Tips Emas Public Gold
736 subscribers
4.63K photos
219 videos
13 files
2.05K links
Bukan emas yang menjadikan kita kaya tapi ilmu.Jemput baca tips2 emas dan kewangan berguna di Chanel Telegram ini.
Info lanjut tentang Public Gold jemput ke websites, klikπŸ‘‡
https://publicgold.me/azreekasim

Moga bermanfaat.
Download Telegram
Gais,

Malam ini harga emas naik. Apa sebabnya?

Jawapan: Malam ini jam 8.30 malam waktu Malaysia, telah keluar satu laporan inflasi US iaitu CPI report bulan September 2024.

Laporan ini menunjukkan kadar inflasi pada bulan lepas adalah lebih tinggi daripada jangkaan.

Kadar jangkaan = 0.2%
Kadar sebenar = 0.3%

Sejurus selepas laporan ini dikeluarkan, harga emas telah memberikan reaksi positif apabila naik sebanyak 16 usd ++ / Oz.

Namun dalam RM, harga emas cuma naik dalam RM1 segram.

Sekian melaporkan.

#NotaEmasSyukorHashim
10/10/2024
Macam mana nak disiplin simpan emas 1 gram 1 bulan?

Inilah sedikit tips daripada guru emas saya:

1) Letak matlamat simpan emas 1 gram 1 bulan.

2) Setiap kali dapat gaji, komisen bisnes atau bonus, terus beli 1 gram emas. 

3) Jangan tunggu harga terbaik sebab kalau tunggu, duit tu terbelanja kat tempat lain.

4) Beli emas melalui kaedah akaun emas GAP Public Gold. 

Boleh keluarkan sekeping emas kegemaran, dan simpan di dalam wallet. Ambil aura emas.

Cuba dulu simpan 1 gram dan konsisten, dah simpan mesti ketagih nak simpan lagi dan lagi.

Belum cuba belum tau..

Jom start simpan emas sekarang. Atau dapat sahaja gaji terus mulakan langkah pertama!

Jom jadi penyimpan emas yang berilmu. Klik link di bawah untuk dapatkan info lanjutπŸ‘‡
wasap.my/60199112179/simpanEmas

Website
https://publicgold.me/azreekasim
❀2
Public Gold GAP
RM 100 = 0.2494 gram
RM 401 = 1.0000 gram

Harga GAP πŸ”Ό RM 4

Terendah: RM 329 (4 Jan 2024)
Tertinggi: RM 403 (17 Jul 2024)

Dikemaskini: 16 Oct 2024
Terkini dari Public Gold InternationalπŸ“’
Hari ini, 15.10.2024 Cawangan Tawau secara rasmi beroperasi (online).

Ini adalah Cawangan PG yang ke-18 di Malaysia dan yang kedua di Sabah selepas Cawangan Kota Kinabalu.

Tahniah Warga Tawau dan kawasan sekitarnya. Sekarang, Warga Pantai Timur Sabah lebih mudah berurusan secara fizikal. πŸ‘

Jom semua Warga Sabah boleh daftar Percuma di Sini⬇️

Https://publicgold.me/azreekasim/cara-bermula

Aktifkan Account serendah SERATUS saje dah dapat PGCODE untuk buat simpanan EMAS DI ACCOUNT GAP EMAS PUBLICGOLD🌟🌟

Atau boleh wasap saya untuk saya guide cara menyimpan emas dengan cara yang betul:
www.wasap.my/+60199112179/publicgold

#10jutalegasiemas
#dinaremas
#branchpublicgold #tawau #sabah
Apa itu akaun emas GAP?

GAP atau Gold Accumulation Program adalah kaedah pembelian emas Public Gold melalui Akaun Emas yang bersandarkan 100% dengan emas fizikal.

Kita boleh beli emas serendah RM100 = sekitar 0.25g dan boleh simpan dengan Public  Gold secara PERCUMA.

Kalau nak keluarkan emas itu dan simpan sendiri pun boleh.

Keistimewaan GAP Public Gold (PG):

1. Pembelian minimum RM100 sahaja.

2. Boleh simpan emas dengan PG secara percuma, tanpa had masa dan kuantiti. Tiada caj upah simpan. Free.

3. Boleh keluarkan emas fizikal dari mana-mana 18 cawangan PG pada 
bila-bila masa.

4. Boleh beli dan jual secara online sahaja.

5. Harga buyback yang tinggi. Spread margin cuma 9%.

6. Boleh buka account untuk anak seawal usia kelahiran (asalkan ada Mykid no)

Jelas kan?

http://www.wasap.my/60199112179/naksimpanemas
[EMAS]

Seluruh negara di dunia simpan emas sebagai harta negara. Walaupun semua kerajaan menggunakan wang kertas sebagai alat jual beli (medium of exchange) namun, sebagai  kekayaan emas tetap menjadi pilihan.

Kenapa emas, kenapa tak cetak duit lepas tu simpan? Sebab nilai emas tidak perlu dijamin oleh mana-mana pihak. Dan emas tidak boleh dimanipulasi sewenang-wenangnya.

Nilai emas itu terkandung pada berat dan ketulenan emas itu sendiri. Walau apapun situasi yang berlaku di luar sana ia semakin hari semakin bernilai. Nak perang ke nak konfrontasi emas tak berkurang gramnya.

Jika negara yang ada ribuan pakar ekonomi pun simpan emas. Mesti ada faedah besar yang mereka dah buat analisis. Jadi kenapa kita tak celik emas.

Jika anda nak melihat jumlah stok pegangan emas dunia mengikut negara sila klik sini https://tradingeconomics.com/country-list/gold-reserves
Hai kitak orang....

4 Perkara Jangan Buat Bila Menyimpan Emas

1. Jangan Buat Pinjaman Peribadi.

Simpan je emas sikit demi sikit dari duit yang kita ada. Tak perlu untuk kita buat pinjaman peribadi semata-mata nak beli dan simpan emas. Kononnya bolehlah beli emas banyak sikit. Emas hanyalah seketul batu yang mempunyai nilai yang tersendiri. Tak boleh nak buat apa dekat seketul emas tu melainkan untuk berhias dan juga urusan jual beli setelah ia dicairkan. Beza dengan rumah atau kereta, kita boleh guna terus setelah selesai urusan jual beli untuk penuhi keperluan kita seharian.
Ingat kita menyimpan emas untuk bebas hutang bukan tambah hutang.

2. Jangan Guna Semua Duit Gaji/Pendapatan Untuk Beli Emas.

Bijak dalam mengurus kewangan. Berpijak di bumi yang nyata. Emas bukan matawang yang diguna dalam urusan jual beli masa kini. Nak ke tukar 1gram emas dengan sayur kangkong, ikan kembung dan lain-lain keperluan dapur? Cukup simpan 10%, minimum dari duit gaji dari duit pendapatan dalam bentuk emas. Pasang impian yang jelas, matlamat yang jelas kenapa menyimpan emas. Tiba masa untuk capai impian atau matlamat, cairkan simpanan emas itu.

3. Jangan Buat Simpanan Dalam Bentuk Emas Sahaja.

Pelbagaikan kaedah simpanan. Adakan juga simpanan duit RM. Paling kurang ada simpanan duit RM untuk 6 bulan gaji. Simpanan dana kecemasan dalam bentuk duit RM.
Ibarat kita simpan telur dalam 2 atau 3 bakul telur. Bila jatuh 1 bakul kita masih ada baki 2 bakul telur.

4. Jangan Beli Emas Awal Bulan Jual Hujung Bulan.

Emas adalah simpanan jangka masa panjang. Sangat panjang. Emas ada susut nilainya, mengikut peratus sesetengah tempat kita nak jual emas tersebut. Selalunya untuk tempoh berbaloi untuk emas adalah minimum 3 tahun.

Ok dapat sesuatu, semoga bermanfaat. πŸ₯°πŸ₯°πŸ₯°
πŸ‘1
πŸ’Έ Gaji naik? Jangan terperangkap dengan sindrom β€˜Biar Papa, Asal Bergaya”

Tahukah anda, 60% daripada mereka yang dinaikkan gaji cenderung meningkatkan perbelanjaan hingga 50% lebih tinggi? Jangan jadi salah seorang daripada statistik ini!

Apa patut anda buat bila gaji naik? πŸ‘‰ Jangan terus upgrade gaya hidup! Fokus untuk tambah simpanan dan pelaburan dulu.

Kesilapan utama yang perlu dielakkan adalah mempertingkatkan perbelanjaan tanpa mempertimbangkan impak jangka panjangnya.

Kenaikan gaji adalah peluang untuk memperbaiki kestabilan kewangan, bukan untuk menambah beban hutang atau perbelanjaan yang tidak perlu. Bijaklah dalam menguruskan rezeki tambahan ini.