Coretan Emas Perak | PG Mall | Cikgu Gram | Farhan Razak
202 subscribers
4.37K photos
181 videos
5 files
2.22K links
Coretan & perkongsian ilmu emas/perak.
Bimbingan untuk buat duit dengan PG Mall.

PG00194050

My Website. πŸ”—

https://publicgold.me/cikgugram

Referral Link PG Mall. πŸ›’

bit.ly/REGPGMall

Whatsapp. πŸ“ž

http://www.wasap.my/601151539129/emasperak
Download Telegram
Tips daripada sahabat Dealer saya..

Macam mana nak disiplin simpan emas 1 gram 1 bulan?

Inilah sedikit tips daripada guru emas saya:

1) Letak matlamat simpan emas 1 gram 1 bulan.

2) Setiap kali dapat gaji, komisen bisnes atau bonus, terus beli 1 gram emas.

3) Jangan tunggu harga terbaik sebab kalau tunggu, duit tu terbelanja kat tempat lain.

4) Beli emas melalui kaedah akaun emas GAP Public Gold.

Setelah cukup 6 gram atau 11 gram keluarkan goldbar sekeping 5 gram atau 10 gram dan simpan dalam wallet.

Cuba dulu simpan 1 gram dan konsisten, dah simpan mesti ketagih nak simpan lagi dan lagi.

Belum cuba belum tau...

Jom start simpan emas sekarang.
Klik aje

http://www.wasap.my/601151539129/emas+RM100
Coretan daripada sahabat dealer lain..

Inilah satu-satunya fungsi emas yang tiada dalam instrumen kewangan yang lain. Inilah yang selalu saya ajarkan pada semua customer saya untuk belajar fungsikan emas di tangan. Jika tidak difungsikan maka emas tersebut akan menjadi penyendal pintu sahaja (ini pon function juga kan, hahaha).
.
Jemput baca perkongsian beliau πŸ‘‡πŸΌπŸ‘‡πŸΌ
.
ARRAHNU UNTUK KARIERKU

I have to say, bagi kami doktor pergigian, kursus pergigian yang kami pergi sendiri (bukan bawah tajaan siapa-siapa), adalah sangat mahal. Kursus separuh hari paling2 koman ratus2.

Saya ada daftar untuk kursus endodontik (rawatan akar gigi) selama 3 hari, yuran pendaftaran 3.5k! Bukan nak berlagak, tapi harga tu nak sama dengan sebulan gaji kot.

Why we have to spend our money in courses? Life is competitive nowadays, dan sedar doktor gigi muda semua lantikan kontrak, so dentists who want to stay in the game need to invest themselves with some skills. Dan investment tidak murah ye. Gonna hurt our pocket a bit, but it will be worth it in sya Allah. So young dentists, pastikan kewangan anda sihat ya..

Banyakkan cabang pelaburan anda contohnya emas.
Saya simpan emas bukan saja-saja, tapi sebab emas adalah alat untuk saya.

Saya pajak gold bar 10 gram khusus untuk cover bayaran yuran kursus 3.5k tu. Dan saya aim akan tebus dalam masa 4 bulan. Begitulah.

Saya tiada kredit kad ya tuan2 dan puan2. Dan saya tahu pajak adalah berhutang, tapi kalau kita tahu cara untuk gunakan arrahnu dengan baik, ianya adalah satu kelebihan.

Alat saya adalah emas, kerana apabila emas saya duduk di asrama(arrahnu), saya tak sedap duduk, saya akan cuba tebus sampai berjaya. Sebab saya sayang emas saya tu. Dan saya tahu kalau emas saya terlelong, saya takkan dapat harga yang sama untuk gram yang saya beli dulu.

Itulah kuasa emas.

Salah satu alat yang membantu saya dalam memperkembangkan karier.

Yang penting, apa-apa yang kita buat, kena ada ilmu.

Lepas ni saya kongsikan cara saya pajak emas untuk bayar road tax dan insurans kereta plak. Guna 1 dinar je (4.25g)

Emas bukan untuk dipuja, tapi untuk digunakan.
.
Perkongsian ilmu emas?
Coretan emas & perak?
Promo terbaru daripada Public Gold?
Semua ini anda boleh dapatkan dengan mudah & pantas di channel saya.πŸ‘‡πŸ‘‡

t.me/FarhanRazakPG
Nota daripada sahabat Dealer saya..

4 cara uji ketulenan emas.

1. Guna Asid.
Ini merupakan cara menguji ketulenan emas yang paling mudah. Emas digosok pada batu hitam untuk mendapatkan sedikit serbuk emas. Kemudian asid dituangkan ke atasnya untuk melihat tindakbalas kimia yang berlaku pada serbuk tersebut. Jika ianya bertindakbalas dan menghasilkan perubahan warna, emas berkenaan mungkin hanya saduran daripada logam lain. Hal ini kerana emas tulen langsung tidak bertindakbalas dengan asid.

2. Guna Magnet.
Magnet adalah cara yang mudah untuk menguji tahap keaslian emas. Emas tidak akan bertindak balas dengan magnet. Jadi jika emas yang langsung melekat kepada magnet, bermakna emas tersebut tidak asli atau terlalu banyak kandungan besi atau aloi di dalamnya. Jadi jika hendak membeli emas, jangan lupa bawa magnet.

3. Guna Cuka
Anda juga boleh menggunakan cecair cuka untuk mengetahui keaslian emas. Caranya masukkan emas ke dalam cairan cuka tersebut dan biarkan beberapa minit. Emas yang asli tidak akan berubah warna, sebaliknya emas yang palsu, akan berubah warna setelah beberapa minit direndam dalam cairan cuka tadi.

4. Guna Alat/Mesin Uji Emas
Pernah tengok alat penimbang di kedai emas? Hah kalau nak tahu, itu adalah Gold Tester yang digunakan untuk menentukan jenis emas. Kebiasaannya alat ukuran ini memberikan output jenis emas dalam unit karat (Kadar kepadatan emas).
Nota daripada mentor saya..

Gold jatuh disebabkan pelabur-pelabur di US menukar portfolio pelaburan.

Kenaikan pulangan dalam 10 tahun US Treasury melebihi 1.1% menyebabkan pelabur-pelabur besar menjual emas (aset yang tidak memberikan pulangan) .

Mereka (pelabur dan institusi besar) kemudiannya membeli US Treasury (aset yang memberikan pulangan, walaupun ciput).

Penukaran portfolio ini menyebabkan harga emas dan perak jatuh banyak.

Namun untuk pelabur-pelabur di Timur, kejatuhan harga emas menyebabkan kita berpeluang membeli emas fizikal pada harga diskaun πŸ‘

Setiap kejatuhan besar seperti ini adalah peluang membeli emas.

Ia bukan datang setiap hari.
Coretan sahabat Dealer saya..

Kisah Si Jongkong Emas

Assalamualaikum. Nama aku Si Jongkong Emas. Tinggi aku 114mm, lebar aku pula 52mm, ketebalan aku 9.5mm,berat aku 1000g dan aku berketulenan 999.9.

Ramai sangat yang tergila-gilakan aku. Tidak kira lelaki atau perempuan. Pada tahun 2018 hantaran untuk memiliki aku hanyalah RM170,000. Pada tahun ini 2021 hantaran aku meningkat menjadi RM270,000. Nilai diri aku meningkat sebanyak RM100,000. Walaupun hantaran untuk meminang aku semakin meningkat masih ramai juga yang berkenan dengan diri aku.

Apa tidaknya, siapa yang berkahwin dengan aku pada 2018 aku dapat melahirkan zuriat berbentuk :

1)Kereta cash(RM50K) + Rumah Cash (RM200k)

2)4 Lot tanah (RM50K)

3) Rumah Cash RM250K

4)Kereta cash (150K) + 2 Lot tanah (RM50K)

5) Dana haji + Pendidikan Anak-anak

6)Melancong bagi mereka yang berminat.

7) 2 buah rumah kos rendah (RM125K)

8) Dana ASB (RM100K) + Rumah (RM150K)

Banyak lagi sebenarnya yang dapat aku lahirkan jika si pemunya pandai manfaatkan diriku.
Nota daripada sahabat Dealer saya..

1. Kalau melabur, jangan sesekali β€˜rule out’ faktor inflasi. Nilai wang susut minima 4% setiap tahun.

RM10,000 tahun 2000 tak sama nilai dengan RM10,000 tahun 2019. Faham kan?

2. β€œNever invest in one basket.”

Kata Robert Kiyosaki, kita hanya benar-benar #diversify andai simpan duit dalam kesemua tempat disenaraikan dibawah ini:

a) Paper investment

ASB, Tabung Haji, Unit Trust semuanya fall under this category. So kalau anda melabur tiga-tiga sekali, sebenarnya anda tak diversify lagi.

b) Properties / Real Estate

Beli tanah, apartment, rumah subsale, rumah lelong. Taktik beli harga rendah, jual harga tinggi atau buat sublet.

c) Komoditi / Precious metal

Simpanan emas fizikal atau perak. Beli yang betul-betul wujud barangnya.

Hati-hati ya, emas barang ribawi. Kena tanya, emasnya wujud tak dalam bentuk fizikal. Bukan sekadar angka dalam buku bank je.

d) Berniaga

Kategori paling senang nak faham. Apa-apa yang melibatkan jualan misalnya produk kecantikan, pakaian, makanan, burger, nasi lemak.

3. Pastikan apa yang kita buat ada mentor dan dengan ilmu yang betul.

Selamat beramal!
Harga hari ini. Murr murr
Coretan Emas Perak | PG Mall | Cikgu Gram | Farhan Razak
Harga hari ini. Murr murr
Gunakan peluang KEEMASAN ni untuk:

1. Top-up GRAM emas di akaun GAP
2. Lock item secara EPP
Coretan Emas Perak | PG Mall | Cikgu Gram | Farhan Razak
Video
Ini adalah video, panduan bagaimana nak order emas di website Public Gold. Mudah & cepat. πŸ˜πŸ‘
Perkongsian sahabat Dealer saya..

Saya seboleh mungkin nak bantu orang simpan emas dengan cara yang betul, iaitu:

Pertama, faham betul-betul beli emas bukan habiskan duit tapi kita tukar kepada harta yang lebih kukuh.

Kedua, beli emas bukan dengan duit yang nak guna. Kalau duit itu saja ada untuk cukup-cukup makan, lebih baik cari pendapatan tambahan dulu. Peruntuk kan 10% pendapatan khas untuk tukar kepada emas.

Bila dia menepati 2 asas ini, insyaAllah dia gembira dan saya lebih gembira nak bantu dia kaya dan berjaya dengan emas.

Faham?
Perkongsian sahabat Dealer saya..

PROSES PEMBELIAN EMAS ACC GAP PUBLIC GOLD

Ramai customer saya, apabila topup GAP, dia gelabah biawak, sebab dalam account balance tak de naik pon gram yang dibeli.
.
Apabila anda membeli di Acc GAP, anda akan lalui beberapa fasa.

Fasa 1.
Daftar dan dapatkan PG code. Fasa ini paling kritikal, sebab anda kena cari dealer yang betul-betul faham dan aktif dengan Publicgold. Anda nak cari public figure, pakar kewangan, kawan baik, artis, agamawan, ya silakan. PG code anda, anda tentukan. Kalau saya, saya nasihatkan cari yang betul-betul aktif, arif, dan tahu tentang promo-promo semasa PG. Jangan dah daftar nanti mengendeng kat dealer lain. Haha.

Fasa 2.
Buat belian di Acc GAP.

Fasa 3.
Bila completed dan succesfull pembelian kita, gram tersebuat akan masuk ke PROCESSING. Ya, tak terus masuk dalam acc balance. Jadi bertenang lah ye. Ini bukan scam.

Fasa 4.
Apabila sistem dah captured payment dan tally dengan duit yang masuk, gram akan masuk APPROVED.

Fasa 5.
Selepas approved, 2-3 hari gram akan masuk ke acc balance. Pengalaman peribadi, paling cepat kurang 24 jam dah masuk fasa ni, paling lambat 3 minggu. Ini pengalaman sendiri ye.

Fasa 6.
Tebus emas fizikal di branch atau guna servis GIT (gold in transit).

Harap perkongsian ini jelas dan beri pencerahan kepada anda. Jika tak cerah lagi, baca semula di bawah mentol yang terbuka lampunya. Haha.
Perkongsian daripada mentor saya..

Rahsia pelabur emas berjaya adalah konsisten.

Yakni harga emas naik ke...
Harga turun ke...

Anda konsisten beli.
Terus jalan ke hadapan

Namun, ikut pengalaman saya, nak konsisten ini paling susah 😬

Jadi, untuk menyemai sikap konsisten. Anda kena ingat jangka masa panjang.

Kaitkan simpan emas dengan pendidikan universiti anak

Atau nak pergi menunaikan haji.

Atau dana nak beli tanah.

InsyaAllah anda boleh konsisten.
Perkongsian daripada sahabat Dealer saya..

W E A L T H P R O T E C T I O N

Di hujung minggu ini saya nak cerita bab emas secara santai dan mudah nak faham, bila dah faham senang untuk buat tindakan. Emas ada banyak fungsi dalam kehidupan kita, salah satunya adalah sebagai pelindung kepada kekayaan kita.

Saya nak kongsikan 2 fungsi emas sebagai pelindung kekayaan;

1. Kita simpan emas untuk bersedia menghadapi waktu kecemasan yang kita tak tahu bila ianya akan berlaku, emas akan sentiasa bersedia untuk dijadikan duit tunai dengan cara jual atau gadai.

2. Kita juga simpan emas untuk lindungi nilai duit kita dari inflasi dan kejatuhan ekonomi kita; seperti mana yang kita tahu bila ekonomi jatuh harga barang akan melambung naik.

Emas akan menstabilkan kenaikan harga emas dengan baik, bila harga barang naik harga emas pun turut naik. Bila dua-dua harga naik, kuasa beli penyimpan emas takkan berkurang.

Emas adalah pelindung kepada harta kekayaan kita yang sebenar, jika harta kita bernilai RM500 ribu pastikan 10% (RM50 ribu) dalam bentuk emas.

Banyak mana emas bernilai RM50 ribu? Lebih kurang 190 gram sahaja, kalau setiap kali simpan 10 gram hanya perlu simpan 19 kali sahaja. Tak mustahil kan?

Saya bagi pecahan kira-kira untuk harta bernilai RM500 ribu; rumah RM300k, ASB RM100k, kereta RM50k dan duit simpanan di Tabung Haji RM50k. Ini adalah kiraan asas belum termasuk rumah sewa atau aset pelaburan yang lain.

Alihkan cuma sebahagian harta ke dalam bentuk emas sebagai backup sebelum berlakunya apa-apa musibah kepada kewangan keluarga dan negara kita. Kita tak mampu untuk ubah kewangan negara tapi kita mampu untuk ubah kewangan keluarga kita.

Saya bagi analogi mudah untuk faham; kita pakai face mask di waktu sihat untuk melindungi kesihatan kita. Tiada guna pakai face mask banyak-banyak kalau kita dah jatuh sakit. Kita pakai alat bantuan pernafasan bila dah sakit. Adehhh!

Walaupun face mask cuma berharga RM1, ianya mampu menjaga kesihatan kita dengan baik dan mengelakkan kita habis duit yang banyak bayar bil hospital jika kita sakit.

Sama juga dengan situasi kita simpan emas, kita simpan emas di waktu kewangan kita sihat. Waktu berduit adalah waktu paling sesuai untuk kita simpan emas, simpan emas selagi boleh ikut poket kita sendiri.

β€œEmas adalah harta di waktu senang, duit di waktu sesak”

Kesimpulannya penyimpan emas mempunyai β€˜insurans’ kewangan jika berlaku apa-apa musibah kepada ekonomi. Hidup penyimpan emas yang ada simpan beratus gram lebih tenang dan berkualiti. Insyaallah.
Coretan daripada sahabat Dealer saya..

Emas sebagai salah satu alat simpanan, maksudnya begini.

1. Saya ajar orang ramai untuk manfaatkan emas sebagai simpanan dulu. Bukan pelaburan. Melainkan ada bajet RM20 ribu, baru boleh pertimbangkan untuk pelaburan.

2. Sebagai alat simpanan, sama seperti kita letakkan duit dalam bank, ASB ataupun TH.

3. Bezanya, emas adalah emas. Dia tiada kaitan dengan sistem kewangan negara ataupun dunia. Kalau apa-apa musibah berlaku kepada matawang ringgit atau dollar, emas tidak terpalit.

4. Di TH, ASB dan instrumen lain, semua akan dapat kesan dengan matawang.

5. Sebabnya emas sendiri memegang nilai. Katakan emas dibuat debu emas, setiap debu pun masih bernilai. Kalau duit, bukan saja debu, dipotong dua pun sudah tak laku.

6. Oleh itu, jadikan emas sebagai salah satu alat simpanan kita semua.

Duit kertas adalah matawang ciptaan manusia. Emas adalah matawang ciptaan Tuhan. Bak kata Robert T.Kiyosaki gold is God money.

Gitu...