Coretan Emas Perak | PG Mall | Cikgu Gram | Farhan Razak
202 subscribers
4.37K photos
181 videos
5 files
2.22K links
Coretan & perkongsian ilmu emas/perak.
Bimbingan untuk buat duit dengan PG Mall.

PG00194050

My Website. πŸ”—

https://publicgold.me/cikgugram

Referral Link PG Mall. πŸ›’

bit.ly/REGPGMall

Whatsapp. πŸ“ž

http://www.wasap.my/601151539129/emasperak
Download Telegram
Hasil daripada simpanan emas GAP daripada tahun 2019. Terus buat keputusan untuk jadi dealer Public Gold October 2020.

Alhamdulillah, dapat keluarkan 3 item daripada akaun GAP guna GIT. Selebihnya simpan dalam akaun GAP. Tak boleh tido lena kalau pegang emas banyak². 🀣🀣
Perkongsian daripada sahabat Dealer saya..

Actually dah start menyimpan emas dah lama.. Tapi more to emas perhiasan.. Means emas 916.. Tapi 2 tahun ni baru nampak gold bar 999.. Baru nampak perbezaannya.. Dan yg mana kebaikkannya

Of course la dua2 tu baik sebab dua2 tu menjurus kepada simpanan.. Tapi semua benda ada kebaikan dan keburukannya

Emas 916
βœ…Emas perhiasan yg pelbagai bentuk boleh digayakan. Ada pulut dakap, petai, charm, roti bun dan Macam2 lagi.
βœ…Bila tgk org pakai emas penuh di jari dan tangan.. Automatic mindset kita.. Wah.. Kaya nya dia.. Secara tak langsung.. Imej si pemakai meningkat
❌ Upah mahal.. Kekadang upah tu dah blh beli 1g emas 916.. Bila pikir2 balik rugi juga
❌Susut nilai tinggi.. Kalau trade in 18% tapi kalau jual je.. Ada kedai sampai 35% susut nilainya.. Rugikan

Emas 999
βœ…Susut nilainya Rendah.. Antara 6% - 9% sahaja
βœ…Tiada upah.. Yg ada gold premium sahaja.. Rm10 bagi setiap 10g..
Nampak kan.. Untuk pelaburan n simpanan.. Dia lebih menguntungkan
❌ Tak dapat pakai kat badan.. So.. Orang x nampak kita punya emas.. X pakai emas means.. X de duit.. Aduhhhh.. Kesian betul
Cantikk 🀩😍
Perkongsian daripada sahabat Dealer saya..

FAQ AKAUN GAP

= = = = = =

Boleh ke keluarkan emas sampai habis, maksudnya kosongkan akaun?

β€’ Boleh
β€’ Tapi sebaiknya kekalkan 1 gram dalam akaun supaya akaun kekal aktif
β€’ Keluarkan semua tanpa baki 1gram, akaun dikira tutup
β€’ Esok nak beli lagi kena caj proses pengaktifan RM50
β€’ Jadi biarlah 1 gram tu di situ

= = = = = =

Kalau nak keluarkan emas ada caj kan, dan berapa caj tu?

β€’ Ye ada caj. Caj itu dinamakan Caj Premium. Murah je cajnya
β€’ Kadar caj dari serendah RM10.00 bergantung produk yang kita keluarkan
β€’ Untuk jimat caj premium keluarkan item lebih besar

= = = = = =

Boleh tak wakilkan kepada sesiapa untuk keluarkan emas dari akaun?

β€’ Tak boleh
β€’ Hanya penama saja yang boleh keluarkan emas dari akaun
β€’ Atau pentadbir akaun yang diberi kuasa untuk mentadbir akaun bagi akaun dibawah umur 18 tahun (akaun anak)

= = = = = =

Kalau pemegang akaun meninggal dunia macam mana?

β€’ Waris boleh menuntut emas dalam akaun tu
β€’ Waris mesti sertakan bukti sijil kematian dan surat pengesahan pentadbir harta pusaka (prosedur biasa uruskan harta si mati)

= = = = = =

Harga emas beli melalui akaun GAP sama ke dengan beli melalui kaedah biasa (outright purchase) retail price?

β€’ Tak tentu
β€’ Ada masa harga akaun GAP lebih murah, ada masa harga retail lebih murah
β€’ Sebab harga GAP dikemaskini sehari sekali jam 12 tengah malam, harga retail dikemaskini setiap 20 minit
β€’ Cuma untuk belian bajet kecil seperti 1 gram, kaedah gap lebih berbaloi (jimat) berbanding beli secara retail
β€’ Kaedah retail lebih sesuai untuk bajet belian 1 dinar ke atas atau 10 gram ke atas

= = = = = =

Item (produk) apa yang kita boleh keluarkan dari akaun GAP?

β€’ Semua jenis emas bermula dengan 1 gram
β€’ Bentuk bulat dipanggil syiling dinar (dinar coin);
β€’ Bentuk petak dipanggil jongkong emas (gold bar);
β€’ Best kan, easy peasy lemon squeezy

= = = = = =

Macam mana nak keluarkan emas dari akaun GAP?

β€’ Call cawangan Public Gold yang berdekatan dan beritahu jenis serta bilangan item yang nak dikeluarkan dari akaun
β€’ Kalau ada stock, boleh terus datang ambil;
β€’ Kalau belum ada, minta mereka buat reservation dan contact kita semula bila stok dah sampai.
(pastikan ambil nama staff supaya mudah untuk follow-up);
β€’ Kalau nak segera, contact mana-mana 18 cawangan Public Gold lain yang ada ready stock
β€’ Cara satu lagi ialah withdraw GAP via GIT thru website sahaja
β€’ Senang banget!

(emas fizikal dalam Akaun GAP boleh dikeluarkan dari mana-mana cawangan Public Gold seluruh Malaysia termasuk di Singapura dan Indonesia).

= = = = = =

Kalau berlaku apa-apa kepada Public Gold macam mana nak keluarkan emas dalam akaun?

β€’ Tak ada sesiapa boleh jangka apa yang akan berlaku dimasa depan;
β€’ Kalau rasa "tak lena tidur" simpan emas dalam akaun boleh keluarkan dari akaun dan simpan sendiri
β€’ Kita diberi dua pilihan sama ada simpan dalam akaun atau simpan sendiri
β€’ Your gold, your choice

Okei, boleh faham setakat ni?
Coretan daripada sahabat Dealer saya..

Saya nak kongsikan satu kisah emas yang saya alaminya sendiri.

Saya mula Simpan Emas Tahun 2009. Ketika tu Harga 1Dinar sekitar RM498.

**1Dinar = 4.25gram

Bermaksud, Ketika itu Harga Emas sekitar RM117 segram.

Murah ke??

Jawapan saya ketika itu adalah

β€œUikksss Mahalnyaaaaa...”
.

Kali pertama saya nak beli 1Dinar tu, saya rasa was-was. Yela, Emas kan untuk Perempuan. Malu arrggghhhhh nak Simpan Emas. Lagipun kan saya lelaki sejati, mana layan hobi perempuan ni. Bagi saya emas untuk perempuan. Laki sepatutnya fokus kepada Aksesori Motor, Kereta & lain-lain. πŸ˜…

Ramai juga yang menghalang & menghasut saya untuk tidak beli emas. Kalaulah saya termakan hasutan itu, sudah semestinya sampai hari ini saya tiada simpanan emas.

Saya nekad juga untuk mula. Alhamdulillah Saya konsisten Simpan sehingga hari ini.

Alhamdulillah
Alhamdulillah
Alhamdulillah. ❀️
.

Dulu Ketika Tahun 2009, Minima untuk mulakan simpanan emas adalah 1Dinar. Itu pun rasa mahal dah.

Zaman sekarang ni untung sangat kerana Di Public Gold simpanan emas boleh bermula Minima RM100. Itupun ramai orang masih beralasan dan mahu buat kajian 7hari 7malam 7tahun.

Sebenarnya, Nilai RM100 jika tukar kepada emas memang rasa Liat tetapi nilai RM100 tu kalau shopping Ligat & Tak Ingat 😬
.

Ini tips dari saya, untuk mulakan simpanan emas bukan terletak kepada berapa RM yang kita miliki tetapi terletak kepada Kesedaran kita.

Ada orang duit berkepuk-kepuk tetapi simpannya alahai 1gram ja.

Tetapi ada orang duit biasa-biasa tetapi simpan emas luar biasa.

Ada orang tersedar awal.
Ada orang tersedar lambat.
Ada orang tak sedar-sedar. 😜

Alhamdulillah walaupun saya kategori tersedar lambat Tapi saya nekad untuk konsisten menyimpan. 😊✌🏻
.

Nasihat saya,

Jika tiada duit RM1juta, mula alihkan duit dengan RM100Ribu.

Jika tiada duit RM100Ribu, mula alihkan duit dengan RM10Ribu.

Jika tiada duit RM10Ribu, mula alihkan duit dengan RM1Ribu.

Jika tiada duit RM1Ribu, mula alihkan duit dengan RM100.

Kenapa kena mula??

Nak ada 10gram dalam simpanan, kena mula 1gram.

Nak ada 100gram dalam simpanan, kena mula 1gram.

Nak ada 1000gram dalam simpanan, kena mula 1gram.

Kalau tengok sahaja simpanan emas tidak bertambah. Yang bertambah adalah Stress sebab harga emas makin Naik πŸ˜†
.

Jika ada Friend & Followers saya yang mulakan simpanan emas dengan sekecil 1gram atau 1 Dinar walaupun bayaran ansuran, tak apa jangan malu. Yang penting kita mula daripada melihat.

Emas sememangnya mengubah pemikiran lelaki seperti saya. Confident & Consistent 😁πŸ’ͺ🏻πŸ’ͺ🏻

Moga perkongsian ini memberi inspirasi kepada semua ❀️

Melihat & Berkongsi,
Fairuz Aziz
Master Dealer Public Gold
Perkongsian daripada sahabat Dealer saya..

Dia bagi diskaun. Yang dah beli time harga 277 macam mana. Dah kau jangan gelabah biawak baca sini...

Tulisan ini khas untuk siapa yang gelabah biawak bila emas jatuh (walhal 1 gram pon takde, haha). Bagi yang dah beli, baca sini supaya hati tenang.
.
"Weh, harga emas jatuh ni. Apa nak buat?"

Rileks kawan, harga emas jatuh bukan berita buruk ye kawan-kawan. Malah sebenarnya berita paling gembira bagi kita. Sebabnya, kita boleh tambah lagi simpanan emas kita.

Harga emas jatuh masa gaji, dua kali ganda untung la. Lagi banyak kita boleh simpan.

Ha, best kan? Jadi bila harga emas jatuh buat begini.

Gunakan teknik averaging dalam bahasa kos pemurataan.

Contoh kita konsisten beli 1 gram selama 3 bulan.

Bulan pertama: RM280

Bulan kedua: RM293

Bulan ketiga: RM261

Jadi, jumlahkan semua RM834. Bahagi tiga bulan bersamaan RM278.

Bermakna kita hanya keluarkan RM278 sahaja untuk simpan 1 gram emas setiap bulan. Cuba waktu emas jatuh RM261 kita beli 5 gram. Mari kita buat kira-kira
280+293+(261x5)= RM1,878 bahagi jumlah gram 7 gram. RM268/g saja sebenarnya. Itu sebab bila harga naik kita tetap beli, tapi sikit-sikit, bila harga jatuh menjunam kita tapau habis (hehe).

Dah cuba?
Mula simpan dulu.
Harga emas 9 Jan 2021. Ini dikira durian runtuh. Boleh topup GRAM emas banyak². 😁
Paling suka design ni. 🀩

Fakta Dinar: Sekiranya anda menyimpan 20 Dinar (bersamaan 85 gram, cukup NISAB) selama setahun (cukup HAUL), zakat emas anda hanyalah Β½ Dinar sahaja.
Perkongsian daripada sahabat Dealer saya..

"Wah rajin beli emas sekarang?"

"Saja suka, tengok ramai orang beli, aku pun ikut jer lah"

"Oh, ini melabur ikut ikut orang nie ya"

"Nasihat aku, cari dulu sikit ilmu pelaburan emas ini agar kita tak 'lemas', beli emas yang salah boleh buat kita lemas dalam pelaburan atau simpanan kita"

"Oh, bukan beli simpan saja ka?"

"Dalam emas nie juga ada beberapa mazhab yang kita kena fahami, jika tidak kita tak tahu emas mana perlu simpan emas mana tak perlu beli"

"Aku ikut trend jer sekarang nie"

"Jangan begitu Musalmah Sameon Mustafa Kamal oi"

Kawan kawan yang mulia,

Jangan melabur sebab ikut trend semasa, melabur sebab kita nak belajar dan dapat pulangan yang baik.

Emas adalah pelaburan jangka panjang, sama seperti hartanah. Ada ruang kita masuk dan ada rung untuk kita keluar.

Isteri akan sayang kalau kita beli emas dari lengan sampai kesiku, senang dia nak jaga diri bila kita dijemput pergi nanti.

Kredit: Azizul Azli Ahmad
Berjiwa Emas

#Kongsikan agar kita semua bijak dalam membeli emas.
Nota daripada sahabat Dealer saya..

Harga emas tidak naik straight line.

Sebab kalau dia naik straight line, orang akan panik
(mana orang tahan tengok kalau naik.. naik... naik ajer)

Jadi, dalam trend harga menaik, akan wujud aktiviti pengambilan untung yang akan menurunkan harga emas.

Juga ada news-news positif yang akan menurunkan harga emas.


Long term naik, short term ada penurunan.

Setiap penurunan adalah β€œbuying opportunity”. Peluang untuk beli emas fizikal apabila harga emas dunia jatuh.

Contoh termasyur adalah kejatuhan pada bulan Mac 2020 (panik yang memuncak daripada wabak covid-19).

Market sell-off (jualan panik) berlaku. Emas dan perak turut jatuh. Namun selepas situasi reda maka emas dan perak meneruskan kenaikan harga.

Bagi mereka yang melabur emas FIZIKAL untuk jangka masa panjang, anda tidak akan terkesan dengan naik turun harga dalam jangka masa pendek.

Orang yang terjejas teruk dengan price swing ini adalah mereka yang trade produk emas yang berisiko tinggi seperti opsyen, futures dan spot gold.

Produk seperti ini boleh menyebabkan modal hangus 100%

Ingat tips ini!

Tambahkan gram bila harga jatuh dan invest untuk jangka masa panjang.

Anda akan menang dengan emas πŸ₯³

Ouh btw hari ini harga emas turun ya.

Daripada RM 273 ke RM 265 segram.

Elok benar kalau nak mulakan atau tambah gram.

Klik sini ya, saya boleh bantu.

https://wa.me/601151539129