Coretan Emas Perak | PG Mall | Cikgu Gram | Farhan Razak
203 subscribers
4.37K photos
181 videos
5 files
2.22K links
Coretan & perkongsian ilmu emas/perak.
Bimbingan untuk buat duit dengan PG Mall.

PG00194050

My Website. 🔗

https://publicgold.me/cikgugram

Referral Link PG Mall. 🛒

bit.ly/REGPGMall

Whatsapp. 📞

http://www.wasap.my/601151539129/emasperak
Download Telegram
Gais.

Semalam harga emas naik sangat banyak iaitu sebanyak 2.16% bersamaan 46.56 USD / Oz.

Semalam harga tertinggi adalah USD2211.32

Apa sebabnya?

Untuk pengetahuan anda, semalam US Fed telah memberikan isyarat bahawa pemotongan kadar faedah tahun ini akan dipertimbangkan.

Pemotongan kadar faedah akan menyebabkan pelabur menambahkan minat terhadap emas.

Untuk pengetahuan anda, sekarang inflasi di US dilihat masih tinggi. Ia meningkatkan risiko untuk fed menangguhkan pemotongan kadar faedah atau menundanya.

Namun kenyataan fed semalam memberikan kelegaan kepada pelabur tentang perancangan fed untuk meneruskan rancangan untuk memotong kadar faedah.

Kalau kadar faedah tinggi, pelabur akan memilih instrument yang berkaitan dengan kadar faedah seperti bon, t-bill dan t-notes

Jadi kenyataan fed menyebabkan tekanan belian yang besar semalam ke atas emas menyebabkan harga emas melambung.

Sekian melaporkan.

#NotaEmasSyukorHashim
Ada satu maklumat penting saya nak share. Penting untuk anda baca sampai habis jika anda penyimpan emas.

Untuk pengetahuan anda, World Gold Council (WCG) telah mengeluarkan satu laporan penting bertajuk “Gold as a strategic Asset: 2024 edition”

(Emas sebagai aset strategik: 2024)

WCG adalah pertubuhan yang mempromosikan penggunaan emas dalam pelbagai sektor, termasuk pelaburan, barang kemas, teknologi, dan bank pusat.

Ia menyediakan penyelidikan, data, dan pandangan pasaran yang berkaitan dengan emas dan bertujuan untuk meningkatkan pemahaman tentang peranan emas dalam ekonomi global.

Gais.

Laporan ini cuma 18 mukasurat dan ehem ehem dalam Bahasa Inggeris.

Namun ia penuh dengan fakta, chart dan analisis daripada WGC.

Contohnya kenapa emas boleh menjadi aset strategik untuk anda? kenaikan harga emas sejak 1971, impak emas kepada portfolio anda dan potensi risiko emas.

Saya sangat sangat sangat (got it?) menggalakkan anda download laporan ini dan baca dengan senyuman 😃

Nanti saya akan buat posting analisa laporan ini.

Namun kalau anda download dan baca bersama, maka senang sikit nak faham.

Saya percaya laporan akan membantu meningkatkan keyakinan anda terhadap emas.

Jika anda faham kepentingan emas dan anda lihat fakta maka anda akan simpan emas dengan ilmu.

Bagaimana cara download laporan ini?

Untuk whatsapp broadcast, saya akan download dan kasik kat anda.

Tunggu whatsapp berikutnya.

Pstttt… nasihat pertama saya adalah; elakkan beli emas yang offer berganda-ganda gram dan ganda-ganda untung. Itu dah terbukti bermasalah.

Dapatkan hidayah lebih awal agar tak menyesal kerana tersalah memilih produk dan company emas.
Perkongsian daripada team dealer.

Emas Naik 1.5% Dalam 24 Jam, Perak Naik Hampir 2%

Emas melonjak, didorong oleh faktor seperti (1) jangkaan pemotongan kadar faedah, (2) pembelian spekulatif dan (3) permintaan kukuh daripada bank pusat. Momentum menaik telah mendorong harga emas melonjak melebihi paras $2,344.50, menandakan minggu ketiga kenaikan berterusannya.

Sementara itu, perak meningkat hampir 2% dalam tempoh 24 jam yang lalu.

2 logam berharga ini semakin 'mengganas'.

Permintaan global semakin meningkat. Saya nasihatkan, mulakan simpanan emas dan perak mengikut kemampuan anda. Persediaan di hari sukar.
Perkongsian daripada team Dealer.

Hari ini nak berkongsi tentang dua (2) keseronokan yang akan membawa kita kepada perkara Positive dan perkara Negative.

#Pertama, Keseronokan kepada duit. Lagi banyak duit, lagi seronok kita nak berbelanja.

#Kedua, Keseronokan kepada emas. Lagi bertambah GRAM, lagi seronok kita menyimpan.

Jadi sebab utama kenapa kita tidak berjaya pernah menyimpan duit adalah kerana ‘keseronokan’ yang terdapat dalam duit. Kerononokan itu sebenarnya tidak lama dan akan mula berkurang ketika duit mula kering.
.

Oleh sebab itu, ‘keseronokan’ yang terdapat dalam duit jika kita ubah kepada emas, duit tersebut akan mudah lekat.

Buktinya, jika dulu nak menyimpan RM100 dalam bank pun susah. Asal simpan saja habis. Asal habis ja simpan. Tapi bila mula menyimpan emas, 5gram (Nilai RM1,800) senang-senang ja simpan. Habis licin kita All Out. 🥶

Buktinya lagi, jika dulu ke Shopping Mall niat hanya window shopping, tapi akhirnya berbelanja tak ingat dunia.

Tapi bila dah menyimpan emas, perkataan ‘Shopping’ itu tak wujud kerana yang wujud hanya perkataan ‘Simpan’. Nak beli kasut & Handbag pun fikir beratus kali. Alamak 😂
.

Apabila menyimpan emas, ketakutan dan alasan yang menjadi halangan utama suatu ketika dahulu beransur hilang. Yang wujud ketika itu ialah tindakan. Otak kita akan ligat mencari jalan untuk menambah GRAM.

Walaupun perasaan menyesal itu hadir singgah dan menghantui kita kerana lambat bermula atau bertangguh, itu perkara biasa. Apa yang lebih penting ialah kita mula.

Nampak?

Jadi jika ada dikalangan kita yang ‘dilamar’ dan ‘disuap’ dengan ajakan menyimpan emas, jangan mengambil masa yang lama untuk berkata YA. Jangan merumitkan benda mudah! 😁

Kredit: Fairuz Aziz

Moga bermanfaat.
Alhamdulillah. Setelah beberapa bulan client saya menyimpan emas secara konsisten, dia berjaya mengumpul hampir 13 gram (≈RM5k++) simpanan emas.

Yang paling penting, emas yang dikumpul dalam akaun emas, dia boleh keluarkan pelbagai jenis gold bar atau dinar daripada akaun emas tersebut.

Bukan sekadar nombor, emas fizikal pun ada. 😁

https://publicgold.me/farhanrazakgold
Perkongsian daripada mentor.

Gais.

Ada benda saya nak share.

Tahun 1990 mak abah saya pergi ke Mekah menunaikan haji.

Abah allocate duit shopping kat Mekah sorang RM1000.

Abah saya suka jam.
Dia beli jam Rado harga RM1000

Mak saya suka emas.
Dia beli 10 dinar emas berketulenan 916 (berat 42.50gram)

Lepas tu mak modify 10 dinar tu jadi buah loket rantai. Buat pakai.

Sekarang tahun 2024. Apa yang telah terjadi?

Well, jam rado tu dah lama rosak. Abah bagi kat saya. Masih ada lagi kat saya.. takleh pakai. Harga pun dah takde.

Tapi 10 dinar mak saya tu, sampai sekarang masih ada. Cantik lagi.

Kalau 1990 dulu harga mak beli RM1000. Sekarang kalau mak saya jual, boleh dapat RM13,400!

Tapi mak saya tak pernah fikir nak jual. Tapi dia pernah gadai buah rantai nie untuk beli tanah.

Gais.

Jom bekukan duit raya anak anda, duit shopping anda, duit bonus duit bantuan raya kepada emas.

Tak semestinya semua, sebahagian pun ok juga. Tengok keupayaan masing-masing.

Duit yang dibekukan dalam bentuk emas akan bertahan lama, naik nilainya dan ia kekal cantik.

Inilah kisah sebenar mak saya. Semoga bermanfaat untuk kita semua 🥰

#NotaEmasSyukorHashim
Selamat Hari Raya. Maaf zahir & batin. 😁
Selamat Hari Raya. Maaf Zahir & Batin.

تقبل الله منا ومنكم صالح الأعمال
من العائدين والفائزين🤲🏻

Daripada Farhan & Liyana sekeluarga.

1 Syawal 1445H.
[Alert Harga]🔺Harga emas GAP naik, RM3/g lebih tinggi berbanding semalam.

Harga hari ini:

RM 100 = 0.2571 gram
RM 389 = 1.0000 gram

Statistik April 2024
Tertinggi: RM389 (10/04)
Terendah: RM368 (01/04)

Statistik 2024
Tertinggi: RM389 (10/04)
Terendah: RM329 (04/01)

Tertinggi dalam sejarah: RM389 (10/04/2024)
Perkongsian daripada team dealer.
DUIT RAYA KE EMAS?

Duit raya anak adalah hak anak dan amanah kepada ibu bapa.

Saya sudah tulis tentang tukar duit raya anak kepada emas tahun lepas secara terperinci agar masing² fikir isu kerugian sebelum buat pelaburan.

Secara amnya tiada masalah untuk tukar ke emas fizikal untuk jangka panjang demi menjaga nilai wang anak. Emas untuk jangka panjang 10 tahun ke atas sangat menarik. Saya sudah buktikan menggunakan harga dan spread kijang emas BNM.

Yang paling penting elakkan melabur dalam emas spekulasi yang terbukti gagal buat pembayaran berbulan bulan. Kalau pun kelak berjaya dilunaskan, jadikan sebagai pengajaran bahawa emas spekulasi dan leverage penuh dengan risiko bahkan kepatuhan Syariah.

Spekulasi wang dan emas bukanlah pelaburan hang dibenarkan Syariah.

Pilih akaun emas yang telus dan mudah difizikalkan. Atau terus beli emas fizikal dan simpan.

Tak perlu takut bayar zakat kalau cukup nisab sebab itu memang kewajipan kita. Kenapa perlu takut kepada zakat?

Selain emas, simpan di tabung haji lah paling selamat. Zakat perniagaan pun sudah dibayar. Dividen pun baik dan boleh digunakan untuk haji. Jangka pendek ia tidak merugikan. Wang pun dilaburkan dalam sektor yang penting kepada ekonomi umat Islam. Berbanding simpanan emas, ia sekadar simpanan peribadi harta beku tanpa pelaburan yang memberikan nilai tambah kepada ekonomi umat Islam.

Selain tabung haji SSPN pun baik dengan kadar pulangan tahunan pun kompetetif. Boleh jadikan tabungan. Simpanan stabil dan dijamin kerajaan bahkan patuh Syariah. Jangka pendek ia tak merugikan. Bahkan ada khairat kematian jika simpanan lebih RM1000 untuk versi Prime.

Yang paling penting, elakkan pelaburan emas spekulasi. Boleh blacklist terus nama syarikat itu walaupun jika pembayaran sudah berjaya dibuat sekali pun. Tak payah sembang sijil Syariah pun tak laku kalau delay payment berbulan².

Tahun lepas saya dah pesan elakkan risiko emas leveraj.

Takkan tak serik lagi diperdaya?

Kredit Tuan Ahmad Sufyan Che Abdullah
Hanya dalam 30 hari terakhir, emas dan perak telah menyaksikan peningkatan yang luar biasa masing-masing sebanyak 7.7% dan 15%.

Pakar di JP Morgan optimis, meletakkan emas di bahagian atas senarai komoditi mereka untuk tahun ini dan mengunjurkan harganya mungkin melonjak kepada $2,500 per auns menjelang akhir tahun, didorong oleh jangkaan pemotongan kadar faedah, faedah spekulatif dan permintaan yang kukuh daripada pusat bank.

Sumber: Gold Silver