Emas dan Dinar Masa depan
81 subscribers
523 photos
23 videos
8 files
209 links
Emas Dijadikan Indah Pada Pandangan Manusia
Download Telegram
PERBEZAAN AR-RAHNU DAN PAJAK GADAI

Ar-Rahnu adalah sistem pajak gadai islam yang menawarkan pinjaman mikro diatas gadaian barang kemas, search lokasi anda untuk lihat cawangan ar-rahnu berdekatan.
1. ArRahnu Bank Rakyat

Ada banyak cawangan seluruh negara terutama. Jika ahli bank rakyat, pergilah ke sini. Lebih untung kepada Bank Rakyat, maka tinggilah dividen kepada ahli nanti.

Laman Web :  👉 Bank Rakyat
Facebook : 👉 FB Bank Rakyat
2. ArRahnu X'Change

Ada banyak cawangan seluruh negara terutama. 
Merupakan sebahagian Kumpulan Bank Rakyat.

Laman Web :  👉 ArRahnu X'Change
Facebook :👉 FB ArRahnu X'Change
3. ArRahnu YaPEIM

Merupakan antara penyedia skim Pajak Gadai Islam terawal di Malaysia. 

Margin pinjaman sehingga 80%.

Laman Web :  👉 ArRahnu Yapeim
Facebook : 👉ArRahnu YaPEIM

Sedikit sejarah YaPEIM
1985 - Jemaah Menteri bersetuju secara dasar mewujudkan Pajak Gadai Islam
1992 - Jawatankuasa Pemandu ditubuhkan dengan kerjasama BNM 
1993 - Perkhoidmatan di sediakan di Bank Rakyat
1998 - Perkhidmatan di sediakan di Bank Islam (sehingga 2000)
2000 - Perkhimatan mula disediakan oleh cawangan YaPEIM sendiri
4. ArRahnu Agro Bank

Agro Bank turut menawarkan perkhidmatan ArRahnu di mana ia ditawarkan oleh cawangan Agrobank tertentu. 

Boleh rujuk senarai di lama web atau hubungi bank terdekat.

Margin pinjaman sehingga 75%
Amaun pinjaman : RM 100 - RM 100,000 (daily)/ RM 150,000 (per individu)
Tempoh : sehingga 36 bulan

Laman Web :  👉 Agro Bank
Facebook : 👉  Agro Bank 
5. ArRahnu Bank Islam

Bank Islam turut menawarkan perkhidmatan ArRahnu di mana ia ditawarkan oleh cawangan Bank Islam tertentu. 

Boleh rujuk senarai di lama web atau hubungi bank terdekat.

Margin pinjaman sehingga 70%
Amaun pinjaman : RM 100 - RM 100,000
Tempoh : 6 bulan

Untuk maklumat terkini, dapatkan info dari Bank Islam

Laman Web :  👉 ArRahnu Bank Islam
Facebook : 👉ArRahnu Bank Islam  / 👉  Bank Islam 
6. ArRahnu Bank Muamalat

Bank Muamalat turut menawarkan perkhidmatan ArRahnu di mana ia ditawarkan oleh cawangan Bank Muamalat tertentu. 

Boleh rujuk senarai di lama web atau hubungi bank terdekat.

Margin pinjaman sehingga 70%
Amaun pinjaman : RM 100 - RM 100,000
Tempoh : 6 bulan

Untuk maklumat terkini, dapatkan info dari Bank Islam

Laman Web :  👉 Bank Muamalat
Facebook : 👉Bank Muamalat 
7. ArRahnu Express

Ar Rahnu Express merupakan ahli kumpulan Habib Group. Cawangan pertama beroperasi di Ampang Point pada tahun 2010 dan kini mempunyai beberapa cawangan.

Untuk maklumat terkini, 
Facebook : 👉ArRahnu Express
8. Ar Rahnu KT Koperasi Tentera

Koperasi Tentera turut menawarkan perkhidmatan Pajak Gadai Islam melalui Ar Rahnu KT.

Antaranya, yang ditemui di Facebook

Ar Rahnu KT Wangsa Maju

Ar Rahnu KT Port Dickson

Ar Rahnu KT Tawau

Ar Rahnu Subang

Ar Rahnu Sg Besi
10. Ar Rahnu POS

Pos Malaysia menyediakan perkhidmatan Ar Rahnu melalui Pos Rahnu.

Untuk maklumat terkini, 
Facebook : 👉 Pos Ar Rahnu


Antara Link dijumpai di Facebook yang boleh dijadikan rujukan

Pos Ar Rahnu Hulu Langat

Pos Ar Rahnu Port Klang
11. Ar Rahnu Lain - Lain

Selain 9  Ar-Rahnu di atas, terdapat banyak lagi Ar Rahnu yang beroperasi di kawasan tertentu oleh perniagaan, syarikat mahupun koperasi.


Antaranya

Ar Rahnu Bangi KOOP Sahabat

Ar Rahnu Cahaya ( Ampang)
Nak tahu kira nilai marhun , nilai pinjaman dan kos upah untuk 6 bulan ,12 bulan dan 18 bulan .. klik link dibawah


http://arrahnuxchange.com.my/v4/ms/kalkulator-arx/
5 Tips Manipulasi Ar-Rahnu Cara Selamat

Ramai yang tanya cara untuk untung besar dengan ar-rahnu. Tapi secara jujurnya dikatakan TAK ADA MAGIC dengan ar-rahnu. Ar-rahnu hanyalah pinjaman bercagarkan emas yang ‘interestnya’ sekitar 14% – 18% setahun! Ia sangat tinggi, rendah sikit berbanding kad kredit! Keuntungan dengan ar-rahnu bergantung sejauh mana kebijaksanaan memanfaatkan pinjaman. Yang benar-benar kaya dengan pajakan emas ialah peniaga emas yang suruh pembeli pajak ramai-ramai. Dia untung atas komisyen, bukan sebab dia pajak emas. Sedangkan pemajak emas untung nasibnya “untung secupak, rugi segantang”!

Kalau ada peniaga cakap “ar-rahnu adalah perniagaan”, sebenarnya keuntungan mereka ialah dengan menjual emas tu dengan jumlah yang lebih besar (sebab orang beli dengan duit pinjaman ar-rahnu), bukan dengan pajak tu sendiri. Pengalaman kami bersama dengan otai-otai besar pelaburan emas, majoriti mereka tidak main ar-rahnu. Mereka hanya memanfaatkan ar-rahnu untuk pusing modal bisnes saja. Bukan main “beli, pajak, beli, pajak, beli lagi dan pajak lagi” sebab cara macam itu terbukti menjerat pelabur ke dalam belenggu hutang!

#RahsiaARRAHNU
Keuntungan Teknik Manipulasi Ar-Rahnu

Persoalannya, macam mana yang dikatakan untung dengan Teknik Manipulasi Ar-rahnu? “

Teknik Manipulasi Ar-Rahnu” ialah teknik memanfaatkan pinjaman ar-rahnu untuk beli lagi emas dengan harapan emas yang dibeli dengan pinjaman ar-rahnu dapat dijual bila harga emas naik melepasi “kos manipulasi”.

Pemilik emas dapat dua (2) keuntungan iaitu:

Untung #1 – Untung kenaikan harga emas dalam simpanan ar-rahnu yang masih lagi milik kita.

Untung #2 – Untung kenaikan harga emas yang dibeli dengan duit pinjaman ar-rahnu yang ada di tangan.
Harga emas naik kita untung, harga emas jatuh pun peluang untuk buat lebih untung. Wow, untung dua dalam satu!

#RAHSIAARRAHNU
Kos Sebenar Memanipulasi Ar-Rahnu

Tapi syaratnya… Kenaikan harga emas mestilah melepasi dua kos dan kenaikan tu mestilah DALAM TEMPOH PAJAKAN (6 – 12 bulan). Kalau harga emas tidak melepasi kos dalam masa 6 bulan, risiko kerugian sangat besar. Kos yang  dimaksudkan ialah:

Kos #1 – Susut nilai emas yang dibeli dengan duit pinjaman ar-rahnu. Katakanlah anda beli coin 1 dinar Public Gold, maka susut nilainya 6%. Susut nilai emas Public Gold sekitar 4.5% – 8.0% setiap item.

Kos #2 – Kos “upah simpan” di ar-rahnu. Katakanlah 1.15% sebulan. Lagi lama dalam ar-rahnu, lagi meningkat kosnya. Kos sebenar pajakan ar-rahnu ialah sekitar 1.15% – 1.54% sebulan. Ia bergantung kepada kadar “upah simpan” dan “margin pinjaman” yang berbeza-beza antara setiap ar-rahnu.

#RAHSIAARRAHNU
Untung Secupak, Rugi Segantang?

Kiraan mengikut andaian emas yang dibeli dengan duit pinjaman; item yang susut nilainya 6% dan kos “upah simpan” 1.15% sebulan atas nilai pinjaman.

Sebagai contoh, perhatikan bulan ke-6 petak kuning dalam jadual di atas. Katakanlah pada bulan ke-6, harga emas naik 15%, maka kita untung 2.10% (15.00% – 12.90%) kalau jual emas yang ada ditangan iaitu yang kita beli dengan duit pinjaman ar-rahnu. Maksudnya, kalau dapat pinjaman ar-rahnu bernilai RM10,000, kita untung RM210. Itu belum kira keuntungan emas yang kita cagarkan dalam ar-rahnu. Tapi katakanlah  harga emas cuma naik 8%, maka kita rugi 4.90% (8.00% – 12.90%) atau RM490. Kalau harga emas turun 5%, maka kita rugi 17.90% (5% + 12.90%) atau RM1,790!