Coretan Emas Perak | PG Mall | Cikgu Gram | Farhan Razak
204 subscribers
4.37K photos
181 videos
5 files
2.22K links
Coretan & perkongsian ilmu emas/perak.
Bimbingan untuk buat duit dengan PG Mall.

PG00194050

My Website. 🔗

https://publicgold.me/cikgugram

Referral Link PG Mall. 🛒

bit.ly/REGPGMall

Whatsapp. 📞

http://www.wasap.my/601151539129/emasperak
Download Telegram
Perkongsian daripada sahabat Dealer saya..

“Saya tengok harga emas turun. Dimana untungnya simpan emas ?”
.

Ini antara soalan yang ditanyakan kepada saya.

Saya kurang gemar bercerita tentang teknik dan formula yang kita boleh gunapakai ketika Harga emas turun. Sebenarnya dalam dunia emas, teknik & formula itu hanya pilihan untuk kita. Ianya bukanlah wajib. Ada perkara yang lebih mustahak yang perlu kita belajar dan ambil tahu iaitu betulkan cara kita berfikir tentang emas.

Bila kita simpan emas, perkara atau perkataan “Untung” pasti akan bermain-main dalam fikiran kita. Itu adalah Normal.
.

Sebenarnya kelebihan emas bukan hanya untung ketika Harga emas Naik tetapi untung emas ketika Harga emas turun juga.

#Pertama, Ketika harga emas turun, kita sepatutnya ambil Peluang untuk tambah GRAM bukan berhenti menyimpan emas. Bukankah harga emas turun juga rezeki buat kita?

#Kedua, ketika harga emas turun, ramai yang mula celik emas. Bukanlah bermaksud kita perlu tunggu harga emas turun, tetapi jika kita masih belum sedar, rugilah kita.

#Ketiga, nilai emas tidak akan menjadi Zero (kosong). Harga emas turun berapa pun, ianya masih ada nilai. Emas bukan kertas.

#Keempat, ini paling menarik tentang emas iaitu walaupun harga emas turun, berat emas itu masih maintain dan tidak berubah. Jika kita telah menyimpan SEKILO emas, ianya masih tetap akan menjadi SEKILO Walaupun harga emas turun. Kenapa? Salah satu kelebihan emas ialah ianya bersandarkan GRAM.

#Kelima, Walaupun harga emas turun, sabarlah dan teruskan menyimpan. Emas sesuai untuk jangkamasa yang panjang.

SEKILO emas Tahun 90an = RM30Ribu.
SEKILO emas Tahun 2021 = RM250Ribu.
Beza RM220Ribu jeeeeeer
.

Takut simpan emas?

Jangan takut simpan emas tetapi takutlah seandainya kita belum ada simpanan emas. 🥳🥳🥳

Kredit: Fairuz Aziz
Coretan daripada mentor.

‘Harga emas sekejap turun sekejap naik, macam mana nak beli?’

Ini antara soalan daripada pelanggan saya. Saya beri pencerahan.
.

#Pertama
Sebenarnya walaupun harga emas ada naik dan turun, tetapi sejarah membuktikan nilai emas tidak pernah turun menjadi kosong (Zero).

Jadi kalaulah kita memilih untuk menyimpan emas, kita sebenarnya berada dilandasan yang betul.
.

#Kedua
Jika kita memilih menyimpan duit sebagai tabungan, tak mengapa. Teruskan sahaja. Itu lebih baik daripada mengkaji sana sini, komen sana sini tetapi tidak ada menyimpan apa apa. Akan tetapi kena faham dan tahu kelemahan simpanan wang.

Duit RM100 yang kita simpan hari ini,masih akan tertera RM100 pada duit itu walaupun 10 tahun akan datang. Yang membezakannya ialah nilai.
.

#Ketiga
Walaupun harga emas naik dan turun, fokus sahaja simpanan emas kita mengikut target.

Tanya diri,berapa GRAM kita nak capai?
10gram emas?
100gram emas?
1kilo emas?

Cuba fikir, bagaimana nak capai 1kilo emas jika emosi kita asyik terganggu dengan harga emas.

Jadi penyelesaian terbaik ialah fokus dan terus fokus dengan target kita.

Capai 1gram pertama.
Kemudian capai 10gram berikutnya.
Dan capai 100gram pula.
Kemudian mimpi pasti menjadi kenyataan kerana kita menghampiri 1kilo emas.

Tetapi jika kita asyik fikir tentang harga, 1gram emas pun susah nak simpan 😁
Nasihat daripada mentor.

7 contoh dan sebab kenapa seseorang itu belum mulakan simpanan emas.

#Pertama
Kita beranggapan untuk mulakan simpanan emas perlukan modal yang besar sedangkan kita boleh mula dengan modal yang kecil serendah RM100 sahaja.

#Kedua
Pemikiran kita sering diracuni tentang mahalnya emas. Jika kita pandang dari sudut yang berbeza, bukankah bagus jika kita simpan ‘benda’ yang mahal?

#Ketiga
Kita kurang kesedaran untuk menyimpan emas walaupun kita tahu ‘Nilai’ emas meningkat untuk tempoh masa yang panjang.

#Keempat
Bertangguh adalah ‘makanan’ kita. Harga emas turun kita bertangguh. Harga emas naik pun kita masih bertangguh. Akhirnya kita bertangguh sampai bila-bila.

#Kelima
Kita fikir untuk tempoh jangkamasa pendek sahaja. Sebab itu harga emas naik resah. Harga emas turun gelisah. Jika kita pandang tempoh masa panjang, kita akan sedar nilai emas cukup berbaloi untuk simpan.

#Keenam
Mental dan pemikiran telah ‘Block’ kerana fokus kita kepada keuntungan RM Bukan fokus kepada GRAM. Fokus kepada RM akan buatkan kita berhenti menyimpan emas apabila Harga emas naik. Harga emas turun pun kita berhenti.

#Ketujuh
Persoalan tentang faktor persekitaran. Jika bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wanginya. Jika kita bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan membakar baju kita. Jadi jika berkawan dengan orang yang mempunyai kesedaran yang tinggi terhadap simpanan emas, kita juga akan terkena aura menyimpan emas.
.
Kawan-kawan,
Ada orang ada duit tetapi bertangguh.
Ada orang ada duit tetapi belum bersedia.
Ada orang ada duit tetapi tidak mahu bermula.
Ada orang ada duit tetapi tidak tahu untuk mula.

Jadi duit bukan persoalannya kerana persoalan yang lebih penting ialah #Mahu atau #TidakMahu

Sedar ke sangat sedar ?? 😊
Perkongsian daripada team Dealer.

Hari ini nak berkongsi tentang dua (2) keseronokan yang akan membawa kita kepada perkara Positive dan perkara Negative.

#Pertama, Keseronokan kepada duit. Lagi banyak duit, lagi seronok kita nak berbelanja.

#Kedua, Keseronokan kepada emas. Lagi bertambah GRAM, lagi seronok kita menyimpan.

Jadi sebab utama kenapa kita tidak berjaya pernah menyimpan duit adalah kerana ‘keseronokan’ yang terdapat dalam duit. Kerononokan itu sebenarnya tidak lama dan akan mula berkurang ketika duit mula kering.
.

Oleh sebab itu, ‘keseronokan’ yang terdapat dalam duit jika kita ubah kepada emas, duit tersebut akan mudah lekat.

Buktinya, jika dulu nak menyimpan RM100 dalam bank pun susah. Asal simpan saja habis. Asal habis ja simpan. Tapi bila mula menyimpan emas, 5gram (Nilai RM1,800) senang-senang ja simpan. Habis licin kita All Out. 🥶

Buktinya lagi, jika dulu ke Shopping Mall niat hanya window shopping, tapi akhirnya berbelanja tak ingat dunia.

Tapi bila dah menyimpan emas, perkataan ‘Shopping’ itu tak wujud kerana yang wujud hanya perkataan ‘Simpan’. Nak beli kasut & Handbag pun fikir beratus kali. Alamak 😂
.

Apabila menyimpan emas, ketakutan dan alasan yang menjadi halangan utama suatu ketika dahulu beransur hilang. Yang wujud ketika itu ialah tindakan. Otak kita akan ligat mencari jalan untuk menambah GRAM.

Walaupun perasaan menyesal itu hadir singgah dan menghantui kita kerana lambat bermula atau bertangguh, itu perkara biasa. Apa yang lebih penting ialah kita mula.

Nampak?

Jadi jika ada dikalangan kita yang ‘dilamar’ dan ‘disuap’ dengan ajakan menyimpan emas, jangan mengambil masa yang lama untuk berkata YA. Jangan merumitkan benda mudah! 😁

Kredit: Fairuz Aziz

Moga bermanfaat.