UiTO Channel: Bicara CR
542 subscribers
415 photos
168 videos
137 files
1.25K links
Berkongsi apa yang ada dalam pemikiran dan apa yang dirasa dalam hati. Kita sama2 menuju kepadaNya. Dunia penuh tipu daya yg membelenggu manusia menyebab mereka lupa Allah.

Web rasmi www.uito.org
Channel rasmi @UiTO2017
CR @RektorUiTO
Download Telegram
Kita datang ke dunia tanpa harta.
Kita dipinjamkan harta buat sementara.
Kita mencintai harta.
Kita lupa pemilik harta.

Bila harta diambil Tuannya.
Kita bersedih tidak terkira.

Surah Al Lail: 8-10,

"Barangsiapa yg bakhil dan rasa cukup
Dan mendustakan pahala
Kami permudahkan untuk mendapat kesusahan dan kesengsaraan."

Membantu org susah adalah ciri org beragama. Al Maun: 1-3

أَرَءَيۡتَ ٱلَّذِى يُكَذِّبُ بِٱلدِّينِ (١) فَذَٲلِكَ ٱلَّذِى يَدُعُّ ٱلۡيَتِيمَ (٢) وَلَا يَحُضُّ عَلَىٰ طَعَامِ ٱلۡمِسۡكِينِ

Adakah engkau lihat orang yang mendustakan ad-din ? (1) Itulah orang yang mengherdik / menindas anak yatim (2); Dan tidak menggalakkan memberi makan kepada orang miskin. (3)

#cikgurahim #tazkirah #tazkirahseminit
Pagi tadi menjadi imam subuh. Ada makmum tegur jubah ada warna hitam sikit. Mungkin dakwat.

Begitulah posisi imam atau ustaz. Banyak kena jaga. Orang sekeliling sentiasa menilai kita. Jubah, kopiah, mulut, kaki, rambut, janggut , ucapan dan perilaku.

Hari ini masyarakat tidak menghormati ramai agamawan kerana imej yang mereka bawa lebih terok daripada orang biasa. Imam dan ustaz adalah gelaran yang luar biasa. Masyarakat mengharapkan mereka menjadi contoh ikutan. Imam dan ustaz seharusnya memahami hakikat ini.

#BicaraCR


#tazkirah
Malang sungguh hidup manusia. Ke hulu ke hilir layan perasaan. Korban apa saja untuk mencapai cita-cita. Kumpul harta untuk mencari bahagia. Rasa bangga bila ramai followers. Tertipu dengan permainan hidup dunia yg sementara. Hidup lelah sepanjang masa. Akhirnya mati dan dibangkitkan semula untuk ditanya oleh Raja Hari Pembalasan.

Tidak kira siapa, endingnya sama; mengadap Tuhan pemilik seluruh alam.

Al-Insyiqaq:6

يَا أَيُّهَا الْإِنْسَانُ إِنَّكَ كَادِحٌ إِلَىٰ رَبِّكَ كَدْحًا فَمُلَاقِيهِ
Wahai manusia! Sesungguhnya engkau sentiasa berpenat-lelah (menjalankan keadaan hidupmu) dengan sedaya upayamu hinggalah (semasa engkau) kembali kepada Tuhanmu, kemudian engkau tetap menemui balasan apa yang engkau telah usahakan itu (tercatit semuanya).

#tazkirah
#tazkirah1minit
#alquran
#tadabbur
#yaumuddin

Che Ab Rahim
Channel

t.me/BicarCR
Maafkanlah... perjalanan hidup ini sangat singkat.

*"Our Journey Together is so Short"*

A young lady sat in a bus. At the next stop a loud and grumpy old lady came and sat by her. She squeezed into the seat and bumped her with her numerous bags.

The person sitting on the other side of the young lady got upset, asked her why she did not speak up and say something.

The young lady responded with a smile:

"It is not necessary to be rude or argue over something so insignificant, the journey together is so short. I get off at the next stop."

This response deserves to be written in golden letters:

*"It is not necessary to argue over something so insignificant, our journey together is so short"*

If each one of us realized that our time here is so short; that to darken it with quarrels, futile arguments, not forgiving others, discontentment and a fault finding attitude would be a waste of time and energy.

Did someone break your heart? *Be calm, the journey is so short.*

Did someone betray, bully, cheat or humiliate you? *Be calm, forgive, the journey is so short.*

Whatever troubles anyone brings us, let us remember that *our journey together is so short.*

No one knows the duration of this journey. No one knows when their stop will come. *Our journey together is so short.*

Let us cherish friends and family. Let us be respectful, kind and forgiving to each other. Let us be filled with gratitude and gladness.

If I have ever hurt you, I ask for your forgiveness. If you have ever hurt me, you already have my forgiveness.

After all, *Our Journey Together is so Short!*

Cikgu Rahim

#advice
#tazkirah
#tazkirah1minit

My Channel -->>>> t.me/BicaraCR
Tazkirah pilihan

Ibu, jika anak-anakmu sering menyakiti hati mu, telitilah kembali ketaatan dirimu kepada suami mu. Boleh jadi anak-anak menyakiti hati mu kerana kau menyakiti hati suami mu.

Anak-anak, jika kehidupan mu sering terganggu, dan ada saja masalah yang melanda, teliti kembali ketaatan mu kepada ibu mu...kerana boleh jadi kederhakaan mu kepada ibu mu itulah penyebab hilang keharmonian dalam hidup mu.

Suami, jika kau sering disakiti oleh isteri mu maka muhasabahlah ketaatan mu kepada Allah, boleh jadi kederhakaan isteri mu terhadap mu disebabkan oleh kederhakaan mu kepada Allah.

Ustaz Pahrol Muhammad Juoi

#tazkirah
#tazkirah1minit

@BicaraCR
Hidup adalah ujian

Ada orang gelisah bila miskin, tetapi tenang bila kaya. Org lain pula tenang bila miskin, tetapi hidupnya kelam kabut bila kaya. Miskin kaya itu ujian. Miskin bukan hina, kaya bukan mulia. Ukuran kejayaan berdasarkan iman dan istiqamah di atas jalan Allah. Pengakhiran hidup samada azab abadi atau bahagia abadi.

Che Ab Rahim

#tazkirah
#tazkirah1minit

t.me/BicaraCR
4 kategori manusia dalam beribadat

Ibadat akan diterima disisi Allah SWT bila dilandasi dua dasar :

1. Ikhlas kepada Allah SWT.

2. Mengikuti aturan syariah untuk amal ibadah yang akan dilakukannya.

Dari dua dasar tersebut, maka manusia dalam beribadah dapat dibagi menjadi 4 golongan:

1. Orang-orang yang melakukan ibadah dengan ikhlas untuk Allah SWT dan mengikuti aturan syariah Allah dan rasul-Nya.

2. Orang-orang yang tidak ikhlas dan tidak mengikuti aturan syariat.

3. Orang-orang yang ikhlas dalam beramal, tetapi tidak benar dalam mengikuti syariat.

4. Orang-orang yang benar dalam beramal sesuai dengan syariatnya, namun tidak ikhlas dalam melakukannya.

Dari 4 golongan tersebut hanya golongan pertama saja yang diterima ibadahnya, sedangkan golongan 2, 3 dan 4 semuanya tertolak dan tidak diterima di sisi Allah SWT.

#ibadat
#tazkirah

Che Ab Rahim

t.me/BicaraCR
Kita banyak dosa tetapi kita asyik nampak dosa orang lain. Dosa hati sangat banyak. Kita tidak bersyukur sentiasa kepadaNya. Kita rasa aman dari murkaNya. Kita tidak bertawakkal kepadaNya. Kita perasaan kita hebat. Kita perasan kita ahli syurga, kumpulan lain ahli neraka.

Untuk hapuskan dosa-dosa itu, Allah bagi kita sakit.

#tazkirah
Che Ab

قال صلى الله عليه وسلم: (إن الله تعالى يبتلي عبده المؤمن بالسقم حتى يكفّر عنه كلّ ذنب) [روه الطبراني والحاكم، صحيح الجامع ١٨٧٠].


@BicaraCR
Disebutkan dalam hadits dari Abu Mas’ud Al-Badri radhiyallahu ‘anhu bahwasanya Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

مَنْ قَرَأَ بِالآيَتَيْنِ مِنْ آخِرِ سُورَةِ الْبَقَرَةِ فِى لَيْلَةٍ كَفَتَاهُ

“Siapa yang membaca dua ayat terakhir dari surat Al-Baqarah pada malam hari, maka ia akan diberi kecukupan.” (HR. Bukhari no. 5009 dan Muslim no. 808)

Kecukupan dalam hidup dapat berarti banyak hal. Bisa berarti kecukupan materi, atau kecukupan secara batin atau perasaan tenang dan damai.

Menurut Syaikh Muhammad bin Shalih Al-‘Utsaimin, kecukupan yang dimaksud di sini adalah dijaga dan diperhatikan dalam do’anya oleh Allah.

“Ketahuilah para ikhwan sekalian, kedua ayat ini jika dibaca di malam hari, maka akan diberi kecukupan. Yang dimaksud diberi kecukupan di sini adalah dijaga dan diperintahkan oleh Allah, juga diperhatikan dalam do’a karena dalam ayat tersebut terdapat doa untuk maslahat dunia dan akhirat.” (Ahkam Al-Qur’an Al-Karim, 2: 540-541).

Che Ab

#alquran
#albaqarah
#tazkirah
#tafsir
#bicaracr

@BicaraCR
Tazkirah petang
#tazkirah

Ada empat perkara yang berharga dalam diri manusia dan dia boleh hilang dengan empat perkara juga.

Adapun yang berharga itu ialah Akal, Agama, Malu dan Amal soleh.

Maka....

Akal boleh hilang disebabkan marah.
Agama boleh hilang disebabkan dengki.
Malu boleh hilang disebabkan tamak.
Amal soleh boleh hilang dan terhapus disebabkan suka menceritakan keburukan orang lain.

@BicaraCR
Fitnah terbesar lelaki

مَا تَرَكْتُ بَعْدِي فِتْنَةً أَضَرَّ عَلَى الرِّجَالِ مِنَ النِّسَاءِ

“Tidaklah aku menginggalkan fitnah, setelah aku (wafat), yang lebih berbahaya atas laki-laki daripada wanita”.

HR Al-Bukhari wa Muslim.

Sertai Channel t.me/tazkirah

#tazkirah
Kata-kata hikmah

الصبر هو الصمت ، والصمت من الصبر ، ولا يكون المتكلم أورع من الصامت ، إلا رجل عالم يتكلم في موضعه ويسكت في موضعه "

sabar adalah diam, diam sebagian dari sabar, orang yg berbicara tdk akan menjadi lebih wara’ daripada orang yg diam kecuali orang yg pintar, dia bicara pada tempatnya dan diam jg pada tempatnya.
bisyr bin haris (w.277 H)

@tazkirah
#tazkirah
@BicaraCR
Malam tadi saya menonton video seorang anak muda faham liberal yang tidak puas hati dengan cara beragama orang-orang melayu. Baginya makna syahadah itu ialah menegakkan keadilan dan membantu orang miskin. Dia rasa lucu dengan fahaman menyebut kalimah syahadah seseorang itu boleh masuk syurga.

Moga pemuda yang suka berfikir itu mendapat hidayah.

Makna syahadah ialah kita mengakui bahawa tiada (ilah) yang berhak disembah melainkan Allah. Ilah bermakna apa saja yg dipuja dan disembah. Ilah mungkin sistem tradisi seperti berhala, ideologi, tokoh agama, penguasa atau hawa nafsu.

Yang berhak dipuja dan disembah ialah pemilik seluruh alam; Allah yang Maha Esa. Jika manusia mensyirikkan Allah maka berlakulah penyelewengan dan kezaliman dalam hidup manusia.

Lanjutan daripada kalimah syahadah itu ialah kita hidup sebagai hamba Allah setiap masa. Menegakkan keadilan dan membantu orang miskin adalah tuntutan syahadah. Orang yang boleh diharap untuk menegakkan keadilan ialah orang yang menghayati kalimah syahadah kerana mereka tidak menyembah dunia. Penyembah dunia akan tergoda dengan fitnah yang dahsyat dalam perjuangannya.

Fahamilah makna syahadah yang sebenarnya dan tunaikan tuntutannya.
Fahami agama melalui amalan salafus saleh bukan melalui praktik umat yang jahil.

Barulah pemuda itu faham hakikat syahadah dan kaitan dengan perjuangannya.

#tazkirah
t.me/BicaraCR
Assalamua'laikum wrh wbrkth Perkongsian ilmu pagi ini


Beri jawapan di tempat kosong di bawah ini dan mohon
dijawab dgn jujur di dalam hati masing-masing..

1. Allah menciptakan tertawa dan __
2. Allah itu mematikan dan __
3. Allah menciptakan lelaki dan __
4. Allah memberikan kekayaan dan __

Kebanyakkan kita tentu akan dapat jawab dgn mudah
iaitu :
1. Menangis
2. Menghidupkan
3. Perempuan
Tapi bagaimana no.4?

Adakah jawapan kita "kemiskinan"???

Untuk mengetahui jawapannya, mari kita lihat rangkaian
firman Allah SWT di dalam Surah An-Najm ayat 43-45,
dan 48, sebagai rujukan:

ﻭَﺃَﻧَّﻪُ ﻫُﻮَ ﺃَﺿْﺤَﻚَ ﻭَﺃَﺑْﻜَﻰ
"dan Dia-lah yang menjadikan orang tertawa dan
menangis."
(Surah An-Najm : 43).

ﻭَﺃَﻧَّﻪُ ﻫُﻮَ ﺃَﻣَﺎﺕَ ﻭَﺃَﺣْﻴَﺎ
"dan Dia-lah yang mematikan dan menghidupkan."
(Surah An-Najm : 44).

ﻭَﺃَﻧَّﻪُ ﺧَﻠَﻖَ ﺍﻟﺰَّﻭْﺟَﻴْﻦِ ﺍﻟﺬَّﻛَﺮَ ﻭَﺍﻟْﺄُﻧﺜَﻰ
"dan Dia-lah yang menciptakan berpasang-pasangan
lelaki-lelaki dan perempuan. "
(Surah An-Najm : 45).

ﻭَﺃَﻧَّﻪُ ﻫُﻮَ ﺃَﻏْﻨَﻰ ﻭَﺃَﻗْﻨَﻰ
"dan Dia-lah yang memberikan kekayaan dan
kecukupan."
(Surah An-Najm : 48).

Ternyata jawapan kita semua betul dalam memberi
jawapan dari no. 1-3, tetapi untuk jawapan untuk no. 4
ramai terkeliru dgn apa yg Allah SWT janjikan.

Jawapan Allah Ta'ala dalam al-Qur'an bukan
"kemiskinan", tapi KECUKUPAN.

Subhanallah..

Sesungguhnya Allah Ta'ala hanya memberi Kekayaan
dan Kecukupan kepada hamba-Nya. Dan ternyata yg
"menciptakan" kemiskinan adalah diri kita sendiri.

Itulah hakikatnya, mengapa orang-orang yg sentiasa
bersyukur; walaupun hidup serba kekurangan ia akan
tetap tersenyum dan merasa cukup, bukan merasa
miskin!

Jadi, marilah kita bangkitkan rasa kesyukuran dan
kecukupan di dalam hati dan fikiran kita, berhenti
mengeluh, berhenti mengatakan rezeki kecil, agar kita
menjadi hamba-Nya yg selalu bersyukur.
Wallahua'lam

#tazkirah
#share

t.me/BicaraCR

Baca dan share.