Coretan Emas Perak | PG Mall | Cikgu Gram | Farhan Razak
203 subscribers
4.37K photos
181 videos
5 files
2.22K links
Coretan & perkongsian ilmu emas/perak.
Bimbingan untuk buat duit dengan PG Mall.

PG00194050

My Website. 🔗

https://publicgold.me/cikgugram

Referral Link PG Mall. 🛒

bit.ly/REGPGMall

Whatsapp. 📞

http://www.wasap.my/601151539129/emasperak
Download Telegram
Perkongsian daripada mentor.

#TabungDiri

BAIKI DIRI MUSIM GAWAT INI.

1. Zaman ini zaman peluang, ada banyak peluang dihadapan kita bergantung bagaimana kita melihatnya. Banyak masa belajar baiki diri, atau kumpul duit dan harta. Hartanah lebih murah waktu begini. Beli ketika orang lain sebuk menyimpan dan menyimpan ketika orang lain sebuk membazir.

2. Belajar kemahiran baru, cari ilmu ilmu baru waktu ini untuk mahirkan diri dalam bidang kita. Jika kita ejen hartanah, ejen jualan lihat Youtube Channel banyak kaedah baiki diri yang baik dan berkesan.

3. Bina kenalan baru waktu ini, manfaatkan media sosial dengan baik. Buat kumpulan kumpulan whatsapp group baru yang membina cara kita berfikir. Tidak perlu ramai tetapi membina.

4. Jana pendapatan sampingan waktu ini bukan untuk kekalkan gaya hidup, tetapi untuk kumpul harta waktu begini. Berfikir berbeza dengan orang lain. Jangan sekadar bertahan tetapi menyeranglah.

5. Belajar kemahiran baru waktu begini, terutama bidang yang orang perlukan. Jika tak pandai masak, belajar memasak, jika tak pandai menjual, belajar ilmu menjual, Jika tak pandai cari jodoh, cari jodoh orang kaya, Gittew!

6. Jadilah pakar, jangan jadi biasa biasa. Brandingkan diri kita agar lepas PKP nanti atau musim gawat ini kita jadi lebih baik. Guna sosial media, ianya percuma.

7. Berguru, bermentor dan banyakkan membaca buku waktu begini. Jangan hanya merungut dan salahkan Covid-19 nanti. Kita akan rugi.

8. Belajar Ilmu Pemasaran dan Jualan. Ini ilmu tertua untuk manusia kekal hidup. Selagi kita mahir menjual dan memasarkan diri, orang akan suka. Bila orang suka orang dengar cakap kita, bila dengar mereka membeli. Itu semua kerja orang politk selama ini, pasarkan diri. jika kita ajen takaful, ejen hartanah, Coway inilah masanya mahirkan diri.

9. Waktu begini, jagalah hubungan kita dengan Tuhan dan pasangan kita. Ini tiada dalam mana mana buku pemasaran, tetapi sebagai muslim kita percaya kepada keberkatan rezeki. Hubungan baik dengan Tuhan dan anak isteri akan jana rezeki yang kita tak pernah pernah sangka. Cubalah ini jika tak percaya.

Baiki diri waktu ini, inilah masanya selama ini kita sebok tak ingat dunia. jadilah luar biasa dan berbeza

Kredit: Azizul Azli Ahmad
Nasihat mentor.

#TabungDiri

Ada orang tak suka kita menabung, dia tuduh kita kedekut dan cintakan harta dunia. Kekalkan simpanan kita

Ada orang tak suka kita pakai kereta kecil sahaja, kufur nikmat katanya. Buat benda yang kita suka, kita tahu nak kemana.

Ada orang tak suka rumah kita teres sahaja, mereka nak kita ada bunglow macam mereka. Kekalkan hidup sederhana.

Ada orang nak kita kahwin 4 macam mereka. Sedangkan cinta kita masih kekal dan mekar macam dulu kala, kekalkan yang mana ada.

Ada orang nak kita bergaya baru nampak kaya sesuai jawatan kita. Kekalkan hidup sederhana.

Pertahankan prinsip hidup kita, jangan ikut orang nak jadi apa. Jangan mengalah demi sebuah prinsip yang benar untuk hidup kita.

Semoga bermanfaat insyaallah 😁