UiTO Channel: Bicara CR
581 subscribers
415 photos
165 videos
137 files
1.24K links
Berkongsi apa yang ada dalam pemikiran dan apa yang dirasa dalam hati. Kita sama2 menuju kepadaNya. Dunia penuh tipu daya yg membelenggu manusia menyebab mereka lupa Allah.

Web rasmi www.uito.org
Channel rasmi @UiTO2017
CR @RektorUiTO
Download Telegram
Photo from Imam MasjidArRahman
Tersebar tulisan yang mendakwa sesuatu hadith yang Dhaif hatta Dhaif Jiddan sekiranya ia diterima dan di amalkan ramai ahli ilmu maka hadith tersebut bertukar darjat Sahih bahkan boleh mencapai darjat mutawatir, kenyataan ini tidak benar dan ia menyalahi metod ahli hadith dalam tashih dan tad’if. Saya kira penulis keliru antara tashih hadith (penilaian Sahih) dan juga qabul hadith (penerimaan hadith dalam amalan).

Seperti yang saya pernah tegaskan, amali fiqh lebih luas daripada tashih dan tad’if, ini kerana sumber fiqh bukan hanya hadith, sebaliknya merangkumi nas al-Quran, Ijma’, amalan sahabat , qias. Sesuatu hadith yang Dhaif bukan semestinya tiada amalan fiqh, begitu juga sesuatu hadith yang Sahih boleh tertolak kerana ia telah mansuh hukumnya.

Perkara asas dalam tashih hadith ialah sesuatu hadith yang dinilai Sahih perlulah menepati lima syarat iaitu:

1- Bersambung sanad
2- Para rawi yang adil
3- Para rawi yang dhabit
4- tiada kesilapan (iaitu tidak syaz, munkar)
5- tiada ‘illah (kecacatan tersembunyi)

Ini adalah syarat-syarat yang disepakati ahli hadith dalam tashih dan tad’if. Namun di sana terdapat kelompok - ahli kalam atau ulama usul - yang menjadikan kaedah-kaedah lain dalam tashih, dan kedah-kaedah tersebut adalah tertolak.

Syaikh Zakaria bin Ghulam Qadir al-Bakistani dalam bukunya Usul al-Fiqh ‘ala Manhaj Ahl al-Hadith menyatakan beberapa kedah yang tertolak dalam tashih hadith, iaitu:

1- Mensahihkan hadith dengan makna intipati teks hadith

Tidak dinafikan bahawa sememangnya terdapat hadith-hadith Dhaif akan tetapi makna intipati teksnya benar dan diamalkan fiqhnya, tetapi ini tidak bermakna hadith itu Sahih, ia tetap Dhaif dan tidak boleh disandarkan kepada Nabi SAW. Semua kata Nabi adalah benar, namum bukan semua kata yang benar itu dari Nabi.

2- Mensahihkan hadith dengan tajribah

Tajribah atau testimoni orang soleh atas sesuatu amalan, hadith tidak boleh di nilai Sahih dengan tajribah kerana tashih memerlukan sanad.

3- Mensahihkan hadith dengan kasyaf

Kasyaf tidak boleh digunakan dalam tashih hadith. Apalah guna jihad ulama hadith dalam jarh dan ta’dil serta penilaian sanad sekiranya tashih diterima dengan kasyaf!

4- Mensahihkan hadith kerana amalannya diterima ulama secara meluas (تلقاه العلماء بالقبول)

Mereka yang mendakwa begini biasanya menukilkan kata al-Imam al-Suyuti dalam Tadrib al-Rawi:

يحكم للحديث بالصحة اذا تلقاه الناس بالقبول وان لم يكن له اسناد صحيح

“Dihukum bagi hadith dengan Sahih apabila ianya diterima manusia secara meluas walaupun tiada sanad yang Sahih”

Kata al-Imam al-Suyuti ini tidak pantas difahami secara zahir, kerana ianya menyalahi kaedah ahli hadith dalam tashih, sebaliknya apa yang dimaksudkan al-Suyuti adalah hukum bagi matan hadith itu Sahih dan ia diamalkan fuqaha’ fiqhnya, walaupun isnadnya Dhaif.

Menurut Syaikh Zakaria bin Ghulam Qadir al-Bakistani, hadith-hadith Dhaif yang diterima fuqaha’ secara meluas ini terbahagi dua keadaan;

Keadaan pertama: intipati hadith yang Dhaif itu baginya ijma’ ulama, maka diterima hukum dan amalannya disebabkan ijma’ ulama atas intipatinya, hadith tersebut tetap tidak boleh disandarkan kepada Nabi;

Antara contoh dalam hal ini ialah hadith tidak najis air selagi tidak berubah bau, warna dan rasa, hadith disepakati Dhaif namun intipatinya diamalkan ulama secara meluas kerana ijma’, begitu juga hadith tiada wasiat kepada ahli waris.

Keadaan kedua: sesuatu hadith dhaif itu didakwa diterima secara meluas kerana terdapat kenyataan sebahagian aimmah yang menerimanya, sedangkan yang lain tidak memberi komentar. Hadith yang begini sebenarnya tidak tepat disebut diterima ulama secara meluas kerana diammya seseorang bukan bermaksud membenarkan, dan ini kaedah usul yang masyhur.

Syaikhuna Dr. Maher Yasin al-Fahl dalam bukunya Athar ‘ilal al-hadith selepas membincangkan secara panjang bab hadith-hadith Dhaif yang diamalkan fiqhnya oleh fuqaha, membuat kesimpulan katanya:
ينبغي التفريق بين الحكم بصحة الحديث و بين قبوله و العمل به ؛ و ذلك أن التصحيح على مقتضى الصناعة الحديثية شيء و قبول الحديث شيء آخر ، فاذا وجد حديث مثل هذا فهو مقبول يعمل به لكنه لا يسمى صحيحا

“Perlu dibezakan antara hukuman Sahih hadith dengan Maqbul hadith yang menjadi amal dalam fiqh, Tashih adalah satu perkara manakala maqbulnya hadith sebagai amalan fiqh adalah satu perkara lain, kerana itu adanya hadith yang maqbul diterima dan diamalkan tetapi tidaklah ia dinamakan sebagai Sahih”

Allah Maha Mengetahui

Dr. Muhammad Fathi
18 Ramadhan 1443H
Kuala Lumpur; 0232H
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Alhamdulillah kita berada dalam 10 akhir Ramadhan. Pertingkatkan amal kerana kita tidak pasti dapat berada dalam suasana ini tahun depan.

Jemput hadir tazkirah bil Qur'an pagi ini jam 750 pagi.

Surah Az-Zumar ayat 10.

https://meet.google.com/gkv-ideo-dif
Serta grup pengajian Google Meet.

Antara amalan yang paling afdal dan yang paling mudah dilakukan pada malam-malam Ramadan adalah berzikir dengan zikir yang memiliki fadilat khusus. Moga-moga dapat digandakan ganjarannya berpuluh ribu kali ganda jika bertepatan dengan malam Laylatul Qadr.

Zikir yang paling afdal adalah kalimah tauhid dan lafaznya yang paling baik adalah:

لا إلهَ إلاَّ اللَّه وحْدهُ لاَ شَرِيكَ لهُ، لَهُ المُلْكُ، ولَهُ الحمْدُ، وَهُو عَلَى كُلِّ شَيءٍ قَدِيرٌ

Dalam al-Sahihayn (al-Bukhari dan Muslim): "Sesiapa yang mengucapkannya sebanyak 100 kali, pahalanya bersamaan dengan memerdekakan 10 orang hamba".

Kalau kita ucapkan zikir ini setiap malam pada 10 malam terakhir Ramadan dan mengenai satu malam Laylatul Qadr, maka ia menyamai fadilat memerdekakan lebih daripada 300,000 orang.

Memerdekakan seorang hamba sahaja boleh melepaskan seseorang itu daripada api neraka, sebagaimana dalam hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim:

مَنْ أَعْتَقَ رَقَبَةً مُؤْمِنَةً، أَعْتَقَ اللَّهُ بِكُلِّ عُضْوٍ مِنْهُ عُضْوًا مِنْهُ مِنَ النَّارِ

"Sesiapa yamg memerdekakan seorang hamba sahaya yang mukmin, Allah pasti akan memerdekakan setiap tubuh anggotanya seperti setiap anggota hamba sahaya yang dimerdekakan itu daripada api neraka".

Fadilat yang sangat menakjubkan! Namun kelalaian manusia daripada amalan mudah lagi besar ganjarannya seumpama ini lebih menakjubkan.

-Syeikh 'Abd al-'Azīz al-Ťarīfi-
Allah SWT berfirman dalam QS 39 : 54

وَاَنِيْبُوْٓا اِلٰى رَبِّكُمْ وَاَسْلِمُوْا لَهٗ مِنْ قَبْلِ اَنْ يَّأْتِيَكُمُ الْعَذَابُ ثُمَّ لَا تُنْصَرُوْنَ

Terjemah Kemenag RI:
Dan kembalilah kamu kepada Tuhanmu, dan berserah dirilah kepada-Nya sebelum datang azab kepadamu, kemudian kamu tidak dapat ditolong.


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Tazkirah bil Quran 10 minit.
9 Syawal.
750 pagi.

"Dan ingatkanlah dengan Al-Qur'an."

https://meet.google.com/gkv-ideo-dif
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Tazkirah bil Quran 10 minit.
24 Syawal.
Rabu.

Banyakkan tasbih, tahmid, istighfar dan selawat.

750 pagi.

Tazkirah setiap hari via Google Meet.

"Dan ingatkanlah dengan Al-Qur'an."


https://meet.google.com/gkv-ideo-dif


Allah SWT berfirman dalam QS 40 : 49

وَقَالَ الَّذِيْنَ فِى النَّارِ لِخَزَنَةِ جَهَنَّمَ ادْعُوْا رَبَّكُمْ يُخَفِّفْ عَنَّا يَوْمًا مِّنَ الْعَذَابِ

Terjemah Kemenag RI:
Dan orang-orang yang berada dalam neraka berkata kepada penjaga-penjaga neraka Jahanam, "Mohonkanlah kepada Tuhanmu agar Dia meringankan azab atas kami sehari saja."

#tazkirah750pagi
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Khamis , 7 Julai, 7 Zulhijjah

Tafsir Al-Muyassar jam 750 pagi. Jika free, jemput lah. 1-10 Zulhijah hari-hari terbaik. Tingkatkan amalan.

https://meet.google.com/gkv-ideo-dif

Allah SWT berfirman dalam QS 43 : 44

وَاِنَّهٗ لَذِكْرٌ لَّكَ وَلِقَوْمِكَ ۚوَسَوْفَ تُسْـَٔلُوْنَ

Terjemah Kemenag RI:
Dan sungguh, Al-Qur'an itu benar-benar suatu peringatan bagimu dan bagi kaummu, dan kelak kamu akan diminta pertanggungjawaban.

Tafsir Muyassar:
Sesungguhnya Al-Qur'an ini benar-benar menjadi kemuliaan bagimu dan kaum Quraisy. Ia diturunkan dengan bahasa mereka. Mereka adalah kaum yang paling paham sehingga semestinya menjadi kaum yang paling lurus dan paling mengetahui kandungannya. Kamu dan orang-orang yang bersamamu akan dimintai pertanggungjawaban tentang syukur kepada Allah dan mengamalkan kandungan Al-Qur'an
CamScanner 07-11-2022 15.40.pdf
738.4 KB
CamScanner 07-11-2022 15.40.pdf