Ajar anak guna tandas awam. Ajar di rumah. Jangan biar dia ikut cara kat rumah. Asal nak kencing berak, buka seluar, berlari bogel ke tandas. Memang ada murid nak ke tandas, dia buka seluar dia dalam kelas, berjalan bogel ke tandas. Naya tuan puan. Ajar ya.

3. Murid lelaki jangan pakaikan tali pinggang. BIG NO untuk murid Tahun 1. Banyak kejadian terkucil dalam seluar kerana tali pinggang tersekat, tak pandai buka.

4. Biasanya pada Hari Orientasi, anak-anak kita akan dibekalkan dengan soalan ujian saringan awal. Atau lembaran kerja. Atau apa-apa aktiviti bertulis untuk guru nilai persediaan anak-anak kita dan susun mereka mengikut kelas yang sesuai nanti.

4.1 Soalan ujian saringan biasanya meliputi 3 subjek utama iaitu BM, English dan Matematik. Ada sekolah turut selit soalan Jawi.

4.2 Asas huruf A-Z, tukar huruf besar ke huruf kecil dan sebaliknya, huruf vokal dan konsonan, sambung perkataan, suaikan, antara soalan dalam subjek BM.

4.3 Untuk Matematik, asas nombor hingga 20. Tambah dan tolak nombor dalam lingkungan 20.

4.4 Untuk English, asas English seperti barang sekeliling mereka, ahli keluarga dan diri.

5. Kelas yang diberi pada Hari Orientasi BUKAN KELAS KEKAL. Jangan tulis nama kelas di setiap buku tulis, buku latihan dan buku teks lagi. Tulis nama kelas guna pensel dulu ya. Biasanya selepas habis Program Transisi baru murid-murid akan dipecahkan ke kelas sebenar mereka. Masa tu dah boleh tulis nama kelas guna pen.

6. Program Transisi menggunakan peruntukan kewangan yang banyak. Biasanya sekolah akan caj murid Tahun 1 antara RM50-RM150, bergantung aktiviti apa yang murid akan lalui masa Minggu Transisi.

7. Biasanya Hari Orientasi tak lebih 3 jam. So tak perlu bagi anak duit, kantin biasanya tak buka. Makan awal-awal di rumah dan baaa sedikit bekal. Kat sekolah saya, semua murid disediakan makan minum mereka semasa Hari Orientasi. Sekolah lain mungkin sama, mungkin berbeza.

8. Cikgu Tahun 1 biasanya cantik dan hensem. Lawa-lawa belaka. So better mak yang urus anak hantar ke kelas dan berhubung dengannya guru Tahun 1. Karang ayah pergi tekel cikgu pula. Naya Pak Karim.

9. Biasanya di Hari Orientasi, masa ni juga kena beli segala macam persiapan anak seperti lencana sekolah, tali leher, pakaian sukan. Bawa duit siap-siap. Anggaran semua tu sekitar RM100.

10. Dah tak tahu nak tulis apa dah. Tapi rasa tak cantik jika hanya 9 point. So saya letak link sambal Syukor Majid sebagai point ke 10 : https://shope.ee/g1QEMoHJX

Semoga perkongsian ini bermanfaat buat bakal ibubapa yang ada anak Tahun 1 nanti.

#MFS
- Kisah Sekolah Rendah -

T.me/MohdFadliSalleh
JADUAL PROGRAM TV PENDIDIKAN DI TV
31 Januari 2024

TV OKEY boleh ditonton secara percuma menerusi saluran 110 MyFreeview TV, menerusi saluran 146 di ASTRO dan ASTRO NJOI dan di https://myklik.rtm.gov.my, ASTRO TUTOR TV di saluran 601 dan 603.

Sumber: KPM

T.me/EbookCikguFadli
Ni soalan Matematik Tahun 1 yang saya akan bedah malam ni. Maaf, tak ada yang versi kosong tanpa jawapan. Tak pa lah ya dapat yang dah penuh jawapan pun. Sama2 kita bincang malam ni. Jam 8:30 malam ya.

T.me/mohdfadlisalleh
Okey, soalan Matematik Tahun 2 dah ada ni. Nanti saya upload dalam Tele saya ya. Pastu kita bedah isi perut diaaaaa.

Dah jadi Doktor Pakar Bedah dah saya ni. Hahaha.

Sanak saudara yang belum join Telegram saya, minta mereka pakat join belaka kat sini : t.me/mohdfadlisalleh

Semua soalan, bahan pembelajaran saya share dalam ni.

#MFS
JADUAL PROGRAM TV PENDIDIKAN DI TV
2 Februari 2024

TV OKEY boleh ditonton secara percuma menerusi saluran 110 MyFreeview TV, menerusi saluran 146 di ASTRO dan ASTRO NJOI dan di https://myklik.rtm.gov.my, ASTRO TUTOR TV di saluran 601 dan 603.

Sumber: KPM

T.me/EbookCikguFadli
JADUAL PROGRAM TV PENDIDIKAN DI TV
4 Februari 2024

TV OKEY boleh ditonton secara percuma menerusi saluran 110 MyFreeview TV, menerusi saluran 146 di ASTRO dan ASTRO NJOI dan di https://myklik.rtm.gov.my, ASTRO TUTOR TV di saluran 601 dan 603.

Sumber: KPM

T.me/EbookCikguFadli
JADUAL PROGRAM TV PENDIDIKAN DI TV
7 Februari 2024

TV OKEY boleh ditonton secara percuma menerusi saluran 110 MyFreeview TV, menerusi saluran 146 di ASTRO dan ASTRO NJOI dan di https://myklik.rtm.gov.my, ASTRO TUTOR TV di saluran 601 dan 603.

Sumber: KPM

T.me/EbookCikguFadli