Coretan Emas Perak | PG Mall | Cikgu Gram | Farhan Razak
201 subscribers
4.37K photos
181 videos
5 files
2.22K links
Coretan & perkongsian ilmu emas/perak.
Bimbingan untuk buat duit dengan PG Mall.

PG00194050

My Website. 🔗

https://publicgold.me/cikgugram

Referral Link PG Mall. 🛒

bit.ly/REGPGMall

Whatsapp. 📞

http://www.wasap.my/601151539129/emasperak
Download Telegram
Perkongsian daripada rakan Dealer.

#NotaEmasWanMohdWazir

NOTA 107 : 50 GRAM EMAS KAEDAH PANTAS CAPAI KEBEBASAN KEWANGAN DALAM 5 TAHUN

10 Januari 2021, 8.00 malam

Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah Taala, Tuhan sekelian alam. Selamat Malam semua. Semoga sihat sejahtera di samping keluarga tersayang.

Ok, malam ni saya akan tunaikan janji saya untuk berkongsi pengalaman peribadi saya dalam mengurus tabungan / simpanan emas yang efektif bagi mencapai status bebas kewangan dalam 5 tahun.

Berikut adalah 5 tip permulaan yang diamalkan;
Tip #1: Buat perancangan kewangan
Tip #2: Berbelanja kurang dari pendapatan
Tip #3: Rancang perbelanjaan secara realistik
Tip #4: Amalkan gaya kehidupan sederhana
Tip #5: Kurangkan jumlah hutang

Bagaimana menjayakan 5 tip di atas?
Membuat tabungan / simpanan emas

Kenapa pilih emas dan bukan sumber lain?
Hasil daripada tinjauan yang dibuat, saya dapati purata kenaikan harga emas dari tahun 2000 hingga 2020 adalah sebanyak 450% selama 20 tahun. Ia prospek yang sangat baik untuk saya mencapai status bebas kewangan dalam masa yang ditetapkan.

5 kaedah paling efektif yang saya rancang dan amalkan untuk tabungan / simpanan emas dalam 5 tahun adalah sebagaimana berikut;
Tahun 1 : Capai simpanan 100 gram
Tahun ke-2 : Capai simpanan 250 gram
Tahun ke-3 : Capai simpanan 500 gram
Tahun ke-4 : Capai simpanan 750 gram
Tahun ke-5 : Capai simpanan 1000 gram

Langkah ini boleh diulang-ulang untuk tahun-tahun yang seterusnya secara konsisten.

Tempoh masa yang dirancang adalah;
5 tahun (paling ideal)
3 tahun (jika capai lebih awal lebih baik)
7 tahun (paling maksimum)

Ada pelbagai kaedah yang digunapakai untuk capai tabungan / simpanan emas yang ditetapkan, antaranya adalah seperti;
1. Gunakan simpanan duit peribadi
2. Agih 20% gaji awal bulan
3. Tukar kesemua lebihan gaji akhir bulan
4. Ambil keuntungan dari pelaburan lain
5. Lakukan urusniaga emas

Hasil yang sedang dinikmati;
1. Simpanan emas makin bertambah
2. Kebocoran wang dapat dielakkan
3. Hutang kad kredit dapat diselesaikan
4. Pinjaman peribadi makin berkurangan
5. Hutang jahat menjadi sifar

Bagaimana orang baru nak bermula?
Nasihat saya, mulakan dengan tabungan / simpanan emas sebanyak 50 gram atau seminimum 1 gram emas.

Kesimpulannya, simpan duit kertas kesan psikologinya berbeza dengan yang lain. Keseronokan duit kertas bukan pada simpanan, tapi pada belanjanya. Sebaliknya tabungan / simpanan emas mampu memberikan kesan psikologi yang ternyata lebih berbeza. Gaya pemikiran dan tabiat buruk semulajadi yang telah bersarang dalam diri kita dapat dibetulkan dan dibentuk dalam acuan yang lebih baik, Insyaallah.

Do the best, Allah will do the rest.

Selamat mencuba!

Kredit: Wan Mohd Wazir