47 subscribers
276 photos
16 videos
8 files
167 links
💥Gabungan nota-nota emas dari sifu dan mentor emas terkenal.
💥Ilmu tentang emas untuk dikongsi dan disebarkan.
💥Kenapa emas dan bagaimana cara terbaik menabung emas secara konsisten.
Download Telegram
#TabungEmas

SIMPAN DUIT ATAU EMAS?

1. Keduanya kita perlu ada dan simpan. Jangan berlebihan simpan duit nanti akan dimakan oleh inflasi juga.

Begitu juga emas, jangan berlebihan menyimpan.

2. Maka duit kita sebaiknya ditukarkan menjadi aset aset yang baik dan sihat.

3. Pastikan tempat kita simpan duit beri pulangan lebih dari kadar inflasi iaitu 4% setahun sebaiknya.

"Jika saya ada RM100,000 berapa saya perlu tukar jadikan emas?"

Sebaiknya hanya antara 10%-30% sahaja dari nilai tunai yang kita ada.

4. Tukar duit jadi emas semuanya juga tidak bagus. Kita perlu ada nilai tunai ditangan juga untuk kecemasan.

Kawan kawan,

Hidup ini soal pilihan,

Tak suka simpan duit, simpan emas.

Tak suka emas, simpan hartanah.

Tak suka simpan hartanah, simpan saham.

Tak suka saham, beli kereta. Ini paling best sebab boleh bawa kemana mana. Orang pun suka kita.

Buatlah apa yang kita suka sebab ia masa depan kita, bukan masa depan Hana Dalish.

Keputusan kita hari ini, penentu siapa kita dimasa depan.

Azizul Azli Ahmad

#Kongsikan agar kita nampak apa jangkaan kita 5 tahun dari sekarang. Belajarlah menyimpan untuk keluarga kita.

#Belajar simpan emas agar tak lemas bersama disini kawan kawan