Semalam saya menonton majlis angkat sumpah presiden US ke 46, Joe Biden.
Kemudian saya jeling kat graf harga emas π
Di penghujung London market session, harga emas dilihat menurun.
Namun setelah pasaran New York dibuka, harga emas terus meroket π
Kenapa?
Sebab Joe Biden angkat sumpah menjadi presiden US ke 46 menggantikan Donald Trump.
Kemudian, beliau akan melantik Janet Yellen sebagai setiausaha kewangan US.
Perlantikan Joe Biden berlaku pada zaman yang mencabar. Ini kerana dunia sedang mengalami kemelesetan ekonomi akibat Covid-19. Amerika sendiri telah terjejas sehingga 400,000 rakyat mereka mati akibat Covid-19.
Dari segi polisi pemulihan ekonomi. Kedua mereka ini dilihat sebagai pro kepada pakej rangsangan ekonomi yang sangat besar.
Joe Biden telah mengemukakan pakej rangsangan ekonomi bernilai 1.9 trillion USD.
Yellen mencadangkan agar pakej rangsangan ini ditambah lagi.
Baik, apa kesannya kepada harga emas?
Gais. Apabila kerajaan mencetak duit yang terlalu banyak dan masukkan duit ini kedalam ekonomi, ia akan meggalakkan aktiviti perbelanjaan dan pelaburan. Sebab ramai orang ada duit.
Ekonomi akan terangsang. Bisnes akan bergerak, kilang akan bekerja, peluang pekerjaan akan tercipta. Itu adalah matlamat kerajaan.
Namun sekiranya terlalu ramai orang yang ada duit untuk berbelanja, maka secara tidak langsung ia akan meningkatkan risiko inflasi. Sebab banyak duit dalam pasaran berbanding barang-barang dan perkhidmatan.
Risiko inflasi menyebabkan nilai duit jadi rendah.
Sebagai contoh, jika inflasi adalah 5% setahun, Ini bermaksud duit Usd100 cuma boleh beli barang/perkhidmatan bernilai Usd95 tahun hadapan.
Jadi orang yang simpan Usd akan dapati, nilai duit makin kurang. Kalau pegang lama pun akan rugi.
Kalau simpan dalam bank pun, interest near zero. Jadi tak boleh lindung nilai duit.
Jadi, apakah cara pelabur melindung nilai duit?
Jawapannya: beli emas. Beli silver.
Kedua logam ini memainkan peranan sebagai pelindung nilai kerana kerajaan tidak boleh cetak kedua logam ini.
Kuantiti yang terhad emas dan perak menjadikan nilainya terpelihara.
Mat saleh cakap βgold and silver are hedging agains inflationβ
dalam Bahasa Melayu, βEmas dan perak adalah pelindung daripada dimakan inflasiβ
Apakah pandangan saya untuk harga emas dan perak selepas ini?
Saya berpendapat, bila Biden dan Yallen betul-betul melaksanakan program ransangan 1.9 trillion Usd ++ maka ia meningkatkan risiko inflasi kepada Us.
Harga emas dan silver akan berada dalam trend menaik pada zaman Joe Biden.
Ini pandangan saya.
Ps: Nota untuk diri sendiri. Harga emas hari pertama Joe Biden angkat sumpah = us 1872.1 (waktu posting ini ditulis)
#Sharing #NotaEmas #SyukorHashim