Emas dan Dinar Masa depan
83 subscribers
523 photos
23 videos
8 files
209 links
Emas Dijadikan Indah Pada Pandangan Manusia
Download Telegram
GAP DARI KACAMATA SYARIAH.

Gold Accumulation Program atau GAP adalah salah satu kaedah belian emas di Public Gold. Ia kaedah yang paling mudah dan murah untuk semua orang memiliki dan mengumpul emas dengan modal mampu bayar serendah RM100.

Kaedah yang digunakan ialah :

1. Pembeli memindahkan sejumlah wang ke akaun Public Gold sebagai hamisy jiddiyyah (deposit sekuriti).

2. Public Gold akan merekodkan jumlah wang dan gram yang setimpal dalam akaun pembeli (ketika ini akad jual beli berlaku).

3. Pembeli mempunyai pilihan samada untuk mengeluarkan emasnya atau membiarkan sahaja di dalam akaun yang akan dijaga oleh Public Gold tanpa upah.

GAP telah pun mendapat Sijil Patuh Syariah dari Penasihat Syariah yang dilantik iaitu Amanie Advisor.

Ini bermakna, GAP boleh dimanfaatkan oleh semua samada belian mengikut gram atau mengikut RM.

Mungkin ada di antara kita yang mahukan penjelasan yang lebih tentang patuh Syariah GAP. Maka di sini saya jelaskan beberapa perkara.

1. Pembelian GAP secara asasnya memang tidak mempunyai masalah dari sudut Syariah sebelum ini. Jadi, tidak timbul isu hanya GAP sekarang yang patuh Syariah, GAP dahulu tidak patuh Syariah. Sijil yang dikeluarkan ini, mengesahkan bahawa GAP memang patuh Syariah dari dahulu hingga sekarang.

2. GAP boleh dibeli samada dalam gram yang lengkap atau gram yang tidak lengkap. Sebagai contoh, jika harga segram hari ini ialah RM189, ia boleh dibeli dengan nilai RM189 dan juga RM100.

3. Jika dibayar RM189, maka gram yang akan dicatatkan ialah 1 gram. Jika dibayar RM100, maka gram yang dicatatkan ialah 0.5291 gram.

4. Timbul beberapa persoalan - antaranya - seperti; bolehkah dibeli dengan RM sedangkan gramnya tidak genap? Bolehkah dikeluarkan 0.5291 gram?

5. Belian GAP sebenarnya; kita membeli gram emas yang dimiliki oleh Public Gold dalam simpanannya. Ini bermakna, selagi pembeli tidak mengeluarkan emasnya dalam bentuk gold bar atau dinar, maka secara kasarnya, semua pembeli berkongsi emas yang disimpan oleh Public Gold secara bersama-sama.

6. Sistem yang dimiliki oleh Public Gold (Oracle) adalah sistem yang terbaik, yang dapat merekod dengan jelas jumlah gram yang dimiliki oleh pembeli dalam 4 titik perpuluhan.

7. Persoalan samada emas yang dimiliki oleh Public Gold itu sama dengan jumlah wang yang masuk atau tidak, biarlah juru audit dalaman dan luaran yang mengesahkannya. Ini kerana, GAP memang diaudit oleh juru audit luaran.

8. Tidak cukup dengan itu, Amanie Advisor juga telah melakukan pemeriksaan ke tempat-tempat simpanan emas milik Public Gold sebelum mengeluarkan Sijil Patuh Syariah.

9. Apabila belian GAP adalah sebenarnya; semua pembeli berkongsi bahagian emas masing-masing dalam emas yang disimpan oleh Public Gold, maka Public Gold boleh menyerahkan emas yang sama berat milik pembeli dalam apa bentuk yang pembeli kehendaki samada gold bar atau dinar.

10. Gold bar terkecil yang boleh dikeluarkan dari GAP ialah 1 gram. Jadi, pembeli boleh mengeluarkan gold bar miliknya apabila cukup 1 gram.

11. Jika pembeli ingin mengeluarkan dalam gram yang lebih kecil, itu tidak mungkin kerana syarat asas pengeluaran GAP ialah 1 gram. Jika pembeli bertegas, penyelesaian boleh dilakukan dalam bentuk RM.

12. Berkenaan dengan syarat pengaktifan akaun yang memerlukan pembeli memiliki sekurang-kurangnya 1 gram dalam akaun GAP pada setiap masa, ia dibenarkan oleh Syariah. Tiada halangan juga untuk mengeluarkan kesemua sekali tetapi GAP akan dikira sebagai telah ditutup.

Harapan saya, dengan sedikit penerangan ini akan menambahkan ilmu dan pemahaman kita tentang GAP. Seterusnya kita boleh membeli emas menggunakan GAP dengan yakin dan tanpa was-was :)

Untuk bermula boleh whatsapp saya di http://www.wasap.my/60126246131/acc gap

#GAP #GoldAccumulationProgram #PublicGold #PatuhSyariah #EmasMurah #KhairulAnuarBasriDotCom #EmasDanSyariah #GAPDariKacamataSyariah

Kredit tuan khaorulAnuarbasri
.Kenapa saya memilih membeli Emas di Public Gold?Ini jawapan saya..

1.Public Gold sudah bertapak selama 12 tahun dan kejayaan serta pencapaian PG boleh dilihat melalui website PG (https://www.publicgold.com.my/) —-> milestone

2.Syarikat yang boleh dipercayai kerana tidak ada orang yang beli emas dari PG tak dapat emas, semua dapat emas masing-masing.Cuma disebabkan PKP berlaku ‘GOLD RUSH’ permintaan terlalu tinggi terhadap emas menyebabkan berlaku sedikit kelewatan.Tetapi PG sentiasa berusaha memenuhi kehendak pelanggan-pelanggannya dan menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi.

3.Berurusan dengan PG adalah selamat dan belum pernah disenarai hitam dalam alert list Bank Negara Malaysia.Anda boleh klik link https://t.co/xoTOJy6sNZ kemudian download consumer alert list. Kalau PG ada dalam senarai tu, saya nasihatkan kawan-kawan boleh lupakan niat berurusan dengan PG.

4.Sampai ke hari ini emas PG lengkap dengan ciri-ciri emas yang baik dan optimum untuk disimpan. Emas taraf LBMA keluaran Turki sangat baik untuk kita pilih bagi kita yg berniat menabung emas.Tak kurang juga emas keluaran local yang cantik dan teliti pembuatannya.Pelbagai produk yang dijual dalam website PG.Boleh la pilih ikut kemampuan.

5.PG antara syarikat emas di Malaysia yang mempunyai Sijil Patuh Shariah untuk semua jenis kaedah belian.Ini dapat mengelakkan keraguan pelanggan Muslim berurusan dengan PG.

6.Sistem online 24jam dan mengikut turun naik pasaran emas dunia. Kedai emas online PG sentiasa dibuka sepanjang masa memudahkan pelanggan memantau hrga dan membeli emas setiap saat dan minit.

7.Modal permulaan yg sangat rendah , dengan RM100 dah boleh mula simpan emas tanpa ada kos tambahan untuk menjadi ahli.Harga yang dibayar adalah harga emas serta beberapa kos yang telus dimaklumkan kepada pelanggan PG.

8.Pos Malaysia antara rakan strategik PG sejak 2015 lagi. Kelebihan gold bar edisi Pos Malaysia memberi nilai kepada sejarah dan simbol budaya Malaysia, macam setem dulu-dulu.Cantik-cantik semuanya.

9.Produk PG juga diterima di POS Ar-Rahnu, Ar-Rahnu Tekun dan Ar-rahnu Koperasi Tentera tanpa perlu dibuka sarung.Emas PG juga diterima dibeberapa Ar-Rahnu bank seperti Bank Islam, Agro Bank & Bank Rakyat.
10.Edisi pemimpin negara seperti edisi Tun M dan YDPA pula memerlukan kebenaran sebelum dikeluarkan. Jadi ia adalah simbol kepercayaan kerajaan Malaysia kepada syarikat PG.Jika 2 ikon besar ini boleh percayakan PG, kenapa masih ada ragu-ragu walaupun nak simpan 1gram?

11.PG mempunyai pelangaan yang berdafttar sebanyak 250,000 orang sehingga kini dan akan meningkat setiap hari. Ini kerana PG menawarkan harga yg adil untuk semua, harga dealer dan customer sama saja. Bezanya dealer dapat komisyen 1-2% bukan sebab menjual emas tetapi sebab tolong ajak orang lain beli dan simpan emas PG.Jadi komisyen ini lebih kepada tanda terima kasih PG kepada dealer yang tolong memperkenalkan emas PG kepada masyarakat.

12.PG adalah perusahaan emas yang yang kukuh kerana mempunyai cabang syarikat di Sabah, Sarawak, Indonesia, Brunei, dan Singapura.

13.PG sentiasa berkongsi info tentang produk-produknya dengan masyarakat melalui seminar yang diadakan samada melalui online atau off line dari speaker yang berpengalaman.Antara dealer-dealer juga banyak berkongsi info.Mentor-mentor PG juga banyak memberi tunjuk ajar.
Kesimpulannya:Beli dan simpanlah emas di PG tanpa ragu-ragu.Andai ada keraguan bertanyalah kepada ahlinya.Jangan membuat andaian semata-mata tanpa mengetahui hal yang sebenar.

#emasmasadepan
#GoldAccumulationProgram