Tips Emas Public Gold
739 subscribers
4.49K photos
212 videos
13 files
2.02K links
Bukan emas yang menjadikan kita kaya tapi ilmu.Jemput baca tips2 emas dan kewangan berguna di Chanel Telegram ini.
Info lanjut tentang Public Gold jemput ke websites, klik👇
https://publicgold.me/azreekasim

Moga bermanfaat.
Download Telegram
Gais.

Sekarang harga emas berada dalam trend menaik yang sangat kuat.

Bukan setakat tahun ini, malah tahun depan pun harga emas dijangka berada dalam trend menaik.

Kenapa?

Satu laporan dari JPMorgan telah menarik perhatian saya — mereka menjangkakan bahawa harga emas mungkin akan mencecah lebih dari $4,000 per auns menjelang suku kedua tahun 2026.

Angka ini memberi isyarat bahawa emas menjadi aset paling bernilai dalam menghadapi ketidaktentuan ekonomi global.

Apa yang mendorong ramalan ini?

Terdapat beberapa faktor yang akan memacu kenaikan harga emas.

1. Risiko kemelesetan global semakin meningkat, terutamanya disebabkan oleh ketegangan perdagangan antara Amerika Syarikat dan China.

Bila dunia berada dalam ketidaktentuan, emas seringkali menjadi pelaburan selamat — “safe haven” — yang dicari ramai.

2. Permintaan emas oleh bank-bank pusat dan pelabur meningkat secara konsisten.

Purata permintaan sekitar 710 tan emas setiap suku tahun menunjukkan keyakinan yang tinggi terhadap nilai logam ini dalam jangka panjang.

3. Prestasi pasaran semasa juga sangat menggalakkan — emas telah melonjak 29% tahun ini dan telah mencecah paras $3,500 per auns, sebelum jatuh balik.

Ini menunjukkan minat terhadap emas semakin kukuh dan bukannya sementara.

Penting juga untuk kita tahu…

Goldman Sachs juga telah menyemak semula unjuran mereka — mereka jangka harga emas boleh mencecah $3,700 menjelang akhir 2025.

Malah, dalam situasi yang ekstrem, mereka percaya emas boleh naik hingga $4,500/Oz.

Namun….

Ramalan ini bukan tanpa risiko. Ada risiko harga emas boleh jatuh juga.

Jika bank-bank pusat mula mengurangkan pembelian emas atau jika ekonomi AS kekal kuat (menyebabkan kadar faedah naik), maka harga emas boleh tertekan.

Bagaimana pula dengan silver/perak?

JPMorgan juga menjangkakan harga perak akan pulih menjelang akhir 2025, mencecah sekitar $39 per auns, walaupun buat masa ini industri pengguna perak masih tidak stabil.

Apa maknanya semua ini untuk kita sebagai pelabur atau penyimpan emas?

Ini petanda bahawa menyimpan emas fizikal mungkin menjadi langkah yang bijak, terutamanya dalam menghadapi ketidaktentuan ekonomi yang bakal berlaku dalam 1–2 tahun akan datang.

Jika anda sudah menyimpan emas — bagus lah. Anda boleh senyum sekarang.

Ingat, emas bukan hanya pelaburan — ia perlindungan nilai untuk jangka masa panjang.

P/s: Kalau anda rasa info ini bermanfaat, kongsikan juga dengan rakan-rakan anda.

#NotaEmasMentor
24/4/2025

#publicgold
#PelaburanEmas #JPMorgan #GoldForecast #Recession2026 #EkonomiGlobal #SimpananMasaDepan