Coretan Emas Perak | PG Mall | Cikgu Gram | Farhan Razak
203 subscribers
4.37K photos
181 videos
5 files
2.22K links
Coretan & perkongsian ilmu emas/perak.
Bimbingan untuk buat duit dengan PG Mall.

PG00194050

My Website. 🔗

https://publicgold.me/cikgugram

Referral Link PG Mall. 🛒

bit.ly/REGPGMall

Whatsapp. 📞

http://www.wasap.my/601151539129/emasperak
Download Telegram
Coretan daripada mentor.

RISIKO SKIM EMAS 70 : 30

Dah berkali-kali saya ingatkan pasal SKIM 70 : 30 yang sangat familiar dengan nama "Serambi Emas". Tadi baru lepas consult seorang bakal pesara (lagi 2 tahun) tersangkut hutang lebih RM90,000 dengan Ar-Rahnu Agrobank! Modal belian RM60,000 guna duit gratuiti tu bakal lebur 100%!

Kesan buruknya:

Duit RM60,000 lebur
Tinggal rekod hutang yang buruk dalam CCRIS
Susah apply loan lain in case nak buat loan lagi

Kalau umur dia muda lagi, boleh juga usahakan personal loan untuk tebus emas tu, tapi bila umur dah nak pencen, tak ada lagi bank yang nak bagi personal loan sebanyak tu.

Memang pelan keuntungan pembelian emas SKIM 70 : 30 nampak bulan dan bintang, tapi hakikatnya, bila harga emas turun 10% SAHAJA, mereka confirm rugi 100%! Rugi memang confirm. Yang ada cuma jalan meminimumkan kerugian sahaja.

Antara RULE PALING PENTING pelaburan emas:

beli emas, dapat emas (kalau dapat kertas, biasanya ada problem)
emas tu kita simpan sendiri (bukan serah pada orang lain 'laburkan')

Kekadang ada baiknya ambil masa bertenang untuk belajar sebelum melabur. Sebelum labur besar-besar, mulakan dulu secara kecil-kecil, dan tambahkan ilmu dari semasa ke semasa.

Wallahu a'lam.

#SkimCepatKayaBertopengkanEmas