UiTO Channel: Bicara CR
542 subscribers
415 photos
168 videos
137 files
1.25K links
Berkongsi apa yang ada dalam pemikiran dan apa yang dirasa dalam hati. Kita sama2 menuju kepadaNya. Dunia penuh tipu daya yg membelenggu manusia menyebab mereka lupa Allah.

Web rasmi www.uito.org
Channel rasmi @UiTO2017
CR @RektorUiTO
Download Telegram
Malang sungguh hidup manusia. Ke hulu ke hilir layan perasaan. Korban apa saja untuk mencapai cita-cita. Kumpul harta untuk mencari bahagia. Rasa bangga bila ramai followers. Tertipu dengan permainan hidup dunia yg sementara. Hidup lelah sepanjang masa. Akhirnya mati dan dibangkitkan semula untuk ditanya oleh Raja Hari Pembalasan.

Tidak kira siapa, endingnya sama; mengadap Tuhan pemilik seluruh alam.

Al-Insyiqaq:6

يَا أَيُّهَا الْإِنْسَانُ إِنَّكَ كَادِحٌ إِلَىٰ رَبِّكَ كَدْحًا فَمُلَاقِيهِ
Wahai manusia! Sesungguhnya engkau sentiasa berpenat-lelah (menjalankan keadaan hidupmu) dengan sedaya upayamu hinggalah (semasa engkau) kembali kepada Tuhanmu, kemudian engkau tetap menemui balasan apa yang engkau telah usahakan itu (tercatit semuanya).

#tazkirah
#tazkirah1minit
#alquran
#tadabbur
#yaumuddin

Che Ab Rahim
Channel

t.me/BicarCR
[KELAS TADABBUR ONLINE] - KINI, GRABNGAJI MALAYSIA BUKA KELAS SECARA MAYA

GrabNgaji Malaysia memperkenalkan program terbaru iaitu Kelas Tadabbur Online. Ini merupakan inisiatif dari tim kami untuk membantu anda semua memahami al-Quran walau di mana jua anda berada.

Mengapa Perlu Hadir?

Anda tidak perlu hadir ke kelas. Anda boleh jimat masa, tenaga dan minyak. Anda hanya perlu duduk di rumah atau di mana sahaja anda berada. Anda hanya perlukan sambungan internet sahaja.

Kami berbesar hati menjemput anda semua untuk menyertai kelas pengenalan “Tadabbur Surah al-Mulk”. Sebuah surah yang menggambarkan tentang kerajaan Allah SWT. Sebuah surah yang Nabi Muhammad SAW anjurkan baca pada setiap hari sebelum tidur.

Surah ini cerita tentang apa ya?

Mengapa surah ini begitu penting dalam kehidupan kita?

Apakah mesej penting yang mahu disampaikan dalam surah ini?

Siapakah kerajaan yang paling berkuasa di dunia pada hari ini?

Adakah kita gerun dan takut dengan kerajaan itu?

Di sebalik itu, tahukah kita bahawa ada lagi sebuah kerajaan yang sangat agung, sangat dahsyat dan sangat gerun daripada kerajaan di dunia? Malah, surah inilah yang akan menerangkan tentang hakikat sebenar kerajaan dan wilayah pemerintahan Allah SWT yang melangkaui alam kematian (kehidupan sekarang) dan alam kehidupan (alam akhirat yang tiada kematian).

Tadabbur oleh Ustaz Noh Omar@ibn Omar, panelis Bilik UiTO ( 123 ).

Jika anda berminat, sila maklumkan kehadiran anda dengan terus klik pautan berikut:-

po.st/GNTd01

#sebarkan
#tadabbur
#online
#almulk
#grabngaji