47 subscribers
276 photos
16 videos
8 files
167 links
💥Gabungan nota-nota emas dari sifu dan mentor emas terkenal.
💥Ilmu tentang emas untuk dikongsi dan disebarkan.
💥Kenapa emas dan bagaimana cara terbaik menabung emas secara konsisten.
Download Telegram
#TabungIsteri

"ISTERI BELAJAR BERDIKARI? "

Ada pandangan yang tak galakkan isteri berdikari sangat, katanya nanti suami lepas tangan dan biarkan semua pada isteri.

Itu pandangan yang mudah buruk sangka pada suami.

Mengapa wanita perlu berdikari?

1. Jika kita belum bertemu jodoh, kita harus bijak uruskan kewangan, emosi dan harta sendiri tanpa suami.

2. Jika dah bekeluarga, ingatlah bahawa suami itu pinjaman Tuhan yang Maha Esa buat kita sahaja.

Mereka boleh hilang bila bila masa. Sama ada dijemput Illahi atau jatuh cinta lagi dengan janda anak 5.

Atau kita dapat suami yang rendah kualitinya, sebok hukum isteri derhaka kalau tak masak untuknya.

Kita tak boleh kawal itu semua, yang kita boleh kawal adalah DIRI KITA. Maka bersedialah.

1️⃣ Sentiasa buat simpanan gaji atau nafkah yang suami bagi.

2️⃣ Jika suami tiada Perlindungan Pendapatan, bayar saja guna duit kita. Hibah duit yang dapat pada diri sendiri.

3️⃣ Belilah sebuah rumah kecil sebagai pelaburan. Jika suami jatuh cinta lagi atau halau keluar, adalah sebuah rumah yang menanti kita.

4️⃣ Belajarlah jana pendapatan sendiri agar banyak simpanan.

Kawan kawan,

Belajarlah berdikari sendiri, keluarga tetap keutamaan kita. Diri sendiri tetap perlu dijaga.

Jangan bila ditimpa bencana, baru kita nak bersedia. Bantulah isteri kita seadanya.

Azizul Azli Ahmad
Suami Mama Qilah

#BantuIsteriAdaSimpananHarta
#BersediaSebelumAdaBencana
#ShareJerKawan
#BelajarBeli Emas Dan Buat Simpanan Sendiri disini https://bit.ly/TabungEmasAnda
Forwarded from Tips Kewangan & Hartanah Azizul (AZIZUL)
#TabungGaji

RUMAH SESUAI DENGAN GAJI KITA?

Panduan ringkas gaji dan harga rumah yang kita sesuai beli.

1. Gaji RM2000 harga rumah bawah RM140,000.

2. Gaji RM2000 - RM3000 harga rumah dibawah RM210,000

3. Gaji RM3000 - RM 4000 harga rumah dibawah RM 300,000.

4. Gaji RM4000 - RM5000 harga rumah dibawah RM370,000

5. Gaji RM5000 - RM6000 harga rumah dibawah RM440,000

6. Gaji RM6000 - RM7000 harga rumah dibawah RM510,000.

7. Gaji RM7000 - RM8000 harga rumah dibawah RM580,000

Ia sebagai panduan asas, nak lebih mudah pastikan biaya rumah tak lebih dari 35% gaji asas kita.

Gaji RM3000 x 35% = RM1050. Rumah yang sesuai untuk kita sekitar RM230,000 sahaja.

Azizul Azli Ahmad

#BeliRumahWaktuMudaBelia
#PasaranSubsaleMasihBanyak
#ShareJerKawan