Emas dan Dinar Masa depan
82 subscribers
523 photos
23 videos
8 files
209 links
Emas Dijadikan Indah Pada Pandangan Manusia
Download Telegram
Beli emas jangan sampai lemas

1 - Nak beli emas, jangan la dengan duit yang kita nak guna dalam jangkamasa terdekat. Nanti kita lemas.

2 - Nak beli emas jangan la hanya ikut-ikutan, kena ada matlamat. Dah beli emas kena cari ilmu. Kalau tiada ilmu nanti kita lemas.

3 - Nak beli emas jangan la sampai kita buat pinjaman. Pastinya kita akan lemas.

4 - Nak beli emas jangan la dengan duit belanja dapur sampai dapur tak berasap. Cukup la beli sebulan segram atau serendah RM100 dengan akaun GAP secara istiqamah. Itu yang terbaik dan pastinya tak akan lemas.

5 - Beli 1 dinar atau 1 gram, jangan la anggap ianya sebagai pelaburan. 1 dinar atau 1g hanya layak dianggap sebagai simpanan.

6 - Ada yang beli emas dengan semua duit gajinya, kemudian dipajak dan gunakan duit pajakan sebagai duit perbelanjaan. Katanya dengar nasihat si penjual emas. Ini sebenarnya hanya tebalkan poket si penjual. Akhirnya anda pasti mati lemas sebab tak dapat bayar duit pajakan.

7 - Gunakan pajakan untuk pajak emas, beli emas dan pajak lagi, beli dan pajak lagi. Akhirnya anda bukan sahaja lemas tapi akan koma terus.

8 - Pastikan beli emas yang ada emas fizikalnya. Jangan beli emas yang janji dapat dividen setiap bulan. Pastinya tak sampai setahun, anda akan mati lemas..😄

9 - Beli emas yang boleh di pajak dan mudah dijual balik dan yang sentiasa mempunyai permintaan yang tinggi. Agar kita tak lemas mencari tempat untuk menjualnya.

Pakar kewangan Azizi Ali, sarankan simpanlah emas sekurang-kurangnya 10% dari kekayaan kita.

www.wasap.my/+60126246131

#ameidomar