Ok sekarang, nampak tak potensi untung berbanding rugi? Sebab tu teknik ini dipanggil teknik “untung secupak, rugi segantang”. Kalau untung, untungnya sedikit. Kalau rugi, ruginya banyak! Jadi sebelum nak buat teknik ni, fikir dulu masak-masak. Kalau rasa lena tidur malam, boleh teruskan. Kalau boleh menggangu tidur, baik simpan saja emas tu.
5 Tips Manipulasi Ar-Rahnu Cara Selamat
Kalau nak buat teknik ini, berikut ialah tips penting untuk kurangkan risiko kerugian:
Tips #1 – Pajak emas hanya bila berlaku penurunan mendadak, at least sekitar 10% – 15%. Biasanya bila harga turun mendadak, harga akan naik balik dalam tempoh tak begitu lama.
Tips #2 – Asingkan sebahagian duit pinjaman untuk kos “upah simpan” selama 6 bulan. Kalau harga emas tak naik, mungkin anda boleh guna duit tu untuk bayar “upah simpan” dan mencuba lagi nasib dengan sambung tempoh pajakan.
Tips #3 – Pajak dalam jumlah berpada-pada. Kalau anda ada 200 gram emas, pajak emas tu jangan lebih 100 gram. Katakanlah harga turun 5% yang menyebabkan anda kerugian 17.90%, anda masih ada ‘modal’ lain untuk tebus emas tu dari ar-rahnu.
Tips #4 – Beli item emas yang “susut nilai”nya paling rendah. Lagi rendah susut nilainya, untungnya lebih cepat, dan lebih banyak. Emas yang susut nilai lebih rendah biasanya berbentuk “jongkong” atau “syiling dinar”, bukan “barang kemas”.
Tips #5 – Berniaga emas! Bila anda berniaga emas, biasanya anda boleh jimat kos “susut nilai” sebab emas tu anda boleh jual kepada pembeli baru pada harga “PG Sell”. Jual emas tanpa susut nilai.
#RAHSIAARRAHNU

Secara umumnya, masa paling sesuai untuk pajak emas ialah bila:
(1) Teknik Manipulasi Ar-Rahnu – harga emas jatuh mendadak (mungkin melebihi 8% – 10%) untuk dapatkan modal beli lagi emas pada harga rendah. Teknik ini dinamakan “Teknik Manipulasi Ar-Rahnu”. Cuma apa yang perlu kita tahu, risiko rugi lebih besar dari potensi untung.
(2) Modal Pusingan Bisnes – nak guna duit untuk rolling bisnes yang menguntungkan, melebihi kos pajakan 1.15% sebulan.
(3) Backup Belanja Hangus – nak guna duit untuk belanja hangus, tetapi kita dah kenalpasti sumber duit untuk bayar semula pinjaman ar-rahnu tersebut.

Emas dan Dinar Masa depan pinned «Secara umumnya, masa paling sesuai untuk pajak emas ialah bila: (1) Teknik Manipulasi Ar-Rahnu – harga emas jatuh mendadak (mungkin melebihi 8% – 10%) untuk dapatkan modal beli lagi emas pada harga rendah. Teknik ini dinamakan “Teknik Manipulasi Ar-Rahnu”.…»
Kalau tak dapat kenalpasti sumber duit untuk bayar semula pinjaman, jangan sesekali gunakan duit pinjaman ar-rahnu untuk perbelanjaan hangus atau membeli barang yang susut nilainya macam nak tukar langsir baru atau nak beli sport rim kereta! Kalau nak gunakan untuk perkara berbentuk selain daripada ‘investment’ atau ‘bisnes’, lebih baik jual terus emas tu atau bersiap sedia emas tu dilelong!
Satu Emas, Satu Surat Pajak
Kalau nak mudah tebus, pastikan satu emas, satu surat pajak. Katakanlah anda pajak 3 utas rantai tangan, pastikan setiap rantai satu surat pajak. Ia akan memudahkan kita tebus satu persatu nanti. Kalau 3 rantai tu buat cuma satu surat pajak, kita kena tebus semua sekaligus!
Cuma bila buat banyak surat pajak, kita terpaksa tunggu lama untuk processing! Kalau 10 rantai tangan, mungkin 2 – 3 jam baru siap prosesnya sebab kita dan pegawai ar-rahnu perlu isi & proses 10 borang! Prosesnya seolah-olah kita membuka 10 akaun bank!

Jangan Beli Emas Cara Ar-Rahnu 70:30
Kalau ada orang datang jual emas cara ar-rahnu, iaitu kita bayar 30%, dan 70% lagi dilangsaikan menggunakan duit pinjaman ar-rahnu, jangan telan bulat-bulat janji ‘bulan dan bintang’ mereka. Study dulu betul-betul. Saya perhati, teknik tersebut terbukti memerangkap ramai pelabur pada tahun 2012. Yang confirm untung berganda adalah penjual emas, bukan pelabur.
Ini yang ramai buat ..tapi akhir tergadai..
Peluan mudah hari ini dengan platform PUBLIC GOLD .
Register Ahli percuma
Belian pengaktifan min RM 100 / 1 GRAM
Rujuk harga semasa https://publicgold.com.my/
Belian mudah FPX
Boleh buat Ansuran 10 / 4 bulan dengan kaedah Ansuran Syariah
Boleh rujuk web dibawah
https://sites.google.com/view/emasmasadepan/laman-utama

TIP SIMPANAN JANGKA PANJANG!
Untuk jangka panjang, simpan emas lebih berbaloi berbanding Tabung Haji atau ASB.Harga emas boleh dikatakan confirm naik disebabkan nilai duit kertas sentiasa merosotdalam jangka panjang. Kalau nak simpan duit untuk tempoh sekurang-kurangnya 2 -3 tahun, simpanlah dalam bentuk emas. Nilai dan kuasa beli emas lebih terjamin.
Kalau ada bajet yang lebih besar, boleh pertimbangkan simpan kekayaan dalam bentukrumah pelaburan ataupun tanah yang diusahakan.Saya secara peribadi menjadikan Tabung Haji atau ASB hanya untuk simpanan kecemasan(berjumlah 3 bulan gaji) dan duit yang nak digunakan dalam jangka waktu terdekat sahaja.Selebihnya saya simpannya dalam bentuk emas dan hartanah.

Zaman Nabi Muhammad s.a.w, seekor kambing boleh dibeli dengan syiling emas 1 dinar(berat 4.25 gram, ketulenan 999.9).
Hari ini, harga 1 dinar sekitar RM1,100, juga cukupuntuk beli seekor kambing. Emas mengekalkan kuasa belinya selama 1,400 tahun.Berbeza dengan duit kertas; tahun 1980-an dulu, duit 50 sen cukup untuk budak sekolahmakan kenyang di sekolah. Tapi hari ni RM2.00 sehari pun belum tentu cukup! Ini buktiduit kertas sentiasa susut kuasa belinya. Emas selamat dari kesan inflasi.

saya hanya akan kongsikan satu teknik arrahnu saya sukai yang boleh membantu menjana pendapatan anda. Suka saya syorkan agar semua pembaca membiasakan diri dahulu dengan arrahnu pajak gadai tempat anda supaya anda biasa dan kenal dengan pekerja serta sistem mereka sebelum anda mula menggunakannya untuk pelaburan
Untuk keuntungan maksima hasil daripada manipulasi arrahnu atas tujuan pelaburan, anda perlu mengenal pasti Arrahnu yang mempunyai kriteria berikut
Kedai pajak tersebut mestilah Arrahnu yang patuh syariah (upah simpan jauh lebih murah dan ia menjaminkan kebersihan keuntungan yang anda miliki – bebas riba’)
Nilai Pinjaman setinggi 70% – 75% (nilai pinjaman tinggi menyebabkan anda tidak perlu mengeluarkan wang tambahan yang banyak untuk membeli emas lain setelah anda memajak emas sedia ada)
Upah simpan rendah < 0.70% dan dikira per hari (kebanyakan arrahnu menawarkan upah simpan sebegini namun kebanyakannya juga akan mengira upah simpan sebulan walaupun anda tebus emas tersebut kurang sebulan, maka adalah lebih bagus sekiranya anda dapat memilih arrahnu yang mengenakan upah harian)
Harga emas berubah setiap hari (jika nilai emas tidak berubah maka anda hanya akan menanggung rugi upah simpan, hal ini kerana keuntungan tersebut hanya akan terhasil jika ada margin kenaikan harga antara dua tempoh masa berbeza)
Staf Arrahnu yang teliti dan cekap (Staf yang sambil lewa boleh menyebabkan berat emas anda berkurangan atau gred emas dikira tidak setara dengan yang sepatutnya menyebabkan anda tidak dapat memaksimakan keuntungan anda)
Cukup berkenaan arrahnu, jika anda dapat mengenal pasti arrahnu sebegini maka 50% masalah anda sudah selesai dan anda tidak perlu bimbang keuntungan anda akan terjejas. Ini kerana arrahnu sedemikian cukup untuk menjaga kepentingan anda sebagai pelabur, namun jika anda terlepas kriteria 2 pun tidak mengapa, akan tetapi kriteria bakinya wajib dipenuhi.
*Membongkar Rahsia Arrahnu

Jika anda perlukan arrahnu yang mempunyai 6 kriteria sedemikian, maka anda juga tertakluk pada syarat pelaburan berikut untuk mengelak kerugian hasil daripada kecuaian pelabur itu sendiri, yakni
Ilmu manipulasi arrahnu (Insya Allah saya akan ajar dalam artikel ini)
Berat emas melebihi 100g (lagi berat lagi bagus, kerana keuntungan bergantung kepada berat mana emas anda dan tinggi mana nilai emas naik per gram)
Cakna dengan nilai emas semasa (lagi sedikit masa yang diambil oleh emas anda dalam pajakan maka lagi tinggi keuntungan yang dijana kerana anda akan mengurangkan kos upah simpan)
Mempunyai kenalan atau kedai yang boleh menjual dan membeli semula emas simpanan atau barang kemas anda pada harga yang berpatutan untuk tujuan “rolling” modal
Berani mengambil risiko dan tidak takut gagal
Jika anda cukup 5 syarat ini, maka anda sudah bersedia untuk melabur dan insya allah. saya akan terangkan semampu boleh teknik manipulasi arrahnu dengan gantian pajak ini beserta scenario supaya mudah difahami

Tarikh pelaburan : 1 March 2017, nilai emas semasa : RM 160/g, Arrahnu Exchange : Pinjaman 70% dengan upah 0.70%, emas pada simpanan pelabur : 250g
Pajak 250g anda di Arrahnu Exchange, maka anda akan mendapat pinjaman sebanyak RM 28k dengan upah simpan RM 280 sebulan
Beli emas simpanan buyback (used) atau barang kemas terpakai melalui dealer ataupun ahli lain pada harga serendah mungkin menggunakan RM 28k tersebut.
Mengambil kira dapat membeli nilai emas buyback (used) pada nilai RM 144/g, maka RM 28k membolehkan anda membeli emas seberat 195g
Simpan emas tersebut dan tunggu sama ada nilai emas naik minima RM 4/g atau sebulan tempoh emas berada dalam pajakan (mana satu yang tiba dahulu), sekiranya nilai emas naik RM 4/g dalam masa sebulan, maka anda boleh jual emas itu pada nilai buyback juga namun pada RM 148/g (berikutan kenaikan emas pada RM 4/g) sekaligus anda akan mendapat pulangan sebanyak RM 28860
Tebus emas di arrahnu yakni pada nilai RM 28280 (termasuk upah sebulan) maka anda akan mendapat baki bersih sebanyak RM 580. Anda boleh menggunakan keuntungan ini untuk membeli emas yang baharu
Jika nilai emas tidak naik melebihi minima RM 4/g atau nilainya turun dalam masa sebulan, maka anda perlu tebusnya juga untuk mengelakkan kerugian yang lebih besar
Anda boleh ulang cara ini beberapa kali yang anda mahu dalam sebulan dan anda boleh menjana keuntungan sebanyak RM 2000 – 4000 sebulan jika pergerakan harga emas aktif turun naik dalam bulan tersebut
*modal besar bagus teknik ini

TEKNIK GADAIAN DI AR-RAHNU
PAJAK EMAS DAN BELI LAGI EMAS FIZIKAL
1. Ketika harga emas rendah, pajakkan emas anda di Ar-Rahnu.Beli lagi emas fizikal dengan hasil pajakan tersebut tersebut
2. Pajak semula emas fizikal tersebut di Ar-Rahnu. Gunakan hasil pajakan kali kedua tersebut untuk membeli lagi emas fizikal.Anda boleh ulang-ulang proses ini sehingga 2-3 kali (kalau modal besar seperti
RM100,000, maka anda boleh ulangi proses pajak ini banyak kali)
3. Di hujung proses ini, pastikan anda ada emas fizikal ditangan. Apabila harga emas naik, anda jual emas fizikal di tangan anda. Kemudian hasil jualan itu anda tebus emas di dalam Ar-Rahnu.Ulangi proses ini sehingga kesemua emas anda habis ditebus.
4. Di akhir proses, anda akan mendapat semula emas anda yang pertama.Anda akan mendapat untung kerana jualan emas hasil gadaian pada harga tinggi boleh menampung upah simpan di Ar-Rahnu bagi emas-emas yang digadaikan.
*teknik yang boleh jika modal besar

Teknik Ar-Rahnu dalam Pelaburan Emas
Kesedaran masyarakat hari ini terhadap pelaburan emas semakin meningkat. Ramai sudah mengetahu kenapa mereka harus menyimpan emas. Ada yang menyimpan emas dalam bentu fizikal dan ada juga yang mula melabur dalam akaun simpanan emas.
Salah satu keistimewaan emas fizikal (jongkong emas) adalah ianya boleh di Ar-Rahnukan (Ar-Rahnu ialah sistem gadaian Islam). Ia membolehkan kita meminjam wang daripada institusi Ar-Rahnu dengan menyandarkan emas milik kita. Nilai maksima pinjaman yang diberikan ialah 65% – 75% daripada nilai emas yang kita pajakkan.
Ilustrasi di bawah akan di tunjukkan bagaimana membuat keuntungan dari pelaburan emas dan menggunakan Ar-Rahnu untuk menggandakan keuntungan tersebut.
Ilustrasi 1
Andaian
Nilai emas: RM20,000
Pinjaman: 70%
Kadar upah: 70 sen setiap RM100 nilai emas
Tempoh matang : 6 bulan
Kadar kenaikan emas: 10% selama 6 bulan
Teknik Ar rahnu 4 Teknik Ar Rahnu dalam Pelaburan Emas
Jika anda mempunyai jongkong emas bernilai RM20,000 dan anda menggadaikan ke Ar-Rahnu, pinjaman yang anda perolehi ialah sebanyak 70% dari nilai emas tersebut iaitu RM14,000 dengan upah simpan sebanyak RM840 selama enam bulan. Dan wang tersebut kesemuanya terus digunakan untuk membeli emas fizikal lagi dan anda membuat gadaiaan ke 2 sehingga lah gadaian ke-6.
Dalam tempoh 6 bulan, jika kenaikkan emas ialah sebanyak 10% (untuk rekod, kenaikan emas 2010 melebihi 25%), anda telah membuat keuntungan sebanyak RM3,412. Jika anda tidak menggadaikan langsung pembelian pertama anda, anda hanya untung RM1,000 dalam masa 6 bulan.
Jadi jelaslah bahawa teknik Ar-Rahnu ini mampu menggandakan keuntungan anda pada kadar kenaikkan emas 10%.
Ok, bagaimana pula jika emas naik hanya 5%? Mari kita lihat ilustrasi 2.
Ilustrasi 2

Kadar kenaikkan emas: 5% selama 6 bulan
Teknik Ar rahnu 11 Teknik Ar Rahnu dalam Pelaburan Emas
Jika kenaikkan emas hanya 5%, anda akan untung hanya RM471. Jika anda tidak menggunakan Ar-Rahnu dan menyimpannya sahaja keuntungannya lebih besar iaitu RM1,000 (Kenaikan emas pada gadaian 1 jika anda tidak menggadaikannya).
Macammana jika emas mengalami penurunan harga? Mari lihat ilustrasi 3
Ilustrasi 3

Kadar penurunan emas: 5% selama 6 bulan
Teknik Ar rahnu 2 Teknik Ar Rahnu dalam Pelaburan Emas
Jika emas jatuh sebanyak 5%, kerugian anda akan berganda-ganda. Daripada kerugian sepatutnya sebanyak RM1,000 diatas penurunan harga emas, anda sudah kerugian RM5,412 jika anda menggunakan teknik tersebut.
Apa yang boleh disimpulkan di sini ialah, jika harga emas mengalami kenaikan harga melebihi dari kos simpan tersebut iaitu dalam lingkungan 8%, anda boleh menggunakan teknik Ar-Rahnu. Tetapi siapa yang boleh buat andaian yang tepat? Inilah risiko yang terpaksa pelabur-pelabur emas hadapi jika anda ingin melabur dalam emas.
Untuk rekod, ramai yang telah berjaya membuat keuntungan menggunakan teknik ini sebelum ini kerana kenaikkan emas setahun melebihi 25%. Anda boleh mengenai Kenaikan Harga Emas 2010.
Apa yang penting, anda perlu bijak merancang. Harga emas mempunyai masa turun dan naik. Jika tepat membuat pelaburan anda akan perolehi keuntungan, jika tidak anda kerugian.
Ramai juga yang mengunakan Ar-Rahnu pada gadaian pertama sahaja. Duit pinjaman yang di perolehi di gunakan untuk membuat pusingan modal dalam perniagaan emas atau pun menyimpan sahaja di dalam pelaburan-pelaburan yang lain seperti Amanah Saham Bumiputra (ASB) ataupun perniagaan-perniagaan lain. Anda yang tentukan.

EMAS ADALAH ASET YANG TERUNGGUL DITERIMA DISELURUH DUNIA
Tidak ada aset lain yang boleh menandingi Kecairan Emas. Emas boleh ditukarkan kepada tunai pada bila-bila masa. Perkembangan Institusi Ar-Rahnu di Malaysia memudahkan anda mendapat pinjaman dalam bentuk tunai sehingga 70% daripada nilai Emas anda.
Emas bukan sahaja bernilai di Malaysia tetapi bernilai dan boleh dicairkan di seluruh dunia. Katakanlah negara kita dilanda peperangan (Harap dijauhkan). Kita lari dengan membawa Emas simpanan kita ke negara lain. Ianya boleh ditukarkan kepada wang kertas negara itu. Dan dengan Emas itu, kita mampu hidup di negara tersebut.
Lain pula jika kita membawa wang kertas kita, adakah ianya laku di negara lain? Ibarat ‘wang kertas Iraq’ yang sama sekali tidak bernilai akibat peperangan.Inilah yang berlaku ketika Perang Vietnam (1955-1975). Beribu-ribu pelarian Vietnam lari meninggalkan kampung halaman mereka dengan membawa Emas kerana mereka percaya Emas sahaja yang akan di terima di seluruh dunia. Bayangkan jika mereka membawa wang kertas Vietnam?