UiTO Channel: Bicara CR
537 subscribers
415 photos
168 videos
137 files
1.25K links
Berkongsi apa yang ada dalam pemikiran dan apa yang dirasa dalam hati. Kita sama2 menuju kepadaNya. Dunia penuh tipu daya yg membelenggu manusia menyebab mereka lupa Allah.

Web rasmi www.uito.org
Channel rasmi @UiTO2017
CR @RektorUiTO
Download Telegram
#3 PERKAUMAN

Tajuk: Demi Kedamaian, Fakta (kebenaran) Tidak Penting?

Sejarah:
Pada tahun ke 35 selepas Peristiwa Gajah, Rasulullah yang berumur 35 tahun membantu pembinaan Kaabah yang rosak akibat banjir. Akibat kurangnya sumbangan wang halal, kaum Quraisy hanya mampu membina separuh dari binaan asal Kaabah. Yang selebihnya, diberi tanda sahaja (Hijir Ismail).

Mereka juga melakukan dua perkara baru yang lain iaitu meninggikan tapaknya, dan menutup satu dari dua pintunya, seperti Kaabah yang kita lihat hari ini.

Pada umur 40, Nabi mendapat wahyu pertama. Kaabah masih dalam keadaan tidak original.

Pada umur 53, Nabi dan sahabat2nya meninggalkan Mekah menuju ke Madinah. Kaabah masih dalam keadaan tidak original.

Pada umur 61, Nabi dan sahabatnya berjaya 'menawan' Mekah. Dalam bahasa kita, Nabi menjadi Presiden untuk Mekah dan Madinah sekarang. Kaabah masih dalam keadaan tidak original.

Pada umur 60'an Nabi memberitahu Aisyah bahawa baginda mahu mengembalikan binaan Kaabah seperti yang asal, tetapi tidak boleh, kerana bimbangkan orang ramai yang baru menerima Islam.

Rasulullah wafat pada umur 63. Kaabah masih dalam keadaan tidak original.

53 tahun selepas itu, Abdullah ibn Zubair mengembalikan Kaabah kepada binaan asal. Pertama kali Kaabah berbentuk asal selepas 100 tahun.

9 tahun kemudian, atas kejahilan beberapa orang, Kaabah dibina semula dalam keadaan tidak original.

Kaabah kekal dalam binaan TIDAK ORIGINAL sehingga sekarang.

Kesimpulan:
1. Demi kedamaian, adakalanya fakta sebenar tidak penting

2. Bukan semua orang boleh uruskan fakta kebenaran dengan baik.

3. Majoriti manusia dalam apa apa kelompok, biasanya kurang ilmu.

4. Kalau fakta pun boleh mendatangkan mudarat, apalagi berita palsu atau berita yang berlatarbelakangkan kebencian.

5. Kalau fakta besar seperti binaan Kaabah pun Rasulullah 'diam'kan, apalagi fakta kes yang samar2, seperti yang negara kita hadapi sekarang.

6. Bayangkan kalau Kaabah diruntuhkan hari ini, untuk bina semula dalam binaan asal? Apa reaksi orang ramai?

7. Nasihat saya, berhentilah sebar apa-apapun berkenaan kes yang sedang disiasat oleh Polis.

8. Salah satu tanda orang yang bijak ialah mampu diam walaupun dia tahu.

Disediakan oleh
Dr Jefri Irwan Harris
29 November 2018
Kuantan
#gengsirah


@BicaraCR