Emas dan Dinar Masa depan
82 subscribers
523 photos
23 videos
8 files
209 links
Emas Dijadikan Indah Pada Pandangan Manusia
Download Telegram
𝗔𝗦𝗔𝗟 𝗗𝗨𝗜𝗧 𝗝𝗔𝗗𝗜 𝗘𝗠𝗔𝗦

Salah satu sebab saya tidak berhenti menyimpan emas sejak dahulu hingga sekarang ialah apabila saya mulai faham kelebihan emas sebagai aset kalis inflasi, iaitu aset yang mampu melindungi nilai kekayaan kita daripada hilang kuasa belinya dalam jangka panjang.

Kata pakar kewangan dunia, Robert T Kiyosaki, Savers Are Losers iaitu kita menyimpan tetapi kita semakin miskin kerana nilai kekayaan kita semakin lama semakin merosot akibat inflasi.

Jika kita simpan RM10,000 hari ini, nilainya tidak akan sama nilai (kuasa belinya) 5 tahun akan datang. Kuasa belinya sudah tinggal separuh walaupun nombornya tetap sama.

Apabila saya mulai faham hakikat duit bukan penyimpan nilai yang ampuh dan kaitan emas dengan kewangan.

Saya merasakan tak selamat duit simpanan saya 100% dalam bentuk aset kertas (saham, akaun bank, ASB, dan Tabung Haji).

Saya mulai agresif menyimpan emas 1gram 1bulan. Bagi saya emas adalah aset fizikal yang paling ampuh mengekalkan kekayaan kita.

𝗔𝘀𝗮𝗹 𝗗𝘂𝗶𝘁 𝗝𝗮𝗱𝗶 𝗘𝗺𝗮𝘀

Saya pegang prinsip "asal duit jadi emas".
Saya simpan emas saya tak peduli tentang harga.

Asal ada duit jadi emas,
Asal duit jadi emas.

Saya ulangan berkali-kali.

Saya simpan 10% atau nilai 1gram menjadi emas. Kalau ada duit bonus, duit bisnes, duit -duit lain, saya tukar 10% - 20% menjadi emas.

Saya beli dan beli tanpa peduli turun naik harga emas.

Harga naik saya beli,
Harga turun saya beli.
Saya seronok dengan simpanan emas saya.

Hasil daripada saya tak peduli itulah membuatkan saya terkejut dengan simpanan emas saya.

Dengan emas yang saya ada, saya berjaya menyelesaikan hutang pendidikan lebih awal daripada tarikh sepatutnya dan menyediakan 15% deposit membeli rumah.

Asal duit jadi emas,
Sekarang tak berhenti menyimpan emas.
Alhamdulillah.

Begitulah

#PGG100Network
SIMPANAN HARI GAJI

Bila terima gaji, alihkan sebahagian duit sebagai simpanan PAKSA DAN LUPA. Itu bayaran untuk diri sendiri sebelum membayar orang lain. Guru-guru kewangan cadangkan sekurang-kurangnya 10%.

Ia penting sebagai;

1. Dana kecemasan
2. Pelaburan masa depan
3. Perbelanjaan penting masa depan

Bagi penyimpan emas, sebahagian daripada 10% itu boleh digunakan untuk beli emas GAP Public Gold, #1gram1bulan. Disiplinkan yang itu dulu.

Selebihnya terpulanglah nak letak dalam Tabung Haji atau ASB.

Nanti sedar-sedar hujung tahun, kita dah ada 12 gram. Itu bukan sahaja simpanan kalis inflasi, paling penting, ia akan jadi simpanan KALIS BOROS, insya-Allah.

Jom simpan emas bersama Public Gold Malaysia. Klik je wasap admin ya

Kredit : En Mohd Zulkifli Shafie

#PGG100Network
Kesan pandemik ni sangat panjang. Kesan dia kita baru nak rasa dan akan berkekalan mungkin sampai 3 - 5 tahun. Kalau ada benda yang bukan keperluan, kita cuba tangguhkan dulu buat masa ini.

Tumpukan pada perkara yang asas contoh seperti simpanan kecemasan 6 bulan gaji bersih. Keutamaan kita pada ketika ini adalah keluarga kita.

Simpanan kecemasan pula jika menurut buku forensic kewangan, kita kena buat step by step seperti di bawah:
1) seribu ringgit pertama.
2) 3 bulan gaji kasar.
3) 6 bulan gaji bersih bagi yang makan gaji.
4) setahun pendapatan bagi yang bekerja sendiri.

Selagi basic simpanan kecemasan masih ke laut, kalau boleh tangguhkan dulu berbelanja bagi ber mewah2 an.

Kalau sukar untuk menyimpan, boleh cuba simpanan dalam bentuk emas. Kelebihan dia adalah ia kalis inflasi dan lebih stabil berbanding ringgit. Kadar inflasi lebih kurang 4% setahun.

Sesiapa nak mulakan simpanan emas,boleh tekan link

Kredit: rakandealer

#NotaEmas
#NextMohdZulkifli
#PGG100Network