Tips Emas Public Gold
739 subscribers
4.48K photos
211 videos
13 files
2.02K links
Bukan emas yang menjadikan kita kaya tapi ilmu.Jemput baca tips2 emas dan kewangan berguna di Chanel Telegram ini.
Info lanjut tentang Public Gold jemput ke websites, klikπŸ‘‡
https://publicgold.me/azreekasim

Moga bermanfaat.
Download Telegram
Kerja sudah bertahun-tahun, tapi jumlah simpanan 3 bulan gaji pun tak ada. Bukan gaji tak cukup. Kalau ikutkan cukup, berapa banyak gaji pun tak pernah cukup.

Ia sebenarnya bukan soal cukup atau tak cukup. Tetapi bagaimana kita disiplinkan diri menyimpan sebahagian daripada gaji setiap bulan.

Artikel En Zulkifli ini mengupas bagaimana emas akhirnya dapat menyelesaikan masalah simpanan yang selalu bocor itu. Mudah-mudahan bermanfaat, insyaAllah.

#BukuWangEmas

http://www.mohdzulkifli.com/2018/09/inilah-rahsia-penyimpan-emas-bertambah-kaya.html
ANTARA 2 KETAKUTAN

Siapa tak tahu pasal emas, mereka takut nak beli emas. Mereka takut harga emas jatuh ataupun hilang dicuri orang.

Sebaliknya siapa yang tahu pasal emas, mereka takut tak simpan emas. Bila ada emas barulah mereka rasa kekayaannya lebih 'selamat' dan terjamin.

#BukuWangEmas
SIMPAN EMAS, NILAI KEKAYAAN AKAN BERTAMBAH.
.
Kalau simpan emas, kena selalu tengok emas tu. Baru cepat bertambah simpanan emas tu. Berbeza dengan simpan duit dalam akaun bank. Jangan selalu cek baki duit tu. Lagi kerap cek baki, lagi cepat duit tu habis!
.
Simpan duit kertas yang banyak tiada makna kalau kuasa belinya semakin mengecil. Simpanlah emas, sejarah membuktikan kuasa beli simpanan emas itu kekal ribuan tahun. #BukuWangEmas
.
Kalau simpan duit, jangan tengok hari2. Lagi banyak kita tengok, lagi cepat duit tu habis!
.
Tapi kalau simpan emas, tengok hari2 lagi baik. Lagi banyak kita tengok, lagi cepat emas tu bertambah, dan makin bertambah nilai kekayaan kita!
.
Nanti sedar2 simpanan emas dah cukup 100 gram. Bahkan nanti, sedar2 emas tu dah cukup 1 kilogram!
.
Itulah aura emas. Emas adalah magnet kekayaan. Dengan memilikinya, ia menarik lebih banyak kekayaan kepada kita, insyaAllah. Ia aset yang berkembang dari sudut syariah.
.
𝐍𝐀𝐇𝐀𝐒 𝐓𝐔𝐍𝐆𝐆𝐔 𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀 π„πŒπ€π’

Pengalaman saya sejak 2010, mereka yang nahas selalunya yang menunggu, bukan yang konsisten membeli emas.

Mereka terlalu menunggu untuk dapatkan harga terbaik sampai akhirnya duit pun habis!

Orang yang beli emas tak tengok harga, emasnya dah confirm makin bertambah.

Orang yang menunggu, akhir sekali emas tak ada, duit pun habis!

Itu pengalaman.

Sebab itu saya jarang update pasal harga emas terkini sebab saya tahu, ia tak membuatkan kebanyakkan kita ke mana-mana.

Harga rendah hanyalah bonus.

Bila harga rendah, maksudnya itulah waktu untuk beli lebih banyak. Bukan baru nak beli...

Sudah lebih 10 tahun saya pakai formula ni, ianya memang terbukti.

Duit tak bocor, jumlah emas confirm bertambah, dan harga juga makin mahal!

Jadi buat apa nak menunggu?

#BukuWangEmas
NILAI DUIT KERTAS HILANG 60% HANYA DALAM MASA 4 MINGGU!

Ini perkongsian menarik dari mentor Tuan Mohd Zulkifli dengan keadaan ekonomi dunia tak menentu sekarang. Salah satunya berlaku pada negara jiran kita.

Duit Myanmar hilang nilai 60% dalam masa hanya 4 minggu!

Nombor masih kekal sama, tapi nilainya sudah hilang.

Untuk mudah faham, kalau dulu untuk dapat sesuatu barang kena bayar RM100 (untuk konteks di Malaysia), tapi setelah 4 minggu berlalu (ya, hanya 4 minggu), mereka kena bayar RM250 untuk dapatkan barang yang sama!

Kes begini bukan kes terpencil. Ia sering terjadi saban tahun di banyak negara seluruh dunia.

Sebab tu saya selalu sebut, duit kertas nilainya confirm jatuh dalam jangka panjang. Bagi yang tahu sejarah mata wang, ianya sesuatu yang pasti terjadi...

Ingat tip penting ini; walaupun duit kertas itu di tangan kita, tapi nilainya bukan berada di tangan kita. Ini disebabkan nilai duit kertas tidak melekat pada kertas itu sendiri.

Tapi terletak pada kerajaan yang memerintah. Dan kerajaan itu juga bergantung kepada kestabilan ekonomi dan politik.

Kalau ekonomi dan politik tergugat, maka nilainya juga tergugat.

Kalau nak selamatkan kekayaan kita dari masalah digugat oleh faktor yang diluar kawalan kita, tukarkan kekayaan itu kepada emas.

Nilai emas melekat pada berat dan ketulenan itu sendiri. Nilainya berdiri dengan sendiri. Ia tak perlu jaminan daripada sesiapa.

Selagi emas tu ada di tangan kita, maka kekayaan itu benar-benar di tangan kita.

#BukuWangEmas

Sumber berita : https://www.malaysianow.com/out-there-now/2021/09/29/myanmar-currency-drops-60-in-four-weeks-as-economy-tanks/?fbclid=IwAR39EPpagWaq3Abo_Anar03y_F8c284wxg2ZB0Hz73eisat9qcdpEA0jHus
Benteng terakhir...

Inilah rupanya kepingan emas Kim Thanh (seberat 15g) yang dibawa oleh pelarian VIETNAM sewaktu perang tahun 1970an dulu.

Waktu zaman perang Vietnam dulu, tak ada harta lain yang berharga yang diboleh dibawa lari oleh rakyat Vietnam, kecuali kepingan emas nipis ni.

Bentuknya nipis ini memudahkan mereka sorokkan emas tu di dalam kasut dan jahitan baju...

Semua harta; termasuk rumah, tanah, kebun, dan ternakkan terpaksa dijual. Dan emas inilah yang membantu mereka memulakan hidup baru di negara lain.

Apa jadi pada harta yang lain?

Jual atau tinggalkan!

Itu sahaja pilihan yang mereka ada.

Pada waktu tu, kalau bawa duit kertas Vietnam berjuta-juta pun tak laku di negara lain. Nilai duit bukan pada kertasnya, tapi pada jaminan pemerintah.

Tapi jaminan pemerintah itu pun bergantung pada kestabilan ekonomi dan politik.

Kalau pemerintahan itu dalam keadaan kucar kacir, maka nilai duit itu kembali kepada nilai sebenarnya, itu tak lebih dari sekadar sekeping kertas.

Nilainya kosong!

Emas berbeza.

Nilai emas terletak pada KETULENAN dan BERATnya tersendiri, bukan pada jaminan sesebuah kerajaan.

Nilainya berdiri dengan sendiri. Tanpa perlu jaminan daripada sesiapa...

Disebabkan kekuatan inilah, setiap kita perlu simpan emas. Sekurang-kurangnya 10% dari jumlah sebenar kekayaan itu.

Emas adalah BENTENG TERKAHIR...

#BukuWangEmas
#ManfaatSimpanEmas
PENYIMPAN EMAS TAK AKAN RUGI

Mereka yang simpan emas tak akan rugi.

Kalau tak tahu nak melabur di mana, selain dari ASB atau Tabung Haji, saya syorkan simpanlah emas fizikal. Ia jauh lebih selamat daripada melabur sana-sini yang akhirnya duit lebur gara-gara melabur.

Berdasarkan track rekod Emas (terutama emas Public Gold), ini adalah kesimpulannya:

1️⃣ Harga emas confirm naik dalam jangka panjang.

Ini disebabkan kuasa beli duit semakin menurun. Harga turun naik dalam jangka pendek itu perkara biasa.

Penyimpan emas berilmu, dia akan beli emas menggunakan duit simpanan jangka panjang, sekurang-kurangnya untuk jangka waktu 2 tahun ke atas.

Sejarah 20 tahun membuktikan harga emas naik secara purata 10% setahun.

2️⃣ Emas adalah duit tunai juga

Kalau perlukan duit tunai, boleh jual emas atau pajak sahaja dulu di ar-rahnu untuk dapat duit on-the-spot!

Siapa ada emas, maksudnya dia ada duit! Tak perlu bimbang pasal duit bila ada emas

3️⃣ Harga barang naik, harga emas turut sama naik.

Harga barang naik itu petanda kuasa beli duit kertas menurun. Kita perlu bayar duit yang lebih banyak untuk dapat barang yang sama.

Siapa simpan emas, kekayaan dia selamat dari dimakan oleh inflasi atau risiko kejatuhan ringgit dalam jangka panjang.

4️⃣ Harga emas tak ada risiko jatuh lingkup macam saham.

Emas satu-satunya aset kewangan yang nilainya tak akan jatuh KOSONG. Belum pernah ada dalam sejarah orang bangkrap sebab simpan emas, tapi terlalu banyak sejarah orang bangkrap atau kekayaan dia dibekukan sebab simpan duit kertas atau aset-aset lain.

Selagi emas ada di tangan, kekayaan kita selamat. InsyaAllah.

Tapi pokok pangkalnya, kena ada ilmu. Bukan emas membuatkan kita kaya, tapi ilmu.

Orang yang tak ada ilmu, dia takut beli emas. Sedangkan orang ada ilmu, dia takut tidak memiliki emas. Sebab dia tahu kekayaan dia lebih terjamin kalau disimpan dalam bentuk emas! InsyaAllah

#TipKayaDenganEmas #BukuWangEmas