Tips Emas Public Gold
736 subscribers
4.53K photos
215 videos
13 files
2.03K links
Bukan emas yang menjadikan kita kaya tapi ilmu.Jemput baca tips2 emas dan kewangan berguna di Chanel Telegram ini.
Info lanjut tentang Public Gold jemput ke websites, klik👇
https://publicgold.me/azreekasim

Moga bermanfaat.
Download Telegram
EMAS DAN PERAK

Sebelah kiri dipanggil Dinar
Sebelah kanan dipanggil Dirham

Sebelah kiri diperbuat daripada Emas
Sebelah kanan diperbuat daripada Perak

Kedua-duanya adalah aset yang berharga untuk dimiliki dan disimpan. Berminat saya bantu sebaiknya 😊👌

Lekas klik https://publicgold.me/azreekasim
Soalan: Saya berminat menyimpan emas fizikal.

Apakah faktor-faktor yang perlu diambil kira sebelum saya membuat simpanan emas fizikal?

Jawapan: Sebelum menyimpan dalam emas fizikal, terdapat beberapa faktor penting yang perlu dipertimbangkan.

Berikut adalah analisis terperinci faktor-faktor tersebut:

1. Apakah matlamat anda?

Adakah anda melabur untuk melindung nilai kekayaan anda (hedging)?

Atau pun untuk keuntungan jangka panjang? atau sebagai aset kecemasan?

Memahami tujuan pelaburan akan membantu anda memilih bentuk emas yang sesuai, seperti jongkong atau dinar emas (purely investment)

Anda boleh pilih barang kemas jika ingin gabungan pelaburan dan boleh dipakai.

2. Terdapat 3 bentuk Emas Fizikal.

i. Jongkong Emas: sesuai untuk pelabur serius. Sebab jongkong emas boleh menjangkau sehingga 1 kilogram.

ii. Dinar Emas atau Syiling Emas: Ia mudah dicairkan dan sesuai untuk pelabur kecil-kecilan.

iii. Barang Kemas: Mempunyai kos tambahan seperti upah tukang dan mungkin kurang sesuai jika anda nak buat pelaburan. Namun kalau nak pakai, memang sesuai pilih barang kemas.

Remarks: Setiap jenis emas mempunyai kos yang berbeza, jadi penting untuk memilih yang selaras dengan matlamat pelaburan anda.

3. Pilih Ketulenan yang betul.

Untuk kita di Malaysia, saya recommend ketulenan 999.9 dan 916.

999.9 (24 karat): Emas tulen, terbaik untuk pelaburan.

916 (22 karat): Campuran emas dan logam lain, biasanya untuk barang kemas.

Ketulenan menentukan nilai emas, jadi pastikan membeli emas yang mempunyai sijil ketulenan (seperti daripada jenama terkenal atau institusi kewangan).

4. Ambil kira kos-kos tambahan seperti:

i. Spread Harga: Perbezaan antara harga beli dan jual emas.

ii. Upah Tukang: Kos tambahan untuk barang kemas, yang tak diambil kira semasa anda menjual balik.

iii. Kos Penyimpanan: Caj peti simpanan keselamatan untuk mengurangkan risiko kehilangan jika disimpan sendiri.

Faktor-faktor ini boleh mengurangkan keuntungan jika tidak diuruskan dengan bijak.

5. Harga Pasaran Emas Dunia.

Harga emas dipengaruhi oleh banyak faktor global seperti nilai mata wang, kadar faedah US, pembelian bank pusat, inflasi dan ketegangan geopolitik.

Tengok harga emas dunia di website goldprice.org dan bandingkan dengan harga emas yang dijual oleh penjual di Malaysia.

Harga emas yang dijual di Malaysia akan lebih tinggi dari harga emas dunia sebab penjual pun nak untung.

Namun, berhati-hati jika harga emas yang dijual terlalu tinggi.

Sebagai contoh.

Harga emas spot gold di goldprice.org adalah RM388 segram (28/1/2025)

Public Gold jual RM414 - RM420 segram manakala lain jual RM500 segram. Jadi sila buat perbandingan.

6. Sumber Pembelian.

Pastikan amda beli emas dari sumber yang sah.

Contohnya beli dari terus Public Gold dan dapat resit belian rasmi.

Tujuan, supaya anda tidak terdedah kepada risiko penipuan emas palsu oleh peniaga online atau pihak ketiga.

7. Kecairan Emas (mudah dijual balik)

Pastikan emas yang anda beli mudah dicairkan jika perlu wang segera.

Contohnya emas Public Gold boleh dijual kat branch atau pun dijual kepada dealer-dealer sah Public Gold di seluruh Malaysia.

8. Faham risiko emas fizikal.

i. Risiko emas adalah harganya boleh naik turun (biasanya turun) dalam jangka masa pendek (kurang setahun)

ii. Emas tidak memberikan pulangan dividen. Anda untung hanya bila harganya naik.

iii. Penyimpanan emas fizikal terdedah kepada risiko kehilangan atau kecurian.

Kesimpulan

Simpanan emas fizikal memerlukan perancangan teliti, termasuk memahami kos tersembunyi, memilih sumber pembelian yang dipercayai, dan memastikan penyimpanan selamat.

Dengan mengambil kira semua faktor ini, anda boleh meminimumkan risiko dan memaksimumkan potensi keuntungan daripada pelaburan emas.

#NotaEmasSyukorHashim
28/1/2025
Item yang lebih sesuai kalau beli emas untuk pelaburan ialah Gold bar 100 gram & ke atas. Nilainya dalam RM42k sekarang. Nak dapatkan emas tu, tak perlu bajet besar. Boleh kumpul sikit-sikit dengan cara EPP10 atau Akaun GAP.

Sebabnya harga per gram lebih rendah, caj premium lebih murah, spread lebih nipis.

Kalau bajet beli emas cuma 1 gram, anggaplah sebagai tabungan, bukan pelaburan.

Nak mudah dan murah, menabung melalui Akaun Emas GAP. Menabung sikit-sikit dan letak target keluarkan item paling kecil gold bar 5 gram atau item 1 dinar (4.25 gram).

Jelas?

WhatsApp saya untuk mula simpan emas. Klik link ⤵️

www.wasap.my/60199112179/emas
Gais.

Ada orang tanya saya pasal digital gold mining.

Jawapan saya: Ia sangat sesuai untuk di join oleh orang yg tak pernah ada pengalaman kena tipu.

Sebab guru emas saya cakap, setiap orang perlu ada pengalaman tersebut, sekurang-kurangnya sekali seumur hidupnya.

Bila bayar duit tapi tak dapat emas fizikal, ia membuka ruang anda kena scam.

Bila dulang emas digital dan dijanjikan pulangan lumayan maka ia akan buka ruang untuk kena scam.

Tuan puan sekalian,

Kita sekarang berada dalam zaman tak boleh alpa.

Zaman nie, benda-benda kebaikan pun orang boleh scam. Contohnya offer pakej umrah murah.

Lepas tu di scamnya jemaah umrah yang berhasrat nak jadi tetamu Allah.

Lepas tu bila minta tefund, tak dapat. Bila bawa ke pihak berkuasa dan menang kes, penganjur lari dan tak bayar-bayar sampai ke sudah.

Jadi tuan puan sekalian, berhati-hati lah.

Saya nie boleh jadi tukang pesan aja

Pernah dahulu emas untung berganda-ganda menjadi trending. Itulah solusi ekonomi katanya.

Lepas tu terbukti ianya mengarut, tak bertahan lama dan pelabur berputih mata tunggu payment dah setahun.

Konsultan emas yang dulu gila promote produk ganda-ganda nie pun dah bertukar kerjaya jadi konsultan unit trust 🤭

Gais.

Akan ada orang marah dan tak puas hati dengan pesanan seperti ini.

Tapi saya dah melalui pengalaman 17 tahun dalam emas. Banyak benda saya dah lihat dalam emas nie.

Emas ni, kalau sekali kena scam memang makan tak habis ler… sebab kerugian dia biasanya besar.

#NotaEmasSyukorHashim
29/1/2025