UiTO Channel: Bicara CR
538 subscribers
415 photos
168 videos
137 files
1.25K links
Berkongsi apa yang ada dalam pemikiran dan apa yang dirasa dalam hati. Kita sama2 menuju kepadaNya. Dunia penuh tipu daya yg membelenggu manusia menyebab mereka lupa Allah.

Web rasmi www.uito.org
Channel rasmi @UiTO2017
CR @RektorUiTO
Download Telegram
UiTO sudah ada pertubuhan yg sah untuk dinaunginya.
Puasa 6 Syawal.
Forwarded from Kajian Ustadz adi hidayat (Dakwah Official)
Apabila keluarnya isu video lucah yang didakwa melibatkan seorang menteri, ramai yang minta agar pihak berkuasa menyiasat kebenaran kandungan video tersebut.

Di sinilah pentingnya tabayyun (semak kebenaran berita) dalam kehidupan seorang Muslim.

Dulu sewaktu saya dan rakan-rakan di bidang hadis mulakan kempen semak (tabayyun) terhadap hadis Nabi sallallah alaih wasallam, ada pihak yang tidak setuju dan kempen balas supaya semak diri sendiri sebelum semak hadis.

Sekarang tidak kedengaran lagi ada pihak yang bangkitkan isu semak diri sendiri sebelum semak kesahihan video. Saya kira ramai sudah memahami kepentingan tabayyun. Alhamdulillah.

Jika berita tentang semburit pun terasa kepentingan tabayyun, bukankah isu agama lebih besar dan lebih penting untuk tabayyun?

Dr Rozaimi Ramle
Innalillahi wainna ilaihi rojiun
Kematian sang perwira

اللهم اغفر له وارحمه , وعافه واعف عنه

Anda akan mendapati para thaghut, para pendokongnya akan bergembira dengan kematian Morsi.

Juga malang, para pentaksub Arab Saudi akan gembira dengan kematiannya, perhatikan, perhatikan, perhatikan....

Demi kebencian pada Ikhwan Muslimun... Arab Saudi dan Mesir lebih rela bekerjasama dengan Amerika dan Isreal, daripada Hamas.

Al-Sisi disokong oleh Arab Saudi, Al-Sisi menjalin hubungan erat dengan Israel dan menutup terowong-terowong bekalan kepada Hamas dan pejuang Palestin.

Pelajarilah sejarah dan politik timur tengah, asingkan ia daripada kemaksuman manhaj dan ajaran Rasulullah salalahualaihiwassalam...

Menjadi Salafi bukan bermakna mesti menjadi pemuja Arab Saudi dan memusuhi IM, Hamas dan menganjingkan Al-Qaradhawi....

Salafi bermaksud mengikuti teladan nabi salalahualaihiwassalam walaupun terpaksa mengkritik dan mengutuk Arab Saudi!

@EmranAhmad
Assalamu’alaikum wr wt

UiTO sudah berada di bawah naungan pertubuhan berdaftar;
Persatuan Ukhuwah Teguh Malaysia.
Kita sedang mengumpulkan ahli-ahli ...

Sila serta —>>

t.me/UkhuwahUiTO
UiTO Channel: Bicara CR
Assalamu’alaikum wr wt UiTO sudah berada di bawah naungan pertubuhan berdaftar; Persatuan Ukhuwah Teguh Malaysia. Kita sedang mengumpulkan ahli-ahli ... Sila serta —>> t.me/UkhuwahUiTO
Uslub Dakwah

Rasulullah saw berjalan kaki dan berpanasan berhari-hari lamanya ke Taif. Sampai di Taif, mereka ejek, maki dan baling batu kepada Rasulullah saw sehingga berdarah. Dalam kepenatan dan kesakitan yang amat sangat, Rasulullah saw berdoa agar Allah beri hidayah kepada penduduk Taif.

Selang beberapa ketika, rombongan Taif datang ke Madinah. Rasulullah saw sambut dengan gembira. Rombongan itu memeluk Islam.

Pengajaran: Kerja pendakwah berusaha dan berdoa. Pendakwah bukan penglabel atau pendendam.

Persatuan Ukhuwah Teguh Malaysia
Iman ada tanda. Org Jahiliah fikir mereka sudah beriman. Mereka solat, korban, tawaf, jaga ka’abah. Surah al-Mukminun surah Makkiyyah. Allah SWT beritahu sifat orang beriman. Org beriman khusyu’ dalam solat, bukan setakat berdiri, rukuk, sujud. Org beriman menjauhi perbuatan syirik dan sia-sia. Org beriman membersihkan jiwa bukan setakat ibadat fizikal. Org beriman menjauhi zina. Org beriman jaga amanah dan janji. Org beriman sentiasa jaga solat.

Ayat 1-11 surah al-Mukminun menegaskan bahawa jika ada iman, wujud sahsiah yang berbeda dengan sahsiah org yg mendakwa beriman.

Tamayuz wujud antara sahsiah kumpulan orang Islam pertama yg dibentuk oleh wahyu dengan masyarakat sekeliling.#CR

Persatuan Ukhuwah Teguh Malaysia.
PAS Perlu Meneutralkan Pandangan Terhadap Mukhalif Siyasi Secara Positif

Sebagai gerakan politik Islam berpengalaman lama dan ulung di Malaysia, saff PAS baharu perlu mensederhanakan tasawwur ahli terhadap mukhalif politik mereka terutama golongan yang berhijrah kepada parti lain. Terma negatif seperti munafiq, pengkhianat agama, penentang Islam, penyokong kafir harbi atau lain-lain gelaran "berbahaya" yang mempunyai maksud khusus dalam Islam tidak wajar disemarakkan bagi kegunaan maksud parti. Khianat terhadap perjuangan Pas berbeza dgn khianat terhadap dasar-dasar Islam.

Pimpinan Pas semua peringkat dan juga sebahagian besar ahli harus berfikir seperti pemimpin negara dan menjadi negarawan. Jika ditakdirkan Pas menjadi kerajaan (Insya Allah), Pas akan mengemudi kerajaan untuk semua 31 juta rakyat Malaysia yang merangkumi Melayu, Cina, India dan pelbagai spesis aliran seperti Geng Siti Kasim, G25, LGBT malah termasuk aliran Salafi Wahhabi. Pas bukannya jadi kerajaan untuk ahli sahaja.

Bukan sekadar menghadapi PRU15 dalam tempoh 4 tahun mendatang, malah untuk jangka pangjang, Pas perlu mempamerkan watak sebuah "kerajaan" alternatif yang menjadi teduhan rakyat yang mungkin kecewa dengan prestasi kerajaan PH atau seumpamanya. Pelabelan terhadap mukhalif politik dgn kata-kata negatif (seperti darah munafiq yg disaring) memang memuaskan hati ahli Pas tetapi menjarakkan bukan ahli dan para simpatis dengan Pas.

Bukan semua orang Cina atau India sokong DAP. Namun, kelicikan DAP berpolitik berjaya menarik minat mereka. Maka dalam berpolitik, Pas perlu memulihkan iktikad memusuhi Dap sama seperti memusuhi orang Cina.

Saya tidak nafikan bahawa perkaitan antara imej Islam dengan watak Pas sangat kuat dan sukar dinafikan. Sejak dahulu, orang bukan Islam melihat "gambaran" Islam pada watak orang Pas kerana berbanding Umno-BN, tiada pihak yang berani menghighlightkan tuntutan Islam secara tegas. Mana ada muallaf atau saudara baru Islam yang masuk Umno?Pemimpin Umno (waktu itu) malu-malu utk serius dilihat sebagai Islamis.

Saya berharap Pas dapat segera mengemukakan gagasan baharu untuk negara ini yg lebih mantap daripada Rahmatan Lil Alamin (RLA). Jika menolak konsep RLA dengan hanya berkata ia tidak menepati maksud sebenar, pimpiman Pas wajar tampilkan konsep alternatif lain yg perlu dijana mulai sekarang. Ya zaman ini zaman kritis yang memperlihatkan persaingan idea yg segar, harmoni dan menepati realiti setempat. Zaman semua pihak (PH, BN dll) berlumba mencerakinkan negara mengikut idea masing-masing. DAP pun mahukan Malaysia jadi seperti nafsu keDAPiannya dengan idea, strategi dan propaganda yang bijak dan terancang.

Kelantan dan Terengganu perlu menjadi sample primer pada kejayaan politik dan pentadbiraan Pas sebagai tampilan model bagi peringkat persekutuan. Justeru, agak malang jika keterhadapan idea berkerajaan Pas terganggu dengan isu picisan seperti Wahhabi, munafiq, pengkhianat Islam (walhal pengkhianat Pas sahaja), kafir harbi dan seumpamanya.

Bagi saya, Pas bukan saja tempat golongan agamawan, Islamis dan orang "suci" berkumpul. Sebagai parti politik, ia perlu menjadi tempat teduhan bagi semua orang termasuk geng "berdarah munafiq" untuk memacu negara berlandaskan politik Islam.

Alangkah bagus jika dilantunkan puisi mengucapkan selamat berjaya kepada mukhalif Pas dalam parti Amanah atau PKR supaya mentadbir negara ini dgn baik dan bertanggungjawab terhadap amanah ini di hadapan Rabbul Jalil nanti. Doakan mereka lebih baik kerana kesan keamanan dan kesejahteraan negara akan memberikan ruang yg baik untuk Pas berpolitik.

Saidina Ali bin Abi Talib hanya menggelarkan para penentangnya sebagai "saudara-saudara kami yang menyalahi kami" (إخواننا لكن خالفونا). Mengenangkan Saidina Zubar bin Awwam dan Saidina Talhah bin Ubaydillah yg terbunuh dalam peperangan al-Jamal, Saidina Ali membacakan ayat 47 surah al-Hijr berbunyi :
وَنَزَعْنَا مَا فِي صُدُورِهِم مِّنْ غِلٍّ إِخْوَانًا عَلَىٰ سُرُرٍ مُّتَقَابِلِينَ

Dr HK
25/6/2019
INILAH NASIHAT KELUARGA AL-QUR'AN

Resapilah para Keluarga Quran. Syaikh Abdullah Al-Muhaysini adalah ulama yang sangat memperhatikan problematika umat Islam. Dalam tulisan ini ada nasihat tentang adab membaca Al-Qur’an yang beliau nasihatkan;

Pertama, jangan beri Al-Qur’an sisa-sisa waktu. Tetapi berikan waktu khusus yang tidak bisa diganggu gugat.

Kedua, sebelum membaca Al-Qur’an, berwudhulah terlebih dahulu. Baca ta’awudz, basmalah dan fokuskan hati untuk membaca kalam ilahi.

Ketiga, baca dengan suara sedang. Tidak terlalu keras, agar tidak kelelahan. Atau terlalu pelan hingga lama-lama menjadi bosan. Atur ritme (rythm) bacaan; tidak terlalu cepat atau lambat.

Keempat, Al-Qur’an memiliki wibawa dan kharisma. Siapa saja yang sanggup menghadirkan hal itu di hatinya, Allah akan angkat derajatnya di kalangan manusia. Karena itu, jangan gampang memotong tilawah Al-Quran untuk sekadar ngobrol (bercakap, bersembang) dengan orang lain.

Kelima, para salaf, jika sudah membaca Al-Qur’an, mereka enggan berhenti hingga tuntas ke akhir surat. Ini termasuk adab yang baik dalam membaca Al-Qur’an. Sedangkan sebagian salaf yang lain mengatakan boleh menyela bacaan jika ada keperluan.

Keenam, saat sedang tilawah, jangan menoleh ke kanan kiri. Ketika seseorang mengajak bicara, beri isyarat untuk menunggu. Lakukan ini untuk menghormati kalam ilahi.

Ketujuh, jika anda terpaksa menghentikan bacaan, misalnya ketika diajak bicara, maka jangan langsung menjawab. Teruskan bacaan hingga akhir ayat atau di penggalan ayat yang tepat.

Kedelapan, jangan ragu mengulangi satu ayat dua kali, tiga kali atau bahkan sepuluh kali. Terus diulangi untuk melunakkan hati.

Kesembilan, salah satu adab yang kurang baik ialah membaca Al-Qur’an sambil sesekali melirik wall Facebook, Twitter, WhatsApp atau media sosial lainnnya.

Sepuluh, sesekali pergi ke masjid yang agak jauh yang jamaahnya tidak mengenal anda. Sedangkan untuk para akhwat, dengan menyendiri di ruangan rumah yang sepi. Mendaras Al-Qur’an di tempat yang steril dari gangguan sangat membantu untuk dapat merasakan nikmatnya bacaan Al-Qur’an atau untuk mentadaburinya.

Kesebelas, smartphone sering mengganggu. Tinggalkan alat itu di rumah dan bacalah Al-Qur’an tanpa gangguan.

Kedua belas, saat membaca akan melewati ayat-ayat rahmat. Berhentilah sejenak. Berdoalah sambil mengangkat tangan. Minta kepada Allah agar melimpahkan karunia-Nya. Semoga hal ini dapat memberi bekas di hati kita.

Ketiga belas, jika anda lambat membaca atau tidak mahir membaca Al-Qur’an, berbahagialah karena mendapat dua pahala. Cubalah menyimpan file murattal Al-Qur’an di smartphone dan sering mendengarkannya.

Keempat belas, mengakhiri bacaan Al-Qur’an di akhir surat lebih utama daripada akhir juz. Ibnu Umar, setiap membaca satu surat Al-Qur’an tidak akan memotongnya hingga selesai.

Semoga Allah Ta’ala menjadikan keluarga kita, keluarga yang ahlul Quran. Yang mana senantiasa berinteraksi dengan Al-Quran, baik membaca, menulis, mentadaburi ayat-ayat-Nya. Amin. Wallahu Ta’ala ‘Alam
Penyejuk Mata
💐🌼💐

🌳 Asy-Syaikh 'Abdul 'Aziz Abdullah bin Baz rahimahullah berkata:

🌍 "Qurratul 'Ain (Penyejuk Mata), itu ialah kamu MELIHAT putera puterimu yang berakhlaq dengan amal-amal Soleh...

Allah Ta' ala menceritakan sifat orang beriman:

وَا لَّذِيْنَ يَقُوْلُوْنَ رَبَّنَا هَبْ لَـنَا مِنْ اَزْوَاجِنَا وَذُرِّيّٰتِنَا *قُرَّةَ اَعْيُنٍ* وَّاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِيْنَ اِمَا مًا

"Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kami isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: *menyejukkan hati kami melihatnya*, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa." QS. Al-Furqan 25: Ayat 74

Zuriat Keturunan yang dapat menyejukkan mata, kerana melihat keadaan mereka ANAK-ANAK yang MENTAATI PERINTAH ALLAH dan ISTIQAMAH di atas SYARI'AT-NYA.

💐🌸 Maka Demikian pula dengan suami-isteri. Seorang suami apabila melihat isterinya taat kepada Allah, maka itu adalah penyejuk matanya.

Juga, seorang isteri apabila melihat suaminya taat kepada Allah, maka itu adalah penyejuk matanya.

💎 Maka Suami yang soleh adalah Qurratu 'Ain bagi isterinya. Isteri solehah adalah Qurratu 'Ain bagi suaminya yang mukmin.

🔅 Anak-anak yang Soleh adalah Qurratu 'Ain bagi ayah dan ibu mereka, serta kaum kerabatnya yang mukminin dan mukminat.

Sumber:
📗 Kitab Akhlaq al-Mu'minin wa al-Mu'minat, hal. 6

🌍🌼🌺🌿🌿🌿🌿🌿
•••••••••••••••••••
🌠📝 📡 Majmu'ah Manhajul Anbiya

@BicaraCR
Forwarded from Cikgu Rahim
Salamu’alaykum
Persatuan akan infaq sebuah TV untuk masjid ar rahman seri manjung..
Kos TV RM1400.00.
Ada sesiapa yang ingin share infaq untuk tujuan ini?
PM @RektorUiTO atau @CikguRahim
AGAR ANAK TERHINDAR DARI API NERAKA

Marilah kita perhatian perintah Allâh Yang Maha Kuasa berikut ini :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنْفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ عَلَيْهَا مَلَائِكَةٌ غِلَاظٌ شِدَادٌ لَا يَعْصُونَ اللَّهَ مَا أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ

Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras, dan tidak mendurhakai Allâh terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.
[at-Tahrîm/66:6]

Para Ulama menafsirkan ayat ini,
Abdullah bin Abbâs Radhiyallahu anhu berkata, “Lakukanlah ketaatan kepada Allâh dan jagalah dirimu dari kemaksiatan-kemaksiatan kepada Allâh, dan perintahkan keluargamu dengan dzikir, niscaya Allâh Azza wa Jalla akan menyelamatkanmu dari neraka”.

Mujâhid rahimahullah berkata tentang firman Allâh ‘peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka’, “Bertakwalah kepada Allâh, dan perintahkan keluargamu agar bertakwa kepada Allâh Azza wa Jalla ”.

Qatâdah rahimahullah berkata, “(Menjaga keluarga dari neraka adalah dengan) memerintahkan mereka untuk bertakwa kepada Allâh dan melarang mereka dari kemaksiatan kepada Allâh Azza wa Jalla , dan mengatur mereka dengan perintah Allâh Azza wa Jalla , memerintahkan mereka untuk melaksanakan perintah Allâh Azza wa Jalla , dan membantu mereka untuk melaksanakan perintah Allâh. Maka jika engkau melihat suatu kemaksiatan yang merupakan larangan Allâh, maka engkau harus menghentikan dan melarang keluarga(mu) dari kemaksiatan itu”. [Lihat semua riwayat di atas dalam Tafsir Ibnu Katsir, surat at-Tahrîm ayat ke-6]

Berikut ini sebagian pernyataan ulama salaf seputar menjaga keluarga dari neraka:

Ad-Dhohaak dan Muqaatil menyatakan, “Wajib bagi setiap muslim untuk mengajari keluarganya dari kerabat, budak wanita dan lelaki semua yang Allah wajibkan pada mereka dan yang dilarang. (lihat Tafsir Ibnu Katsir)

Termasuk didalamnya memerintahkan anak-anak kecil untuk sholat. Sehingga dapat menjadi perisai diri dari neraka karena melakukan ketaatan dan meninggalkan kemaksiatan. Ajarilah diri kalian kebaikan dan ajarilah keluarga kalian kebaikan dan didiklah mereka.

Ibnu al-Qayyim menyatakan, “Berapa banyak orang yang menyengsarakan anak dan buah hatinya di dunia dan akherat dengan acuh dan tidak mendidiknya serta membantu mereka menumpahkan syahwatnya. Dengan itu, ia menganggap telah memuliakannya padahal ia menghinakannya dan telah memberikan kasih sayangnya padahal ia telah menzholiminya. Sehingga ia kehilangan (kesempatan) memanfaatkan anaknya (untuk bekal akhiran -ed) dan anaknya pun kehilangan bagiannya di dunia dan akherat. Apabila engkau perhatikan baik-baik kerusakan pada anak-anak maka engkau dapati umumnya dari pihak bapak (Tuhafatul Maudud Fi Ahkaam al-Maulud hal 242)
10 ayat al-Kahfi
Forwarded from Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Guru Dan Perkerjaan Yang Diberkati
=============
1. Pelbagai cabaran yang dihadapi oleh guru hari ini. Silap langkah, perlakuan mereka dirakam dan diviralkan. Dalam Surah Maryam, Allah menceritakan bagaimana Nabi Isa disifatkan sebagai seorang Nabi yang sentiasa diberkati Allah. Ini difahami dari dialog yang direkodkan dalam al-Quran:

وَجَعَلَنِي مُبَارَكًا أَيْنَ مَا كُنْتُ

“(Kata Nabi Isa) Dan Allah menjadikan aku sentiasa diberkati di mana sahaja aku berada.”

2. Melalui ayat ini, Allah menggambarkan kepada kita bagaimana Nabi Isa ini diangkat sebagai seorang lelaki yang sentiasa diberkati di mana sahaja beliau berada. Timbul persoalan di sini, apa yang membuatkan beliau sentiasa diberkati Allah setiap masa?

3. Ketika menafsirkan ayat ini, Mujahid ibn Jabr menjelaskan bahawa Nabi Isa sentiasa diberkati kerana sifatnya yang sentiasa mengajar manusia kepada kebaikan. Sifat manusia yang sentiasa memberikan manfaat kepada orang lain akan menjadikan mereka sentiasa diberkati. Mereka sentiasa dihormati, dikurniakan rezeki yang tidak disangka bahkan disayangi sekalian makhluk.

4. Atas dasar itu, al-Imam Ibn al-Qayyim menyimpulkan satu formula penting tentang erti keberkatan. Kata beliau:

فإن بركة الرجل تعليمه للخير حيث حلَّ

“Sesungguhnya keberkatan seorang lelaki itu adalah pada sifatnya yang mendidik manusia kepada kebaikan di mana sahaja dia berada.” Bererti, mengajar manusia kebaikan adalah satu profession yang sangat diberkati.

5. Bahkan mereka yang mendidik manusia kepada kebaikan akan menerima pahala seperti orang yang melakukan kebaikan tersebut, sekalipun mereka sekadar mengajarnya sahaja. Sabda Rasulullah:

من دل على خير فله مثل أجر فاعله

“Barangsiapa yang mengajarkan manusia kebaikan, maka dia akan menerima pahala sepertimana orang yang melakukan kebaikan tersebut (kesan dari didikannya tadi).”

Moga Allah menjadikan kita dikalangan mereka yang sentiasa diberkati Allah. Semoga Allah merahmati guru kita semua yang mendidik kami sehingga sejak dari kecil.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://telegram.me/drahmadsanusiazmi