Cikgu Fadli Online | Matematik | Info Pendidikan
2.49K subscribers
4.37K photos
387 videos
17 files
3.48K links
🌐 Cikgu Fadli Online
https://cikgufadli.com/links/
Download Telegram
Atas ni soalan Matematik UASA Tahun 5. Boleh download dan print ya.

Masa kelas nanti, Rabu jam 8 malam pastikan ada kertas ini untuk anak-anak semak bersama saya.

Rabu
24 Januari 2024
8 malam
FB Mohd Fadli Salleh

Share kat kawan-kawan lain yang ada anak tahun 5. Sama2 kita ulangkaji balik. 😊

T.me/mohdfadlisalleh
Markah Matematik Arshad Arumi, Form 1. 42% sahaja ni. Memang nak kena juga budak ni.

"Lepas ni Arshad pula ayah akan ajar macam Asyraff semalam".

"Aik. Abang kan Tingkatan Satu. Ayah tau ke Matematik sekolah menengah?" tanya Asyraff.

"Hellooooo. Ayah ni Matematik A dalam UPSR, A+ dalam PMR dan A1 dalam SPM okehhh," balas aku.

"Habis la abang pula kena marah lepas ni," Amar menyahut.

"Amar jangan nak sedap hati sangat. Soalan Tahun 1 Amar pun ayah bedah juga nanti," balas aku.

"Haaa, dengar tu Amar. Siap la Amar," Asyraff pula menakutkan Amar.

Amboi. Mentang-mentang dia dah lepas, dia takutkan orang pula eh.

Siapa ada anak Form 1? Nak join tak sesi bedah soalan UASA Matematik Tingkatan 1?

InsyaAllah kelas may be saya buat weekend ni kot. Tengok dulu masa free saya.

Apa pun, malam esok jam 8 malam saya bedah soalan UASA Tahun 5 dulu okey. Ready semua geng-geng Tahun 5.

T.me/mohdfadlisalleh
πŸ‘4πŸ”₯1
Saya nak buat LIVE santai jap kat FB. Bincang pasal kelas online selepas Ramadhan nanti dan juga anak-anak yang tak tahu baca. Ada satu buku bagus yang boleh saya syorkan.

Dalam 8:15 jap lagi. Siapa free, jemput lah. Nak tanya apa, boleh tanya masa LIVE terus ya.

T.me/mohdfadlisalleh
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Saya cukup tak setuju bila ada guru ungkap ayat "Cikgu tak halalkan ilmu yang cikgu ajar" untuk menghalalkan perbuatan salah yang guru itu buat.

t.me/mohdfadlisalleh
πŸ‘2
PERINGKATAN : MALAM NI KELAS BEDAH SOALAN UASA MATEMATIK TAHUN 5 JAM 8 MALAM.

Nota :

1. LIVE di wall FB saya.
2. Saya sangat syorkan print out soalan exam atau salin semula atas kertas kosong dan jawab sama-sama dalam LIVE nanti.
3. Sesiapa tertinggal kelas LIVE malam ni, masih boleh tonton rakaman di wall FB saya.
4. Video rakaman akan kekal di wall FB selama 30 hari sahaja.

Lastttt. Bagi emoji love dan api sikit gaisss untuk post ni. Bagi la semangat sikit kat saya. 😁
πŸ”₯10❀6
Kelas malam ni lewat sikit ya. Dalam jam 8:10 @ 8:15 baru kita mula, InsyaAllah.
Alhamdulillah. Selesai kelas LIVE bedah soalan UASA Matematik Tahun 5. Semoga bermanfaat perkongsian ini.

Sesiapa yang terlepas kelas ini, boleh tonton bila2 free ya. Ni linknya : https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=738932571478588&id=100000348124684&mibextid=Nif5oz

Rakaman video LIVE ini akan kekal 30 hari di wall FB saya.

T.me/mohdfadlisalleh
πŸ‘1
JADUAL PROGRAM TV PENDIDIKAN DI TV
25 Januari 2024

TV OKEY boleh ditonton secara percuma menerusi saluran 110 MyFreeview TV, menerusi saluran 146 di ASTRO dan ASTRO NJOI dan di https://myklik.rtm.gov.my, ASTRO TUTOR TV di saluran 601 dan 603.

Sumber: KPM

T.me/EbookCikguFadli
JADUAL PROGRAM TV PENDIDIKAN DI TV
26 Januari 2024

TV OKEY boleh ditonton secara percuma menerusi saluran 110 MyFreeview TV, menerusi saluran 146 di ASTRO dan ASTRO NJOI dan di https://myklik.rtm.gov.my, ASTRO TUTOR TV di saluran 601 dan 603.

Sumber: KPM

T.me/EbookCikguFadli
JADUAL PROGRAM TV PENDIDIKAN DI TV
28 Januari 2024

TV OKEY boleh ditonton secara percuma menerusi saluran 110 MyFreeview TV, menerusi saluran 146 di ASTRO dan ASTRO NJOI dan di https://myklik.rtm.gov.my, ASTRO TUTOR TV di saluran 601 dan 603.

Sumber: KPM

T.me/EbookCikguFadli
*KEM CUTI SEKOLAH SMART KHALIFAH*

Tarikh : 19 - 21 Februari 2024
Tempat : Damaisari, Tawang, Bachok, Kelantan
Usia : 9 hingga 17 tahun

5 sebab kenapa *WAJIB* hantar anak ke kem ini:

>> Kali pertama kem cuti sekolah diadakan di KELANTAN menggabungkan influencer yang dapat memberi suntikan motivasi kepada anak-anak anda

>> Dikendalikan oleh motivator dan penceramah serta fasilitator berpengalaman

>> Modul lengkap dan holistik merangkumi kerohanian, kepimpinan, jati diri, sahsiah dan motivasi belajar. Dijamin seronok dan lain dari yang lain.

>> Tempat yang kondusif, berhawa dingin, selamat dan privacy (tidak bercampur dengan tetamu atau peserta lain)

>> Turut mengandungi aktiviti *Water Confidence : SWIMMING LESSON* bersama certified coach

Bagaimana ingin mendaftar ??
Sila klik link
https://alfaqih.onpay.my/order/form/1

#MFS
πŸ‘1
Isu pendidikan negara yang sangat serius, tapi didiamkan. Kenapa? Anda tahu jawapannya. ☺️

T.me/mohdfadlisalleh
Ni isu serius, tapi didiamkan. Sejak akhir tahun lepas lagi sebenarnya keputusan dah keluar.

Namun baru beberapa hari kebelakangan ini baru media dapat hidu. Dan dah mula masuk berita dah pun.

Prestasi PISA negara kita paling teruk di Asean. Tercorot.

PISA ni satu ujian yang dibuat 3 tahun sekali melibatkan lebih 50 buah negara. Soalan yang selaras dan lebih 500,000 pelajar berusia 15 tahun (Form 3) dipilih untuk menduduki PISA.

Ujian PISA menguji 3 benda.

1. Matematik
2. Sains
3. Bahasa

Antara sebab utama silibus KBSR ditukar kepada KSSR adalah nak kejar ranking PISA. Sebab ranking PISA ni menentukan pendidikan di negara kita ni sesuai atau tidak dengan permintaan pekerjaan pasaran dunia semasa.

Selepas KSSR, diubah lagi kepada KSSR Semakan 2017. Pelajar yang menduduki PISA tahun lepas adalah pelajar batch silibus terbaru lah.

Sepatutnya makin naik ranking dan score kita. Namun malangnya makin menjunam jatuh dan tercorot di kalangan negara Asean.

Seperti dijangka, subjek Matematik menunjukkan penurunan score yang paling ketara. Sains dan bahasa juga merosot teruk, namun paling teruk adalah Matematik.

Hal ini tidak dihebohkan kepada masyarakat melainkan segelintir ahli akademik dan ibubapa yang cakna sahaja tahu.

Kini, banyak dah media massa sebarkan keputusan PISA ini bahkan bertanya terus pada PMX isu ini.

Apa agaknya plan KPM dan YBM Fadhlina Sidek untuk mengembalikan keyakinan rakyat terhadap sistem pendidikan negara setelah keputusan ini keluar?

Mana peranan Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan yang dilantik tahun lepas?

Saya belum nampak apa usaha ahli majlis ini untuk membantu tambah baik sistem pendidikan kita. Juga tak nampak mana-mana antara mereka mengulas lanjut isu PISA yang merudum ini. Atau mungkin saya terlepas pandang ulasan mereka, mohon sesiapa yang tahu bagi link untuk pembacaan saya.

Semoga keputusan terbaik dapat dibuat oleh mereka yang diberi amanah untuk menggubal dasar pendidikan negara.

T.me/mohdfadlisalleh
πŸ‘3
Keputusan PISA kita paling teruk dalam ASEAN. Makin diubah silibus, patutnya makin baik.

Namun sebaliknya berlaku. Kerana apa? Kerana teguran dari kami guru-guru pelaksana dasar di peringkat bawah ini tidak diendahkan mereka yang menggubal dasar.

Kesannya jelas dapat lihat sekarang.

t.me/mohdfadlisalleh
πŸ‘1
Apa alasan PISA kita merosot?

Jika nak beri alasan Covid, semua negara kena Covid ni. So nak bagi alasan apa lagi?

Alasan sekolah tutup 174 hari?

Tahukah anda Kemboja tutup 250 hari. Tapi ranking Kemboja lebih tinggi dari kita.

So, masing-masing dah boleh simpulkan kenapa merosot kan? 😊
Isu kat post ini sangat penting untuk ibubapa tahu : https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=7325605587460973&id=100000348124684&mibextid=Nif5oz

Pakat baca belaka dan bantu share agar sistem pendidikan kita dapat diselamatkan.

T.me/mohdfadlisalleh
Saya memang rasa pemansuhan UPSR dan PT3 serta peperiksaan berpusat ditukar kepada PBD antara punca utama keputusan PISA merosot.

Ini hanyalah pandangan peribadi saya sahaja. Bebas nak setuju atau tidak.

T.me/mohdfadlisalleh
Deretan markah 0 untuk exam UASA Tingkatan 2. Kosong tau, satu pun tak dapat markah.

Dalam sistem exam, pelajar ini semua gagal. Namun dalam penilaian PBD, tak pelik jika ada antara pelajar ini dapat TP3, TP4.

Mana lebih telus? Anda tentukan. 😊

T.me/mohdfadlisalleh
Ada tak? Kalau ada, 8:30 jap lagi di FB dan Tiktok ya. Lama tak LIVE kat Tiktok. 😁

T.me/mohdfadlisalleh