Coretan Emas Perak | PG Mall | Cikgu Gram | Farhan Razak
203 subscribers
4.37K photos
181 videos
5 files
2.22K links
Coretan & perkongsian ilmu emas/perak.
Bimbingan untuk buat duit dengan PG Mall.

PG00194050

My Website. πŸ”—

https://publicgold.me/cikgugram

Referral Link PG Mall. πŸ›’

bit.ly/REGPGMall

Whatsapp. πŸ“ž

http://www.wasap.my/601151539129/emasperak
Download Telegram
Coretan daripada team Delaer.

β€œSaya tidak dapat simpan jumlah banyak emas, hanya sikit sahaja dapat simpan”

Ini antara luahan hati pelanggan saya kepada saya.
.

Kawan-kawan,

Kita tidak perlu rasa malu menyimpan emas walaupun jumlah yang sedikit ataupun kecil seandainya kita ada usaha.

Kita tidak akan pernah tahu bagaimana keadaan ujian atau situasi yang memerlukan kita mendapatkan sejumlah wang. Untuk apa rasa malu, selagi kita konsisten menyimpan itu adalah kebanggaan buat diri kita.

Simpan sikit tanda kita ada.
Simpan banyak tanda kita beringat.

Di musim gawat begini, ramai penyimpan emas lama masih meneruskan simpanan. Situasi atau keadaan ekonomi sekarang membuatkan mereka faham dan jelas pentingnya simpanan emas.

Ada juga penyimpan emas yang baru mulakan simpanan. Jika ditanya kepada mereka, jawapan mereka tetap sama iaitu disebabkan faktor eknomi .
.

Kawan-kawan,

Pelik kan simpanan emas ni??

Sepatutnya Ketika ekonomi tidak menentu ni, ramai yang akan pentingkan duit daripada menyimpan emas tetapi apa yang berlaku sebaliknya.

Ramai yang mulakan konsisten simpanan emas.
Ramai yang tercari-cari cara menyimpan emas.
Ramai yang mula berhubung dengan penjual dan pembimbing emas.

Itulah aura emas.

Bagi orang yang belum kenal emas, apa pun situasi atau keadaan samada ketika musim ekonomi gawat atau tidak mereka tetap akan beri alasan. Bagi mereka simpanan emas tidak penting.
.

Teringat salah seorang pelanggan saya. Beliau mempunyai anak seramai 5 orang. Oleh kerana komitmen tinggi dan besar itu, beliau hanya dapat peruntukkan minima 1gram 1bulan untuk setiap orang anak termasuk diri dan isteri beliau. Jika ada rezeki lebih, beliau akan masukkan lebih.

Suatu hari pelanggan saya itu menghubungi saya dengan tujuan untuk jual simpanan emas yang ada. Saya bantu beliau dengan memberi penerangan berkaitan prosedur untuk jual emas.

Ketika itu, anggaran simpanan beliau 20gram emas dan saya minta juga untuk beliau kira anggaran jumlah simpanan untuk 7 penama.

Selepas kira, jumlah keseluruhan menghampiri 250gram. Arhhhhhh mula hadir rasa sayang untuk beliau jual.

Bapa = Anggaran 20gram emas
Ibu = Anggaran 50gram emas
Anak Pertama = Anggaran 30gram emas
Anak Kedua = Anggaran 30gram emas
Anak Ketiga = Anggaran 30gram emas
Anak Keempat = Anggaran 30gram emas
Anak Kelima = Anggaran 30gram emas
Jumlah menghampiri 250gram emas.

Selang dua (2) hari, beliau hubungi saya dan maklumkan bahawa beliau menolak untuk menjual emas tersebut kerana beliau ada cara lain untuk selesaikan masalah itu.

Nampak?
.

Kawan-kawan,

Simpanan emas yang sedikit sebenarnya jauh lebih baik daripada tiada simpanan emas.

Sikit jika digabungkan akan menjadi banyak.

Jika 1bulan 1gram kita simpan.
Maka 12 Bulan pasti minima 12gram.

Tapi
Tapi
Tapi,

Kebanyakkan Penyimpan Emas tidak berlaku begitu. Mereka tidak simpan 1bulan 1gram, kadang-kadang 1bulan simpan bergram-gram. 1bulan 1gram itu hanya teori.

Asal ada lebih, mereka akan simpan kepada emas.
Asal ada lebih, mereka akan alihkan kepada emas.
Asal ada lebih, mereka akan tukarkan kepada emas.

Lama kelamaan, banyaklah simpanan emas mereka asbab #konsisten. Kata kunci disini K.O.N.S.I.S.T.E.N

Dapat sesuatu?
Moga perkongsian ini memberi 1001 manfaat. πŸ₯³

Kredit Tn.Fairuz Aziz