47 subscribers
276 photos
16 videos
8 files
167 links
๐Ÿ’ฅGabungan nota-nota emas dari sifu dan mentor emas terkenal.
๐Ÿ’ฅIlmu tentang emas untuk dikongsi dan disebarkan.
๐Ÿ’ฅKenapa emas dan bagaimana cara terbaik menabung emas secara konsisten.
Download Telegram
Saya nak share sket tips "power" untuk penyimpan dan pelabur emas.

Sekiranya anda faham tips ini, maka strategi pelaburan emas akan jadi mudah.

Nama strategi ini adalah "๐ฉ๐ž๐ง๐๐ž๐ค๐š๐ญ๐š๐ง ๐ฆ๐ž๐ฆ๐š๐ง๐๐š๐ง๐  ๐ค๐ž ๐ก๐š๐๐š๐ฉ๐š๐ง" atau dalam English dipanggil "๐’‡๐’๐’“๐’˜๐’‚๐’“๐’… ๐’๐’๐’๐’Œ๐’Š๐’๐’ˆ ๐’‚๐’‘๐’‘๐’“๐’๐’‚๐’„๐’‰"

Apa maksudnya?

Maksudnya, apabila membeli emas sekarang, kita ๐ญ๐ž๐ง๐ ๐จ๐ค ๐ฉ๐š๐๐š ๐ฉ๐จ๐ญ๐ž๐ง๐ฌ๐ข ๐ค๐ž๐ง๐š๐ข๐ค๐š๐ง ๐ก๐š๐ซ๐ ๐š๐ง๐ฒ๐š ๐ฉ๐š๐๐š ๐ฆ๐š๐ฌ๐š ๐ก๐š๐๐š๐ฉ๐š๐ง. Lagi jauh kita pandang lagi bagus.

Kalau ditakdirkan kita terbeli pada harga tinggi, kemudian tiba-tiba harga emas menurun, maka tak perlu sedih, sebab pendekatan memandang ke hadapan menyebabkan kita akan melihat potensi harga emas lagi 2 tahun ke hadapan atau 5 tahun ke hadapan.

Atau 10 tahun kehadapan!

Jadi kita tak akan sedih sebab harga emas jatuh dalam masa sebulan dua. Itu pendek sangat tu.

Kita kena ingat bahawa kita beli emas sekarang kerana kita nampak potensinya dalam jangka masa panjang, bukan sebulan dua dari tarikh kita beli emas.

Contoh sebenar. Jika anda membeli emas untuk tujuan pergi umrah atau haji. ia memerlukan anda melihat potensi harga emas 5 tahun lagi.

Atau pun anda membeli emas sebagai dana pendidikan anak. Ia memerlukan anda melihat ke hadapan sekurang-kurangnya 10 tahun. Jadi apalah sangat harga emas jatuh sebulan 2.

Kalau anda tengok graf harga emas dalam gambar di bawah, itu adalah gambar sebenar pergerakan harga emas untuk 2 tahun ye. Harga dia tak naik memanjang, dia ada turun juga.

Sesiapa yang tengok jangka pendek, maka dia akan nampak harga emas turun. tapi siapa yang melihat 2 tahun.. maka dia tak nampak harga turun, dia nampak harga emas menaikkkkkk...

Jadi, untuk mendapat jiwa tenang, muka yang kudus dan tersenyum sepanjang melabur emas maka anda perlu latih jiwa anda untuk menguasai strategi "๐ฉ๐ž๐ง๐๐ž๐ค๐š๐ญ๐š๐ง ๐ฆ๐ž๐ฆ๐š๐ง๐๐š๐ง๐  ๐ค๐ž ๐ก๐š๐๐š๐ฉ๐š๐ง"

Anda akan berterima kasih kepada diri anda :)

Sila #share tips ini jika bermanfaat

#NotaEmasSyukorHashim
Forwarded from #NotaEmasSyukorHashim
Gais,
(video diatas)
Ini adalah video bertajuk ๐Ÿ’ ๐’๐ญ๐ซ๐š๐ญ๐ž๐ ๐ข ๐๐ž๐ฅ๐š๐›๐ฎ๐ซ ๐„๐ฆ๐š๐ฌ ๐๐ข๐ฃ๐š๐ค.
4 strategi ini dikongsikan kepada saya oleh tuan Azizi Ali, pakar kewangan dan mentor wang terkemuka Malaysia.
Saya dapati 4 strategi ini sangat berkesan jika anda ingin menjadi pelabur emas yang bijak.
Sila tonton video ini dengan senyuman.
Panjangnya video hanya 12 minit, tetapi ilmunya berguna sepanjang hayat.
Sila #share kepada rakan-rakan anda ๐Ÿ™‚
Terima kasih.
Semalam saya menulis mengenai apakah perbezaan diantara emas 99.99 dan emas 999.9. Nampaknya ramai suka ilmu ini ๐Ÿ˜€

Hari ini saya nak share tentang ilmu ketulenan emas 916 dan 917.

Ada orang tanya saya "Apakah perbezaan di antara emas 916 dan 917?"

Orang yang bertanya soalan ini biasanya adalah orang yang mengumpul Dinar Emas.

Mereka perasan ada dinar emas 917 dan dinar emas 916.

Untuk pengetahuan anda, di Malaysia terdapat beberapa syarikat yang mengeluarkan dinar emas sendiri. Jadi setiap syarikat mempunyai spesifikasi ketebalan, diameter dan ketulenan yang tersendiri.

Sebelum zaman GST, pasaran dinar emas di Malaysia popular dengan dinar emas 916 dan 917.

Sebagai contoh dinar emas Kelantan (KGT) melebelkan ketulenan 917 pada dinar mereka.

Manakala dinar emas Public Gold (edisi sebelum GST) dilabelkan sebagai dinar 916.

Jadi orang tertanya-tanya. Ada tak perbezaan diantara ketulenan kedua-dua dinar emas ini?

Adakah dinar emas 917 lebih bagus daripada dinar emas 916?

Ini jawapannya... mula mula sekali kita kena tahu, apakah sistem yang digunakan untuk mengukur ketulenan emas?

Jawapan: Ketulenan emas diukur menggunakan sistem karat emas.

Sistem karat emas mengukur ketulenan dengan cara melihat berapa bahagian emas tulen per 24 bahagian.

Anda boleh lihat jadual karat emas dibawah.

Jika emas tersebut tidak ada sebarang campuran, yakni 24 bahagian/24 bahagian adalah emas maka ia dipanggil emas 24 karat (emas tulen)

Jika tukang emas campur 2 gram tembaga dan 22 gram emas, maka hanya 22 bahagian adalah emas dan 2 bahagian adalah logam lain, maka emas itu adalah berketulenan 22 karat.

Kenapa tukang emas nak campur logam lain ke dalam emas?

Jawapannya supaya emas tersebut menjadi lebih keras dan tahan lasak. Emas 24 karat nie lembut dan mudah tercalar dan terputus.

Sebab itu barang kemas 24 karat kita jarang jumpa. Kita selalu jumpa barang kemas 22k @ 916.

Berbalik kepada dinar 917 dan 916. Ada beza ke?

Jawapannya: Tiada perbezaan. Kualiti keduanya adalah SAMA. Sebab kedua-dua dinar ini ditempa daripada emas 22 karat.

917 dan 916 ini adalah hasil daripada pembundaran nombor sahaja. Sebab kalau kita nak tukar sistem karat kepada peratus, maka formulanya adalah seperti berikut:

22/24 x 100 = 91.666666666666667 %

Nombor ini anda boleh pilih untuk bundarkan kepada 91.6 atau 91.7

Jika anda pilih untuk membundarkannya kepada 91.6 maka
91.6 / 100 x 1000 per thousand part = 916

Jika anda pilih untuk membundarkannya kepada 91.7 pulak, maka 91.7 / 100 x 1000 per thousand part = 917

Nampak tak?

Sebenarnya ketulenan 916 dan 917 ini adalah sama.

Cuma cara syarikat buat pembundaran ajer yang menjadikan dia 917 dan 916.

Semoga terjawab persoalan anda.

Silakan #share jika bermanfaat.
Forwarded from Tips Kewangan & Hartanah Azizul (AZIZUL)
#TabungPendapatan

PENDAPATAN SAMPINGAN KITA?

Hari ini makin ramai kalangan kita buat lebih dari satu kerja sebagai pendapatan sampingan. ini sedikit panduan buat kita semua.

1. Buka Akaun Khusus.

Asingkan pendapatan yang kita dapat dalam akaun lain. Jika dapat buka akaun yang mudah kita masukkan duit .

Tiap kali dapat duit masukkan dalam CDM mesin pada malam harinya atau besoknya. Lakukan sekerap mungkin aktiviti ini.

2. Bina Matlamat Simpanan

Buat satu sasaran jumlah berapa kita nak simpan, contohnya akhir tahun ini saya nak ada RM10,000 dalam simpanan saya.

3. Simpanan dan Pelaburan

Tujuan biarlah untuk simpanan dan pelaburan kita, bukan untuk beli barang mewah yang kita suka atau percutian kita.

4. Beli Aset Jangan Liabiliti.

Susahnya dapat duit itu biar berbayar dengan beli aset yang baik seperti rumah. Elakan beli kereta kerana nilai susutnya tinggi.

5. Ambil Takaful Perlindungan.

Jika banyak masa habis dijalan raya, risoko kemalangan berganda. cari Takaful serendah RM50 yang beri perlindungan RM100,000 jika sesuatu berlaku kepada kita nanti. Biar anak isteri terjaga.

6. Sasaran 5 Tahun.

Jangan terlalu lama buat kerja ini, cuba bina sasaran 5 tahun sahaja kerana kita tidak akan pasti apa yang akan berlaku selepas ini.

Bersedia selepas 5 tahun untuk "wang bekerja untuk kita" dan "bukan kita bekerja untuk wang" lagi.

Moga kira dirahmati dan murah rezeki

Azizul Azli Ahmad

#Share jika bermanfaat.
#Buat Simpanan Dengan Baik