Catatan Lynnda Abbas
Dunia sementara
Subuh jam 5am saya menerima panggilan talipon dari sahabat saya kak faridah yang juga jiran kepada Ust Azlizan Nueq..
Agak lama juga saya tak berjumpa Ust Azlizan Nueq dan isterinya..kali terakhir bertemu beliau kelihatan sihat lagi isterinya walau keluar masuk hospital..
4 tahun yang lepas disahkan Dr isterinya 'Atie' menghidapi kanser Luekimia selepas melahirkan anak pertama yang kini berusia 6 tahun.. ketika anak itu berusia 2 tahun si ibu disahkan menghidap leukemia...penantian yang panjang untuk mendapatkan zuriat ini berhasil selepas 13 tahun.. akhirnya Allah kurniakan beliau seorang puteri..namun kegembiraan itu dirasai seketika..diuji pula ujian yang lebih besar lagi..Allahhu..
Allah tidak akan membebani seseorang hamba melainkan ia mampu. Semua ujian itu baik bagi hambaNya selagi ia mampu bersabar.
Ujian berat itu terus dihadapi dengan sabar dan redha..saya hanya melihat dari jauh perkembangan mereka ini..si isteri yang kuat dan pasrah..si suami yang sabar dan setia menemani dan menjaga isterinya hingga di hembusan terakhir beliau kelihatan kuat menghadapi ujian ini.
Sewaktu saya membaca screenshoot whats app ini..saya terharu..sebab nama saya yang disebut untuk bantu uruskan pengurusan jenazah isterinya..walhal kami lama tak berhubungan...Allah yang atur semua ini untuk dipermudahkan urusan itu untuk beliau..ia berlaku mengikut kehendakNya.
Lebih kurang 11am saya dimaklumkan arwah telah pun menghembuskan nafas terakhirnya.
Team PJM yang turun membantu terdiri dari saya, farra, k nurul, aya, dan zuli berada di bilik jenazah untuk proses mandi dan kafan sebelum dibawa pulang kerumah..
Sebelum memulakan proses ' ghusl 'Ust Azlizan Nueq menyatakan hasrat untuk mandikan jenazah isterinya dan dibantu juga oleh ibu isterinya iaitu Dato Prof Ramlah Adam..kami mengatur tugasan dan sama² membantu dan membimbing Ustaz dan Ibu isterinya untuk proses ghusl dan kafan..
Pada saat Ustaz sendiri yang mahu uruskan bahagian 'stoma' dan diapers isterinya semasa kami memulakan ghusl, beliau berkata " takpe biar saya buat yang ini, memang saya pun yang urus ini setiap hari"...kami masing2 bergenang airmata bila melihat.. Subhanallah..bukan semua suami mampu lakukan ini..
Beliau bersungguh memandikan jenazah isterinya hingga ke syampu rambut pun dia mahu lakukan sekali lagi walau ibu si isterinya sudah lakukan sebelumnya..katanya " atie suka syampu rambut ni". Diberi kan lebihan buih pada rambut si isterinya sambil mengosok gosok rambut si isteri buat kali terakhirnya..
Saya terus melihat penuh hikmah...sambil melihat wajah jenazah si isteri yang tersenyum itu..seperti perginya diredhai..lagilah hati kami tersentuh..sayunya perasaan ini..cuba memahami erti kehilangan orang yang paling dicintai..
Selesai 'ghusl' (mandi jenazah) kami dapat sempurnakan solat jenazah sebelum dibawa pulang.. diimamkan oleh Ustaz Azlizan sendiri dan jenazah dibawa pulang kerumah selepas itu..dikebumikan selepas Asar..Alhamdulillah ramai yang hadir ziarah dirumah mendoakan dan solat jenazah dilakukan 2 kali sebelum dibawa ke tanah perkuburan.
Sewaktu jenazah diusung ke tanah perkuburan..kelihatan Ust Azlizan dan Ibu Arwah Dato Prof Ramlah Adam juga bergerak ke tanah perkuburan yang terletak tidak jauh dari rumah mereka..sempat saya rakam 2 wajah ini yang memberi seribu makna..
Seorang ibu kehilangan seorang anak..seorang suami kehilangan seorang isteri...yang paling menyedihkan seorang anak kecil berusia 6 tahun kehilangan seorang ibu di usianya masih kecil..
Begitulah hakikat kehidupan..tiada yang kekal di dunia ini melainkan tempat persinggahan semata mata.
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
Sesungguhnya kita milik Allah dan kepada-Nya kita kembali.
اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهآ وَارْحَمْهآ وَعَافِهآ وَاعْفُ عَنْها
Ya Allah! Ampunilah dia, rahmatilah dia, selamatkanlah dia, maafkanlah dia.
L.A✒
#NotaLA