Perkongsian daripada mentor.
#TabungWang
PETANDA MASALAH KEWANGAN
Sebelum meletusnya gunung berapi, ia akan berikan tanda tanda awal
Begitu juga kewangan bermasalah ada petandanya.
1. Rekod kesihatan kredit tidak baik- Permohonan beli City baru untuk bergaya tidak lulus lagi.
2. Bayaran bill tidak konsisten - bayaran bil Astora macam biskut chipmore. Kejap ada, banyak tak ada.
3. Tiga bulan berturut kad kredit berhutang- Hutang beli boxer kekal jumlah sama.
4. Tabungan tidak sistematik, janji nak tabung. Tetapi banyak kosong, kosong....kosong.
5. Mula susah tidor malam, layan neflix cerita seram. Kononya mata tak boleh pejam.
6. Mula bergaduh dan bermasam muka dengan pasangan. Soal terlebih garam pun nak bergaduh sakan sampai perang,
7. Kemana gaji tak dapat kesan - baru semalam gaji duit dah kosong kembali. "ATM nie telan duit orang ke?" (Saja sebut kuat kuat)
8. Mula cipta hutang- pinjam kawan, pinjam Tok Wan dan hutang keliling pinggang.
Bila ada kawan cakap 'Aku Tanya Apa Khabar'?. Kita rasa kita dipermainkan. Mula rasa nak lempang.
Azizul Azli Ahmad
#AwasiTandaAwalIni

Perkongsian mentor.
#TabungWang
4 KEFAHAMAN SEDERHANA TENTANG WANG
"Bang, saya nak kahwin. Simpanan ada RM10, 000 sahaja"
"Alhamdulilah bagus, runding dengan pasangan, bagitau ada RM10,000 sahaja. Buat bajet belanja hantaran dan hangus dalam RM10,000 sahaja"
"Mana cukup bang, mak mertua kata hantaran sahaja dah RM10,000?"
"Bab duit kena terus terang,
"Saya ada RM10, 000 sahaja makcik sebab baru beli rumah baru nie, kalau nak buat hantaran RM8000, lagi RM2000 buat belanja keluarga mai meminang boleh ka?"
"Cuma saya juga ada sediakan perlindungan dan hibah buat isteri RM500,000. Hari nikah saya bagi sijilnya ya. Saya juga ada beli rumah kecil, nanti saya masukkan nama Rosmah Sofia Sapie Afdal sekali ya. Saya buat kunci rumah sebagai simbol hantaran"
"Kebetulan duit banyak pakai masuk rumah baru, beli peti sejuk, mesin basuh, penapis santan coway, sofa IKEA"
"Ishhh, tak payah susah susah, makcik terima sahaja apa yang ada"
Kredit: Azizul Azli Ahmad

Coretan daripada mentor.
#TabungWang
Tinggal di kampung dulu, saya selalu dengar pesan pesan ini dan ianya diulang berkali kali.
1. "Jimat jimat duit" pesan tok tiap kali dia bagi duit belanja sekolah buat kita.
2. "Jangan lupa menabung". Lepas bagi duit atau dapat duit dari saudara mara, pesan ini akan masuk ketelinga kita pula. Laju pesan ini, supaya kita tak lupa.
3. "Jangan suka meminjam, nanti orang benci". Pesan ini juga akan selalu dengar bila ada sedara yang kerjanya meminjam sahaja.
Hidup ini, jangan suka meminjam. Bahaya.
4. "Tunggu mampu baru beli". Pesan ini akan sampai ketelinga bila Tok Wan teringin nak beli peti sejuk dulu. Selagi belum mampu, jangan berhutang maksudnya.
5. "Duit simpan dalam tin milo". Bila perlu bayar buku sekolah, Tok wan ambil duit dalam tin Milo. Mereka tetap ada dana kecemasan bila bila masa.
6. "Cukup makan sudah". Pesan ini gambaran hidup sederhana sudah, jangan lebih lebih bergaya.
7. "Bagi duit kat surau". Tiap kali jumaat, mak bagi duit supaya masuk tabung masjid. Susah macam mana pun orang dulu suka sedekah.
Paling tak boleh lupa, duit lebihan pergi kedai biasanya akan dianggap sebagai 'upah' kayuh basikal dan dikejar anjing Ah Tong yang gila nak mengawan itu.